Saturday, June 25, 2011

TIDAK MEMAHAMI DALAM RUMAHTANGGA PUNCA PENCERAIAN.

Panjang tajuk ni kan,kisah ni berlaku pada kawan sya,hanya sedikit ja kesalahan terus berlaku penceraian,mereka mempunyai 4 cahaya mata,telah berumahtangga hampir 8 tahun,si suami bekerja sendiri,dan si isteri hanya lah surirumahtangga sepenuh masa isteri berasal dari kampung yang pendalaman,dan kekok bila di bawa tinggal di bandar.


Mereka bernikah atas pilihan keluarga,tiada rasa cinta hanya satu matlamat mengharmonikan rumahtangga.Bila dapat anak satu,isteri mulalah sibuk melayan anak lebih,suami tak faham yang anak kecil perlukan perhatian menyangka isteri saja je tak nak layannya lagi,pelbagai kata di hamburkan pada isteri,tapi isteri buat tak tahu je,sibuk dengan anak.


Masuk anak ke dua,bertambah-tambah lah lagi sibuk si isteri,dengan anak-anak,suami lagi la tak senang duduk,isteri tak melayan,semua tak kena di mata suami,anak menangis dia marah,rumah bersepah dia marah,memang adat lah kan punya anak kecilni umah mesti bersepah.


Dalam bising-bising pun mereka dapat anak ke tiga,suami lagi geram dengan perangai isteri,mula lah mengadu kepada keluarga isteri yang anak dorang tak pandai uruskan rumahtangga,si isteri bila menguruskan anak yang kecil,anak-anak lain terbiar.Dan mak si suami pun mulalah masuk campur dalam urusan rumahtangga dorang,Bertambah buruklah keadaan.


rezeki Allah berikan si isteri mengandung lagi anak keempat,kali ni si isteri minta di hantar balik ke kampung kerana tak tahan dengan perangai suami yang asyik cari kesalahan dia,sampai habis pantang si isteri dah tak mau balik lagi ke rumah mereka,si suami pula terlampau ikut cakap mak dia suruh ceraikan si isteri,kata emaknya isteri tak pandai urus rumah tangga.Kasihan pada baby yang baru lahir,tak sempat merasai kasih sayang ayah sepenuhnya.


yang sya nak tekankan di sini,itulah jadinya jika tak ada persefahaman dalam rumahtangga,Benda yang boleh di bawa berbincang menjadi lagi buruk,dalam hal ni dua-dua tak ada sikap bertolak ansur,Cerita ni macam tak logik,tapi hakikatnya memang terjadi pada kawan sya yang kini bergelar ibu tunggal kepada empat cahaya mata.

                                         

SEDIH

Sya dalam mood sedih la,hari ni orang yang rapat dengan sya dah nak berpindah ke kl ikut hubby dia,selalu ada juga lah orang yang boleh berkongsi cerita dengan dia.Sya dah anggap dia macam kakak sendiri,banyak nasihat yang diberikan pada sya.

Sedih betul la,huhu lepas ni tak ada dah teman berbicara,mungkin cuma boleh bercerita melalui sms,fb,or email ja,tapi bertentang muka dah tak boleh.

Setiap kali hantar anak ke taski,dia lah yang sya cari,bergurau,bercerita,bagi sya dialah sorang kakak yang tak ternilai sama macam kakak sendiri memandangkan sya tak ada kakak,kakak sya telah meninggal,sekarang kak ni pun dah tak ada lagi depan mata.

.

                       

Buat kak nisa,sya doakan kak dan keluarga selamat selalu,jangan lupa sya kat sini,rajin-rajin la update status kat fb,rajin-rajin la msg tau,tak ada dah teman nak berkongsi cerita pagi-pagi.