Sunday, July 31, 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN

Ramadhan dah menjelang ni,sya harap semua kawan-kawan dapat menunaikan ibadah puasa ni dengan senang hati,jom kita memperbanyakkan amalan di bulan yang mulia ni,ramadhan ni lah yang membuatkan keluarga bersatu kembali terutama hari pertama berpuasa,

Dan jangan lupa jom lah kita kejar ganjaran pahala solat terawih yer,ini lah saat indah bila tiba bulan ramadhan,di mana malam-malam semua akan berpusu-pusu ke surau atau masjid menunaikan solat terawih.

Selamat berpuasa yer kawan-kawan.

Saturday, July 30, 2011

REZEKI

Cerita ni dah lama dah,baru sempat nak taip sekarang ni,kisah nya surau kampung my hubby buat gotong royong membersihkan kawasan surau.tak ada picture gotong royong,coz tak snap pun,sya sibuk dengan anak-anak.

Lepas kerja gotomg royong wajib la ada acara makan-makan kan,hubby sya bawak balik la makanan tu kat rumah coz dia tak sempat nak makan,jom tengok dia baak balik apa,jeng,jeng,jeng
mee rebus,rasanya memang sedap,mee ni di sediakan oleh isteri pengerusi surau,memang meletop rasanya,secukup rasa,nak kena berguru la macam ni dengan isteri beliau.

SUKA BUAH NI

                                   
selamat pagi kawan-kawan,wah pagi-pagi sya dah buat entry pasal buah ni,sya suka sangat makan buah naga ni tau rasanya sedap sangat,kat rumah mil ada tanam buah ni,selalunya bila dah masak sya lah yang makan,orang lain kat rumah my mil tak makan so rezeki sya la kan.Hari tu sya dapat  biji buah naga yang dah masak ni,
ni rupa buah naga yang sya dah potong-potong dan letakkan dalam peti ais,pas tu boleh ngap,uish sedapnyer.makan sampai tak pandang sapa dah,rasanya memang sedap pun.Kawan-kawan suka makan buah naga tak?,suka yang kaler apa,sya suka yang kaler merah ni.

Friday, July 29, 2011

CARA NAK JAGA RAMBUT UNTUK WANITA BERTUDUNG

Jom kongsi tips lagi yer kawan-kawan,kali ni kita tengok tips nak jaga rambut bagi wanita yang bertudung pulak yer.

1-Cuci rambut dengan teratur dua atau tiga hari sekali,gunakan syampu yang sesuai dengan jenis rambut, selepas cuci rambut,pastikan rambut di keringkan sekering-keringnya sebelum memakai tudung.

2-Merawat rambut dengan menggunakan creambath,lakukan hair creambath seminggu sekali agar dapat mengekalkan zat untuk rambut,ini juga membuatkan kulit kepala kekal sihat.

3-Sapukan rambut dengan masker seminggu sekali untuk menjaga kekuatan rambut.

4-Pilih tudung yang materialnya dari kain kapas.ini dapat memudahkan udara mengalir untuk rambut. Jangan gunakan tudung yang tebal,dan berlapis-lapis.

5-Pilih warna tudung yang cerah pada waktu siangkerana arna gelap akan menyerap haba yang berlebihan pada rambut.

PERNAH TENGOK TAK?

Ha kawan-kawan pernah tengok tak siput ni,panggil apa yer,kalau kat tempat sya panggil siput duri jer,siput ni boleh di rebus dan di makan,isinya manis,sya tak pernah makan pun tapi bapa sya yang bagitau isinya manis dan sedap.Bulan puasa siput ni sangat lah laris terutama sekali kat gerai-gerai yang jual kerang rebus waktu malam di bulan puasa.

[S2010038.JPG]
Ni siput kemudi,sya suka sangat siput ni terutama dekat daging dia tu huh sedap tau,biasanya siput ni di goreng asam jer,mendapat sambutan siput ni,rasanya manis  jer,tapi ada musim tau,nak dapat makan siput ni(tiba-tiba rasa macam nak p cari)


[205350_siput_sedut.jpg]
Yang ni mesti semua kenal kan siput sedut,siput ni pun sedap terutama sekalai buat masak lemak,terangkat habis tau,kalau kat sini siput ni di panggil siput belitung tau,terdapat kat hutan api-api dan bakau persisiran sungai.

Serba sedikit sya kongsikan nama-nama siput kat sini,tu pun sebab kebetulan sya ke jeti tempat bapa sya simpan botnya,bapa sya sorang nelayan.nak tengok kawasan jeti dan botnya nanti sya buat entry yer.









Thursday, July 28, 2011

PULUT KUNING MAVELES

Sila jaga terliur yer kawan-kawan tengok pulut kuning ni,warnanya,huhu wat kan mata tak kelip-kelip tengok,meliur la.pulut kuning ni jiran sya yang bagi,kak nab namanya dia ajar anak sya ngaji Quran,so ari tu sorang budak dah abis ngaji,mak dia suruh kak nab ni buat pulut kuning,kemudian di bahagi-bahagikan pada budak-budak datang ngaji.


zoom sikit dari dekat,wah sedap ni,bukan senang nak dapat pulut kuning gaya gini,teringat zaman dolu-dolu,asal anak-anak naik gaji Quran je,mesti mak-mak sibuk buatkan pulut kuning,untuk di sedekahkan pada budak-budak.

kuah pencicahnya wajib la,kari ayam,atau pun daging,huhu sedap dan lazatnya.

MENGELAKKAN KUALI MELEKAT MASA MENGGORENG

Kawan-kawan biasa tak menghadapi makanan yang di goreng melekat pada kuali?kadang-kadang tension jugakkan,makanan tu akan jadi hancur-hancur bila kita terbalikkan.

Jom tengok cara berikut mana lah tahu dapat membantu.

                     

1-Ambil sebiji bawang besar,kupas dan gosokkan pada kuali sebelun menggoreng,jangan bilas ,tuangkan minyak dan terus goreng apa saja makanan yang nak di goreng,kuali tidak akan melekat lagi.

2-ketika tengah menggoreng,makanan melekat pada kuali,masukkan garam kasar sedikit dalam minyak tadi,makanan yang melekat senang di terbalikkan.

                  

Wednesday, July 27, 2011

NOSTALGIA SUSU LEMBU ASLI

Kawan-kawan pernah minum susu lembu asli tak yang masih fresh dan baru di perah dari perut lembu?Sya banyak kali dah cuba,tapi dah lama dah,masa kecik-kecik dulu,sekarang ni susah nak dapat yang fresh dari ladang dah.

Teringat masa dulu-dulu,masa time-time kecik,arwah pakngah sya ada bela banyak lembu,waktu cuti sekolah,sya pasti akan melawat dia,bukan jauh pun tapi nak ke rumah  arwah pak ngah,kena tunggu cuti sekolah baru la dapat pergi,arwah tok pun tinggal bersama arwah pak ngah,jadi itu la alasan yang kami berikan untuk ke rumah arwah pak ngah.

Time ni la arwah pak ngah rajin melayan karenah kami walau pun anaknya dah ramai campur sya dan arwah kak sya,bertambah ramai la,Pak ngah samggup susah payah memerah,susu lembu untuk kami yang masa tu excited sangat nak minum,hampir 2 baldi penuh arwah pak ngah perahkan untuk kami.
      

Dulu tak ada peti ais,baki susu yang lebih kami minum, arah pakngah akan rebuskan dan simpankan dalam botol untuk kami minum lagi esok harinya,memang best la time tu,rasanya memang sedap.fresh,ada bau sedikit,kawan-kawan ada kenangan macam tu tak?
              
              

Sekarang ni semuanya tinggal kenangan,arwah pak ngah dah tak ada,arwah kakak dah tak ada dan arwah tok juga dah tak ada ,hanya kenangan ni la yang sya dapat ingatkan sampai bila-bila bersama mereka.

WORDLESS WEDNESDAY

          
  NOSTALGIA

Tuesday, July 26, 2011

SERUNDING

Kawan-kawan suka makan serunding tak,tak kira la serunding ayam ke daging,ha meh sya nak bagi resepi cara nak bua serunding,tapi ni cara sya yer.sebelum tu jom tengok rupa serunding yang sya buat,ni serunding ayam.
[serunding+1.jpg]


resepinya
1kg ayam
1/2 biji kelapa-ambil santan
10 tangkai cili kering-di kisar
8 biji bawang merah-di kisar
5 ulas bawang putih-dikisar
2 inci halia-di kisar
5 batang serai-di kisar
1 helai daun kunyit
2 helai daun limau purut
garam dan gula secukup rasa
1 sudu ketumbar

cara buat
-rebus ayam,tos dan siatkan halus-halus
-air rebusan ayam boleh di gunakan untuk perah santan
dan ambil santan untuk 2 gelas besar.
-masukkan santan bersama bahan yang dikisar,daun kunyit,dan
daun limau purut ke dalam kuali
-masukkan daging ayam,garam gula scukupnya,kalau mahu boleh tambah perasa.
-tumbuk ketumbar yang telah di goreng tanpa minyak,masukkan dalam serunding.
-kacau serunding hingga betul-betul kering.


selamat mencuba


4 CARA RAPATKAN KEMBALI HUBUNGAN DENGAN AYAH

Tak kira la panggilan apa pun,ayah,abah,walid,daddy,bapa,apak,tapi insan yang sorang ni sememangnya amat bermakna dalam hidup kita selain ibu,masa kecil dia juga lah tempat kita bergantung harap selain dari ibu kita,ada anak yang terlebih manja dengan ayah berbanding ibu.

Namun bila kita sudah dewasa,dan telah berumahtangga,kita merasa segan dengan ayah,walaupun dalam jiwa kita sebenarnya masih lagi nak sanga bermanja dan bermesra dengan ayah sama seperti kita kecil dahulu.Mungkin 4 cara berikut dapat membanu merapatkan kembali hubungan denagn ayah tersayang.

1-BERBUAL
Mulakan berbual dengan topik-topik yang biasa dan santai,memuji dirinya,jangan lah segan meminta pendapatnya dan berbuallah bagaimana dia boleh mengatasi beberapa masalah dalam hidupnya.Ini akan membuatkan dia rasa di hargai anaknya,kerana sudi meminta pandangan dan menjadi rujukan kita.

2-KENANG KEMBALI KENANGAN LAMA BERSAMA
Mungkin anda mempunyai kenangan manis bersama-sama  ayah anda,yang bila diingat kembali akan membuatkan kita bertambah sayang pada ayah.Bila bercerita kenangan itu bersama-sama,secara tak langsung ayah anda akan merasa anda dekat dan sentiasa bersamanya dari kecik hingga sekarang.

3-MINTA PANDANGAN ORANG LAIN.
Minta pendapat dengan orang-orang yang terdeka yang sentiasa mendampingi ayah.Mungkin kita memang sibuk dan terlupa cara nak berbual dan nak dekat kan diri dengan ayah,jadi carilah pendamping ayah yangterdekat untuk memahami ayah,contohnya ibu.

4-JANGAN SISIHKANNYA.
Biarlah orang lain pandang buruk pada ayah kita,hanya kita sebagai anaknya sahaja yang mengetahui dia adalah ayah yang terbaik buat kita,masa lalunya mencari nafkah dan membesar kan kita dengan bersusah payah,ingatlah jasa-jasanya.yang tak ernilai hingga kita menjadi seperti sekarang.


Tiba-tiba jer teringat pada ayah sya yang sya panggil bapak,huhu,betapa besarnya pengorbanan dia terhadap kami sekeluarga.

Monday, July 25, 2011

TIPS PILIH CERMIN MATA IKUT BENTUK WAJAH

Agak susah jugakkan bagi yang berkaca mata nak memilih cermin mata yang sesuai untuk bentuk wajah,jom kongsi dengan sya tips pilih cermin mata.

WAJAH BERSEGI
-JIka wajah atau bentuk muka berpetak.dengan dahi lebar,boleh mengenakancermin mata berbingkai bulat,bujur,dan pastikan bingkai kelihatan nampak berat sedikit atau tebal di bahagian atasnya.Elakkan cermin mata berbingkai bentuk rata dan berpetak.

WAJAH BUJUR SIRIH
-Sangat sesuai menggayakan cermin mata berbingkai tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil,Tidak kira berbingkai petak ataupun bulat atau bujur.bentuk muka ini sangat ideal untuk semua jnis bingkai,elakkan memakai bingkai yang mempunyai kaki(temple)rendah atau jatuh.

WAJAH BULAT
-Amat sesuai mengenakan bingkai berbentuk petak,ia dapat melindungi bentuk wajah yang bulat,kaki(temple) yang tinggi dan sederhana membantu wajah untuk kelihatan panjang.Pilih bingkai sedkit gelap dapat imbangkan benuk wajah,elakkan memakai bingkai bulat,kerana wajah akan bertambah bulat.
              
             

MACAM-MACAM RAGAM

selamat hari isnin semua,wah hari ni awalnya sya update entry,baru jer lepas siapkan bekalan untuk anak-anak bawak kesekolah.

Anak-anak sya mesti nak bawak bekal ke sekolah,ketiga-tiga suka sangat bawak bekal.sekurang-kurangnya dapat jimatkan belanja ye dak?

Tapi menu untuk ketiga-tiga orang nak yang berlainan ,wah pening la sya nak sediakan,anak yang pertama suka sangat bawak bekal nasi dengan yang ni
                    

kalau bawak nuget ni hari-hari pun ak pa,makan dengan nasi putih tak payah kuah pun.itu baru kakak,yang no 2 pulak suka bawak nasik dengan yang ni.
hari-hari makan ayam,kalau tak ayam sambal,ayam masak kicap,ataupun ayam masak merah,kalau dah tak da sangat,ayam goreng pun jadi la.Yang no 3 pulak semestinya hari-hari nak yang
ni.
.
asyik ikan bilis jer,tak kira la oreng ke sambal yang penting ikan bilis,pening juga nak layan karenah dorang,sebab tu pukul 5 sya dah terpacak kat dapur untuk masak.


Sunday, July 24, 2011

SELAMAT HARI MINGGU SEMUA

Jap jer yer hari ni dah hari ahad,selamat bercuti semua kawan-kawan,pada yang berkerja tu selamat menjalankan tugas yer.tak kira di mana anda berada semoga di lindungi dan sihat hendaknya.

hari minggu sya kali ni tak kemana kot,yapi tak tahu la kot-kot kejap lagi encik huby nak ajak g mana-mana.apa pun harap u all semua manfaatkan hari minggu sebaiknyer yer.

Saturday, July 23, 2011

LUNCH TENGAHARI TADI

Semua dah makan tengah hari ke belum yang dah makan tu Alhamdulillah,pada yang baru nak menjamu selera tu selamat menjamu selera,sya tengahari ni masak yang ni jer.
ayam goreng untuk anak-anak,celup jer ayam dalam tepung goreng ayam,senang

sambal udang untuk my hubby,dia ni kena ada kuah yang pedas sikit

ini sotong goreng tepung yang tak berapa menjadi sangat,tapibole la kalau nak makan,mood masak tak berapa ada arini.

TELUR PUYUH TAMBAH DARAH

Rasanya sya pernah buat entry ni kot,ntah la dah lupa la ,tapi tak pa kalau dah buat repeat sekali lagi terutama sekali pada kawan-kawan kita yang tengah preggy tu,

Kalau kawan-kawan ada masalah darah rendah,hb rendah cuba lah makan telur burung puyuh yang di rebus 2 biji setiap hari,amalkan sehingga nak buat checkup yang berikutnya tau,Insyaallah berkesan.
                  
sya pernah cuba tau,masa tu preggy anak yang kecik tu,asyik pitam jer,tak kira masa dan tempat kadang tengah sujud sembahyang tiba-tiba jer tak sedar diri,ada sorang kakak tu yang syorkan sya makan telur burung puyuh ni,Alhamdulillah,lepas makan darah kembali ok.cuba lah.

Friday, July 22, 2011

WAJIK


Ha kalau tengok pada gambar macam gula-gula pun ada kan,ini wajik,kalau belah utara ni panggil pulut kacau,selalu warna dia koko hitam tapi sya buat guna gula putih,jadi putih la letak sikit pewarna merah bagi cantik. jom tengok resepi wajik ni.tapi sukatan dia guna gram yer sebab sya timbang semua ni.

wajik
1kg beras pulut
750 gram gula pasir
500 gram santan pekat
200ml air

cara
-pulut direndam satu malam dan kukus selama 30 minit
-sejukkan pulut selama 3 jam
-masak gula dalam200ml air hingga pekat sedikit dan tapis
-masukkan pulut kukus tadi kacau hingga rata
-kacau sampai kering.

ha senang tak buat wajik ni,cuma remeh sikit sebab kena kacau atas api lama.

SEBAB-SEBAB ANAK MENGAMUK ATAU MEMBERONTAK

Kadang-kadang perangai anak-anak ni kita tak terduga kan,macam-macam mereka buat yang kadangkala menguji kesabaran kita sebagai ibu dan bapa.Naik pening kepala melayan karenah dorang ni.Mungkin sebab-sebab berikut juga boleh buatkan anak-anak jadi begitu.

LAPAR DAN LETIH
-Kanak-kanak akan bertukar menjadi cepat marah apabila mereka lapar dab letih,untuk mengelakkan situasi tersebut,sentiasa menyediakan makanan untuk mereka agar mereka tidak mengamuk.

KEKURANGAN AKTIVITI
-Ketiadaan aktiviti yang di buat dalam tempoh yang lama akan membuatkan anak bersikap memberontak juga,Mereka akan membuat apa jua perkara yang terlintas di fikiran mereka yang kadang-kadang tindakan mereka membuatkan kita marah dan tak puas hati,oleh itu cuba sedikan bahan-bahan yang boleh melekakan mereka seperti buku teka-teki,buku cerita,buku warna,mainan untuk meredakan ketegangan ketika menunggu.

MENGAMUK UNTUK PERHATIAN
-Dengan cara ini lah mereka menuntut perhatian dari kita,jika kita buat tak tahu jer pada mereka masa ini la dorang ngada-ngada buat perangai.tujuannya supaya ayah atau ibu memberi perhatian pada mereka.Jadi kita janagn lah terlalu alpa melakukan aktiviti kita tanpa hiraukan mereka.

Thursday, July 21, 2011

TIPS JIMAT BELI BARANG DAPUR.

Hari demi hari segala perbelanjaan semakin meningkat minyak,keperluan harian belanja sekolah makanan,semuanya menuntut kos yang tinggi.jom berkongsi dengan sya tip jimat beli barang dapur,mana lah tahu kalau-kalau ada yang boleh kita manfaatkan di sebalik tip-tips ni.

1-Sebelum berbelanja,senaraikan barang keperluan dan pilih mana barang yang benar benar di perlukan dan yang mana tidak di perlukan.

2-Buat analisis di antara setiap jenama barang dengan jenama yang lain,perhatikan isi kandungan dan pilih jenama yang menguntungkan dari segi kuantiti dan kualiti.

3-Buat perbandingan setiap barangan yang sama tapi berlainan jenama dan cara pembungkusan,buat perbandingan harga barangan.

4-Jika boleh, beli sesuatu barangan terus dari pembekal,contohnya jika sekitar kawasan kediaman ada orang bertanam sayur,beli terus dari dia,agar dapat berjimat dari terus ke pasar,dan anda pun akan mendapat sayur yang fresh.

5-Jka kita sudah biasa membeli atau melanggan barang-barang dari sesebuah kedai,jangan segan-segan minta diskaun daripada kedai tersebut,memandangkan kita adalah pelanggan tetap kedai tersebut.

6-Beli barang dapur yang di pakai setiap hari dan yang tahan lama dalam kuantiti yang banyak contohnya  jika kita memasak setiap hari,beli bawang,sayur,minyak masak.cili kering dalam kuantiti yang banyak,barangan ini di pakai setiap hari dan cepat habis bila beli dalam kuantiti yang banyak tak payah la kita berterusan berulang kekedai yang akan membuang masa dan petrol.

7-Jika di halaman rumah ada sedikit kawasan lapang,bercucuk tanam la dengan apa-apa tanaman,seperti sayuran atau buah-buahan yang memberi manfaat kepada kita.

8-Ambil kesempatan membeli belah ketika jualan murah,pilih barang yang betul-betul murah dan berkualiti.

WAJAH TEGANG DAN HALUS

dah lama  tak letak petua dalam blog ni yer,hari ni sya nk kongsi petua untuk menghaluskan kulit wajah.

Memula ambil putih telur,kemudian buah tomato yang di hiris halus,gaul sehingga sebati,kalau nak, tomato tu boleh di lenyek-lenyekkan,gaul bersama putih telur tadi.

Tampalkan pada muka seperti memakai masker,juga boleh di gunakan sebagai lulur badan yer.Amalkan 3 kali seminggu.
        

SUKA SANGAT

Sya sekarang ni di lamun cinta,oppss bukan dengan manusia ok tapi dengan yang ni.

Ha ni la dia gardenia butterscoth,hmmm sedap sangat sekarang sarapan mesti wajib cari yang ni,makan macam tu saja atau dengan jem pun sedap,bila stok habis jer mesti beli,susah sikit nak dapat kat kedai runcit,kat supermarket jer banyak.

ha ni la rupa nya luar plastik,huhu tgk pic jer pun macam nak terkam makan jer,rasa dan teksturnya mengancam.Terus rasa macam nak p cari sekarang gak

Wednesday, July 20, 2011

DURIAN LAGI.

Hri tu dah buat entry pasal durian sekarang ni ada lagi yer,kali ni entry nak hilangkan rasa panas badan selepas makan durian.

sebelum tu jom tengok budak yang paliiiiing suka sangat makan durian,kalau ada durian dalam rumah jelik jer mata terus minta.juara makan durian ni.
ni durian yang yelah di kopek-kopek yer sebab budak ni juara makan durian,kalau setakat sebijik tu tak cukup tau.

ni la budaknya,tak sempat pakai baju lagi dah cari durian,biar tak makan nasik tak pa janji ada durian.

Ok yang ni la yang sya nak kongsikan kat sini,ada orang yang tak tahan makan buah ni,akan menyebabkan panas badan,sya pun tak tahan makan buah ni,lepas makan mesti sakit kepala.kalau ikut petua orang tua-tua after kita makan durian,ambil pangsa durian yang kosong tu,tuangkan air dalam tu kemudian minum,badan tak akan panas bila makan durian,tapi memang betul la,sya selalu buat macam tu.kawan-kawan try la.



WORDLESS WEDNESDAY



GUBAHAN YANG DIBUAT SENDIRI

Tuesday, July 19, 2011

KENDURI ARWAH

Ahad hari tu rumah my mil buat kenduri arwah yahlil n baca yassin.memang bz sangat la.owh yer kakD sory yer tak dapat nak zoom kat lauk kenduri sebab bz sangat hanya dapat bape keping jer pic tau,sya memang bz sangat-sangat maklum la dlam family mil hanya sya sorang jer menantu perempuan dan juga menantu tunggal,sebab adik-adik ipar belum kawen.jom layan pic la.

                                    
langsir yang sebelum dan selepas pasang


si kakak yang tengah sibuk bukak kotak telur

dan ni si kecil yang menyibuk sama,dia hanya buat koyak dan rosakkan kotak telur tu jer,syik kena marah dengan kakak dia je.

kotak-kotak yang telah siap di isi telur


ini untuk orang yang datang marhaban,tahlil dan baca yassin


keadaan sebelum kenduri,kayu-kayu di susun supaya senang nak masak malam nanti.

kaum-kaum wanita mengupas pisang untuk di buat gulai pisang,ha tu dia sampai nampak kaki,berkerja sama macam ni baru best kan.

malam hari kaum lelaki yang memasak rempah ratus untuk kenduri keesokan harinya.dorang ni selalunya memasak sampai pagi hari,esoknya baru la dorang completekan masakan tu cthnya seperti goreng ayam malam,esok baru masak kuahnya.


Tu je dapat sya kongsikan tak sempat pun nak snap gambar hari kenduri bz sangat-sangat.orang pun ramai.

SENGAL PAGI-PAGI SELASA

Hai apa khabar kawan-kawan semua?sehari kelmarin tak dapat berinternet ,lappy wat hal,asyik cannot access jer tension betul,punya la rindu pada kawan-kawan semua,harap semuanya sihat.

Wah pagi-pagi ni sya dah sengal la,tak tau la kenapa,apa yang sya fikir pun tak tau,masuk bilik air tadi,tengah dok kalut-kalut,lepas siap bekalan anak-anak terus la ke bilik air untuk mandi dan sembahyang subuh,memula buka air lepas tu terus capai berus gigi dan ubat gigi nak gosok gigi.

lepas tu terus la gosok gigi sebab nak cepat nak kejutkan anak pertama kesekolah,tiba-tiba,'eh kenapa rasa lain macam ja ubat gigi ni yer,selalu dingin berpudina,tapi hari ni ni rasa lain jer,mulut pun banyak buih',rupa-rupanya sya gosok gigi guna pencuci muka la.Ya Allah apa la sengal sangat hari ni.

Mau nya tak gelak sorang-sorang tak lama lagi mesti gigi dah tak naik jerawat dah kalau selalu silap buat macam ni.huhu.
Tengok jauh beza kan cleanser dengan ubat gigi apa la sengal sangat kan.dapatlah merasa jugak ubat gigi berperisa sabun.kahkahkah

Sunday, July 17, 2011

ENTRY PENDEK

Hari ni kenduri arwah rumah mertua sya,sya bz la memang tak sempat nak buat entry panjang2.ni pun curi-curi sikit jer taip entry ni.

orang dah makin ramai,anak-anak sya dah ligat dah,maklum la ramai kawan,nanti sya buat entry tentang kenduri ni yer.

Saturday, July 16, 2011

SEDAP

Wah dekat waktu makan dah ni,panas la cuaca harini,semalm hujan hari ni panas la,sy tengah tunggu anak sya beli cendol pulut ni,kawan-kawan nak tak?

Cendol kat sini sedap tau,cendol pun banyak,ada pulut lebih.
Ha ni gerai cendolnyer,kalau datang kat sini pukul 4 ptg make sure tak sempat beli cendol ni,cepat habis

cendol yang sya suruh anak bungkuskan cepat cair tau,kalau dapat makan kat situ lagi best
Tapi kalau dapat yang macam ni huh terbaeek wooo,




WAJAR TAK PUKUL ANAK?

Kawan-kawan,sya nak tanya la,wajar tak kita pukul anak kalau anak buat satu-satu kesalahan?sya tak pernah pukul anak,tapi jiran-jiran selalu la sya dengar,anak buat salah sikit mesti pukul.

Pada pendapat sya tak wajar la memukul anak hanya kerana kesalahan kecil yang dia lakukan,takkan la sampai nak memukul pulak kan lain la kalau dia buat kesalahan yang besar.Sya ni bising mulut jer,pukul teruk-teruk tak pernah la,habis-habis geram pun cubit jer.

Bukan pe,tak sampai hati lak main pukul-pukul ni kan,sian tengok anak-anak kena pukul,tambah-tambah lagi lepas kena pukul terus tido lagi la kesian.tapi mak sya dulu memang garang orangnya,salah sikit mesti rotan sampai sya pun takut,sya pernah berjanji dengan diri yang tak nak pukul anak-anak.

Agak-agak kan,tak perlu pukul anak-anak,just nasihat dulu,then tak dengar jugakcubit jer la.Tapi kadang-kadang orang kata lebih baik pukul dari bising mulut,betul ke?

Friday, July 15, 2011

TIPS MENGHILANGKAN BAU BADAN

Entri ni sensetif tak? harap tak ada yang menyinggung perasaan sesiapa pun, sya just nak berkongsi tips jer,agar sama-sama dapat manfaatnyer yer.

Kalau ada sesiapa yang terasa ke sya minta maaf yer.jom kita tengok tips-tips untuk mengurangkan bau badan.

1-Mandi setiap hari,kerana mandi yang teratur dapat mengurangkan bakteria pada kulit,bau badan terjadi apabila bakteria bercampur dengan peluh dan udara.

2-Gunakan sabun aktibakteria,agar kulit sentiasa bersih.

3-Gunakan pakaian yang longgar agar kulit tubuh dapat bernafas,pakaian yang selesa boleh menyerap peluh.mengurangkan bau badan.cepat-cepat ganti pakaian yang kotor.

4-Mencukur bau ketiak dapat mengurangkan bau badan,jangan lupa guna deodorant kegemaran anda.

4-Gunakan penyembur anti bau,pastikan kulit kering sebelum menyemburkannya.

5-Elakkan pengambilan makanan seperti bawang putih,daging rempah ratus secara berlebihan.

6-Sentiasa sediakan sebotol kecil minyak wangi untuk keadaan darurat.

DAPAT HADIAH

Hari selasa haritu,anak sya yang no 3 balik dari taski happy jer,dapat hadiah,abangnya tak kesolah sebab cirit birit,so ini la kali pertama dia kesekolah sorang-sorang.

Alhamdulillah,nak juga dia pergi ke sekolah,kalau tak tak ada abang dia jangan harap la dia nak ke sekolah.Balik dari sekolah muka berseri jer,cikgu bagi hadiah kat semua orang tak tahu la pulak hadiah untuk apa,tak sempat nak tanya.Si abang pun tme ikut sya ambik adik dia pun siap cikgu bagi hadiah jugak.happy la.dari sakit perut terus ceria.
ni la hadiah yang dorang dapat.siap  dlm bungkusan lagi

ni isi dalamnya,walau tak seberapa,tapi dorang tetap happy

Thursday, July 14, 2011

SUKANEKA TASKI

Hari ahad aritu sekolah taski anak sya adakan sukaneka diantara taski-taski abim,di padang masjid Jawi,seberang perai selatan.Ramai juga waris-waris yang datang.jom layan gambar yang sya ambil sekitar sukaneka tersebut.




Perbarisan yang  di adakan sebelum acara sukan bermula.macam-macam ragam dan perangai budak-budak bole tengok kat sini,ni sekolah taski anak sya taski solahudin al ayubi,

acara susun tin bagi pelajar perempuan

acara penuhkan air dalam botol


acara lompat dalam gelung,ni anak sya yang no3,slow jer dia lari

acara susun manik bagi pelajar perempuan


acara sepak bola masuk gol

acara tiup syiling dalam tepung

muka -muka yang ceria

hadiah-hadiah yang taski solahudin menangi

anak-anak sya dengan hadiah yang dimenangi