Monday, October 31, 2011

MERAWAT SEGUGUT

Petua 1 : Senggugut memang menyakitkan. Untuk mengatasinya, ambil sembilan biji pinang tua, dibakar hingga menjadi arang lalu ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

Petua 2 : Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air tadi did
ahulukan dengan selawat. Hasilnya senggugut akan hilang.

Petua 3 : Ubati senggugut dengan minuman air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

Petua 4 : Ambil sembilan biji pinang tua , dibakar hingga menjadi arang dan ditumbuk halus. Campurkan dengan secawan air suam dan minum. Amalkan petua ini sembilan hari berturut-turut dari hati mula kedatangan haid. Insyaallah, mujarab

Petua 5 : Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid .

Petua 6 : Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula.

BERUNTUNGNYA WANITA

1.) Dia bekerja denganTuhan..jadi 'kilang 'manusia.Tiap-tiap bulan
dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

...
2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki
tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin,itu dianggap mati syahid..
Allah izinkan terus masuk Syurga..Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami:seluruh
kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan
Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak
nak masuk syuga tanpa suaminya,jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.

Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat.Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak
derhaka denganNYA........

Saturday, October 29, 2011

MEMBAHAGIAKAN IBU BAPA

Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia. Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk metarial dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.

Terdapa
t sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.

1. Memberi nafkah. Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.

Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

2. Menyediakan tempat tinggal. Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa.

Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

3. Memberi kasih sayang. Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya.

Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.

Firman Allah bermaksud: ?Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.? (Surah al-Isra, ayat 24).

4. Memberi perhatian. Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.

Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri.

Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.

5. Memenuhi permintaan. Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.

Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya.

Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: ?Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah??

Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa?? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.

6. Melakukan apa yang disukai. Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.

Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.

Sabda Rasulullah bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi).

Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.

7. Bercakap dengan lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.

Firman Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).

Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.

8. Menghadiahkan kejayaan. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.

Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.

9. Meluangkan masa bersama-sama. Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.

10. Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.

Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).

Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.

Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.

Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan..Kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,mungkin kita akan tahu.

Friday, October 28, 2011

PENYEJUK HATI

10 Nasihat Penyejuk Hati...

1-Bayangkan Allah SWT mengampun kepada sesiapa yang memohon kemaafan daripadaNya.
Allah SWT akan menerima taubat orang yang bertaubat.
Allah SWT bersedia menerima siapa yang kembali ke pangkal jalan.
...

2- Berilah kasih sayang kepada orang yang lemah, tunaikanlah hajat kepada mereka yang berhajat dan rawatlah mereka.
Jangan memendam kemarahan tetapi berilah kemaafan.

3-Pandanglah pada Allah SWT dengan pandangan positif dan ingatlah Allah SWT sentiasa mendampingi anda setiap masa.
Ingatlah Malaikat sentiasa memohon kempunan daripada Allah SWT untuk anda.
Syurga Ilahi sentiasa menunggu kedatangan anda.

4- Sapulah titisan airmata dengan pandangan positif kepada Allah SWT, Hapuskan segala kekecewaan dengan membilang segala nikmat Allah SWT yang telah Allah SWT berikan pada anda.

5-Jangan anda berpandangan ” Dunia telah menyempurnakan hajat seseorang”, tidak ada menusia yang mendapat segala hajatnya dibumi ini dan tidak pernah ditimpa kesusahan.

6- Jadilah seperti Pokok Tamar yang mencapai puncak segala ketinggian, tidak menyakiti orang lain, walaupun anda membaling batu kepadanya tetapi dia akan membalas anda dengan buah tamar yang manis kepada anda.

7- Pernahkah anda mendengar, kesedihan akan mengembalikan segala yang telah hilang, kekecewaan akan memperbetulkan kesalahan lalu,?
Jika demikian kenapa kita harus bersedih dan kecewa ?

8- Jangan terlalu mengambil berat dugaan dan fitnah, tetapi pandanglah ketenteraman dan keselesaan serta keafiatan.

9- Padamkan api hasad dengki dalam jiwa anda, siramilah hati anda dengan kemaafan kepada semua mereka yang telah menyakiti anda.

10- Mandi dari segala kekotoran,berwuduk, memakai wangi-wangian, bersugi dan berdisiplin adalah penawar ke arah kejayaan kepada setiap hati yang kotor dan hati resah gelisah.

AMALAN SUNAH SEBELUM TIDUR

Amalan Sunnah Sebelum Tidur

1 ) Bersihkan Tempat Tidur
2 ) Letak Tangan Kanan Di Bawah Pipi Kanan Ketika Tidur
3 ) Tutup Bekas Air yang terbuka Walau dengan Sebatang Kayu
...

Banyak amalan sunnah yang diajar oleh Junjungan besar Nabi Muhammad SAW kepada kita. Namun ini sebahagian amalan yang boleh dikongsi sebelum mata saya terlelap.

1 ) Nabi SAW memberi peringatan agar dibersihkan tempat tidur kita. Ini berdasarkan hadis dari Abu Hurairah dia berkata Nabi SAW bersabda :

” Jika seseorang kalian pergi ke katil tidurnya, hendaklah ia mengibas atau membersihkan katilnya dengan bahagian dalam sarungnya, kerana dia tidak mengetahui apa yang ada di sebalik katilnya. Setelah itu ia berdoa ” Dengan nama-Mu, wahai Rabbku, aku letakkan badanku, dan dengan nama-Mu pua aku bangkit kembali, dan Jika Engkau tahan jiwaku, maka rahmatilah ia. Jika engkau biarkan lepas, maka jagalah ia sebagaimana Engkau menjaga jiwa-jiwa hambaMu yang soleh.”\

Hadis riwayat al-Bukhari no. 6320, Muslim no. 2714.

2 ) Jika hendak baring tidur, banyak caranya. Antaranya yang disunnahkan adalah dengan meletakkan tangan kanan di bawah pipi kanan Ketika Tidur

Imam an-Nasai’e dengan sanad yang sahih, juga disebut oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad dan dihurai panjang oleh Imam Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fathul Bari meriwayatkan dari al-Barra’ :

” Apabila Nabi SAW hendak tidur malam, beliau meletakkan tangannya yang kanan di bawah pipinya yang kanan lalu berdoa : Ya Allah, lindungilah aku dari azabMu pada hari ketika Engkau membangkitkan hamba-hambaMu”.

3 ) Menutup bekas air yang terbuka

Kita disarankan menutup bekas air yang terbuka. Walaupun dengan sebatang kayu. Ini dijelaskan oleh Imam Muslim bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :

“Tutuplah semua bejana dan ikatlah kantung-kantung penyimpan air. Kerana sesungguhnya, dalam setahun terdapat satu malam (yang saat itu) diturunkan wabak penyakit ke dalam bejana. Tidaklah wabak itu mengenai bejana yang ditutupi atau kantung-kantung penyimpan air yang tidak diikat, melainkan wabak penyakit masuk kedalamnya”

Dalam satu riwayat lagi menerangkan ” Jika tidak mendapatkan sesuatu untuk menutupi bejana kalian, melainkan menggunakan kayu, lalu kamu membaca basmalah, maka lakukanlah.”

Imam Ibnu Qayyim dalam Zaad al-Maad menghuraikan maksud walaupun dengan kayu adalah berkemungkinan jika terdapat binatang yang terjatuh boleh terhalang dengan kayu tersebut dan boleh juga serangga itu berjalan diatas kayu yang diletakkan.

Thursday, October 27, 2011

MANFAAT ILMU DARI HARTA

‎10 Sebab Ilmu Lebih Bermanfaat Daripada Harta :

1. Ilmu itu pusaka ataupun warisan para Nabi. Sebaliknya harta itu pusaka Qarun.

2. Ilmu itu menjaga dan memelihara kita. Tetapi harta, kita pula yang terpaksa menjaga dan memeliharanya.
...

3. Orang yang berharta banyak musuhnya seperti pencuri dan penyamun, dan sentiasa pula bimbang akan hartanya itu. Sebaliknya orang yang berilmu ramai sahabat dan sentiasa selamat.

4. Harta jika selalu digunakan akan berkurangan. Sebaliknya ilmu jika selalu digunakan akan bertambah.

5. Orang berharta kerap dipanggil dengan gelaran bakhil atau cela. Tetapi orang berilmu sering dipanggil dengan nama yang baik dan mulia.

6. Harta perlu dijaga supaya tidak dicuri tetapi ilmu tidak perlu menjaganya daripada kecurian.

7. Harta akan dihisab kelak tetapi ilmu akan memberi syafaat di akhirat kelak.

8. Harta akan rosak sekiranya disimpan tetapi ilmu tidak akan rosak walau selama manapun disimpan.

9. Harta mengeraskan hati tetapi ilmu melembutkan hati.

10. Pemilik harta selalu merasakan dirinya hebat, malah ada yang merasakan dirinya Tuhan seperti Qarun. Tetapi pemilik ilmu selalu merasakan dirinya lemah dan hamba Allah.

Jadi, yang manakah lebih bermanfaat? Ilmu atau harta? Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad. Jangan kedekut ilmu. Sampaikanlah walau satu ayat. Ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain juga merupakan antara tiga amalan yang berlanjutan pahalanya selagi diamalkan walaupun kita sudah meninggal dunia.

SEMAKIN CANGGIH TEKNOLOGI

Ini lah dunia zaman sekarang,semakin canggih teknologi,semakin ada keburukannya,kadang-kadang sebagai sorang ibu sya sangat risau dengan anak-anak yang semakin pandai mengguna kan kecanggihan teknologi.

Tak terfikir pun oleh kita yang anak-anak lebih advance daripada kita,anak sulng sya dah pandai download lagu,sedang kan sya sendiri masih terkapai-kapai nak download kan apa -apa ja,tak mustahil satu hari nanti lebih dari tu.huhu takutnya.tanya lah lagu apapun mesti pandai di jawabnya.

Anak yang kedua dan ketiga dah pandai main game kat internet,sebut la game apa ja semua pandai,memang selalu sya akan pantau aktiviti mereka ni tapi kadang-kadang kita terlepas pandang juga,contohnya ada satu hari tu,dorang main game n tengok youtube,bila habis dorang main,sya akan check balik apa yang dorang main dan link yang anak-anak bkak,tiba-tiba ternampak link yang tak senonoh tu,aduh sorang dapat satu rotan la.

Sekarang ok sikit,sebab anak-anak takut nak bukak,takut di rotan,tu la bahayanya bila anak-anak dah besar dan celik it,ibu bapa pun kena celik sama,memantau sepenuhnya.setuju tak dengan pendapat sya?

Tuesday, October 25, 2011

5 MINUMAN PENAWAR

Inilah 5 Minuman Penawar Racun Dalam Tubuh

Mengamalkan memakan sayur segar dan jus buah adalah cara terbaik menjaga tubuh Anda. Selain itu,mengamalkan 5 minuman berikut ini juga bermanfaat membuang racun dalam tubuh.

1. AIR MASAK

Pakar kesihatan mengatakan, minum air masak secara teratur menyebabkan tubuh mampu membersihkan sistem pencernaan, serta menghilangkan racun dan sisa-sisa makanan yang terkumpul di usus. Ini membuat tubuh dan perut bersih dari penyakit.

2.AIR KELAPA SEGAR

minuman ini boleh mendetoksifikasi tubuh secara semulajadi. Selain membersihkan saluran pencernaan, minum air kelapa akan meningkatkan sistem pertahanan tubuh dan bermanfaat menjaga tubuh dengan terhidrasi dengan baik.

3. JUS LABU

Jus labu adalah ubat semulajadi yang sangat baik bagi mereka yang mengalami masalah pencernaan. "Ini kerana sifat nya. kordial dalam sebotol jus labu juga menyembuhkan masalah pencernaan,".

4. TEH HIJAU

Teh hijau adalah merupakan antioksia semulajadi yang mengandung polifenol, sehingga membantu glukosa dalam darah. "Polyphenol menglambat pergerakan glukosa ke dalam sel-sel lemak, dan mencegah mereka memasuki aliran darah,"

5. JUS OREN

sumber vitamin C, yang dikenali untuk meningkatkan kekebalan tubuh. Kaya flavonoid, antioksida, yang melindungi sistem pertahanan tubuh manusia dengan bertindak melawan kuman dan bakteria yang menyebabkan penyakit.

Sebagai tips, minuman detoksifikasi ini akan lebih baik jika diminum sebelum sarapan. Dengan cara seperti ini proses detoksifikasi akan berjalan dengan baik dan anda boleh merasakan manfaat kesihatannya.

PANDUAN MAKAN MAKANAN SIHAT

Panduan Makan Secara Sihat

APAKAH DIA MAKAN SECARA SIHAT?
• Makan pelbagai jenis makanan, supaya tubuh kita memperolehi kesemua zat makanan yang diperlukan.
• Makan mengikut keperluan badan.
• Makan lebih sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan bijirin penuh untuk menambahkan pengambilan serat.
• Mengurangkan pengambilan lemak, gula, dan garam.

PANDUAN UNTUK MENIKMATI BIJIRIN PENUH, LEGUM, KEKACANG DAN BIJI-BIJIAN
• Makan sarapan berasaskan bijirin penuh (seperti oat, jagung, roti mil penuh, roti pita, capatti, biskut mil penuh dan bijirin sarapan pagi)
• Campur atau gantikan nasi putih dengan nasi beras perang.
• Makan makanan berasaskan legume (seperti tauhu, tempe, kacang panggang, dal, kacang hijau/merah, dan kacang soya) beberapa kali seminggu.
• Makan kekacang/biji-bijian beberapa kali seminggu (seperti bijan, kuaci, biji teratai, dan biji selasih)

PANDUAN UNTUK MENIKMATI LEBIH BUAH DAN SAYUR
• Makan sekurang-kurangnya 1 cawan sayur setiap hari.
• Makan sekurang-kurangnya 2 biji buah setiap hari.
• Pelbagaikan jenis buah dan sayur.
• Pilih hidangan yang mengandungi buah dan sayur (Contohnya nasi kerabu, nasi ulam, pudding buah, rojak buah/sayur, pecal)
• Jadikan buah sebagai snek.
• Makan ulam dan salad bersama hidangan anda.

PANDUAN MAKAN UNTUK MENGURANGKAN MAKANAN BERGORENG DAN BERLEMAK
• Pilih nasi putih berbanding nasi beriani, nasi lemak, nasi ayam, atau nasi minyak.
• Pilih makanan yang direbus, dipanggang, dikukus atau dibakar berbanding makanan bergoreng.
• Kurangkan pengambilan kuah yang berlemak dan berminyak.
• Hadkan pengambilan organ dalaman haiwan seperti limpa, hati, otak, paru, perut dan kuning telur.
• Makan bahagian ayam dan daging tanpa lemak (tanpa kulit).
• Hadkan pengambilan santan.
• Kurangkan pengambilan mentega untuk sapuan roti/biskut.
• Hadkan pengambilan makanan yang bergoreng seperti goreng pisang, keropok, dan kuih-muih yang digoreng.
• Gantikan makanan ringan dengan buah-buahan segar.

PANDUAN UNTUK MENGURANGKAN PENGAMBILAN GULA
• Kurangkan makanan yang manis seperti kek, ais-krim, makanan ringan bersira, coklat, kaya, jem, biskut berkrim)
• Minum air kosong bagi menggantikan air manis, cordial, sirap dan minuman berkarbonat.
• Pilih buah-buahan segar untuk menggantikan kuih-muih manis, gula-gula, coklat, atau biskut berkrim.
• Pilih makanan dan minuman yang dilabel dengan kurang gula/kurang manis.
• Minta dikurangkan gula atau susu pekat manis setiap kali membuat pesanan minuman.

PANDUAN UNTUK MENGURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
• Kurangkan pengambilan makanan yang diproses seperti makanan dalam tin, sosej, burger dan makanan segera.
• Kurangkan pengambilan garam tambahan, perisa, kicap dan sos dalam makanan.
• Kurangkan makanan ringan yang masin seperti keropok dan kacang bergaram.
• Kurangkan pengambilan makanan yang diawet seperti ikan masin, telur masin, sambal belacan, budu, cencaluk, serta jeruk asin buah atau sayur.
• Pilih makanan yang berkuah berbanding bergoreng. Elakkan daripada menghirup sup atau kuah.
• Pilih capatti, thosai, naan atau idli berbanding roti canai, roti telur, roti bom dan roti tisu.
• Elakkan pengambilam asam boi, petis, kicap atau garam bersama buah-buahan.
• Pilih label makanan yang kurang atau rendah garam.

PANDUAN UNTUK MEMILIH MAKANAN YANG SELAMAT
• Pilih tempat makan yang bersih
• Pastikan pengendali makanan mengamalkan kebersihan dan sentiasa berada dalam keadaan bersih.
• Elakkan makanan yang terdedah dan tercemar.
• Pilih makanan yang segar atau baru dimasak.
• Pastikan pembungkusan, kotak atau tin makanan berada dalam keadaan baik.
• Hadkan makanan yang mengandungi bahan pengawet dan pewarna tiruan.
• Elakkan makanan yang digoreng dengan minyak masak yang telah digunakan berulangkali.

Makan Secara Sihat, Produktiviti InsyaAllah Meningkat

Monday, October 24, 2011

CARA MUDAH BUAT SENDIRI BAWANG GORENG

Dalam apa jua masakan,bawang amatlah diperlukan untuk menyedapkan masakan,bawang goreng sedap jika di tabur atas sup dan makanan sebagai hiasan dan penyedap,jom tengok cara nak buat bawang goreng sendiri,sangat sesuai jika kaan-kawan adakan majlis atau acara yang memerlukan bawang sebagai hiasan.

  Kupaskan bawang dan cuci bersih,hiriskan bawang tadi dengan saiz sederhana,jangan terlalu besar dan terlalu kecil.

   Masukkan tepung beras ke dalam bekas,tambahkan sedikit garam,campurkan air dan bancuh hingga sederhana pekat.

    Ambil bawang menggunakan penyepit,gaulkan dalam adunan tepung tadi,goreng dalam minyak yang panas di atas api yang sederhana.Goreng hingga bawang kelihatan kekuningan.


selamat mencuba ye kawan-kawan,selain sedap ia menjimatkan dan boleh dapat dalam kuantiti yang banyak.

                

RAWATAN UNTUK TUMIT YANG PECAH

Merawat Tumit Kaki Yang Pecah

Tumit yang pecah dan merekah nampak tak berapa cantik dipandang.
Untuk mengatasinya ikuti cara di bawah ini :
Cara 1
Dapatkan sebiji betik/pepaya muda,bersihkan dan hiris kulitnya. Ambil getah yang terdapat pada kulit tersebut dan sapukan pada tumit kaki yang merekah.

Biarkan selama 20 minit,setelah itu cuci hingga bersih. Lakukan 2 kali seminggu sehingga ia pulih sepenuhnya.
Tumit akan licin seperti sedia kala.

Cara 2
Anda hanya perlu menyediakan kelapa dan garam yang bisa didapatkan di dapur anda.

1/2 buah kelapa, parut agak kasar.
secubit garam

Campurkan parutan kelapa dengan garam, oleskan campuran pada tumit kaki yang sudah dibersihkan. Gosokkan campuran kelapa dan garam tersebut hingga rata di seluruh tumit yang pecah-pecah tersebut. Kemudian cucilah kaki hingga bersih. Lakukan selama 3 kali seminggu sebelum tidur.

Cara 3
Untuk mendapatkan tumit yang licin dan lembut bukannya susah sangat. asam keping boleh digunakan untuk melembutkan dan melicinkan tumit yang pecah-pecah.

- Ambil 5 atau 6 keping asam gelugur/asam keping.
- Rebus hingga mendidih.
- Biarkan sehingga airnya suam-suam kuku.
- kemudian rendamkan kaki kedalam air rebusan itu tadi selama 10 atau 15 minit.
- Sambil merendam kaki anda, gosok-gosokkanlah asam keping itu pada tumit yang pecah-pecah.
- Lakukan selalu insyaAllah tumit anda akan menjadi licin dan lembut.

Mengelakkan rekahan di tapak kaki

- Mulai dengan membasuh kaki dengan menggunakan air hangat,kemudian keringkan.
- Ambil asam jawa,campur dengan sedikit air dan lumurkan ke tapak kaki dan tumit yang merekah.
- Biarkan hingga kering.
- Keesokannya basuh dengan air hangat, lakukan sebelum tidur selama seminggu dan anda akan dapat lihat hasilnya.
InsyaAllah.

Friday, October 21, 2011

10 SEBAB KERACUNAN MAKANAN

10 Penyebab Keracunan Makanan.

Keracunan makanan selalu berlaku akibat daripada memakan makanan yang tercemar atau tidak cukup masak. Terdapat pelbagai makanan yang boleh menyebabkan anda mendapat cirit-birit, sakit perut atau penyakit lain-lain.

Sayur-sayuran hijau.
Diakui sememangnya sayuran banyak memberi nutrient kepada badan. Tetapi sekiranya sayur-sayuran kegemaran anda yang tercemar ia mendatangkan keburukan. Selalunya ia tercemar daripada najis, air yang kotor ketika membasuh sayur atau tangan peniaga yang kotor. Pastikan anda cuci tangan sebelum memasak, gunakan air yang bersih dan peralatan dapur yang bersih.

Telur.
Bakteria senang membiak dalam telur, terutamanya Salmonella sp. yang menyebabkan cirit-birit. Kalau boleh elakkan daripada memakan telur secara mentah.

Ikan tuna.
Senang tercemar dengan scombrotoxin yang menyebabkan panas badan, sakit kepala dan kejang otot. Ikan tuna yang ditangkap dan tidak disimpan di peti sejuk untuk jangka masa yang lama akan menghasilkan toxin yang mana tidak boleh dihapuskan walaupun ikan tuna itu dimasak.

Tiram.
Tiram tinggal didasar laut dan makan secara 'filter'. Jika air yang di 'filter' tercemar, maka tiram akan turut sama tercemar. Keburukan yang akan menimpa akan terjadi sekiranya ia dihidangkan mentah atau tidak cukup masak.

Kentang.
Kentang yang dimakan sebagai side dish boleh menyebabkan sakit perut. Semuanya disebabkan oleh bakteria yang dipindahkan daripada pekebun yang tidak menjada kebersihan.

Keju.
Keju yang dimakan dirumah selalunya boleh memberi keburukan. Ia dicemari oleh bakteria Salmonella sp. yang mana bukan sahaja menyebabkan sakit perut tetapi juga keguguran bayi. Ibu-ibu mengandung tidak digalakkan untuk makan keju ketika hamil.

Aiskrim.
Truck aiskrim yang dicemari bakteria-bakteria yang menyebabkan penyakit adalah punca kepada masalah ini. Hati-hati ketika membeli aiskrim yang dijual oleh penjaja yang menaiki motorsikal.

Tomato.
Senang tercemar ketika berada di pasar. Tetapi jika ada dirumah pastikan ia disimpan dalam peti sejuk serta merta. Jangan biarkan bakteria yang ada terus membiak.

Taugeh.
Secara praktiknya taugeh sangat bagus untuk tumbesaran kanak-kanak kerana sumber protein yang banyak. Tapi ia juga senang tercemar dan menyebabkan penyakit. Bakteria mudah membiak ketika di kebun kerana mendapat sumber air dan keadaan sekitarnya.

Strawberry.
Pernah dikaitkan dengan Hepatitis di Mexico kerana tercemar.

Kesemua makanan yang disenaraikan hanyalah sebahagiaan daripada sumber makanan yang boleh menyebabkan penyakit. Tidak semestinya makanan yang lain tidak akan mendatangkan keburukan. Kesemua makanan di atas senang untuk tercemar.

Pastikan anda betul-betul menjaga kebersihan diri sendiri dan juga sekitar. Pesanan khidmat masyarakat dibawakan khas kepada anda semua.

FIRST TRIAL

Hari rabu hari tu,hubby sya tak keja,tiba-tiba dia request nak makan yong tau fu,alamak,sya mana lah pandai buat kuah dia.jenih juga la google resepi,masa time tengah google tu huby sedang sibuk mencari bahan nak buat yong tau fu,

Percubaan yang pertama,bole la,nak kata sedap macam pro tu tak la,tapi hubby katasedap,eleh kes nak ambik hati la tu, rupanya senang je wat kuah nyer.jom layan sikit gambar.


diantara bahan-bahannya,ni versi sya la,macam-macam ada

ni yang sudah siap di potong-potong untuk di makan

kuah yong tau fu versi google

yong tau fu yang dah siap di siram kuahnya


Akhirnya dapat lah juga penuhi request hubby,maklum la sya kan baru nak belajar masak-masak ni,selama ni  tak pandai pun,masak yang ringkas-ringkas n campak-campak bole la.puas hati bila tengok apa yang di masak habis di makan.

Thursday, October 20, 2011

LELAKI VS WANITA

Kecantikan Lelaki & Kekuatan Wanita

Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki?
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-
1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5) Lelaki yang baik sangka.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad SAW adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…

Dan dimana Kegagahan Wanita?
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW: “Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat ” Surah Al-Ahzab : Ayat 71

“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”

BACALAH

Diary Seorang Isteri (CONFIRM MENANGIS!)

Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh..
..Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.
"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.

Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ...."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati .

Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa.

Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.
Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri .

"Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju.

Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh.... heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama.

"Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga.

Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.

Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong.

Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang aja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.

Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis.Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan embengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.

Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah caf?. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan.

"Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi.

Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I atang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau kut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat" desak Zakri.

"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil...

"Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di iarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. . Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"

Assalamualaikum.
Abang,
Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.
Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging nisa....tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.
Wassalam.

Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.
Ikhlas dari
Nur Nisa


Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri.

"Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.

Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan ...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH.

Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis.

"YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa....

Wednesday, October 19, 2011

WORDLESS WEDNESDAY

YA ALLAH YA TUHANKU,KAU AMPUNILAH DOSA KEDUA IBU BAPAKU SEPERTI MANA MEREKA MENJAGA KU,BERIKANLAH KETENANGAN DAN KEBAHAGIAAN PADA MEREKA

BERTAKAFUR

ALAMAK IBU AMBIK GAMBAR ADIK LA.:)

Tuesday, October 18, 2011

DAUN KARI

Daun Kari

Nama Tempatan: Kari
Nama Saintifik: Murraya Koenigii
Nama Lain: Karipulei, curry leaves
Famili: Rutaceae

Keterangan:

Pokok kari ialah sejenis pokok renek yang mempunyai ketinggian antara 0.9 hingga 6 meter.Ia biasa ditanam dihalaman rumah kerana kegunaan sebagai rempah dalam masakan terutamanya dalam masakan kari. Daun kari mempunyai bau yang kuat dan mempunyai rasa agak pahit. Daun ini mempunyai banyak kegunaan bagi masyarakat india kerana ia tidak hanya digunakan dalam masakan kari tetapi dalam masakan lain seperti rasam, chutney , murukku dan sebagainya lagi. Berasal dari India dan Srilanka tumbuhan ini akan hidup subur dalam zon tropika. Tumbuhan ini agak lasak walaupun sebenarnya ia menyukai tanah yang subur dan kaya dengan mineral.Bunganya kecil berwarna putih kekuningan dan buahnya juga kecil berwarna hijau ketika muda dan ungu setelah matang. Ia membuak melalui biji benih, keratan batang dan anak yang tumbuh dari akarnya.Selain ditanam di halaman rumah kerana daunnya ia juga ditanam sebagai tumbuhan hiasan.

Hasil kajian mendapati Daun kari mengandungi: 66.3% kelembapan
6.1% protein
1.0% lemak
16.0% karbohidrat
6.4% fiber
Mineral dan vitamin seperti kalsium, fosforus,zat besi,asid nikotinik dan vitamin C.
Ia juga mengandungi volatile oil dan sejenis glukosid yang dipanggil koenigiin.

Kegunaan:

Daun kari mempunyai khasiat perubatan yang tinggi dan digunakan dengan meluas dalam perubatan india.Ia dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masaalah penghadaman.Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif(julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit.Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening terutamanya akibat makan lemak yang berlebihan.Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis.jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar kepada cirit birit dan buasir.Air rebusan kulit batangnya yang kering dapat digunakan untuk mengubat diabetes.Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.

Selain dari itu daun kari juga dapat mencegah uban. Buahnya yang didihkan dengan minyak kelapa hingga kehitaman boleh dihancurkan dan digunakan untuk merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa.Daunnya yang dihancurkan dan dijadikan pes boleh digunakan untuk merawat lebam dan bengkak dengan cara menampalnya pada bahagian yang sakit itu.

                        

LAWAK TAK SENONOH

JOM LAYAN CERITA LAWAK DI PAGI-PAGI SELASA NI,SYA AMBIK DARI EMAIL NI.
 
 
Aku ada cerita ni… lawak la juga.. tapi jangan ketawa tau…
Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku.
Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak.
Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus.
Aku pun taktahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya.
... Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang
malam makan telur rebus.

Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa
berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku
dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap..
so aku dah tak kisah lagilah..

Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak..
akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena
menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu… ada telur rebus lah..
akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus
lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus
untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je kat rumah aku rasa amatlah
kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus.
Sebelum aku masuk kerumah,i steri aku tiba-tiba cakap dia ada ‘surprise’ untuk
aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas
dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan. Aku duduk
dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku.

Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak
spoilkan ‘surprise’ isteriku ini.
Aku pun tahan ler…
Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya.
Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama..
Fuuuuhhh lega rasanya… bau boleh tahan…
maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi…
Alamak..
ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi..
bunyinya PROOOTTT!! ..
fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia…
aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia…
adalah macam bau telur tembelang sikit..
Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi…
hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu
surprise dia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power
punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan
angin taufan tu… PRRROOOOOTTT!!!!… fuhh lega…
bergegar sikit meja makan dibuatnya…
peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni..
sambil tu aku sebut ‘ahhhh…. lega…’. Adalah dekat 5 minit baru bau
bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab
lambat.. lalu dia kata ‘SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!’ dan suruh aku buka
kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le… camne boleh lupa
ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong… ALAMAK!!!
Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku,
adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran
sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ?

Monday, October 17, 2011

KEISTIMEWAAN PEREMPUAN

Sayangnya Allah Pada Perempuan

 ♥ ♥ Siapa kata jadi perempuan tu SENANG, Nak kena tutup sana, tutup sini, Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising. Perempuan, stoking pon kena pakai. Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari, Komfem x tahan bertutup semua Tapi, perempuan cool jek Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan

 ♥ Siapa kata jadi perempuan tu senang, Tiap2 bulan, mesti ada penyakit, Nak pergi keja pon susah Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit Cuba tengok budak lelaki , selamber jek Kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit Tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek Tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit Hebat kan perempuan

 ♥ Siapa kata jadi perempuan tu senang, Hati ni Allah jadikan lembut betul Cepat jek sensitif Cuba tengok orang putus cinta Selalu perempuan yg paling susah nak lupa Lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan Siapa yg paling teruk menangis Perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi Lembut tak lembut hati perempuan Tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki Hebat tak perempuan?

Disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk Dengan Allah Diorang cakap, Allah x adil Kenapa Allah lebihkan lelaki Kenapa perempuan kena dengar cakap suami Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg bebel Diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon' Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki Diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati Kesian kan kat diorang Disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang Diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil

Persoalannya sekarang Betul ke Allah x adil dengan perempuan Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa Kalau bukan kaki ibunya Betul, isteri kena ikut cakap suami Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya X adil lagikah Allah pada perempuan Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri Cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki Bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu MashaAllah, hebatnya perempuan kan Kenapa perempuan hebat? sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat Cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio Banyak lagu pasal perempuan kan Contohnya macam lagu SUMAIYYAH, Jarang kita dengar lagu pasal lelaki Sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam Tu sekali dekat dunia

 Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya... Orang akan cakap: 'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya' Kita x pernah dengar orang cakap: 'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya' Kan?

Hebat x Allah jadikan perempuan tu Masih x adil lagikah Allah dekat perempuan Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni Perempuan senang nak masuk syurga Tengok hadis ni: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad) X adil lagikah Allah dekat perempuan Oh perempuan, sedarlah Betapa sayangnya Allah dekat kita Betapa cintanya Allah dekat kita

 Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia Bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan Dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan? Sekadar perkongsian bersama ~ Wahai kaum adam.. Hargailah wanita yg sentiasa berada disisimu.. Bimbinglah dia, Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak.. Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya.. Didiklah dia menjadi wanita solehah krn dia adalah dari tulang rusukmu.. Lindungi dia dari fitnah dunia.~ Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi .

MENINGKATKAN DAYA INGATAN

kawan-kawan pernah tak alami masalah lupa?mesti selalukan,sumber yang sya dapat dalam fb ni mungkin dapat membantu kawan-kawan.jom tengok

Anda merasakan anda sudah tua kerana sikap anda yg pelupa? Anda asyik lupa di mana kali akhir anda meletakkan sesuatu? Orang di sekeliling selalu marahkan anda kerana lupa tarikh penting, lupa letak barang, lupa makan ubat, lupa fakta2, lupa tutup kipas, lupa arah jalan, lupa nama orang dan macam-macam lagi. Sebenarnya, kita dapat meningkat daya ingatan atau mengurang
kan risiko menjadi pelupa dengan mengamalkan tips-tips di bawah secara berterusan. Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika usia masih muda supaya kelak di hari tua kita tidak menjadi terlalu pelupa. Antaranya ialah:

Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yang suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yang cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat / data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yang baru. Oleh itu, amalkan tidur yang cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

Mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

Berhati2 Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan
Sesetengah produk yang dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yang kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yang memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yang seimbang atau rujuk dahulu doktor yang bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.

Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

Elakkan Kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.

Awasi Pengambilan Ubat
Daya ingatan mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.

Belajar Sesuatu yang Baru
Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.

Permainan
Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.

Banyak Membaca
Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.

Katakan Berulang Kali
Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.

Fokus
Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.

Bermain Dengan Angka
Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.
*amaran bukan 4D , 6D eh . . . .

Membaca Al-Quran
Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.

sumber:FB

Saturday, October 15, 2011

PETUA HALAU LALAT

Pilihan Petua Untuk Menghalau Lalat

Pilihan1:
Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan masukkan ke dalam cawan atau mangkuk berisi air. Biarkan ia terdedah di ruang dapur anda. Lalat-lalat yang berterbangan akan keluar dengan sendirinya dari ruang dapur anda.

 
             
Pilihan 2:
Ambil secekak daun kari, kibaskan pada lalat yang berada di meja makan anda. Kemudian letakkan daun kari tersebut pada gelas yang berisi air di sudut meja makan. Dengan cara ini anda dapat menghalau lalat dari meja makan anda.

Pilihan 3:
Ambil beberapa tangkai daun belimbing. Kibaskan pada lalat-lalat yang berada di meja makan anda.

Pilihan 4:
Ambil sedikit cecair peluntur dan titiskan pada kain buruk tanpa mencampurkannya dengan air. Selepas itu lapkan kain tersebut pada sekitar ruang dapur seperti meja makan, kabinet , dapur memasak atau tempat-tempat lain yang anda rasa perlu. Lalat pasti akan berkurangan..

Pilihan 5:
Ambil 2 batang lilin dan nyalakan apinya. Setelah itu letakkan di meja makan atau di tempat meletak hidangan. Lalat tidak akan mengerumuni hidangan anda.

Friday, October 14, 2011

ISTIMEWANYA BUAH OREN

          
 
Khasiat Buah Oren

Khasiat buah oren
Dalam banyak-banyak buah, sya rasa ramai yang suka buah oren. Bukan saja sedap dimakan, jus oren pun memang sedap diminum. Tapi pastikan jus yang asli saja, bukannya yang sudah dicampur dengan gula, apatah lagi gula yang berlebihan.
Takut nanti niatnya ingin sihat, tapi akhirnya kena kencing manis pula. Pasa asasnya, semua orang tahu bahawa buah-buahan mengandungi khasiat yang pelbagai. Tapi tahukah anda mengenai khasiat buah oren terhadap kesihatan anda? Vitamin C? Ya, oren adalah sumber yang kaya dengan vitamin C. Namun, bukan itu saja. Tahukah anda bahawa:

Oren mengandungi Beta Carotene, iaitu antioksida yang berkuasa yang memelihara kesihatan sel-sel kita.
Oren mengandungi Kalsium, yang anda mungkin sudah maklum akan fungsi dan kepentingannya terhadap membina tulang dan gigi yang kuat


Otak kita memerlukan asid folik untuk membesar dengan baik yang dibekalkan dalam buah oren.
Tekanan darah juga dapat diseimbangkan dengan magnesium yang dibekalkan oleh buah oren.

Demi menjaga kesihatan sistem kardiovaskular dan memelihara keseimbangan elektrolit dalam tubuh, potassium dalam buah oren dapat membantu.

Makanan yang kita ambil dapat ditukarkan menjadi tenaga dengan thiamin yang terkandung dalam buah oren.

Tips penting:
Kulit buah oren yang bewarna putih sebenarnya mengandungi vitamin C yang lebih banyak berbanding isi buah oren itu sendiri. Jika anda ingin menikmati buah oren, tinggalkan sedikit lapisan putih kulitnya untuk dinikmati bersama isinya. Walaupun agak pahit, namun ini demi kesihatan anda juga

SURIRUMAH HARUS BERBANGGA

Mesti ada yang kata jadi surirumah ni apa yang nak di banggakan,hanya dok rumah dan uruskan rumah tangga je,malah ada jua wanita yang berkerjaya di luar sana memandang surirumah dgn pandangan yang kosong jer,maaf kalau apa yg sya kata ni menyinggung yer.

jom kita tengok betapa besarnya peranan surirumah yang sama hebatnya malah lebih hebat dari yang mempunyai kemahiran masing-masing.

surirumah adalah

pakar masakan
memasak untuk seisi keluarga,suami dan kadangkala untuk mertua sekali,bayangkan lah setiap hari surirumah akan menghadapi masalah nak masak apa,nak makan apa,tanpa jadual atau scedule yang di beri,ada saja idea spontan masakan dari surirumah.

perancang ekonomi
Setiap bulan menjadi perancangan ekonomi dalam rumah,menyenaraikan perbelanjaan-perbelanjaan budget-budget rumah,agar tak mengalami masalah kewangan dan isi rumah akan selesa.

jururawat
di kala anak-anak  dan suami tak sihat,surirumah akan menjaga,memberi raatan,perhatian yang lebih yang rasanyatakkan dapat dari hospital terbaik sekalipun ,layanan yang penuh kasih mesra dan sayang.

driver
kadang-kadang jadi driver menghantar anak-anak pergi dan balik dan balik dari sekolah.

pakar pemakanan
menyediakan makanan yang mengandungi gizi dan nutrien yang cukup buat seisi keluarga.

pakar kebersihan
menyediakan persekitaran yang bersih dan selesa untuk isi,rumah dengan mengemas, membasuh  dan segalanya.

pakar kaunseling dan motivasi
dengan memberi nasihat dan mendengar keluh kesah suami dan anak-anak,menjadi pendengar yang baik,dan menasihati anak-anak.

perunding imej
menyedia dan menentukan pakaian dan imej isi rumah.

sebenarnya banyak kagi peranan surirumah ni,yang kadang-kadang mencabar kewibaaan,yang sedihnya kami tidak di bayar seperti kebanyakkan orang kerana bagi kami bayaran yang setimpal adalah seisi keluarga berasa selesa dengan perkhidmatan kami,cewah dah macam slogan lak.bayaran yang setimpal adalah kasih sayang dari suami dan anak-anak.

Thursday, October 13, 2011

7C YANG SUAMI BENCI(OLEH DR FADHILAH KAMSAH)

tips dari pakar motivasi kita bertajuk & 7C yang menyebabkan suami benci kepada isterinya. Agaknya apa la
  7 C tu yer. Bagi yang dah berkahwin, lepas ni kalau dah tahu tu, cepat-cepat tinggalkan kalau ada dalam perkara 7C tu menjadi amalan seharian. Jom kita tengok 7C tu...

Untuk semua isteri, bakal isteri dan jugak yg beristeri ...

C1. CABAR
Isteri nie kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah [cabar suami cari perempuan lain]! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI ... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata ...

C2. CABUL
Perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua ...

C3. CELUPAR


Celupar nie suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yg kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap ...

C4. COMOT


Isteri bila nak keluar rumah aje baru nak comel tapi kat rumah comot. Suami pula di opis dok nampak yg comel2 aje ... Ade isteri kata - mekap untuk suami, ... tapi kat rumah tak mekap pun ...

C5. CEMBURU

Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan ... sikit2 dok telefon suami kat opis. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2 ...

C6. CEREWET

Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat

C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai ... Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak ... anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi ...

7C ni lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya ... Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita ni insan yg mudah lupa & lalai ... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu ...


PENTINGNYA HANTAR ANAK-ANAK NGAJI ALQURAN

Dalam zaman serba moden ni kadang-kadang kita lupa pada benda yang wajib dan patut di ambil kira,jangan lupa yer hantar anak-anak kita ngaji al-quran,penting tu.

sesetengah parents pandang remeh je hal ni,wal hal itu adalah kitab pegangan umat islam,harus berpandukan al-quran,sya dah antar anak-anak ngaji seawal umur 3 tahun lagi,biar ada guru yang ngajar anak-anak sya,bukan tak boleh ajar sendiri,tapi faham-faham je la kalau anak-anak ni belajar dengan ibu mereka hmmmmm ngada-ngada bukan main.

teringat kisah sya ngaji dulu-dulu,everyday wajib pergi ngaji,kalau tak mak akan kejar dengan rotan sampai rumah guru ngaji,malu woo,pastu di tinggalkan rotan tu supaya senang guru ngaji mengaasi kami.Ada satu ketika tu sya pernah la ponteng ngaji,tu pun sebab mak tak da kat rumah,malamnya kat surau mak jumpa guru ngaji,dan dapat tahu kisah sya ponteng ngaji,apalagi balik mesti dapat habuannya.Apa yang pasti malam tu tido bertemankan air mata la.

Walau pun mak garang sya tetap rapat dengan mak,kawan-kawan pernah tak ada pengalaman macam ni? jom kongsi.

Wednesday, October 12, 2011

JENIS SIKAT YANG SESUAI

Adakah Anda Gunakan Sikat yang Betul?

Selama ini, anda tahu tak sama ada sikat yang digunakan tu sesuai atau tak dengan jenis rambut anda?

Pemilihan jenis sikat yang bersesuaian mampu mengubah penampilan anda. Pemilihan dibuat mengikut jenis rambut anda. Sama ada kerinting mahupun lurus. Rambut yang tipis pun boleh nampak tebal.

1. Rambut kerinting
Bagi si pemilik rambut kerinting, gunakan sikat yang bergigi jarang. Ini bagi mengelakkan rambut anda putus semasa disikat.

Lagi satu, elakkan daripada terlalu kerap menyikat rambut. Nanti ia nampak lebih leper dan merosakkan keindahan semulajadi rambut anda.

2. Rambut lurus yang tipis
Sama seperti rambut kerinting, gunakan sikat yang bergigi jarang. Tujuannya supaya rambut anda nampak mengembang sikit.

Selain itu, anda pakailah sikat bulat ketika melakukan dry blower untuk mendapat kesan yang lebih lebat.

3. Rambut lurus yang tebal
Anda gunakan sikat yang pipih dan bergigi rapat bagi melembutkan rambut.

Di samping itu, ia memudahkan anda untuk menggayakan rambut. Lebih-lebih lagi dalam mengurangkan ketebalan rambut yang terlampau lebat.

WORDLESS WEDNESDAY

                               

JENIS SIKAT     

Tuesday, October 11, 2011

KEGUNAAN DAN KEBAIKAN ASAM JAWA

KHASIAT DAN KEGUNAAN ASAM JAWA

Asam jawa (tamarindus indica) merupakan buah kultivar daerah tropis dan termasuk tumbuhan berbuah. Batang pohonnya yang cukup keras dapat tumbuh membesar dan dahannya rendang.

Asam jawa merupakan sejenis ramuan masakan yang terkenal dikalangan masyarakat Melayu. Biasanya asam jawa akan dilarutkan ke dalam air dan hanya airnya digunakan dalam masakan. Hampasnya pada
kebiasaannya dibuang.

Selain digunakan dalam masakan, asam jawa juga boleh dimakan begitu sahaja ataupun dengan ditambah dengan gula.

Berikut adalah pengalaman dan bahan rujukan yang boleh kita kongsikan bersama.

DEMAM PANAS
Bagi kanak-kanak yang kadang-kala mengalami demam panas ambillah segenggam asam jawa yang kemudiannya diramas di dalam semangkuk air. Kemudian air tersebut dilumurkan di atas kepala bayi anda sambil disertakan selawat .

SAKIT PERUT
Ambillah segenggam asam jawa yang kemudiannya diramas dan disapukan air tadi di perut dan kemudian biarkan seketika sebelum dibilas dengan air yang bersih. Cara ini sesuai diamalkan oleh kanak-kanak dan orang dewasa.

SAKIT ASMA
Bagi yang sakit asma pula anda rebuslah dua (2) potong kulit asam jawa dengan satu (1) liter air sehingga ia mendidih kemudian di ditapis. Minumlah air rebusan tersebut sebanyak dua (2) kali sehari.

BATUK/PERIT TEKAK
Selain itu asam jawa juga digunakan secara tradisional bagi mengubat batuk dan perit tekak. Caranya dengan mengambil air asam jawa, dicampukan bersama gula dan air. kemudian ditapis, minum seperti biasa.

LUKA/BISUL
Manakala daun muda asam jawa juga boleh ditumbuk lumat dan di tampal untuk mengubati penyakit reumatisme, luka dan bisul.

ALERGI/BIDUREN
Ambillah 2-3 golong buah asam jawa yang telah tua, garam secukupnya, 1/4 senduk kapur sirih. Caranya semua bahan tersebut direbus dengan 3 gelas air sehingga mendidih hingga tinggal 2 gelas dan disaring. Kemudian diminum dua (2) kali sehari, pagi dan petang.

BENGKAK DISENGAT LIPAN ATAU LEBAH
Sediakan 3-5 biji asam jawa dan minyak kayu putih secukupnya. Biji asam jawa tadi ditumbuk halus. Kemudian bahagian yang bengkak itu dibersihkan terlebih dahulu dengan kain dan dibasahkan kain tersebut bersama dengan minyak kayu putih. Selepas itu taburkan atau tempelkan bahan tersebut diatas bahagian anggota yang bengkak.