Saturday, June 18, 2011

PERANGAI ANAK-ANAK

Semua yang jadi ibu mesti dah faham dengan perangai anak-anak masing-masing.kalau sorang anak mungkin juga lah dah bole hafal perangai dorang,tapi kalau empat orang anak macam sya ni huhu,paning la jadi nya.jom tengok karektor2 dorang


bermula dengan kakak.
si kakak ni seorang yang manja,tak pandai berdikari pun,sekarang ja baru pandai sikit2,maklumla  la dia tak ada adik selama 6 tahun,manja nya bukan main,susah nak beralah dengan adik2,sensetif,tapi mudah pujuk,simple ja orang nya,tapi dengan adik2 garang bukan main.

ni anak yang ke dua mohd haqim,dia ni kasar orangnya,luaran la kasar,tapi cepat terasa,tinggi suara sikit jer dengan dia dia dah merajuk,dia suka aktiviti lasak2,memancing ikan paling dia suka,suaranya dah macam budak darjah 4,cepat beralah dengan adik2,tapi cukup pantang kalau ada orang usik benda-benda dia.satu masalahnya kuat sangat merajuk,

Yang ke tiga ni nama dia mohd sofi,kecik ja orangnya,semua orang kata dia cute jer,dia ni lembut,manja,tapi lasak perangai,pertama kali jumpa dia orang akan kata dia manja,tapi sebenarnya dia paling aktif,dia ni cakap cukup petah,macam-macam dia tanya.

yang ke empat ni namanya siti khadijah,huhu perangai dia,mengalahkan abang-abangnya,ligat bukan main,panjat-memanjat tu biasa la,cakap jer apa yang dia tak pandai,main lap top,handfon,semua  dia pandai,keaktifan dia tu tak tau la nak cakap,bukan calang-calang orang bole jaga dia,kena perlukan tenaga yang banyak.siapa yang pernah jaga dia mesti akan merungut keletihan.dia pun petah berkata ada saja ayat2 keluar dari mulut dia,sekarang dah pandai kata "abang entem(abang hensem),adik anish(adik manis)".pening juga dengan gelagat dia ni.


tengok macam-macam perangai dorang kan,kadang-kadang tu kita sebagai ibu ni la yang pening nak layan dorang.Sabar aje la,sementara nak  besar.

TIPS KECANTIKAN RAMBUT DAN MATA

Untuk memastikan rambut nampak berkilau,dan tak rapuh,sapukan aloevera sebagai krim rambut secara rutin sekurang-kurang sekali sehari.


Bila mata kita letih akibat terlalu lama berada depan komputer,kita boleh segarkan mata dengan aloevera,caranya,belah dua daun aloevera,simpan dalam peti ais,biar sejuk,letakkan atas mata sambil tidur beberapa minit.Mata akan kembali segar.

                            File:Aloe Vera.jpg
                                              pic from google