Wednesday, February 1, 2012

KERANA RM10

Tajuk macam gempak,tapi tak gempak mana pun.ok ni yang berlaku pada sya kemarin la,dalam tak sihat tu tanggungjawab tetap kena perlu laksanakan,kemarin sempat lagi la ke kedai buku sekolah anak sya,untuk membeli seluar sukan dan baju kafa.

Ramai jugak ibu-bapa yang baru datang membeli sluar sukan,ada seorang kakak yang jaga kedai buku sekolah tu.sangatlah sibuk,so dia terbagi lebih rm10 pada sya,sya pun dah tak check dak baki duit yang dia bagi terus letak dalam wallet dan bergegas sebab nak bawak anak ke klinik.Petang baru tersedar yang dia dah terlebih baki baki kat sya.
so pagi-pagi tadi sya ke kedai buku dan pulang kan balik duit yang dia bagi lebih tu rm10.yer la tu kan duit orang,bukan hak kita.Masyallah,di peluknya nya sebab pulangkan balik baki duit tu,katanya dia baru ja buat kira-kira memang tak cukup duit jualan.baru jer dia nak gantikan dengan duit dia tapi sya dah datang bagi balik.

Dia kata susah nak jumpa orang yang pulangkan balik hak orang lain.sambil-peluk-peluk sya,sambil dia bersyukur.Memang best sangat kalau kita ringan kan beban orang kan?walau nilai baki wang tu hanya sepuluh ringgit,sekurang-kurangnya ukhwah antara sya dan kak tu terjalin.yer la selama ni jumpa setakat senyum je la.