Thursday, July 28, 2011

PULUT KUNING MAVELES

Sila jaga terliur yer kawan-kawan tengok pulut kuning ni,warnanya,huhu wat kan mata tak kelip-kelip tengok,meliur la.pulut kuning ni jiran sya yang bagi,kak nab namanya dia ajar anak sya ngaji Quran,so ari tu sorang budak dah abis ngaji,mak dia suruh kak nab ni buat pulut kuning,kemudian di bahagi-bahagikan pada budak-budak datang ngaji.


zoom sikit dari dekat,wah sedap ni,bukan senang nak dapat pulut kuning gaya gini,teringat zaman dolu-dolu,asal anak-anak naik gaji Quran je,mesti mak-mak sibuk buatkan pulut kuning,untuk di sedekahkan pada budak-budak.

kuah pencicahnya wajib la,kari ayam,atau pun daging,huhu sedap dan lazatnya.

MENGELAKKAN KUALI MELEKAT MASA MENGGORENG

Kawan-kawan biasa tak menghadapi makanan yang di goreng melekat pada kuali?kadang-kadang tension jugakkan,makanan tu akan jadi hancur-hancur bila kita terbalikkan.

Jom tengok cara berikut mana lah tahu dapat membantu.

                     

1-Ambil sebiji bawang besar,kupas dan gosokkan pada kuali sebelun menggoreng,jangan bilas ,tuangkan minyak dan terus goreng apa saja makanan yang nak di goreng,kuali tidak akan melekat lagi.

2-ketika tengah menggoreng,makanan melekat pada kuali,masukkan garam kasar sedikit dalam minyak tadi,makanan yang melekat senang di terbalikkan.