Monday, September 26, 2011

ALAHAI ANAK-ANAK

Anak sya yang kecil tu dah menunjukkan bakat-bakat nak menulis tau,pantang di beri kertas dan pen mula la dia menulis,alhamdulillah,walau pun dia cuma conteng sekurangnya dia dah mahu pegang pen ataupun pensil.

Tapi yang tak seronoknya dengan perangai si kecik ni,aduh segala benda nak di contengnya,kaki,tangan jangan cerita lah,mmg penuh dgn pen.tapi cer tengok picture ni,huhuhu.






dinding bilik tidur kedua di jadikan kanvas untuk melukis,huhuhu sadis sungguh la,sya terlepas pandang masa dia tengah mencurahkan ideanya di dinding,waaaa tak pasal kena cat lain nanti.Tapi tak la sampai  nak marah sebab biasa la budak-budak dalam proses belajar kena agi galakkan,tapi jangan bagi galakkan menconteng dinding lagi,galakkan menulis di atas kertas.

PETUA ENAKKAN SARDIN

Ikan sardin memang enak di makan,tapi kadangkala apabila di masak akan menimbulkan bau yang kurang enak,pastinya bau itu akan membuatkan kita hilang selera nak makan sardin tersebut.

Okey kawan-kawan,untuk menghilangkan bau tersebut,dan melazatkan sardin yang di masak,masukkan serai,atau daun limau ataupun daun kesum semasa memasak.sardin tidak akan menimbulkan bau.

Masak dengan menggunakan api yang sederhana dan masak sardin dengan lama sedikit,pastikan bawang dan cili yang di tumis betul-betul masak ye.