Monday, August 1, 2011

TIPS MEMBELI PAKAIAN RAYA

Wah bulan ramadhan baru masuk,terus nak kongsi tips membeli pakaian raya yer,hehehe,tapi sya rasa kaan-kaan semua mesti dah bersedia dari awalkan,baru la tak kelam labut.jom tengok tips.

-Rancang awal,2-3 bulan sebelum menjelang bulan puasa. gedung beli-belah menawarkan harga rendah,bagi meningkatkan jualan pada musim tersebut,pandai-pandailah merancang.

-bajetkan perbelanjaan,sebelum keluar beli belah setkan otak membeli pakaian mengikut bajet yang telah di tetapkan sahaja, jangan terlebih,setiap pakaian yang di beli harus lah mengikut bajet yang di sediakan.

-buat persediaan cntohnya dengan membawa contoh cebisan pakaian,sekiranya hendak membeli padanan pakaian yang sedia ada,tidak lah kita tersalah membeli kain pula.

-sebaiknya ketahui saiz pakaian yang hendak di beli,supaya tidak tersalah saiz dan perlu kembali untuk menukar pakaian tersebut,tidakkah itu membuang masa dan petrol?

-sentiasa periksa keadaan pakaian dan mengesan kecacatan pakaian bermula dari keruk leher atau kolar sehinggalah bahu,dada,pinggang,punggung dan kelepet,anda berhak mendapat yang terbaik sebagai pengguna.

Itu je tips yang dapat sya kongsikan buat kawan-kawan semua,selamat berpuasa dan menggandakan pahala di bulan yang mulia ini.

TEMPAT MENCARI REZEKI

Tiap kali balik kampung tempat ni lah yang sya kan bawak anak-anak pergi,bagi sesetengah orang tempat ni tak best pun,tapi bagi sya tempat ni lah yang banyak meninggalkan kenangan dan pahit getir dalam hidup.tempat di mana ayah sya membanting tulang mencari rezeki untuk keluarga.
di antara deretan-deratan perahu ini lah sya selalu bermain melangkah dari satu bot ke satu bot.kadang-kadang terjatuh dalam sungai.tapi stil boleh gelak lagi

pemandangan yang menghala ke laut,jeti ni penghujung dia laut

ini lah ayah sya,masih kuat dan bertenaga mencari rezeki alau pun sekarang ni tanggungannya hanya lah seorang,namun katanya dia tak boleh dok saja.


tengok betapa tekunnya anak sya yang kedua memerhatikan tok wan nya membersihkan jaring-jaring.

Semoga ayah sya akan terus sihat selalu,di kurniakan rezeki yang lebih dan kesihatan yang berpanjangan,i love u bapak,