Saturday, July 9, 2011

POPIA SARDIN

Anak-anak selalu minta buat popia,tapi banyak sangat permintaanya,tak nak yang pedas la,tak nak tauge la,sebab tu la sya asyik bertangguh jer nak buatkan popia untuk mereka.

oleh kerana tiap-tiap hari dah minta terpaksa la buatkan,sya buat popia sardin untuk dorang,ni first time buat,ada jugak pergi kat blog kawan-lawan godek-godek resepi,akhirnya menjadi juga.Ni la hasilnya.


yang ni cubaan pertama,yang belum siap di goreng lagi,sambil melipat popia tu sambil anak sya dok ngap popia yang belum di goreng tu.

hasil setelah siap di goreng,anak-anak kata sebab,masa ni huby tak rasa lagi.bila dah rasa dia kata sedap dan suruh buat lagi.


sukanya bila anak-anak dan suami suka apa yang kita masakkan.rasa macam di hargai sangat.


BILA SI KECIK BERSOLEK

Si kecik ni perangai dia kadang-kadang mencuit hati,ni cerita kemarin la,sya dok sibuk mengemas rumah,mulanya si kecil tidur dalam bilik sya,sedang sibuk-sibuk kat dapur ntah macamna si kecik terjga.

Rupanya kali ni dia terjaga tak nangis  cari sya,selalunya dia bangun terus cari sya,buat tak tahu la kat dia,tapi dia diam je dalam bilik,bila dah rasa lama sangat dia tak cari ibu dia ni,terpaksa la si ibu yang mencari anak ni.

jom tengok apa yang dia buat diam jer dalam bilik,rupanya dia dapat ini

ha ni la yang membuat kan si kecik diam jer dalam bilik bila bangun tidur kelmarin ada keja rupanya. 
bila sya bukak je pintu bilik terus dia lari keluar takut sya ambik lip balm tu,sapukan sikit kat mulut dia,perasan cantik la tu,mulut tak henti-henti nak mekap jer. 
hasilnya,nasib baik la kaler lip balm ni jernih,tak nampak warnanya,tapi yang sya risaukan sangat,mulut si kecik ni alegik dengan lipstic n lipbalm,bila pakai mesti bengkak-bengkak bibir.