Saturday, July 2, 2011

AJAR ANAK CARA BERDIKARI

Kita ni sebagai ibu bapa kena lah tahu serba sedikit cara mendidik dan membentuk anak,walaupun kadang-kadang anak tak nak dengar apa yang kita suarakan,apapun cubaan pendekatan penting untuk mereka,kali ni apa kata kita kongsi tips cara ajar anak berdikari.

DI MEJA MAKAN
Kita boleh ajarkan si kecil mengambil nasi dan lauknya sendiri,biarkan dia menyenduk nasi,dan menyudu lauk kesukaannya,memang lah meja akan bersepah,tapi itu sebagai satu permulaan agar dia memahami.Pastikan juga dia menghabiskan makanannya.

BELAJAR MEMILIH
Cuba ajar ank menentukan pilihannya sendiri,ini akan biasa membuatkan anak biasa membuat keputusan sendiri,cthnyabiar dia memilih pakaian,kasutnya sendiri,pujuk dia agar memakai sendiri pakaian yang dipilihnya.

MENEMPATKAN SESUATU
Ajar si kecil meletakkan sesuatu pada tempatnya beri cnth kepadanyaseperti meletakkan dan mengemaskan kembali mainannya bila dia selesai bermain,mungkin juga boleh menyuruh si kecil meletakkan kasut di rak,menyimpan alatan tulisnya.

TIDUR SENDIRI
Bagi anak tidur sendiri di biliknya,pada permulaan mungkin anda boleh menemaninya sambil membaca buku cerita,bila dia sudah tertidur tinggalkan dia,bila bangun keesokkan nya puji lah dia kerana dapat tidur sendirian,si anak pasti akan nahu tidur tanpa di temani lagi

GALAK ANAK MEMBANTU
Biarkan anak-membantu,membuat kerja-kerja rumah,jika menyuruh mereka,gunakan suara yang lembut

PENING LA

Sejak baik dari demam,urat-urat n sendi-sendi rasa sakit jer,semalam baru dapat buat kerja rumah sikit-sikit,Ya Allah rumah dah jadi macam stor baju dan stor mainan jer,nak harapkan si kakak tu mana lah dia nak boleh handle kan adik-adiknya yang 3 orang yang lasak-lasak belaka tu.

Kalau lah sya ni demam berpanjangan tak dapat nak bayangkan macamna kan,encik huby lak balik dari kelantan letih tido la,kadang-kadang ada gak dia handle ank-anak,tapi apalah sangat kan,anak tengah melasak,hanya kita saja yang faham feel anak dan cara nak menanganinya.

Sya tak pernah demam sebegini teruk,tak tahu la kenapa kali ni kecundang dengan demam.sesekali demam tu masih boleh buat kerja rumah lagi,tapi kali ni memang tak berkudrat,huby pun hairan kenapa demam kali ni teruk,sya ni bukan jenis suka duduk diam walaupun sakit,sebab tu masa berpantang anak ke empat sya masih menghantar anak kesekolah walaupun masa tu baru 14 hari berpantang,rasa rimas jer duduk dan baring.

Rasa macam terpenjara ja bila asyik berkurung jer dalam rumah tanpa buat apa-apa.Demam kali ni membuatkan sya terpaksa juga berehat 2 hari dari kerja-kerja rumah,sekarang ni pun uarat-urat masih terasa sakit,tapi kena gagahkan diri juga buat kerja rumah sikit demi sedikit.