Friday, September 16, 2011

RAWAT LINGKARAN GELAP BAWAH MATA

Sebenarnya banyak cara untuk menghilangkan lingkaran gelap bawah mata,ada yang guna,timun,tomato,dan uncang teh,kali ni sya nak kongsi dengan kawan-kawan cara nak rawat lingkaran gelap bawah mata menggunakan kentang.

Mula-mula ambil sebiji kentang yang telah di buang kulit,kemudian bersihkan,kisar kentang tadi sehingga halus dan letakkan di atas kain bersih dan lembut.jadikan macam bunjut ataupun uncang,sapu dan tekapkan pada mata perlahan-lahan.Lakukan selama 15-20 minit agar kentang menyerap pada wajah.

               
                             selamat mencuba

TIPS MENGELAKKAN PERTENGKARAN DENGAN ORANG YANG TERSAYANG

Dalam setiap perhubungan adatlah kan kalau bertengkar bergaduh dan sebagainya,namun jangan lah selalu sangat,itu akan menambah burukkan keadaan,jom kongsi bersama sya tip nak elakkan dari selalu bertengkar dengan orang tersayang

1-Kenali perangai sebenar pasangan,dengan ini,dapat mengetahui apa perkara yang disukai dan tidak disukai oleh pasangan.

2-jangan terlalu ego dan mementingkan diri sendiri tampa mempedulikan hati dan perasaan pasangan.

3-jangan terlalu cemburu,dan jangan terlalu mendesak pasangan dengan macam-macam perkara,kalau boleh bincanglah dengan cara santai dan bersahaja.

4-Memberi sepenuh perhatian pada pasangan terutama ketika dia bercerita ataupun semasa dia meminta pendapat dari anda.

5-Jangan menduga kesabarannya seperti menuduh atau bersikap serkap jarang.

6-Bersikap terbuka dan menerima kelemahan pasangan kerana kita juga tidak sempurna.