Tuesday, October 4, 2011

DIDIK ANAK BIAR DARI KECIK

Si kecik khadijah sekarang ni semakin hari semakin petah bijak,rajin dan berdikari,macam-macam benda baru di pelajari nya dari abang dan kakaknya,si kecik juga sangat rajin menolong ibunya jom layan gambar ct khadijah yang rajin betul mengemas rumah dan menyapu sampah selesai dia sepah kan nasi.

                                       
                              Dengan penuh gaya dia menyapu,batang penyapu lebih dari tangannya,time ni mulut dia pot,pet,pot pet tak tahu la apa yang dia bebelkan,dia yang sepah kan nasik tu dia yang berleter,hehehe

kat sini sebenarnya tak ada sebutir pun nasi yang tumpah tapi dia tetap semangat nak sapu


lagi

dia dah perasan sya ambik gambar dia,mula la dia posing-posing

tengok muka macam tak puas hati jer,time ni dia belum mandi,dipujuk suruh mandi dia kata adik nak yemas yumah duyu,dengan pelat nya

akhirnya setelah penat menyapu,dia tido,adik,adik.

Alhamdulillah dia seorang budak yang rajin dan berdikari,suruh la buat apa pun dia pasti buat,kalau kena dengan moodnya,tapi kadang-kadang notynya mengalahkan budak lelaki.

POKOK BERACUN




info ni sya dapat dari fb kawan sya,tak tahu la betul ke tak,kalau betul sama-sama la kita awasi
Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam.

Sila maklumkan kerana terdapat kes kematian yang jarang dilapurkan diakibatkan oleh pokok ini. Selalu kes ini diklafikasikan sebagai "food poisoning".

Keprihatinan anda menyebarkan berita ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang.

sumber:facebook