Friday, February 3, 2012

MASIH BOLEH BERSABAR

Kemarin sya buat entry tentang tukang rumah  yang buat rumah sya tu kan,bumbung yang bocor telah di baiki.namun ada lagi masalahnya,huhuhu sekarang rumah sya di banjiri air yang keluar dari syiling tempat dia repair tu.huhuhu

Lenguh dah tangan-tangan mengelap air hujan tu,kebetulan hujan turun dengan lebatnya,hubby sya sibuk la telefon dia suruh datang tengok,alasannya,tak da kenderaan.huhuhu.yang terima azabnya sya la.bertakung air kat dalam rumah.
Sabar je la.tunggu  je dia datang.Geram tu memang geram,tapi sya masih boleh control lagi.bagi peluang dulu.sepatutnya dia kena bertanggungjawab la sikit dalam melakukan tugasnya.

TERKENANG ZAMAN SEKOLAH

Pagi-pagi jumaat yang suci ni tetiba jer teringat zaman bersekolah menengah dulu,tu pun pasal semalam adik angkat sya yang ingatkan,ingatkan dia dah lupa pada peel kakak angkat dia ni,maklum la dah lama zaman persekolahan di tinggalkan.

Masa zaman sekolah dulu sya sangat suka tulis ayat-ayat jiwang karat,sajak,cerpen then adik angkat sya   orang pertama yang akan jadi pembaca setia madah-madah puitis tu,hehehe.maklum la masa tu berangan nak jadi penulis la kengkononnya.

Waktu tu kalau ada ja pihak sekolah buat pertandingan sajak ke,tulis cerpen ke,sya la orang yang terawal yang akan menyertai.tapi bila hasil penulisan sya terpilih untuk di deklamasikan,sya akan suruh sorang member yang baca.takut naik pentas.

Nak tergelak pun ada bila ingat balik,kulit hadapan buku teks akan di balut dan di tulis dengan kata-kata puitis la kononnya.dan sya juga ada satu buku khas yang tebal untuk tulis semua madah-madah.heheheh.

Sekarang ni,nak tulis ayat jiwang pun dah tak pandai dah,dah tumpul otak agaknya,semalam bila adik angkat ingatkan balik,tergelak jugak la,dia suggest sya tulis balik ayat-ayat puitis tu sebab dia nak jadi orang pertama baca,macam dulu-dulu jugak.Untuk nani sory la akak,tak boleh menulis ayat jiwang-jiwang dah.otak dah tumpul dik oii.Kawan-kawan dulu suka tak tulis surat or word yang jiwang-jiwang feeling habis la?