Thursday, June 23, 2011

KASIH SEORANG ABANG

Tajuk ntah apa-apakan,semalam si kecik ni demam panas yang kuat sangat,keja dia merengek la,sya nak buat keja rumah pun tak boleh asyik berdukung jer.

si abang yang nombor tiga ni cukup risau kalau adik dia sakit,demam ke,selalu je di pantau adiknyer,semalam badan adik terlampau panas,dia dah bising kat ibu dia ni suruh bawak pergi klinik,

Sya buat tak tahu jer sebab ubat dalam fridge banyak lagi,kalau pergi klinik pun doktor bagi ubat yang sama jugak,adatlah tu baby bila demam merengek,tapi dia tak bole tengok adik dia menangis lantas diambilnya bantal,di suruh adiknya tidur sambil dia tepuk-tepuk si kecil tu.

Resultnya sekali dengan orang yang mendodoikan pun telelap sekali,betapa cutenyer pic ni,nampak betul kasih sayang dan  tanggungjawab abang pada adiknya walau si abang baru berusia 5 tahun

PENJAGAAN WAJAH IKUT JENIS KULIT

Jom tengok cara-cara nak bersihkan wajah,tapi kulit muka ni ada pelbagai jenis,ada yang berminyak,kering,kulit sensetif,so jom kita kongsi sama-sama macamna nak cuci muka ikut jenis kulit.

KULIT BERMINYAK
-cuci 2kali sehari
-Bersihkan makeup dengan sempurna
-pilih pencuci yang bebas minyak,ia membantu membuang minyak berlebihan dan kotoran yang terlekat di liang roma.
-rajin-rajin lah bermasker
-apabila bangun pagi sebelum mencuci wajah dengan pencuci,stimkan wajah agar liang-liang roma terbuka,kemudian cuci muka dengan pencuci muka,
-bilaskan dengan air sejuk agar liang-liang roma tertutup kembali.

KULIT SENSETIF
-Jangan guna sebarang produk pencuci kerana tidak semua produk sesuai untuk kulit sebegini.
-pilih produk yang mengandungi herba semula jadi seperti chamomile ataupun aloevera.
-bersihkan wajah dengan pembersih wajah yang lembut dan bebas sabun
-jangan gunakan penyegar berasaskan alkhohol kerana  boleh menyebabkan iritasi pada wajah.

KULIT KERING
-Gunakan pelembab yang mengandungi aha,vitamin c dan e
-cucilah wajah dengan air sejuk kerana jika memcuci wajah terlalu lama dengan air panas akan menyebabkan kulit menjadi lebuh kering.
-jangan berada terlalu lama dalam ruang berhawa dingin.
-sesekali lakukan urutan pada wajah.