Thursday, September 29, 2011

TIPS PILIH SAYUR

Kawan-kawan,hari ni sya nak kongsikan tips pilih sayur kat pasar,sayur yang memang selalu kita beli la,tak la asyik kita dapat sayur yang tak segar jer,kadang-kadang kat pasar nampak segar jer balik rumah tak sempat simpan dalam peti ais dah layu.

Kubis - Pilih jenis yang ringan dan rongganya besar-besar.

Sawi - Pilih sawi yang berdaun lebar tetapi batangnya kecil.

Timun - Pilih timun yang lurus dan pangkalnya kurang warna hijau tua.

Tomato - pilih yang warnanya kehijau-hijauan sedikit.

Ubi keledek - Pilih buah yang lurus dan kulitnya putih bersih.

Bendi - Pastikan hujungnya lembut.

               

PENGAJARAN

Semalam tak sempat melawat dan membalas komen kawan-kawan semua,hari ni baru ada kekuatan menulis,entry hari selasa hanya autopost,banyak peristiwa berlaku pada diri sya,yang kadangkala memang menguji kesabaran.

Hari isnin awak-awal lagi dah di duga dengan kesakitan,sya jatuh motor dirempuh bas sekolah nasib baik tak ada apa-apa kecederaan yang serius hanya terseliuh,dan nasib baik juga tak bawak si kecik time tu.

Hari selasa pulak sya kehilangan wallet yang mana di dalamnya ada mykad,mykid anak-anak,medicard anak-anak,kad bank,dan wang tunai rm400.huhu sungguh menyedihkan.tak tahu nak salahkan sapa dalam hal ni,salah diri sendiri la sebab cuai,wallet yang di letakkan dalam beg bawah raincoat dalam raga motor di ragut macam tu jer,ingatkan dah letak bawah raincoat peragut tak nampak,tapi tetap nampak,ini lah pengajaran pada diri sendiri,agar len kali jangan cuai.

Kemarin sibuk uruskan dokumen-dokumen baru,nasib baik la mempunyai hubby yang bertanggungjawab dan tak menyalahkan sya atas apa yang terjadi,tragedi hari selasa tu memang tak akan di lupakan,benda berlaku terlalu pantas.

Sememangnyasya akan jadikan ini satu pengajaran,dan pada kawan-kawan juga,berhati-hati la yer,kadangkala kita tak tahu apa yang orang tahu,dan kita rasakita tak nampak apa yang orang nampak.(mood masih lagi bersedih )