Friday, June 24, 2011

RESEPI LEMAK NANGKA

Kawan-kawan pandai buat tal lemak nangka ni,bukan gulai nangka yer kawan-kawan,kalau gulai kena masukkan rempahnyer ini tak payah,jom lah tengok apa bahan-bahan nyer.

500 g nangka muda
3cawan santan
1 genggam ikan bilis-ditumbuk halus
3 biji  bawang merah-di tumbuk halus
5 tangkai cili padi-ditumbuk halus
1/2 inci kunyit hidup-ditumbuk halus
sedikit belacan.
garam dan gula ikut rasa

cara membuat
nangka tadi potong kan  dan celur kemudian toskan
masukkan bahan yang di tumbuk halus tadi beserta belacan,santan dan nangka dalam periuk
kacau sehingga didih.kemudian bole di angkat.





Selamat mencuba yer kawan-kawan

BAGAIMANA CARA MEMELIHARA DAN MEMULIHARA RAMBUT

   Kawan-kawan pernah tak mengalami rambut selalu kusut dan gugur?jom kita kongsi cara-cara nak jaga rambut dengan betul.

1-sebelum mencuci rambut,sikatlah rambut bagi mengurang kan kekotoran dan mengelakkan rambut kusut

2-Gunakan sikat rambut yang lembut agar membantu kita mengurangkan kekusutan rambut,dan tidak membuatkan kulit kepala kita terluka.

3-Jangan terlalu lama menyikat rambut,kerana boleh menyebabkan rambut cepat rosak dan putus.

4-sentiasa pastikan rambut sentiasa lembab dengan memilih shampoo dan perapi yang sesuai yang mempunyai pelembab.Cucilah dengan cara yang betulagar rambut tidak rosak.

5-keringkan rambut dengan cara semula jadi,kalau boleh elakkan menggunakan pengering rambut,

                 
                         

itu serba sedikit yang sya dapat kongsikan bersama kawan-kawan semua,