Friday, September 23, 2011

MEREDAKAN PANAS BADAN

Sya nak kongsi petua dengan kawan-kawan semua,cara nak redakan panasbadan,terutama sekali pada kanak-kanak yang demam,selalunya kalau nak redakan panas badan ada yang gunakan asam jawa dan daun bunga raya,tapi kali ni nak redakan panas badan dengan daun belimbing buluh.

Mula-mula ambil daun belimbing buluh,ikut suka kuantiti lah nak banyak mana,leraikan dari rantingnyer,lagi banyak lagi bagus tau,kemudian masukkan ke dalam blander,dan masukkan air,blend daun tadi,tapi jangan sampai hancur.

Kemudian,tuangkan daun yang dah di blender tadi dalam baldi atau besen besar,mula-mula mandi dengan air biasa,kemudian baru mandi dengan air daun tadi,mandi dari kaki kemudian naik ke atas.

Daun belimbing buluh juga dapat merawat simptom cacing tau,caranya macam tadi,blenderkan,masukkan dalam besen,ketuk bawang putih 2 ulas dan campurkan dalam air daun tadi kemudian mandikan.insyaallah.

     
                      

5 comments:

~izan~ said...

oo mandikan aje yer...tak pyh minum2 bagai..senang jugak ni.. =) thanks!~

Sedetik Cuma said...

Saya dah beli anak pokok nie..hehee
mmg bagus tuk meredakan demam panas..

noornazuha said...

bgs petua neh..nanti boleh la cuba!

Norashiqin Kamaruzaman said...

hehehhe bagus neyh...maceh share ~.~

Ardini Humaira said...

dni suka makan jeruk cermai hehe.. :) nanti nak praktikkan petua ni