Thursday, June 16, 2011

APA YANG BOLEH BUAT BILA KITA MARAH

MARAH,apa yang kita akan buat yer untuk melepaskan dan meredakan marah,adakah kita akan ikut perasaan,fire je kat sapa2 pun,mungkin juga kita kan menghempaskan sesuatu?jom tengok apa yang kita bole buat untuk meredakan kemarahan kita.

Marah ni ibarat macam api,menyala-nyala  dalam diri.ibarat api bila nak padamkan kena guna air,Begitu juga dengan marah,apa kata bila tengah marah ja ambil wudhu,untuk mengrangkan marah,lagi satu apakata cuba mandi lama2.Andai ada pancuran air,cuba duduk bawah cucuran air seberapa lama yang boleh,biarkan air tadi mengenai kepala dan muka,biarlah mandi sehingga mengigil kesejukan,biarlah rasa marah dalam diri mengalir seperti air pancuran tadi,anda terasa lega sikit bukan?


Lepas tu lap kering badan anda,apa rasanya?rasa marah dah berkurangkan?jika kita resah dan gelisah pula,apa kata pergi ke bilik air dan berwhuduk lah,kemudian serahkan diri pada Allah,mengadulah sepenuh hati,kalau rasa nak menangis,menangislah sepuas-puasnya,selepas itu akan ada kelegaan dalam jiwa.

        

      

                
                              

DAH 3 HARI BERPUASA

Masuk hari ni dah 3 hari dah sya berpuasa menggantikan puasa yang tinggal aritu,berbaki lagi 4 hari lagi,alhamdulillah walau pun padat dengan urusan umah tangga n anak2 still masih lagi bole bertahan.tapi ada satu je masalah nya.


Time nak berbuka, tak selera nak makan nasi,masa masak petang hari tu,punya la semangat nak masak untuk berbuka,bila sampai time berbuka je,minum air ,makan roti jer,pelik kan,dah tak rasa lapr time tu,bole kurus cepat la macam ni.


Best jugak berpuasa ganti ni,anak2 tak banyak buat kerenah,sebab dorang tahu ibu dorang berpuasa,tak larat.siap ada yang ofer nak buat air lagi time berbuka,insyaallah walau pun puasa ganti dah habis nanti,nak teruskan juga berpuasa sunat.semoga di berikan kekuatan untuk beramal ibadat.

SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA MY COUSIN

Tanggal 12hb jun 2011,selamat lah sudah my cousin di ijabkabulkan dengan pujaan hatinya,wah dah jadi isteri orang dah yer,muda lagi my cousin ni,baru 20 thn kalau tak silap sya,tapi dah jodohkan.Selamat menempuh kehidupan yang baru,semoga bahagia hingga ke anak cucu.


wah dah jadi isteri orang dah yer kak ain,saat-saat menanti di ijabkabulkan,maaf gambar blur sikit,tengah kelam kabut.


acara akad nikah pun bermula,mesti time ni pengantin lelaki nervous ja,akhirnya selamat juga di nikahkan


dekorasi kamar pengantin,warna putih suci gitu,cantik  sangat.

anak  sya  dan adik bergambar bersama pengantin.


Selamat pengantin baru kepada kak ain,cantik sangat kak ain ari ni,semoga berbahagia di samping suami yang tersayang yer.