Thursday, October 6, 2011

JOM BELAJAR

✐ Belajarlah BERSYUKUR walaupun KEKURANGAN .
✐ Belajarlah IKHLAS walaupun TAK RELA .
✐ Belajarlah TAAT walaupun BERAT .
✐ Belajarlah MEMAHAMI walaupun TAK SEHATI .
✐ Belajarlah SETIA walaupun BANYAK GODAAN .
✐ Belajarlah MEMBERI walaupun TAK SEBERAPA .
✐ Belajarlah MENGASIHI walaupun kau DISAKITI .
✐ Belajarlah TENANG walaupun kau sedang GELISAH .
✐ Belajarlah PERCAYA walaupun SUSAH .

Percayalah bahawa ALLAH SWT sentiasa bersamamu ♥

TAK DA MOOD

Tak da mood betul hari ni,pipi membengkak akibat ulser  tepi bibir,susah la,nak bercakap pun kena cover-cover,nak senyum kena cover,nak makan lagi la tak boleh.

Rumah dah dua hari sunyi tanpa bebelan dari sya,rasa ngilu sungguh,sampai my hubby kata rumah dah tak ceria tak da radio dok membebel,azabnya haya tuhan yang tahu.

Gagahkan diri juga buat rutin harian menguruskan rumah tangga dan antar anak ke sekolah,rasa bengkak makin besar,bila tunduk pipi memberat jer kat bawah,dugaan,dugaan.

Dah 2 hari hanya dapat makan bijirin yang di bancuhkan dengan air,kali ni memang sakit,dah pergi klinik dapat ubat sapu je,doktor kata kalau tak lega jugak datang lagi.

Sabar je la,rasa nak demam tak demam silih berganti,tak tahu nak citer macamna,semoga cepatlah baiknya.