Friday, September 30, 2011

TERIMA KASIH PADA INSAN YANG BAIK HATI

Kemarin sya ada ceritakan yang sya telah kehilangan dokumen-dokumen penting coz di ragut,tapi baru jer tadi mak sya kat kampung telefon yang dokumen tu semua dah di pos kan ke kampung.alhamdulillah,walau pun wang tunai tak da namun dokumen pengenalan diri tu teramat lah penting walau pun sya dah buat dokumen baru.

kepada sesiapa yang jumpa yang baik hati tu thanks,hanya tuhan dapat membalasnya,bukan apa takut jugak,sampai ke tangan orang yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan dokumen semua tu.soal wang mungkin dah tersurat itu bukan rezeki kami sekeluarga.

Walaupun tak dapat merubah apa-apa tapi ni la satu pengalaman pahit bagi sya ,pengajaran yang sangat berguna,selagi namanya manusia,jika Allah tidak menguji kita,kita akan terus lalai dan alpa.

KE MANA HILANGNYA NILAI MURNI ANAK MUDA SEKARANG?

Muda mudi sekarang lebih biadap dan tiada langsung rasa nak hormat pada generasi yang lebih tua dari mereka,tapi tak semua la,ada segelintir jer.Peristiwa ni berlaku depan mata sya.

Ada satu hari tu sya ke supermarket nak beli barang-barang dapur,hari tu ramai orang yang membeli belah,kat satu sudut rak tu berhampiran dengan tempat sya dok belek barang,ada la sorang pak cik tu dengan troli yang sarat dengan barang-barang,perlahan jer pak cikni tolak troli tu,kat belakang pak cik tu ada sepasang couple dok pilih barang juga,dan ingin berlalu pergi dari situ,tapi terhalang la dengan pak cik tu.

Si lelaki tadi kata kat pompuan tu"pak cik ni lambat la,dah tahu nak beli barang banyak,ajak la anak-anak,ni terhegeh-hegeh,kita nak jalan pun susah" di sambut ketawa oleh pompuan tu,

Sya yakin pak cik tu mendengarnya sebab pak cik tu terkial-kial menolak troli yang berat tadi ke tepi,sya yang dok jauh bole dengar,inikan pulak pak cik tu,huhuhuh sian kat pak cik tu,macam ni ke budi bahasa budaya kita.

takutnya bila tengok sikap anak muda sekarang,bila kenangkan,sya selalu berdoa agar jangan la anak-anak sya jadi macam tu.

Thursday, September 29, 2011

TIPS PILIH SAYUR

Kawan-kawan,hari ni sya nak kongsikan tips pilih sayur kat pasar,sayur yang memang selalu kita beli la,tak la asyik kita dapat sayur yang tak segar jer,kadang-kadang kat pasar nampak segar jer balik rumah tak sempat simpan dalam peti ais dah layu.

Kubis - Pilih jenis yang ringan dan rongganya besar-besar.

Sawi - Pilih sawi yang berdaun lebar tetapi batangnya kecil.

Timun - Pilih timun yang lurus dan pangkalnya kurang warna hijau tua.

Tomato - pilih yang warnanya kehijau-hijauan sedikit.

Ubi keledek - Pilih buah yang lurus dan kulitnya putih bersih.

Bendi - Pastikan hujungnya lembut.

               

PENGAJARAN

Semalam tak sempat melawat dan membalas komen kawan-kawan semua,hari ni baru ada kekuatan menulis,entry hari selasa hanya autopost,banyak peristiwa berlaku pada diri sya,yang kadangkala memang menguji kesabaran.

Hari isnin awak-awal lagi dah di duga dengan kesakitan,sya jatuh motor dirempuh bas sekolah nasib baik tak ada apa-apa kecederaan yang serius hanya terseliuh,dan nasib baik juga tak bawak si kecik time tu.

Hari selasa pulak sya kehilangan wallet yang mana di dalamnya ada mykad,mykid anak-anak,medicard anak-anak,kad bank,dan wang tunai rm400.huhu sungguh menyedihkan.tak tahu nak salahkan sapa dalam hal ni,salah diri sendiri la sebab cuai,wallet yang di letakkan dalam beg bawah raincoat dalam raga motor di ragut macam tu jer,ingatkan dah letak bawah raincoat peragut tak nampak,tapi tetap nampak,ini lah pengajaran pada diri sendiri,agar len kali jangan cuai.

Kemarin sibuk uruskan dokumen-dokumen baru,nasib baik la mempunyai hubby yang bertanggungjawab dan tak menyalahkan sya atas apa yang terjadi,tragedi hari selasa tu memang tak akan di lupakan,benda berlaku terlalu pantas.

Sememangnyasya akan jadikan ini satu pengajaran,dan pada kawan-kawan juga,berhati-hati la yer,kadangkala kita tak tahu apa yang orang tahu,dan kita rasakita tak nampak apa yang orang nampak.(mood masih lagi bersedih )

Wednesday, September 28, 2011

Tuesday, September 27, 2011

HOBI

Semua sedia maklum,hobi suami sya memancing,wekend jer tak pernah ada kat rumah,mesti ke laut la.Ha nak tahu hoby wife dia pulak,jeng,jeng




ha kawan-kawan ni la hobi sya membaca,tak kira la apa magazine sekalipun janji dapat membaca,yang paling suka yang ni la magazine mingguan wanita,dari sini sya dapat info dan kongsi dengan kawan-kawan semua,best sangat,sebenarnya tak kira bahan bacaan apapun sya suka baca,kadang tu yang kelakar anak-anak pinjam buku citer kanak-kanak pun sya ble tumpang baca.

sekarang si kecik dah ikut perangai sya,membaca,walau pun dia tak pandai tapi selalu ambil buku dan tengok gambar je,pic tu sebahagian dari koleksi magezine yang sya ada,ada 4 lagi kotak besar yang penuh dengan magazine dan bahan bacaan sebenarnya.Sapa-sapa yang ada hobi yang sama dengan sya?bole la share-share ilmu dari bahan bacaan kita. 

APA YANG TERKANDUNG DALAM SEBIJI BUAH KIWI

Selamat pagi semua kawan-kawan,harap sihat semuanya yer,hari ni sya nak kongsikan lagi khasiat sejenis buah ni yer,ada sapa-sapa kat sini suka makan buah kiwi tak?sila angkat tangan.

           setengah orang tidak suka buah kiwi ni,buah kiwi berbentuk lonjong dan mempunyai bulu halus,rasanya masam-masam manis,ada yang tak suka rasanya.namun buah kiwi banyak khasiatnya tau.

Diantara khasiat buah kiwi ialah buah kiwi menghasilkan vitamin c yang banyak yang mana vitamin c baik untuk kesihatan kita,ia juga mengandungi serat yang boleh menolong mengurangkan masalah sembelit dan masalah pencernaan.Buah kiwi kaya dengan khasiat imunisasi yang boleh menghindari penyakit,ia juga mengandungi beta karotine yang tinggi.

Monday, September 26, 2011

ALAHAI ANAK-ANAK

Anak sya yang kecil tu dah menunjukkan bakat-bakat nak menulis tau,pantang di beri kertas dan pen mula la dia menulis,alhamdulillah,walau pun dia cuma conteng sekurangnya dia dah mahu pegang pen ataupun pensil.

Tapi yang tak seronoknya dengan perangai si kecik ni,aduh segala benda nak di contengnya,kaki,tangan jangan cerita lah,mmg penuh dgn pen.tapi cer tengok picture ni,huhuhu.






dinding bilik tidur kedua di jadikan kanvas untuk melukis,huhuhu sadis sungguh la,sya terlepas pandang masa dia tengah mencurahkan ideanya di dinding,waaaa tak pasal kena cat lain nanti.Tapi tak la sampai  nak marah sebab biasa la budak-budak dalam proses belajar kena agi galakkan,tapi jangan bagi galakkan menconteng dinding lagi,galakkan menulis di atas kertas.

PETUA ENAKKAN SARDIN

Ikan sardin memang enak di makan,tapi kadangkala apabila di masak akan menimbulkan bau yang kurang enak,pastinya bau itu akan membuatkan kita hilang selera nak makan sardin tersebut.

Okey kawan-kawan,untuk menghilangkan bau tersebut,dan melazatkan sardin yang di masak,masukkan serai,atau daun limau ataupun daun kesum semasa memasak.sardin tidak akan menimbulkan bau.

Masak dengan menggunakan api yang sederhana dan masak sardin dengan lama sedikit,pastikan bawang dan cili yang di tumis betul-betul masak ye.

                  

Sunday, September 25, 2011

SUARA HATI ISTERI



Jika isteri menangis dihadapanmu, "Hargailah ia sebelum

terlewat..." Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu
 bererti dia tidak dapat menahannya lagi... Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan
tinggal bersamamu sepanjang hidupmu... Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak
akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya! Seorang isteri tidak akan
menangis dengan mudah, kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan
menjadi lemah! Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia
sangat menyayangimu. Dia akan menurunkan rasa EGOnya. Wahai suami2, jika seorang
isteri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh
pengertian. Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu
disaat kau terperuk terlalu dalam ... Wahai suami2, jika seorang isteri menangis
keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya... Mungkin, kerana keputusanmu, kau
merosakkan kehidupannya. Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis
keranamu... Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan
SAKIT yang dirasakannya keranamu ? Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik
KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya
merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang
dicintainya...
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi
anak2nya...
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU,
MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...
Dia mampu
TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya...
Dia sangat GEMBIRA melihat
KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa
membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal...
Bahawa "Betapa BERHARGAnya dia"...

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg
soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mereka
begitu BERHARGA... dan sangat BERHARGA.



suara hati seorang isteri,

Saturday, September 24, 2011

DI LEMA YANG DI HADAPI SEBAGAI ISTERI,IBU DAN ANAK

situasi 1
isteri: Abang u tengok la anak-anak kita tu,tak nak tolong i buat keja rumah pun,sepahkan mainan taknak simpan balik,baju kotor tak di masukkan dalam bakul,longgok macam tu jer,i penat la buat keja rumah sorang-sorang.

suami: IKut perangai u la tu,u pun tak pandai nak uruskan rumahtangga,(sambil bukak baju terus ke bilik air tanpa mengambil baju untuk di masukkan ke bakul baju kotor)

isteri:(akuke dia yang tunjuk teladan tak baik ni?)*hanya berkata dalam hati*

**kesimpulannya:Perangai anak-anak bukan berpunca dari kesalahan pasangan seorang tapi cara didikan dan teladan dari kedua orang tua.
========================================
situasi 2

Ibu:Alif tolong ibu ambilkan penyapu,kat dapur,ibu nak menyapu apa yang Alif sepahkan ni.

Anak:kejap ibu,5 minit,

5 minit berlalu

Ibu:Aliff........

Anak:kejap ibu,5 minit.

Ibu:Alif ibu tak suka la Alif buat kerja suka bertangguh,macam ni,tak baik tau.

Anak:Ala bu,abah selalu buat macam tu kan bila ibu suruh tolong,tak pe pun,Alifkan anak abah,Alif ikut abah la.

Ibu:?????

**kesimpulan:jangan tangguh kan kerja di hadapan anak,walau semalas mana pun**
===============================================

situasi 3

Mertua:Ani kejap lagi tolong bawak mak ke kedai kain,mak nak beli kain la.

menantu perempuan:Yer la mak,(tiba-tiba,telefon berbunyi,dapat panggilan dari ibunya mengajak ke hospital,ibunya demam.)

mertua:siapa tu ani?

menantu perempuan:Maaf mak,tak boleh bawak mak beli kain,ibu sakit,nak ke hospital.

mertua:yer lah,ko mesti nak lebihkan ibu ko yang sakit tak seberapa tu,mak ni sapa yang kau nak peduli,anak mak tu(suami si ani) nak tido,sebab tu lah mak mintak tolong ko,tapi ko lebihkan mak ko.

menantu perempuan:(serba salah)

**kesimpulan:tak tau nak buat kesimpulan mana satu si isteri patut dahulukan?**

Friday, September 23, 2011

MEREDAKAN PANAS BADAN

Sya nak kongsi petua dengan kawan-kawan semua,cara nak redakan panasbadan,terutama sekali pada kanak-kanak yang demam,selalunya kalau nak redakan panas badan ada yang gunakan asam jawa dan daun bunga raya,tapi kali ni nak redakan panas badan dengan daun belimbing buluh.

Mula-mula ambil daun belimbing buluh,ikut suka kuantiti lah nak banyak mana,leraikan dari rantingnyer,lagi banyak lagi bagus tau,kemudian masukkan ke dalam blander,dan masukkan air,blend daun tadi,tapi jangan sampai hancur.

Kemudian,tuangkan daun yang dah di blender tadi dalam baldi atau besen besar,mula-mula mandi dengan air biasa,kemudian baru mandi dengan air daun tadi,mandi dari kaki kemudian naik ke atas.

Daun belimbing buluh juga dapat merawat simptom cacing tau,caranya macam tadi,blenderkan,masukkan dalam besen,ketuk bawang putih 2 ulas dan campurkan dalam air daun tadi kemudian mandikan.insyaallah.

     
                      

TEMPAT KEGEMARAN ANAK-ANAK

Yang ni bukan tempat kegemaran yang outdoor yer,yang ni tempat kegemaran anak-anak sya sebelum,ke sekolah,dan selepas balik sekolah.

Ini lah tempat anak-anak sya habiskan masa lapang mereka,dengan satu pc,fan,wifi,,tapi wifi tu anak-anak tak usik pun,anak-anak bukan tahu pun keguanaannya untuk apa,ibunya la yang lebih-lebih,menulis blog.

Bilik ni sentiasa perlu di jaga rapi,maklum lah anak sya akan masukkan segala jenis makanan kat sini,dan apa lagi bersepah lah,yang boleh mengundang kehadiran semut-semut memeriahkan keadaan,so bilik ni memang dalam sehari dalam 4-5 kali sya akan sapu dan mop.


Itu untuk keselesaan anak-anak,dorang akan dok dalam ni main game,sampai dah tak larat nak main,adakalanya sampai tertidur di sini,sedia maklumkan,rumah sya teres setingkat yang mempunyai 3 bilik,so bilik yang kat dapur tu la di jadikan markas budak-budak tu untuk mainan game kat computer,kadang-kadang tempat ni la yang paling sya tension nak bersihkan,yer la pelbagai khazanah sisa makanan yang anak-anak tinggalkan.

Thursday, September 22, 2011

STRESS BAHAYA PADA WANITA

Rasanya setiap orang mengalami stress saban waktu,tidak kira bekerja atau tidak,semua wanita mengalaminya,mungkin penyebab pada wanita seperti persekitaran sekeliling,hubungan keluarga,anak dan mungkin juga tempat kerja.Jika tidak di tangani,boleh menyebabkan penyakit mental.

jom kita tengok tanda-tanda dan gejala-gejalanya.

gejala kognitif
-masalah ingatan(mudah lupa)
-sukar beri tumpuan
-kurang daya penilaian
-suka fikir yang negatif
-sentiasa berasa bimbang dan keliru
-selalu di kuasai rasa risau.

gejala emosi
-rasa sakit dan lenguh-lenguh badan
-cirit-birit dan sembelit
-selalu sakit dada dan degupan jantung laju
-selalu selsema

gejala tingkah laku
-letih dan kurang selera makan
-letih dan kurang tidur
-mengasingkan diri dari orang lain
-mengabaikan tanggungjawab

itu di antara gejala-gejala stress yer kawan-kawan,so jangan lah ambil lewa stress ni,ia akan memudaratkan kita,banyak-banyakkan beristigfar dan menenangkan fikiran kita.

MACAM-MACAM RAGAM

Seawal pukul 5 pagi dah ke dapur untuk menyediakan sarapan dan bekalan untuk anak-anak.Hari ni sya masak mee goreng untuk sarapan dan bekalan anak-anak ke sekolah,tak nak masak nasi lagi memandangkan selalunya anak-anak bawak bekalan nasi ke sekolah setiap hari.

Sya tak nak anak-anak jemu,so hari ni sya masak la yang berlainan sikit,namun apakan daya seawal pukul 6,anak-anak dah bangun dan bila jer terlihat sya tengah menbungkus mee goreng untuk bekalan mereka,masing-masing tak mau bawak mee ke sekolah,masing-masing request nak nasi.

Terpaksa la sya bersilat di dapur dengan pantasnya untuk anak-anak,masak nasik dan buatkan masak kicap ayam untuk bekalan,tapi yang ke dua, nak masak kicap telur,manakala yang ketiga nak sambal ikan bilis,aduhh,kena turutkan juga,kalau tak tak nak ke sekolah.

.
mee goreng?xnak,itu lah jawapan kedua-dua anak lelaki sya


sehingga pukul 7 baru habis memasak,terus start motor hantar yang sulung ke sekolah,macam-macam karenah anak-anak  ni,boleh hilang sabar dibuatnya.1 anak 1 ragam,4 oarang nak 4 ragam,tension oo

Wednesday, September 21, 2011

SEDAP DAN BERKHASIAT RUPANYA

Kawan-kawan suka makan jagung tak? sya suka sangat makan jagung tak kira la direbus,dibakar,rasanya yang sedap tu membuatkan sya nak makan banyak jagung terutama jagung rebus.Jagung ni banyak khasiatnya tau.

Pada sesiapa yang menghadapi masalah sembelit dan susah membuang di sarankan makan jagung,ini kerana jagung mempunyai serat yang sangat tinggi dan baik untuk sistem pencernaan kita,ia menyerap banyak air,untuk  sistem perkumuhan kita.

Jagung rendah karbohidrat dan mengandungi vitamin c,bagi yang berdiet jagung boleh di amalkan,ia mengandungi kalori yang baik,ia mampu merendahkan tahap kolestrol dalam badan,jagung juga mempunya beta-karotina yang baik untuk mata.jagung juga mempunyai bahan anti kanser.

Ha banyak khasiat jagung ni kan, selain rasa yang sedap,jagung ni boleh dibuat pelbagai juadah yang menyelerakan.

WORDLESS WEDNESDAY

                             

                                                jom tengok khasiatnya

Tuesday, September 20, 2011

ALAHAN

Kawan--kawan pernah alami alahan pada kulit tak apabila makan makanan laut?sya baru je terkena alahan ni,dulu ok je bila makan,makanan laut ni,sekarang ni makan sedikit jer kulit akan di tumbuhi ruam-ruam dan gatal-gatal.

Wah azabnya hanya Allah yang tahu,kawan-kawan ada tak cara nak mengatasinya,jom la kongsi dengan sya,tak tahan setiap kali makan makanan laut mesti gatal-gatal dan beruam.Yang paling tak tahan lagi makanan laut terutama udang dan sotong adalah makanan kegemaran sya.

Dulu-dulu ok ja makan makanan laut ni,sekarang dah tak boleh,bila tengok jer family makan,sya telan air liur jer la.huhuhu

                   
                                         sedapnyer

REKAAN SENDIRI

Hari tu anak saudara sepupu bernikah,sya sempat lah buat hantaran untuknya,nak kata sya ni pandai tak lah sangat.tapi sya nak tunjuk la pada kawan-kawan apa yang sya buat,sila bagi komen yer untuk sya memperbaiki di masa yang akan datang.
ini diantara bahan-bahannya,span nipis,gula-gula gunting dan gam

ini belum jadi lagi,baru separuh jalan.

tadaaa.. dah jadi

ok tak kawan-kawan?


sila lah komen,untuk sya memperbaiki hasil kerja sya yer,

Monday, September 19, 2011

DAUN KARI TAHAN LAMA

Pada yang suka sangat makan kari tu sya nak kongsikan lah cara nak simpan daun kari supaya tahan lama,yer la kan kalau dok kawasan perumahan taman ni,susah nak dapat daun kari ni,kadang-kadang jenuh mencari,kalau tanam dalam pasu belum tentu naiknya.

Mula-mula,ambik daun kari,leraikan dari tangkainya,masukkan dalam satu bekas yang kedap udara macam tupperware ke,pastu tutup kejap-kejap yer,simpan dalam peti ais,insyaallah daun kari akan tahan lama,

ringkas jer kan,tapi berguna buat suri-surirumah yang nak memasak di dapur.Tak payah la terkejar-kejar nak cari daun kari lagi.
selamat mencuba

BEST TEMPAT NI

Sya ni peminat bunga-bungaan,masa dok dengan mil dulu,hubby ada buat bisnes jual bunga hidup hiasan,sekarang bila dok rumah sendiri dah tak buat dah,bisnes tu tinggalkan kat mil jer,kelmarin berkesempatan la pergi terjah kedai bunga hidup hiasan yang sya selalu pergi dulu.

Terletak kat Jalan Badak Mati sungai Bakap,lama dah tak jenguk sini,dah macam-macam perubahan ada,lagi bertambah besar dan cantik tempat ni.
cantik kan tempat ni,best jer dok sini,dengan air terjun buatan lagi,cantiknya

pasu -pasu hiasan untuk di jual,dulu sya selalu beli pasu bunga kat sini,bebtuk-bentuk pasu bunga ni unik-unik.

pokok kaktus yang berbunga,comel betul la tengok pokok kaktus ni

ni pokok bunga loceng,selalu tengok yang tanam dalam pasu jer,kecik-kecik yang ni besar dan tinggi.

ni bunga nya kaler pun cantik,jarang jumpawarna bunga ni.


salah satu tempat kegemaran sya dulu di sini la,bila tengok pokok-pokok bunga tu berbunga cantik rasa tenang jer

Sunday, September 18, 2011

ENTRY DI HARI MINGGU

selamat hari minggu semua,sya rasa mesti kawan-kawan banyak plan nak menghabiskan cuti bersama orang yang tersayang di hari minggu ni kan,selamat bercuti dan bergembira.

Hari minggu kali ni la sya dapat bersiaran kat rumah, kalau tak, sekarang ni masih lagi kat kampung atau pun memenuhkan aktiviti hari minggu bersama anak-anak,tapi hari ni semua berada di rumah kecuali incik husben yang pergi memancing hari ni.

Sya dengan anak -anak terpaksa di rumah je,memandangkan kereta dah masuk workshop untuk di cat semula,so selama 2 minggu ni terpaksa la merempit(naik motor) menghantar anak-anak ke sekolah,best,best,selalu asyik naik kereta jer sekali sekala naik motor ni memang best la,teringat waktu solo dolu-dolu,hehehe.

Harap anak-anak tak kisah la terpaksa berpanas hujan selama 2 minggu ni,biar dorang rasa pulak macamna kehidupan tanpa berkereta dan bersyukur dengan apa yang ada.

Pada yang ada aktiviti harini,berhati-hati dan jaga diri selalu yer,semoga kawan-kawan di lindungi oleh yang esa.

Saturday, September 17, 2011

SELAMAT MENEMPUH HIDUP BARU

Hari anak saudara sepupu sya akan diijabkabulkan,so busy la sikit,tak bole nak update blog panjang-panjang,apapun selamat bergelar seorang isteri buat Nabila,semoga selalu berbahagia di samping suami tercinta,mak long doakan Nabila cekal dan tabah menjadi seorang isteri,

Insyaallah kalau berkesempatan sya akan snap-snap picture yer.Macamna weekend kawan-kawan pulak?

Friday, September 16, 2011

RAWAT LINGKARAN GELAP BAWAH MATA

Sebenarnya banyak cara untuk menghilangkan lingkaran gelap bawah mata,ada yang guna,timun,tomato,dan uncang teh,kali ni sya nak kongsi dengan kawan-kawan cara nak rawat lingkaran gelap bawah mata menggunakan kentang.

Mula-mula ambil sebiji kentang yang telah di buang kulit,kemudian bersihkan,kisar kentang tadi sehingga halus dan letakkan di atas kain bersih dan lembut.jadikan macam bunjut ataupun uncang,sapu dan tekapkan pada mata perlahan-lahan.Lakukan selama 15-20 minit agar kentang menyerap pada wajah.

               
                             selamat mencuba

TIPS MENGELAKKAN PERTENGKARAN DENGAN ORANG YANG TERSAYANG

Dalam setiap perhubungan adatlah kan kalau bertengkar bergaduh dan sebagainya,namun jangan lah selalu sangat,itu akan menambah burukkan keadaan,jom kongsi bersama sya tip nak elakkan dari selalu bertengkar dengan orang tersayang

1-Kenali perangai sebenar pasangan,dengan ini,dapat mengetahui apa perkara yang disukai dan tidak disukai oleh pasangan.

2-jangan terlalu ego dan mementingkan diri sendiri tampa mempedulikan hati dan perasaan pasangan.

3-jangan terlalu cemburu,dan jangan terlalu mendesak pasangan dengan macam-macam perkara,kalau boleh bincanglah dengan cara santai dan bersahaja.

4-Memberi sepenuh perhatian pada pasangan terutama ketika dia bercerita ataupun semasa dia meminta pendapat dari anda.

5-Jangan menduga kesabarannya seperti menuduh atau bersikap serkap jarang.

6-Bersikap terbuka dan menerima kelemahan pasangan kerana kita juga tidak sempurna.

Thursday, September 15, 2011

BUAH SULUNG

Masa sya kat kampung hari tu dapat lah merasa buah jambu yang mak sya tanam,buah jambu ni baru pertama kali mengeluarkan buah nya,kiranya buah yang sulung la,cantik-cantik buah nya,pokok jambu ni rendah jer,boleh di capai dengan tangan.

Anak sya yang sulung tu buah jambu tu memang kesukaan dia,di tambah dapat cicah dengan kuah rojak,memang dia suka sangat la.
ini la buah jambunya setangkai di petiknya

dan ni lagi setangkai,buahnya memang manis.

masih terbayang-bayang lagi rasa buah jambu tu bila di cicah bersama kuah rojak,nyum,nyum.nak balik kampung lagi hujung minngu ni,tapi ada lagi ke buahnya,anak sya yang sulung tu dah tak sabar dah nak makan buah tu.

KHASIAT BUAH DELIMA

Kawan-kawan suka makan buah delima tak?ada yang suka ada yang tak makan buah ni kan? rasanya masam-masam manis,juga segar,buah delima ni banyak khasiatnya tau.

salah satunya,buah delima ni dapat merendahkan tahap kolestrol dalam badan kita,ia bertindak sebagai antioksida yang bauk untuk jantung dan peredaran darah.

Buah delima juga dapat mencegah kanser payudara,ia membantu membaiki sel-sel dala tubuh badan kita yang rosak,ia memberi perlindungan dari penyakit jantung dan kanser kulit juga.

Antara khasiat lain,buah delima dapat membantu mencegah penyakit alzheimer,kekurangan darah dan kencing manis.

tapi sya teringat la masa time sya preggy dulu,mak sangat galakkan sya makan buah delima tu walaupun sebenarnyer sya tak suka,dan sya tak sempat tanya mak kenapa kena makan,kawan-kawan tahu tak kenapa?jom kongsi dengan sya.

                         

Wednesday, September 14, 2011

SELESAI

Hari sabtu lepas,selesai lah sudah penyerahan duit hantaran pada bakal adik ipar sya,kalau tak ada aral yang mendatang mereka akan diijabkabulkan 19hb november nanti,

Sya,mak dan bapa dah menyerahkan wang hantaran pada pihak perempuan pada hari sabtu hari tu.jom layan gambar la.

ni gambar budak berdua yang nak kawen tu,letak depan album.



duit yang sya dah masukkan dalam album untuk di serahkan pada pihak perempuan.

berbincang diantara keluarga sebelum pergi.

bulan 11 ni,akan diadakan majlisnya,dah tak lama dah,lepas ni mak sya akan dapat seorang lagi menantu.

WORDLESS WEDNESDAY


SELESAI

Tuesday, September 13, 2011

TERSENTUH HATI

Raya ke 10 hari tu sya berkesempatan la menziarah sanak-saudara yang tak sempat ziarah sebelum ni,dan sekaligus menunaikan tanggungjawab sya memberi bantuan pada golongan yang memerlukan.

Dan sya berkesempatan pergi seorang insan yang istimewa ni,dulu dia pernah mengajar anak-anak kampung mengaji Alquran dan suaranya sangatlah merdu,sekarang ni dia dah tak sekuat dan segagah sebelum ni.dia dah tak ingat sesiapa dah,memang sedih dan sayu jer hati bila melihat keadaan dirinya.

Kini dia tinggal berdua sahaja bersama isterinya,anak-anak langsung tak pedulikan dia,memang sedih.
cer tengok,insan ini la yang dulunya mengajar anak-anak kampung ngaji,mengajar ilmu agama.sekarang ni dah tak kuat lagi dan dah tak ingat sesiapa.sya panggil dia tok wa.

ini lah keadaan kediaman mereka yang tinggal berdua sahaja,sangat sedih hingga menimbulkan keinsafan dalam diri sya,semoga dua insan ini tabah mengharungi hidup,tanpa di kelilingi anak-anak


betapa sya insaf melihat keadaan mereka dan berjanji sebagai seorang anak,sya tak akan buat begitu pada kedua ibu bapa dan mertua sya,sangat-sangat sedih,huhu membiarkan ibu bapa dalam keadaan sedemikian.

TAHNIAH DAN TAKZIAH

Pagi-pagi tadi dalam pukul 2.30 pagi sya di kejutkan dengan kematian tok saudara hubby yang kami panggil tok ngah,meninggal kerana sakit tua,tok ngah sudah berumur 103 tahun,mengidap penyakit asma,Alfatihah untuk arwah tok ngah.

Dan 2 minggu yang lepas sepupu hubby, dah selamat melahirkan anak yang keempatnya,baby di lahirkan melalui pembedahan akibat si ibu mengalami darah tinggi.apapun si ibu dan baby selamat.jom tengok gambar orang baru,kalau dari gambar nampak macam besar je baby ni,sya baru berkesempatan tengok baby baru ni memandangkan terlampau busy,tak sempat tengok.
alolo cute la,mata terbuka luas jer

comel kan,kan,kan

mesti tengok pada mama dia tu.


tahniah pada abang li dan kak yang sekeluarga dapat baby girl, dah cukup dua pasangla kan,dua lelaki dan dua perempuan.

Monday, September 12, 2011

INSIDEN NAK CEPAT

Sejak dua tiga menjak ni sibuk sangat tak tau la pasal apa,macam-macam benda nak kena buat,lagi-lagi pulak lepas raya ni,nak ziarah rumah sedara-mara la,ada pulak tu anak saudara nak bernikah,lagi la kalut,kawan-kawan semua macamana?undangan ke open house mesti banyakkan?

Dalam kalut-kalut dan busy-busy dengan anak-anak,cuba tengok apa yang terjadi pada tangan sya sebab terlampau kalut sangat.


ni la akibatnya kalau terlampau cuai kan, dalam dok kalut dok urus anak-anak dan buat kerja rumah tangan sya dah terkena cermin tingkap,huhu,lukanya dalam jugak,tapi sya tak ke klinik pun,takut kena jahit.

zoom dekat sikit,agaknya kalau pergi klinik,mesti dapat 3@4 jahitan kan,sya cuci luka sendiri,lepas tu taruk minyak gamat,dan balut,sekarang luka tu dah nampak kering dah.

ini la pengajaran supaya nak buat kerja apa-apa pun berhati-hati.jangan kelam kabut.

Friday, September 9, 2011

LAGI PETUA UNTUK RAMBUT BERUBAN

Dulu sya pernah kongsikan petua untuk rambut beruban,kali ni sya nak kongsi  lagi petua untuk mengurangkan uban,semoga kita dapat manfaatnyer yer.

Ambil beberapa helai daun rambutan,tumbuk hingga hancur,kemudian masukkan dalam satu bekas tambah kan sedikit air,ambil penapis dan tapiskan ramuan ini,kemudian selepas ditapis air tapisan itu di sapukan pada kulit kepala,lakukan setiap hari.

                      

CERITA BIASA

Mood raya masih lagi adakan,rakan-rakan blogger semua meriah jer dok cerita pasal raya yang dah berlalu,sya tumpang seronok dapat dengar cerita dari rakan-rakan semua.

Mesti ramai yang nak dengar cerita raya kan,bg sya tak ada apa yang menarik pun,rayakan untuk anak-anak bergembira,kalau yang jauh dapat balik kampung sekali sekala best la,bagi sya yang tiap-tiap minggu balik kampung,biasa saja.

Cuma di hari yang mulia ini dapat bertemu sanak-saudara dan rakan-rakan yang jarang bertemu jer la.Sya tak sempat pun nak ambik gambar hari raya hari tu memandangkan bizi dengan tetamu,pagi raya pertama beraya di rumah mil,sya menantu perempuan sulung dan tunggal,mesti sibuk la.

Balik rumah mak sya,petang raya,dan sya juga anak perempuan yang paling tua dalam keluarga,tetap sibuk jugak,so tak dapat snap picture pun.huhuhu.sya tumpang dengar cerita kawan-kawan je la.

Thursday, September 8, 2011

WAJIB ADA DI HARI RAYA

Rasanya kalau tak ada makanan-makanan ni di hari raya mesti tak bestkan,

                           
setiap kali hari raya mesti ada ketupat,tak kira la dibungkus dengan daun kelapa atau daun palas
                      
                                          lemang yang menjadi kegemaran ramai
                     
   rendang yang akan di cicah bersama ketupat ataupun lemang,tak kira la rendang apapun daging,ayam  dan   sebagainya
                     
                                serunding pun di makan bersama ketupat atau lemang
                    
                                                 kuah kacang



yang mana satu menjadi kegemaran kawan-kawan?sya paling suka  lemang ,makan bersama rendang atau serunding,kuah kacang tak berapa suka sangat.kawan-kawan macamna?

SETIAP YANG HIDUP PASTI AKAN KEMBALI KEPADA PENCIPTANYA.

Hari ni 10syawal,semasa hantar anak-anak ke taski sya di kejutkan dengan kematian suami seorang rakan sya kat sini,yang sya panggil kak farah,kak farah ni selalu berbual,bercerita dengan sya tiap kali kami berjumpa semasa menghantar anak mengaji Al-Quran kat kawasan perumahan kami.

Takziah pada keluarga kak farah,semoga kak farah tabah menghadapi dugaan ni.Kesiankan bila mengenangkan anak-anak kak farah yang terlalu rapat dengan arwah abah mereka,kak farah pulak tak kerja apa hanya surirumah sepenuh masa,sekarang kehilangan pulak tempat bergantung,hanya Allah yang tahu.

Bila mengenangkan nasib kak farah ni,sya jadi insaf sangat,sebab sya pun surirumah sepenuh masa juga,hanya berniaga kecil-kecilan,bila hilang tempat bergantung macam tu tentu kalut kan tambah lagi anak-anak masih bersekolah.Itu yang menjadikan sya insaf,sebagai surirumah 80% punca pendapatan dari suami,kalau suami tak ada tentulah susah.

So mulai sekarang kena lah pandai kawal perbelanjaan,untuk saving lagi lebih,memang tiap-tiap bulan ada saving,tapi sya berazam nak saving lagi lebih,kan malang tidak berbau,so sediakan payung sebelum hujan.kawan-kawan macamana,jom-jom kita pakat-pakat saving pendapatan kita,terutama sekali pada suri-surirumah tu,kawal perbelanjaan kita yer insyaallah,kita boleh buat,sebab jika terjadi sesuatu,contohnya seperti kak farah tadi.kita dah ada alternatif lain menyara keluarga sebelum kita dapat sumber pendapatan lain,tak la terkapai-kapai.

ALFATIHAH UNTUK SUAMI KAK FARAH

Wednesday, September 7, 2011

PERJUMPAAN SEMULA RAKAN SEKOLAH SMSA.

Alhamdulillah setelah lama terpisah,jumpa pun sekali sekala akhirnya bertemu juga dengan sebahagian dari rakan sekolah sya yang menuntut satu smsa dulu.Terubat sedikit sebanyak rindu di hati,bertemu mereka.

Tanggal 2.9.2011,bersamaan 4 syawal,sya bertemu semula dengan rakan-rakan sekolah yang lama tak bertemu,memang best,thanks kepada rakanku siti hajar,coz sudi menjadikan kediaman beliau sebagai tempat kami bertemu.

Terubat rasanya rindu di hati bertemu kalian semua.jom layan pic la yer,pic ni minta izin dari salah seorang rakan di facebook.


                            
         Diantara rakan-rakan yang hadir dalam perjumpaan tersebut,terlepas la segala rindu pada dorang


                           
                                                 me with siti zairiah,n anak-anak,


                             
                                 antara tetamu yang hadir,ada di kalangan ahli keluarga hajar

                            
                                         ku ayu dan siti rohani,sayang depa ni ketat-ketat
                            
                             zairiah,siti hajar(tuan rumah) dan seorang lagi rakan sya norain
                           
   rakan lelaki tunggal yang datang bersama beloved wife dia,dah lama tak jumpa ni.



Dapat juga berjumpa dengan dorang,memang tak dapat nak lupa coz lepas ni semua akan kembali sibuk dengan tugas dan kehidupan masing-masing,hope u all semua success.