Friday, December 30, 2011

GAMBAR AWAN PELIK

kejadian awan niberlaku kat laur negara,cuba kawan-kawan tengok bentuk apa awan tu

subhanallah betapa agungnya ciptaan tuhan

yang ni bentuk awan yang berlaku kat segamat johor baru-baru ni,takut sya tengok,kalau di pandang betul-betul macam ombak tsunami jer.

MANFAAT SERAI

SERAI memang sejenis tumbuh-tumbuhan yang amat banyak khasiatnya. Selain untuk masakan, serai juga mempunyai khasiat perubatan.
Antara khasiatnya adalah seperti berikut:
• Merawat Sesak Nafas
1. 10 batang serai dicuci bersih, diketuk hancur dan direbus dengan dua gelas air yang telah dicampur sesudu besar gula merah.
2. Biarkan sehingga mendidih dan tinggal dalam anggaran satu gelas airnya. Sejukkan sebelum ditapis dan diminum.
3. Sebaiknya, lakukan ini tiga kali seminggu.

• Lawaskan kencing
1. Segenggam akar serai dan 10 helai daunnya dibersihkan dan kemudian direbus bersama empat gelas air.
2. Biarkan mendidih sehingga air didihan tinggal dalam anggaran dua gelas.
3. Setelah suam, air rebusan ini diminum dua kali sehari.

• Merendahkan Kolesterol
1. Tiga atau empat batang serai yang telah dibuang akar dan daunnya diracik-racik dan direbus.
2. Ambil segelas air rebusan itu dan minum perlahan-lahan dan sedikit demi sedikit dua kali sehari iaitu setiap pagi dan malam.
3. Dalam beberapa minggu sahaja, paras kolesterol dalam badan akan berkurangan, InsyaAllah.

Thursday, December 29, 2011

SAYU HATI

Pagi-pagi khamis ni dah rasa sedih dan sayu jer,tadi ada terbaca status sorang adik ni kat fb,baru jer 44 hari kehilangan insan yang paling dia sayangi iaitu ibunya,sedih betul la.

Seminggu lepas ibunya menghadap ilahi ayahnya pula meninggal,ibu dan ayahnya dah berpisah,dia tinggal bersama ibunya,sedihnya,sekarang dia dah jadi anak yatim piatu.Dah la dia yang paling bongsu,dan sekarang hanya menumpang kasih pada abang dan kakaknya saja

Dia nyatakan dia amat sunyi dan tertekan sebab kehilangan arwah ibu yang tersayang,semoga adik ni akan terus tabah,sya tahu dia seorang yang tabah,coz kami pernah bersua masa perkahwinan adik,tp dari raut wajahnya nampak ceria,namun hatinya siapa yang tahu

Memang sedih bila kita kehilangan seseorang yang teramat kita sayang,buat Farra kak sya harap selalu tabah yer,Allah sentiasa bersama kita,Alfatihah untuk arwah ibu dan ayah  Farra.

LIHATLAH SUAMIMU

Lihatlah dia dalam tidurnya...
Tidur nyenyaknya seakan menggambarkan betapa seharian ini beliau begitu lelah mencari nafkah untukmu. Dia menyingsingkan lengannya dan memerah tenaganya, demi keselesaan. Menutup sayu matanya mungkin tengah menahan derasnya air mata dalam tidur, kerana memikirkan masalah hidup. Tapi semua masih bertahan, kerana dia tidak samapai hati membiarkan kau dan keluargamu susah.

L ihatlah kaki kuat itu...
Dia yang menyokong tubuh  suamimu, yang menjadi penyokong ketika harus menyusuri dunia untuk sebuah kebahagiaanmu, wahai wanita. Bahkan seperti yang di sabdakan Nabi Muhammad salallahu alaihi wassalam, jikapun memang sesama manusia boleh bersujud, maka di kaki itu, kau harus meletakkan sujudmu dan memasrahkan tanganmu kepadanya.

Lihatlah  garis wajahnya...
Kulitnya yang legam dan kasar itu menandakan beratnya perjuangannya. Seakan disana terukir sebuah perjuangan yang begitu melelahkan namun menenangkan seluruh anggota keluargamu. Dengan tanpa keluh walaupun sesekali bimbang dalam menyusuri hidup, namun tetap menyediakan ruangan  yang kuat, dan dada yang lapang demi kau bersandar. Lihatlah  wajah lelah itu, yang  semakin rapuh dari hari ke hari namun tetap tabah demi sebuah tanggung jawab.

LIhatlah para isteri , dialah suamimu!!

Lihatlah tangannya...
Rasakan tangan berkulit kasar itu yang semakin hari semakin terasa kasar. Tangan itulah yang telah menyelamatkanmu menuju sebuah kehormatan dan memberi  perlindungan. Tangan inilah yang berkait dengan hati mereka dimana mereka seumur hidup menghabiskan hari harinya untuk memenuhi keperluan dan kesenanganmu.

Lihatlah mata mereka
Pandangan teduh itulah yang mendamaikanmu. Mengajakmu dengan lindungan dalam kekuatan mereka. Berharap kedamaian menyelimutimu, menghapus sedihmu dan kembali membawa senyum untukmu, wahai para isteri. Pandangan sayu itu yang  mengandungi kekuatan mereka demi  mencintai makhluk sepertimu. Pandangan sayu yang juga begitu mendamaikan.

Wahai para isteri, betapa banyak suami yang tidak dapat memejamkan mata mereka kerana beratnya memikirkan  tanggung jawab mereka saat ini. SubhanAllah, maka bahagiakan dan alihkan sedikit beban mereka dengan sebuah kesenangan dan kesyukuran karena kehadiranmu. Bahagiakan mereka dengan mengurangkan keluhanmu atas mereka, dan menghadirkan senyum hari- hari mereka.

Lihatlah ketulusan hati mereka...
Seorang lelaki yang dengan penuh  tulus dan pengabdian penuh, telah menghabiskan  umur mereka demi menjadi kemudi rumahtanggamu. Mereka tak mengharapkan balasan kecuali kesetiaanmu. Mereka tak mengharapkan puji kecuali kepandaianmu menjaga anak- anak mereka. Mereka tak mengharapkan balasan kecuali dengan kebahagiaan kerana terjaganya bidadari yang ada dirumahnya, dirimu sendiri. Dialah pemimpin yang soleh dan bertanggungjawab itu, dialah suamimu, wahai para isteri.

Sungguh para wanita, redha suamimu adalah kunci syurga dunia bagi dirimu dan syurga akhirat untuk kau dan keluargamu. Maka hargailah beliau, lebih dari dirimu sendiri. 

Maka dahulukan pertimbangan mereka diatas ego dan kemahuanmu. Maka rendahkan suaramu, walaupun mungkin dalam amarahnya yang sempat memuncak. 

Tak apalah jika mengalahmu akan menjadi sedikit balasan bagi kelegaan hati mereka. 

Allah akan tersenyum kepadamu, Allah akan redha kepadamu, syurgapun akan merindukanmu atas semua kebesaran hati dan keluasan jiwamu. 

Maka jangan kau teruskan kemanjaanmu dengan tetap terus menuntut tentang apa yang mereka berikan dengan lebih untuk dirimu, namun tanyakan kepada dirimu sendiri, sudah sejauh mana kau telah menjadi bidadari dalam kehidupan beliau, suamimu sendiri. 

Dan...sudahkah hari ini kau mengucapkan kata terimakasih untuknya, seraya mencium tangannya yang mulia?

Wednesday, December 28, 2011

WORDLESS WEDNESDAY

santai bersama anak-anak



main pasir

penuh aktiviti

ciptaan Allah

ombak memukul batu

tinggal jejak

biar gambar cerita kan segalanya



Tuesday, December 27, 2011

PESANAN DARI IMAM SYAFIE YANG BERMANFAAT

Petua dariimam syafie berikut mungkin boleh kita manfaatkan untuk kebaikan kita.jom tengok





Empat perkara menguatkan badan:
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan:
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata:
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata:
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran:
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

Empat cara tidur:
1. TIDUR PARA NABI - Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH - Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA - Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN - Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

              

LEBIH DARI ANAK

Tajuk ntah apa-apa,minggu-minggu akhir nak bukak sekolah ni sibuk sangat dengan beli buku,dengan bayar yuran taski lagi,anak sya yang sulung dah nak masuk darjah enam,yang no dua nak masuk darjah satu,dan yang ketiga macam tahun lepas sekolah taski.

Apa yang sya risaukan sekarang ni anak yang kedua tu la,dia kan nak masuk darjah satu,macamna la nak hadapi karenah dia nanti,selalunya masa taski hari tu dia bangun lewat untuk ke taski sebab taski masuk pukul 8.30.ni nak masuk darjah satu kena kejutkan awal,dia ni dah la susah nak bangun tidur,jenuh kejutkan.

Yang keduanya pula apa yang merisaukan,macamna dia nak berbelanja wang sekolahnya,dia tak biasa membeli,dia kenal duit tapi tak pernah membeli,risaunya bila fikir.sekarang pun dia dah mula tanya,macamna dia nak membeli nanti,memang la sya dah buat bekalan untuk dia,tapi mana la tahu dia teringin nak makan apa-apa ke kat kantin.

Lagi satu,sya nak hantar dia kafa,maknanya pagi dia sekolah pagi n petang dia kena ke kelas kafa,tapi dia macam taknak ja siap tanya lagi,kenapa bang mesti sekolah pagi petang.huhuhu jenuh nak menjawab

Anak yang nak masuk sekolah sya pula yang banyak fikir,macamna keadaan dia,boleh ka dia belajar,berdebar-debar la pulak rasa hati.
ni la budak yang banyak songeh nak masuk darjah satu

Monday, December 26, 2011

MENGAPA WANITA SUKA DI PELUK

Kebanyakan lelaki tidak paham dan faham, mengapa wanita sangat suka dipeluk? Bagi lelaki, pelukan hanyalah soal fizikal saja, namun tidak  bagi wanita, kerana pelukan menyimpan makna yang lebih dalam.

Pelukan memberi kebaikkan besar bagi kesihatan jiwa dan boleh dilakukan bila-bila masa secara spontan. Bagi Anda yang a tak biasa dipeluk maupun memeluk, mungkin Anda perlukan sedikit tips.

Belai lembut rambutnya, sentuh wajahnya, gosok lembut lengannya, kaitkan jari-jemari tangan Anda dengan jari-jemarinya, gosok lembut punggungnya, dan jaga selalu bertentang mata dengannya.
Berikut, sedikit gambaran sisi positif dari pelukan.

Mengapa wanita suka dipeluk?
perbuatan memeluk melepaskan hormon oksitosin. Oksitosin bertanggung jawab memancing apa yang disebut para ilmuwan dengan ‘sepasang ikatan’. ertinya, pelukan membuat pasangan merasa lebih dekat dan intim.

Dalam hubungan cinta, pelukan mampu menciptakan ikatan di antara lelaki dan wanita.Sebuah penelitian yang dilakukan di Chicago menyatakan, pasangan yang memeluk secara teratur dan spontan saling memberi kasih sayang  bukan seksual, seperti pelukan, akan merasa lebih puas dengan hubungan mereka.
Oksitosin dilepaskan dari otak akan menerbitkan perasaan bahagia dan tidak stres. jadi, perasaan inilah yang akan memberi manfaat positif terhadap sesebuah hubungan.

Namun begitu bagi pasangan yang belum mendirikan rumah tangga,jangan cuba-cuba yer,nanti berdosa.

PENANTIAN SATU PENYIKSAAN

Betul la kata orang panantian itu satu penyiksaan,Bila kita menunggu seseorang yang tak muncul-munculkita akan jadi gelisah dan resah,terutama sekali orang yang kita sayang.

Semalam sya tunggu hubby balik kerja lewat,selalu balik awal,tapi semalam sangat lah lewat dan handphone dia off,risaunya dalam hati.memang tak tenang sangat masa tu.Sampai pukul 11 malam pun encik hubby belum menampakkan muka,walau pun masa tu sya dah ngantuk sangat sebab siang hari sibuk dengan anak-anak,gagahkan diri juga tunggu hubby pulang kerja.

Risaunya dalam hati bukan kepalang,Ditambah pula anak-anak dok bertanya mana abah,huhuhuhlagi la,risau.encikhubby pun tak imform awal-awal yang dia balik lambat.

Rupanya dia kerumah mak dia,dah la tak bagi tahu sya,wat sya risau ja,betulkan kata orang penantian satu penyiksaan,orang yang menanti tu la tersiksa.Macam-macam ada di kepala  masa tu.

Friday, December 23, 2011

HADIAH DARI BAPA SAUDARA

Baru-baru ni anak sya yangketiga dan keempat,dapat something dari pak ngah dorang yakni adik ipar sya,yang pastinya budak berdua ni happy sangat la dapat benda ni.sekarang dok main benda ni je la.

yang ni basikal untuk anak yang ketiga,happy sangat masa dapat basikal ni,senyum jer,tapi yang susahnya dia kayuh basikal ni dan jatuh sekali terus tak nak naik dah.

dan untuk yang si kecik,dapat basikal ni,si kecik ni lasak sikit,sekejap jer dapat basikal ni kat dia dah terkeluar raga,pandai jadi mekanik si kecik ni.

ni basikal si kecik,warna feveret dia tu,warnan merah.

PERSIAPAN PERSEKOLAHAN ANAK

Semakin  menjelang sekolah nak buka,sya punmakin sibuk dengan urusan persiapan sekolah anak-anak,membeli buku la,alatan sekolah la.

ni la di antara persiapan persekolahan anak-anak sya,ini baru persiapan anak pertama dan kedua,yang ketiga belum lagi sebab dia sekolah taski.
baju-baju sekolah,untuk si abang,si kakak upah orang jahit jer.

kasut sekolah untuksi abang 2 pasang,kakak satu jersebab kakak dah ada kasut

peralatan menulis


hari isnin minggu depan,sya kena bersiap sedia untuk membeli buku sekolah budak berdua tu pulak,then jumaat 30 dis 2011,ada hari suai kenal untuk si abang sebab dia akan masuk darjah satu,tu tak termasuk yang no tiga,sebab bayar yuran dia hari isnin jugak sama hari dengan beli buku abang dan kakaknya.

wah padat ooo,jadual sya,mengalahkan orang bekerja pulak,apa pun semoga Allah memberi kesihatan yang baik pada sya agar sya dapatmenyelesaikan segalanya dengan lancar,tak nak susah kan encik hubby yang bekerja.

Thursday, December 22, 2011

TIPS MEMBERSIHKAN PERALATAN DAPUR

Bagi Anda yang memiliki peralatan dapur berbahan aluminium, berikut ini ada beberapa tips yang boleh Anda lakukan :

1. Rebuslah air yang sudah ditambahkan sedikit cuka hingga mendidih dalam peralatan baru atau yang belum digunakan seperti , pengukus dan alat memasak lainnya yang berbahan aluminium. Hal ini boleh mencegah makanan melekat bila dimasak

2. Untuk membersihkan peralatan yang menghitam atau berkarat, campurlah 1 liter air dan tambahkan 1 sudu teh krim of tartar. Rebus selama 10 minit dalam alat tersebut, angkat. Seterusnya gosok dengan span hingga bersih selagi air rebusan masih panas.

3. Untuk menghilangkan bau hamis atau hanyir yang masih melekat, letak beberapa titis air limau nipis/lemon. biarkan selama 15 minit, lalu cuci bersih menggunakan sabun cuci dan span.

4. Khusus untuk loyang, acuan kuih  yang tidak terkena api langsung, setelah dicuci boleh dikeringkan di bawah  matahari atau panaskan dalam oven selama 2 minit. Boleh juga dikeringkan menggunakan kain  bersih, untuk menghilangkan kotoran yang akan merosakkan peralatan tersebut.

5. Agar oven konvensional tahan lama, selalu bersihkan seluruh bagiannya mulai dari kaca, rak, hingga bahagian bawah oven yang  terkena api.

KERANA KESALAHAN ORANG LAIN

Sya dalam dalam keadaan bad mood sekarang ni,macam-macam benda terjadi sejak akhir-akhir ni.

Yang paling buat kan sya rasa kecewa dan geram sangat,ada someone telahmenyakitkan hati sya dengan menyalah kan diri ini atas kesalahan orang lain.orang lain buat salah,orang lain yang kena,huhuhu.

Betapa sakitnya hati ini,nak detail kat sini pun susah,nanti akan mengeruh kan lagi keadaan.Dah tahu dia salah,dengan selambanya pulak tak nak ngaku dia salah,buat dek je,arggggh geramnya.

Kenapa la orang suka tunding jari atas kesalahan orang lain walau pun dia tahu kebenarannya.Dah la kita sedaya upaya menjaga hatinya alih-alih kita jugak yang kena,rasa macam buang karan ja layan orang macam ni.tak berbaloi

Kesabaran seseorang pu ada batasannya,kalau dia saja yang betuldan kita saja yang salah,susah la,setiap orang tak lari dari lakukan kesalahan.hanya kemaafan ja jadi penawarnya.

Sory yer entry penuh emosi hari ni,baru lah lega rasa di hati,bila dapat luahkan.

Wednesday, December 21, 2011

SELAMAT HARI LAHIR UNTUK KAKAK


SELAMAT HARI LAHIR UNTUK PUTERI IBU,IBU DOA KAN AGAR KAKAK HAPPY SELALU,TAHUN DEPAN KAKAK AKAN HADAPI PEPERIKSAAN UPSR,KAKAK BUAT YANG TERBAIK YER.IBU SAYANG SANGAT-SANGAT KAT KAKAK,BAGI IBU KAKAK LA ANAK YANG TERBAIK YANG ALLAH ANUGERAH KAN UNTUK IBU,SANGGUP BERSUSAH SENANG BERSAMA IBU DAN ABAH DULU.SELAMAT HARI LAHIR.


WORDLESS WEDNESDAY





CER TEKA IKAN APA,TAPI TAK DA HADIAH PUN.

Tuesday, December 20, 2011

KHASIAT HABATUSSAUDA

Habbatus Sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat. Kadangkala ia digelar sebagai “bijirin hitam” atau “jintan hitam”.


Daripada Abu Huraira r.a. Nabi s.a.w. bersabda, “Habbatus Sauda ini menyembuhkan segala jenis penyakit kecuali Al Saam.” Aisyah r.ha. pun bertanya: ” Apakah Al Saam itu?” Jawab Baginda s.a.w. “Mati.” (Riwayat Al-Muslim)

Khasiat-khasiat yang terdapat pada Habbatus Sauda yang berikut adalah dipetik dari buku yang bertajuk “Rahsia Perubatan Habbatus Sauda’” yang dikarang oleh Dr. Hassan Syamsi Baasya dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia oleh Abdul Khairi AL-Latifi.

Kajian-kajian yang telah dibuat membuktikan bahawa Habbatus Sauda mempunyai khasiat-khasiat perubatan yang berikut:

1. Asid Urik dan Gout
Membantu mengeluarkan asid urik dari badan dan mengelakkan dari terkena penyakit gout.

2. Asthma
Bahan “Nigellon” yang terdapat dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan kesukaran pernafasan dan serangan Asthma dan memberi menafaat dalam rawatan serangan yang terjadi ke atas pembuluh udara (bronchitis).

3. Selsema
Ia dapat menyembuhkan selsema.

4. Tekanan Darah Tinggi
Ia boleh merendahkan tekanan darah.

5. Alahan (Allergic)
Bahan “Nigellon” dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan pengeluaran bahan “Histamine” dan bahan-bahan yang menyebabkan kejadian alahan (allergic).

6. Pengeluaran Bahan Empedu (Bile)
Juzuk Karbonil dan Thymoquinone (dua kandungan asas di dalam Habbatus Sauda) mempunyai keupayaan dalam menambahkan pembuangan empedu dari pudi empedu, untuk mengelakkan dari kewujudan penyakit batu pundi empedu.

7. Melancarkan Pengeluaran Susu
Ia mempunyai kesan yang kuat ke atas pertambahan kelancaran pengeluaran susu pada ibu.

8. Kesendatan Pembuluh Darah (Thrombosis)
Ia mempunyai kesan ke atas sistem kesendatan pembuluh darah di dalam tubuh dan di luar tubuh. Maknanya darah yang mengalir akan berhenti dengan cepat akibat kecepatan pembekuan darah. Begitu juga ia mempunyai kesan ke atas kecergasan pemecahan fibrin di dalam darah tersebut.

9. Sistem Kekebalan (Immunity) Tubuh
Ia meningkatkan sistem kekebalan supaya dapat membunuh kuman-kuman (bacteria), virus atau sel-sel barah supaya dapat mengelakkan tubuh dari dijangkiti penyakit-penyakit.

10. Barah
Ia dapat melindungi tubuh dari wujudnya kesan-kesan beracun akibat kegunaan “Cisplatin”, yang digunakan dalam merawat bengkak-bengkak barah. Ubat “Cisplatin” ini, seperti lain-lain ubat yang digunakan untuk merawat bengkak-bengkak barah, menyebabkan kesan-kesan serangan sampingan (side effects).

11. Kuman-kuman
Ia amat aktif dan berkesan dalam membunuh beberapa jenis kuman seperti “E Coli”, “Strep.Fecalis” dan “Bacillus subtilis.” Ia juga mungkin berfaedah dalam melindungi gigi dari kejadian kerak-kerak kuning pada gigi (Plaques) dan kereputannya.

12. Ceret-Beret disebabkan Kuman
Ia dapat merawat masaalah ceret-beret dengan membunuh kuman-kuman yang menyebabkannya, seperti Kolerra, Shigella dan E.Colli yang berupaya menentang beberapa antibodi.

13. Kencing Manis
Ia dapat mengurangkan tahap kandungan gula di dalam darah.

14. Rheumatisme
Dalam bidang perubatan tradisional di timur tengah, ia digunakan sebagai bahan anti radang (Anti Inflammatory) dan anti-rheumatism (antirheumatic) dan digunakan dalam rawatan kepada migren.

Mereka yang alim di dalam bidang perubatan berkata: ” Antara manafaat-manafaat Habbatus Sauda ialah:
i . Ia bertindak menghilangkan bengkak.
ii. Ia amat berfaedah dalam membuang lendir dan gelema dan mengeluarkan angin.
iii. Jika ia ditumbuk halus dan diuli dengan madu lebah serta diminum dengan air panas ia akan mencairkan batu-batu karang, melancarkan air kencing dan haid.
iv. Jika ia ditumbuk halus dan diikat didalam kain kapas atau kulit lalu dicium, maka ia memberi menafaat dalam penyembuhan selsema.
v. Jika diminum seberat 1 mithqal (4.235 gram) Habbatus Sauda dengan air, ia memberi manfaat dalam merawat kesesakan nafas,
vi. Jika ia dibungkus dengan kain maka ia memberi manafaat dalam merawat sakit kepala yang sejuk,
vii. Jika Habbatus Sauda dimasak dengan cuka dan berkumur-kumur dengannya maka ia memberi manafaat menyembuhkan sakit gigi.”

MOOD BERBLOG HILANG

Tak tahu la kenapa sejak akhir-akhir ni malas betul nak update blog,nak kata tak da benda nak tulis banyak,nak kongsi dengan kawan-kawan semua,gambar pun banyak dalam draf,tapi tak tau la kenapa mood nak menulis tu tak datang.

Mungkin sibuk sikit kot dengan persiapan persekolahan ketiga-tiga anak,sebab tu rasa macam letih je nak manaip.Banyak perkara yang di lakukansebelum sekolah di buka,semuanya sya buat sendiri,sebab hubby bekerja,nasib baik lah,baju sekolah,kasut,alatan tulis dan beg sekolah dah beli,minggu depan sibuk membeli buku anak-anak n bayar yuran anak ketiga di taski,lepas tu anak yang kedua ada hari suai kenal di sekolah.

Lagi bertambah sibuk la sya,tapi akan sedaya upaya buang sikap malas menaip ni,sebab banyak benda nak kongsi di sini.doa kan agar sya tak malas yer.

Monday, December 19, 2011

TIPS KESELAMATAN BAYI DAN KANAK-KANAK DI RUMAH

• Cuba elakkan langsir dan bidai yang mempunyai tali - tali tergantung boleh menyebabkan cekikan. Jika anda mempunyainya, ikat tali itu tinggi ke atas, luar dari capaian anak anda.

• Letakkan stiker berwarna-warni pada kaca-kaca berukuran besar seperti pintu gelangsar untuk mencegah daripada tidak ternampak. Tingkap sorong harus hanya boleh dibukakan dari atas dan dipasang kunci untuk menghindarkan kanak-kanak kecil membukanya dari bawah. Pasang tingkap yang rendah supaya tidak boleh dibuka lebih dari 5 inci. Letakkan perabot dan lain struktur yang boleh dipanjat jauh dari tingkap.

• Letakkan lapisan menentang gelincir di bawah hamparan dan tikar yang tidak mempunyai lapisan belakang itu.

• Gunakan get keselamatan dan get pintu. Pasangkan get keselamatan (ke BS 4125) di sebelah atas tangga dan satu lagi pada tiga anak tangga dari bawah. Ini akan menghentikan bayi atau anak bertatih anda daripada memanjat ke atas dan mendapati dia tak dapat turun kembali. Ingatlah bahawa keselamatan kanak-kanak itu berterusan. Get yang anda letak di bahagian atas tangga bagi anak
berusia setahun akan menjadi rangka kegemaran yang membolehkan dia memanjat di usiaduatahun.

• Jangan sekali-kali meninggalkan barang-barang atas tangga yang boleh menyebabkan orang terjatuh. Tangga harus disenggara dengan rapi - karpet yang rosak atau usang haruslah dibaiki atau dibuang. Pastikan pelepas teguh dan tidak mempunyai takuk untuk memanjat. Tangga mesti sentiasa bercahaya terang.

• Setiap tahun, beratus kanak-kanak dirawat dalam jabatan kasualti berhubung kecederaan akibat kejatuhan. Sebaik saja bayi anda
mula merangkak, anda mungkin memerlukan get keselamatan untuk mencegah dia daripada memasuki bilik-bilik yang dilarang.

• Sorok lampu dan alat elektrik di belakang perabot berat atau gunakan peranti pemegang wayar khusus supaya wayar tak ternampak. Lampu tinggi mungkin tergolek jika bayi menariknya, jadi letakkan kukuh di belakang perabot.

• Awasi barang-barang yang boleh mengepit jari, seperti engsel pintu, bangku seterika dan kerusi anduh. Fikirkan jika perlu membeli pelindung engsel.

• Simpan
bahan-bahan pertolongan cemas dalam almari yang berkunci, tak boleh dicapai, dan pastikan saudara-mara dan orang lain tahu di mana hendak mendapatkan bekalan itu di rumah anda dan bagaimana hendak respon dalam kecemasan. Pastikan rumah anda sudah bebas racun untuk melindung anak-anak anda daripada bahan berbahaya.

• Insidens lecur air dan api bagi kanak-kanak muda adalah lebih tinggi daripada kanak-kanak tua dan orang dewasa. Kebanyakan kelecuran disebabkan minuman panas tertumpah. Ingatlah bahawa minuman panas masih boleh melecurkan kanak-kanak 15 minit selepas disediakan. Dan jangan sekali-kali menghulurkan minuman panas kepada ibu yang sedang
menyusu - setitik cecair panas itu pun boleh melecurkan bayi dan juga ibu.

Jika anda duduk di apartmen bertingkat tinggi, fikirkan tentang pemasangan gril keselamatan pada tingkap dan balkoni anda.

Friday, December 16, 2011

DIANTARA SEBAB LELAKI MENANGIS

Lelaki menangis bukan sebab potong bawang ataupun sebab lain .. tapi sebab ALLAH SWT dan perkara2 yg boleh dia tangisi ~

Lelaki yang selalu mengalirkan air mata adalah lelaki yang kuat imannya. Biasanya lelaki jenis ini menangis tatkala mengingatkan dosa-dosanya yang lalu. Dia jua akan menangis kerana terlalu bersyukur, merasa amat berterima kasih pada nikmat pemberian Al
lah.

Lelaki yang tidak malu untuk menitiskan air mata adalah lelaki jujur berhati bersih. Sekarang, amat susah mencari lelaki jenis ini. Kebanyakan lelaki yang ada di sekeliling Anda adalah lelaki bersikap egois, maka menangis sebab teringat dosa pun dia tidak akan mahu buat, apatah lagi menangis sebab merasa terlalu bersyukur.

Lelaki yang kerap menangis adalah lelaki yang lembut hatinya, penyayang, amat jujur dan setia.

Hatinya lembut sebab nur iman yang tersimpan di situ menyinarkan mahabbah, maksudnya rasa berkasih-sayang dan rasa ingi saling mengambil berat. Itu juga petanda bahawa lelaki jenis ini seorang yang optimis pemikiranya, bersangka baik dan tidak suka berkata yang buruk walaupun sekelumit cuma.

Kenapa lelaki menangis?

~ Kebanyakan lelaki akan menangis apabila, Terlalu gembira apabila menyambut kelahiran cahaya mata pertama.
~ Teringat dosa-dosa lalu pernah dilakukan olehnya.
~ Merasai kesyukuran yang amat mendalam kepada Allah Yang Maha Esa.
~ Ibu atau bapanya meninggal dunia.
~ Terlalu takut tatkala teringat azab api neraka.
~ Terlalu khusyuk di dorong rasa kehambaan di dalam zikir-zikirnya.
~ Tersentuh hati tatkala mengenangkan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca olehnya.

CIRI-CIRI SAHABAT SEJATI

             

CIRI-CIRI SAHABAT SEJATI

Jika kita menjadikan dirinya sebagai seorang sahabat yang sejati, dia akan membalas persahabatan tersebut dengan baik.

Jika kita berbakti kepadanya, dia akan melindungi diri kita.

Jika kita memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan sedia menghulurkan pelbagai jenis bantuan yang terdaya olehnya.

Jika kita menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan sudi menerimanya dengan tangan yang terbuka luas.

Ketika dia menerima sesuatu kebaikan dan kebajikan daripada kita, dia akan menghargai pemberian tersebut dan sentiasa menyebut-nyebut kebaikan kita.

Jika dia terlihat sesuatu yang tidak baik pada diri kita, dia akan segera menutupnya.

Jika kita mendiamkan diri kerana menghadapi sesuatu masalah, dia akan segera mendampingi kita untuk berkongsi masalah tersebut.

Jika sesuatu bencana atau musibah datang menimpa diri kita, dia akan membantu meringankan beban yang kita pikul

Jika kita berkata sesuatu kepadanya, dia akan membenarkan kata-kata yang kita lafazkan.

Jika kita merancang sesuatu, dia akan sedia membantu kita merealisasikan rancangan tersebut.


Jika kita berselisih faham dengannya, dia lebih cenderung untuk mengalah demi menjaga kepentingan persahabatan.


Ingatlah pesanan Al-Imam Asy-Syahid Hasan al-Banna,
"Jadilah seperti pohon mempelam,
walaupun dibaling batu,
tetapi masih memberikan buah yang manis kepada kita".
 


SUMBER:INTERNET

Thursday, December 15, 2011

KENALI BUAH PLUM DAN KHASIATNYA

   Satu perkara unik mengenai buah plum adalah kepelbagaian jenisnya. Buah plum
boleh dikelaskan dalam enam kategori am iaitu Jepun, Amerika, Damson,
Ornamental, Liar dan Eropah. Terdapat pelbagai saiz, bentuk dan warna buah
plum.

Walaupun selalunya buah plum berbentuk bulat, tetapi buahnya juga boleh
berbentuk bujur atau berbentuk hati. Kulit buah plum pula boleh berwarna
merah, ungu, biru tua, merah, hijau kuning atau kuning jingga. Kesemua buah
plum boleh dikategorikan sebagai buah pepauh atau buah-buahan berisi lembut
dan berbiji keras.

Bebas garam dan kolesterol

Buah plum tinggi karbohidrat, rendah lemak dan rendah kalori. Plum juga
merupakan sumber terbaik vitamin A, kalsium, magnesium, besi, kalium dan
serat. Plum juga bebas sodium (garam) dan kolesterol.

Buah plum tinggi kandungan gula, namun bagitu, buahnya tidak mempunyai
kanji. Maka disebabkan itulah buahnya tidak akan menjadi manis selepas
dipetik, tetapi enzim pektin akan melarutkan sesetengah pektin sekaligus
menyebabkannya menjadi lembut. Tindakan ini boleh ditangguhkan jika buah
disejukkan. Pektin adalah sejenis gelatin yang terdapat pada buah-buahan.

Seperti semua buah, plum juga mengandungi sejumlah besar vitamin C. Buah
plum boleh dimakan secara segar, setelah dikeringkan, dijadikan jeruk,
dijadikan jem mahupun dijadikan jeli. Buah plum akan bertukar menjadi buah
prun setelah dikeringkan dengan cara meninggalkannya di atas pokok untuk
kering secara semulajadi atau dikeringkannya di dalam ketuhar dalam suhu
rendah.

FANATIK

cuba tengok pic ni,ni la peminat Najwa latif,tersangat la fanatik sehingga kan raket badminton di buat gitar,anak sya yang kecik ni boleh hafal lirik lagu cinta muka buku,walaupun nyanyi dengan pelat nya,siap bole beraksi dengan gitar.






kadang-kadang bila tengok kaletah dia nak tergelak pun ada,boleh buat lenggok-lenggok lagi.hmmm adik ni lawak la,sya tengah cari gitar mainan kecil untuk dia,tapi tak jumpa lagi,weekend nak ajak en hubby pegi beli untuk si kecik ni.Tak de la raket badminton abang di buat gitar.hehehe

Wednesday, December 14, 2011

Tuesday, December 13, 2011

SEBAB SELALU LETIH

Anda selalu berasa letih dan tidak bermaya? Tidur cukup tetapi masih terasa mengantuk dan keletihan? Sebelum korang cuba menyalahkan cara hidup yang sibuk dan urusan rumahtangga, cuba selami sebab-sebab lain ini yang mungkin menjadi dalang terhadap masalah keletihan korang itu

Sebab 1: Kekurangan darah

Sekiranya anda masih muda dalam usia reproduktif dan mengalami haid yang 'heavy' setiap bulan, atau anda baru sahaja melahirkan anak beberapa miggu yang lepas, atau anda di diagnoskan mengalami fibroid, kehilangan darah mungkin penyebab terhadap keletihan anda.

Pendarahan haid atau faraj mengurangkan sel-sel darah merah yang membawa oksigen dari paru-paru ke sistem dan organ badan anda yang lain. Kekurangan oksigen pada organ menyebabkan anda cepat letih dan tidak bermaya.

Lain-lain sebab yang yang mendorong kepada kekurangan darah termasuklah: kekurangan vitamin seperti zat besi, folik dan vitamin B. Kekurangan darah juga mungkin berasal dari penyakit buah pinggang.

Gejala kekurangan darah yang lain termasuk: pening, kesejukkan dan rasa mudah terganggu. Ujian darah dengan senang dapat membuat diagnosa ini. Rawatan termasuk makan sayuran hijau seperti brokoli, bayam dan daging merah dan supplement yang diberi oleh doktor.

Sebab ke 2 : Kekurangan Hormon Tiroid

Sekiranya anda terasa lembab secara fizikal atau mental dan sedikit murung, anda mungkin mengalami hypotiroidism, satu masalah kekurangan hormon tiroid yang mengurangkan metabolisma badan dan memperlahan sistem badan untuk beroperasi.

Dikatakan 17% wanita mengalami hypotiroidism dan mereka langsung tidak mengetahuinya. Ujian darah T3 dan T4 dengan mudah dapat mengesan masalah ini dan selepas rawatan, anda akan merasa bertenaga semula.

Sebab ke 3: Jangkitan Kuman air kencing (UTI)

Walaupun kebanyakkan dari simtom lebih kepada sakit semasa kencing dan kerap ke tandas, keletihan memanjang juga merupakan salah satu gejala kencing berkuman. Tidak semua yang mempunyai simtom yang jelas seperti pedih semasa kencing dan segelintir yang lain mungkin tidak mengalami gejala langsung.

UTI disebabkan oleh jangkitan bakteria yang mungkin terdorong oleh amalan penjagaan faraj yang tidak sihat. Hubungan seks juga meninggikan risiko UTI kerana kuman dari faraj mungkin ditolak ke salur kencing semasa seks.

Ujian air kencing adalah mudah dan cepat dalam membuat diagnosa dan rawatan termasuklah ubat anti-biotik. Sekiranya simtom berulang, anda mungkin mengalami masalah UTI kronik. Berbincanglah dengan doktor tentang pencegahannya.

Sebab ke 4: Terlebih caffeine

Sesetengah orang menganggap caffeine boleh memberi rasa cergas, tapi bagi sesetengh wanita, caffeine boleh memberi kesan yang sebaliknya. Caffeine bertindak sebagai stimulant tetapi sekiranya mengambil terlalu banyak, ia akan menyebabkan keletihan.

Cara untuk mencegah adalah dengan mengelakkan caffeine sebanyak mungkin, bukan sahaja kopi malahan tea, coklat, minuman ringan atau apa-apa ubat yang mengandungi caffeine.

Sebab ke 5: Alahan makanan.

Makanan selalunya memberikan tenaga tetapi bagi sesetengah orang yang alah kepada makanan, ia boleh memberi kesan sebaliknya. Keletihan mungkin salah satu mereka alah kepada makanan. Sekiranya anda mengesaki yang makanan punca mengantuk dan keletihan anda, cuba elak makanan yang anda syakki itu dari suapan harian anda.

Sebab ke 6: Sleep Apnea

Sekiranya anda tidak mendapat tidur yang cukup, ada kemungkinan ia penyebab masalah anda. Tapi apa kata kalau anda sendiri tidak menyedari yang anda tidak cukup tidur?

‘Sleep Apnea adalah satu keadaan dimana anda secara tidak sengaja berhenti bernafas semasa tidur, yang menyebabkan anda terbangun secara tiba-tiba tetapi cukup lama untuk menganggu kitaran tidur anda. Ia lebih kerap terjadi kepada mereka yang berbadan gemuk dan berkait rapat dengan tidur yang berdekur.

Sekiranya anda pengidap ‘Sleep Apnea’ doktor selalunya akan menyarankan pengurangan berat badan dan menasihatkan anda berhenti merokok.
Dalam kes serius, pembedahan mungkin diperlukan untuk memastikan laluan pernafasan udara yang baik. Sekiranya tidak dirawat, Sleep Apnea boleh meninggikan risiko stroke dan serangan jantung.

Sebab No 7: Lemah Jantung

Sekiranya anda merasa cepat penat selepas aktiviti ringkas yang selalunya senang dibuat, mungkin ini masa yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor. Keletihan selalunya bukan tanda awal sakit jantung tetapi sekiranya ia keterlaluan sifatnya selepas aktiviti ringkas dan anda dapati tiada jawapan jelas terhadap masalah tersebut, jumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut. Rawatan awal boleh menyelamatkan anda dari serangan jantung yang lebih serius.

PETUA HALAU SEMUT

1) Masukkan beberapa keping asam gelugur (asam keping) atau beberapa kuntun bunga cengkih ke dalam bekas gula untuk menghalau dan mengelak semut. Bau asam keping atau bunga cengkih tidak menghilangkan atau menukar rasa manis gula.
2) Siat-siat beberapa helai daun sirih dan taburkan pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

3) Letakkan beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula. Ini menghindarkan semut menghampiri gula.

4) Celup kain bersih ke dalam minyak masak dan ikat kain tersebut pada tempat yang dikerumni semut seperti baling gula, keliling meja dan sebagainya.

5) Masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. Tak perlu kupas kulit bawang tersebut.

6) Bakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

Monday, December 12, 2011

MANJA

Sejak kelua dari hospital hari tu anak-anak sya yang ke tiga dan keempat sangat lah manja,terutama sekali anak yang ketiga,manja mengalahkan adik dia huhuhuh,penat melayan karenah budak ni.Nak tidur pun berbantalkan lengan ibu,nak makan pun nak ibu suapkan,nak mandipun harap kan ibu,padahal umu dah 5 tahun lebih dah.

kadang-kadang kesian tengok si adik yang terpinggir di tepi bila si abang manja,adik bawa jer diri.Si kecik pun sekarang macam dah fobia bilaorang lain buatkan susu dia,nak sya jer yang buat.Si abang yang no tiga tu jeles telampau la bila lebihkanadik.Kadang-kadang bila tegur sikit merajuk,macam gegirrl.Sampai si adik dah tak panggilnama  abang dia,abang Sofi,tapi di panggil abangnya abang Sofiah.Macam-macam kan.

ni la budak yang manja tu,asyik nak berkepit je

KHASIAT BAYAM


Terdapat dua jenis bayam iaitu bayam hijau dan bayam merah. Pembiakannya melalui biji benih dan tumbuhan ini tergolong dalam golongan herba semusim. Daun bayam ada yang berbentuk bujur dan ada yang berdaun bulat. Tergolong dalam keluarga Amaranthaceae, bayam kaya dengan sumber vitamin K, vitamin A, mangan, folat, magnesium, besi, vitamin C, vitamin B2, kalsium, kalium, dan vitamin B6. Bayam juga merupakan sumber baik untuk serat pemakanan, protein, fosforus, zink dan vitamin E. Selain itu, bayam juga merupakan sumber baik asid berlemak omega 3, niasin dan selenium.

Dalam bayam yang juga dikenali dengan nama Spinach, sekurang-kurangnya tterdapat 13 jenis sebatian flavonoid yang berfungsi sebagai antioksidan dan agen anti kanser. Malah disebabkan ini jugalah penyelidik telah mencipta ekstrak bayam yang dikhususkan bagi digunakan dalam kajian terkawal. Kajian ini mendapati bahawa ekstrak bayam ini mampu memperlahankan pemisahan sel dalam sel kanser perut, mengurangkan kanser kulit, dan mengurangkan insiden kanser payudara, ovari dan prostat.

Bayam juga dikatakan mengandungi sejumlah besar vitamin K yang amat penting dalam mengekalkan kesihatan tulang. Secawan bayam segar dikatakan mengandungi kira-kira 200 peratus nilai vitamin K. Selain vitamin K, kandungan khasiat pembina tulang yang lain seperti kalsium dan magnesium juga berkhasiat kepada mereka yang memakannya.

Bagi perlindungan kardiovaskular, bayam kaya dengan vitamin C dan A. Kedua-dua khasiat ini adalah antioksidan yang bertindak untuk mengurangkan jumlah radikal bebas dalam badan. Khasiat ini juga membantu menghentikan kolesterol daripada pengoksidaan sekali gus mencegah radikal bebas ini melekat dan terbentuk dalam sayuran darah. Folat dan magnesium dalam bayam adalah mineral yang bertindak merendahkan tekanan darah dan melindungi daripada penyakit jantung.

Memakan bayam juga dikatakan membantu melindungi otak daripada tekanan oksidatif dan boleh juga mengurangkan kesan kemerosotan fungsi otak berkait dengan peningkatan usia. Satu kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik barat mendapati dengan memakan tiga hidangan sayuran hijau setiap hari mampu memperlahankan kemerosotan mental yang disebabkan peningkatan usia.

Khasiat bayam juga dikatakan mampu menguatkan penglihatan dan mencegah daripada penyamata seperti katarak dan kemerosotan maka akibat peningkatan usia. Semuanya kera-a kehadiran lutein dan zeaxanthin dalam bayabertindak sebagai antioksidan melindungi mata daripada kesan kasar sinaran uH ungu yang membawa kepada masalah mata tersebut.

Bayam Penambah darah

Bayam yang telah dimasak juga dikatakamerupakan sumber zat besi, mineral yang amat penting bagi wanita yang kehilangan darah akibat hail kerana wanita berisiko untuk mengalami kekurangan zat besi dalam badan.

Dibandingkan dengan memakan daging merah yang juga kaya dengan zat besi, bayakurang kalori dan bebas lemak. Secawa bayam dikatakan menyediakan kira-kira 3E peratus nilai zat besi untuk sehari. Bayam dipercayai memberi khasiat kepada kanak-kanak, ibu yang menyusu dan pesakit yang mengidap demam panas, kurang darah mengalami pendarahan dan mereka yar menghadapi masalah ginjal.

Folat dalam bayam juga diperlukan bagi pembesaran fetus terutamanya untuk pembentukan sistem saraf yang lengkap Kecacatan seperti bibir sumbing atau spin bifida boleh terjadi disebabkan kekurangafolat.

Vitamin A yang ditawarkan oleh bayam amat baik untuk diambil oleh ibu mengandung kerana vitamin A ini amat diperlukan bagi pembentukan paru-paru fetus dan juga bagi ibu semasa menyusui bayi.

Friday, December 9, 2011

UNTUK PARA SUAMI,MENGHADAPI ISTERI YANG CEREWET

Adakah isteri yang tidak cerewet? Sulit menemukannya. Bahkan isteri Khalifah sekali pun Umar bin Khatab pun cerewet.

Seorang laki-laki berjalan tergesa-gesa. Menuju kediaman khalifah Umar bin Khatab. Ia ingin mengadu pada khalifah; tak tahan dengan kecerewetan isterinya. Begitu sampai di depan rumah khalifah, laki-laki itu tertegun. Dari dalam rumah terdengar isteri Umar sedang mengomel, marah-marah. Cerewetnya melebihi isteri yang akan diadukannya pada Umar. Tapi, tak sepatah katapun terdengar keluhan dari mulut khalifah. Umar diam saja, mendengarkan isterinya yang sedang gundah. Akhirnya lelaki itu mengurungkan niatnya, batal melaporkan istrinya pada Umar.

Apa yang membuat seorang Umar bin Khatab yang disegani kawan maupun lawan, berdiam diri saat isterinya mengomel? Mengapa ia hanya mendengarkan, padahal di luar sana, ia selalu tegas pada siapapun?

Umar berdiam diri kerana ingat 5 hal. Isterinya berperanan sebagai BP4. Apakah BP4 tersebut?

1. Benteng Penjaga Api Neraka

Kelemahan laki-laki ada di mata. Jika ia tak boleh menundukkan pandangannya, nescaya panah-panah syaitan berpeleseran dari matanya, membidik tubuh-tubuh elok di sekitarnya. Panah yang tertancap membuat darah mendesir, bergolak, membangkitkan raksasa dalam dirinya. Sang raksasa dapat melakukan apapun demi terpuasnya satu hal; syahwat.
Adalah sang isteri yang selalu berada di sisi, menjadi ladang bagi laki-laki untuk menyemai benih, menuai buah di kemudian hari. Adalah isteri tempat ia mengalirkan berjuta gelora. Biar lepas dan bukan azab yang kelak diterimanya Ia malah mendapatkan dua kenikmatan: dunia dan akhirat.
Maka, ketika Umar terpikat pada liukan penari yang datang dari kobaran api, ia akan ingat pada isteri, pada penyelamat yang melindunginya dari liukan indah namun membakar. Bukankah sang isteri dapat menari, bernyanyi dengan liukkan yang sama, lebih indah malah. Membawanya ke langit biru. Melambungkan raga hingga langit ketujuh. Lebih dari itu isteri yang solehah selalu menjadi penyemangatnya dalam mencari nafkah.

2. Pemelihara Rumah

Pagi hingga petang suami bekerja. Berpeluh. Terkadang sampai menjelang malam. Mengumpulkan harta. Setiap hari selalu begitu. Ia pengumpul dan terkadang tak begitu peduli dengan apa yang dikumpulkannya. Mendapatkan wang, beli ini beli itu. Untunglah ada isteri yang selalu menjaga, memelihara. Agar harta diperoleh dengan keringat, air mata, bahkan darah tak menguap sia-sia. Ada isteri yang siap menjadi pemelihara selama 24 jam, tanpa bayaran.
Jika suami menggaji seseorang untuk menjaga hartanya 24 jam, dengan penuh cinta, kasih sayang, dan rasa memiliki yang tinggi, siapa yang sudi? Berapa pula ia mau dibayar. Nescaya sulit menemukan pemelihara rumah yang lebih teladan daripada isterinya. Umar ingat betul akan hal itu. Maka tak ada salahnya ia mendengarkan omelan isteri, kerana (mungkin) ia lelah menjaga harta-harta sang suami yang semakin hari semakin membebani.

3. Penjaga Penampilan

Umumnya laki-laki tak boleh menjaga penampilan. Kulit legam tapi berpakaian warna gelap. Tubuh montel malah suka baju bermotif besar. Atasan dan bawahan sering tak sepadan. Untunglah suami punya perunding imej yang setiap pagi menyiapkan pakaiannya, memilihkan apa yang sesuai untuknya, menjahitkan sendiri di waktu luang. Suami yang tampil menawan adalah wujud ketelitian isteri. Tak mengapa mendengarnya berkeluh kesah atas kecakapannya itu..

4. Pengasuh Anak-anak

Suami menyemai benih di ladang isteri. Benih tumbuh, mekar. Sembilan bulan isteri bersusah payah merawat benih hingga lahir tunas yang menggembirakan. Tak berhenti sampai di situ. Isteri juga merawat tunas agar tumbuh besar. Sihat dan kuat. Jika ada yang salah dengan pertumbuhan sang tunas, pastilah isteri yang disalahkan. Bila tunas membanggakan lebih dulu suami maju ke depan, mengaku, ?akulah yang membuatnya begitu.? Baik buruknya sang tunas beberapa tahun ke depan tak lepas dari sentuhan tangannya. Umar faham benar akan hal itu.

5. Penyedia Hidangan

Pulang kerja, suami memikul lelah di badan. tenaga berkurang, membanting tulang seharian. Ia perlu makanan untuk mengembalikan tenaga. Di meja makan suami cuma tahu ada hidangan: ayam panggang kicap, sayur asam, sambal terasi dan lain-lain. Tak terfikir olehnya harga ayam melambung; tadi bagi isterinya sempat bertengkar, menawar, harga melebihi anggaran. Tak perlu suami memotong sayuran, ikan, ayam atau memasak. Tak pening ia memikirkan berapa sukatan garam secukup rasa agar rasa sedap di lidah. Yang suami tahu hanya makan. Itupun terkadang makan dengan jumlah berlebihan; meninggalkan sedikit saja untuk isteri si juru masak. Tanpa ambil kira isteri selalu menjadi juru masak terbaik untuk suami. Mencatat dalam ingatan makanan apa yang disuka dan dibenci suami.

Dengan mengingat lima peranan ini, Umar kerap diam setiap isterinya mengomel. Mungkin dia letih, mungkin dia jenuh dengan segala beban rumah tangga di bahunya. Isteri telah berusaha membentanginya dari api neraka, memelihara hartanya, menjaga penampilannya, mengasuh anak-anak, menyediakan hidangan untuknya. Untuk segala kemurahan hati sang isteri, tak mengapa dia mendengarkan keluh kesahnya..

Umar hanya mengingat kebaikan-kebaikan isteri untuk menutupi segala cela dan kekurangannya. Bila isteri sudah puas menumpahkan kata-katanya, barulah ia menasihati, dengan cara yang baik, dengan bergurau senda.

Akankah suami-suami masa kini dapat mencontoh perilaku Umar ini. Ia tak hanya berhasil memimpin negara tapi juga menjadi imam idaman bagi keluarganya.

ISTIMEWANYA CIPTAAN ALLAH

Setiap benda yang Allah ciptakan ada manfaat dan khasiatnya pada kita.Betapa dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambanya.Mari perhatikan beberapa tumbuhan yang terdiri dari buah-buahan dan sayuran yang Allah rezekikan pada kita agar kita tahu dan kenal bahawa tumbuhan itu amat bermanfaat pada tubuh kita.

LOBAK MERAH
Cuba hiriskan lobak merah secara membulat.Perhatikan rupanya.Hirisan lobak merah tadi seperti mata manusia.Ada anak mata,iris dan lingkaran sinar sama strukturnya seperti mata manusia,ertinya,lobak merah sangat bagus untuk kesihatan mata,ini di buktikan oleh kajian sains iaitu lobak merah sangat membantu pengaliran darah ke mata sekaligus memperbaiki fungsi mata.

WALNUT
Kacang ini kelihatan seperti otak kecil,terbahagi kepada hemisfera kiri dan kanan,serebrum atas dan serebrum bawah,sama seperti otak manusia.Hari ini telah terbukti bahawa kacang walnut membantu lebih tiga dozen pemancar neuron untuk fungsi otak.

TOMATO
Cuba kita belah tomato secara bulat melintang,kita akan dapati tomato terbahagi kepada empat ruang,tomato juga berwarna merah.penyelidik sains mendapati tomato seiras dengan jantung dan darah(jantung manusia ada empat ruang,darah pula berwarna merah).Jesteru tomato amat baik untuk kesihatan jantung dan darah.

ANGGUR
Anggur tergantung pada pokoknya dalam gugusan yang kelihatan seakan jantung,setiap biji anggur pula kelihatan seperti sel darah.Penyelidikan hari ini mendapati,anggur memberi manfaat pada jantung dan merupakan makanan yang amat baik untuk darah.

TERUNG,AVOKADO DAN PIR
Buah-buahan ini kelihatan sama dengan organ peranakan kaum hawa,justeru itu buah-buahan ini disasarkan pada kaum wanita untuk fungsi rahim dan serviks,Penelidikan kini menunjukkan bahawa wanita yang memakan sebiji avakado seminggu dapat menyeimbangkan hormon,menyingkirkan berat badan semasa mengandung dan menghalang kanser serviks.Avokado mengambil masa sembilan bulan untuk tumbuh,berbunga dan berbuah ranum menyamai tempoh kehamilan wanita.ia sangat baik untuk kesihatan wanita.

Subhanallah betapa Allah amat menyayangi hamba-hambanya,setiap yang di ciptakan mempunyai keistimewaan yang dapat di manfaatkan oleh manusia.Marilah kita sama-sama bersyukur dengan setiap kejadian darinya.
                       

Thursday, December 8, 2011

HASIL KERJA YANG TAK SEBERAPA

Masa kenduri kawen adik sya hari tu sya ada tolong buatkan hiasan kamar pengantin,khas untuk adik sya,tapi tak lah secantik macam orang lain buat,biasa-biasa saja.maklum la adik sya kan lelaki,ringkas dan simple je.janji adik sya suka hasil kerja tangan kakak dia yang tak seberapa ni.



kos hiasan bilik pengantin ni tak sampai rm200 pun,semuanya menggunakan bahan yang sedia ada.


tirai dari lebihan kain langsir yang sya jahit dan jadikan tabir dinding,renda dari lebihan hantaran di jahit pada tirai

hanya beli bunga-bunga sebagai hiasan


Ini la hiasan bilik pengantin yang simple yang boleh sya buatkan untuk adik,sekurang-kurangnya adik sya tak payah upah orang buat semua ni yang menelan kos yang banyak.Nak tau jugak apa komen kawan-kawan ye.

PERKARA YANG P[ERLU DI LAKUKAN JIKA BANJIR BERLAKU

Sekarang ni musim banjir melanda,so apa kat kita kongsi apa yang perlu di lakukan kalau banjir melanda.

Persediaan Sebelum Banjir:
1. Elakkan daripada membina bangunan di kawasan yang berisiko banjir;
2. Selenggara parit/longkang/saliran air supaya tidak tersumbat;
3. Simpan nombor-nombor perhubungan penting seperti nombor ahli keluarga, jiran, balai polis terdekat, bomba untuk kegunaan semasa kecemasan;
4. Peka kepada keadaan sekeliling, bunyi/ isyarat-isyarat amaran serta kenal pasti laluan tinggi dan selamat untuk ke pusat pemindahan;
5. Bersiap sedia untuk berpindah sekiranya diarahkan oleh pihak berkuasa;
6. Dapatkan maklumat terkini cuaca dan situasi banjir melalui saluran radio, televisyen dan internet;
7. Simpan semua dokumen penting di dalam bekas/beg/fail di tempat yang tinggi dan mudah diambil sekiranya perlu berpindah ke pusat pemindahan;
8. Sediakan barang keperluan asas yang paling penting seperti susu anak, ubat-ubatan, lampu suluh, beg pakaian dan peralatan lain sebelum diarah berpindah;
9. Simpan barang berharga di tempat tinggi yang tidak ditenggelami air sekiranya berlaku banjir;
10. Simpan air bersih di dalam botol untuk kegunaan memasak dan sebagai air minuman;
11. Simpan/ikat dengan ketat barang-barang yang diletakkan di luar rumah seperti perabot taman, basikal, tong sampah dan sebagainya untuk mengelak dihanyutkan banjir;
12. Pastikan kenderaan dan peralatan membaiki kenderaan anda berkeadaan baik sebagai persediaan berpindah;
13. Letakkan haiwan peliharaan di tempat selamat kerana haiwan tidak dibenarkan untuk dibawa ke pusat pemindahan atas sebab kebersihan dan kesihatan;
14. Dapatkan insurans banjir jika berkemampuan.

Apabila Berlaku Banjir:
1. Pastikan semua suis elektrik dan suis utama dimatikan untuk mengelakkan kejadian renjatan elektrik;
2. Ikuti arahan pihak berkuasa;
3. Segera berpindah (ke pusat pemindahan/rumah saudara lain/tempat tinggi) seperti yang diarahkan pihak berkuasa;
4. Pastikan rumah berkunci dan barang disimpan di tempat tinggi dan selamat sebelum melakukan pemindahan;
5. Kenal pasti individu yang mempunyai keperluan khas seperti berpenyakit kronik, kurang upaya, uzur, mengandung dan sebagainya untuk bantuan pemindahan;
6. Sentiasa berwaspada ketika memandu pada musim tengkujuh/banjir dan gunakan laluan selamat yang telah dikenal pasti;
7. Jangan memandu mengharungi air banjir kerana dikhuatiri kenderaan akan dihanyutkan air deras;
8. Jika terperangkap dalam banjir, hubungi pihak berkuasa untuk bantuan dengan melaporkan keadaan dan kedudukan anda;
9.
Awasi kanak-kanak dan jangan biarkan mereka bermain di kawasan banjir atau di tepi sungai/parit/longkang/saluran air yang deras; dan
10. Jangan keluar rumah dengan mengharungi air banjir kerana bimbang dihanyutkan air deras.

Selepas Banjir Reda:
1. Pastikan minum air yang telah dimasak dan elakkan daripada meminum air yang telah tercemar;
2. Basuh tangan dengan sabun sebelum menyentuh makanan, semasa menyediakan makanan atau memegang barang-barang yang telah dicemari air banjir;
3. Jangan makan makanan yang telah dicemari air banjir;
4. Lupuskan makanan yang ditinggalkan di dalam bekas/ peti sejuk yang telah dicemari air banjir atau yang telah berbau dan bertukar warna;
5. Gunakan air bersih untuk membasuh bekas makanan, mandi, menyediakan makanan atau menyediakan susu bayi;
6. Jika terserempak dengan haiwan liar/berbisa, hubungi pihak berkuasa untuk bantuan;
7. Pastikan semua punca elektrik selamat dan tidak terdedah dengan sumber air sebelum menghidupkan suis utama untuk mengelak renjatan elektrik;
8. Jika bekalan elektrik masih belum disambungkan, gunakan lampu suluh untuk sumber cahaya; dan
9. Jika mengesyaki gas bocor, tutup sumber gas, buka semua tingkap dan pintu dan keluar dari rumah dengan segera.


    

Wednesday, December 7, 2011

SEPULUH KUPANG,HEHEHEH LAWAK LA

Ni cerita anak sya yang no dua ,heheeheh,semalam sya cuba la kenalkan nilai  duit syiling padanya,maklumla dia dah nak masuk darjah satu buka sekolah ni,sya takut dia tak kenal duit,kalu duit kertas tu dia kenal nilainya,tapi duit syiling ni kurang la sikit.

Semalam saja ja sya nak tengok,setakat mana dia kenal nilai syiling.mula sya tanya pasal duit lima puluh sen ,okey je dia jawab lima kupang(dalam bahasa orang utara),bila tunjuk duit dua puluh sen pun ok lagi dia jawab,dua kupang,tapi bila sya tunjuk duit sepuluh sen,dia jawab sepuluh kupang,mana sya tak tergelak,adeh la,ada juga sepuluh kupang kan.satu rumah dok gelak kat dia.

                    

WORDLESS WEDNESDAY





HAI SEMUA,CANTIK TAK

Tuesday, December 6, 2011

KEPENTINGAN SERAT PADA TUBUH

Tahukah kawan-kawan khasiat serat dalam pemakanan sangat penting untuk tubuh seseorang individu itu. Ini kerana setiap kuantiti yang diambil dari sumber makanan tersebut akan menpengaruhi sistem kesihatan seseorang disamping menguatkan imunisasi badan itu sendiri.

Setiap dari kita digalakkan untuk mengambil jumlah makanan yang ada serat setiap hari. Tahukan kawan-k...
awan mengapa kita harus mengambil makanan berserat tersebut:-

• Ia membantu menormalkan kadar kolesterol dalam badan anda.
• Akan dapat mengatur kadar gula dalam darah seseorang individu itu disamping menyimpan kadar tenaga dalam tubuh.
• Mencegah seseorang itu dari penyakit kardiovaskular, kanser, kencing manis dan penyakit lain
• Berupaya membersihkan dinding saluran penghadaman sistem tubuh badan manusia disampimng menguatkan fungsi penghadaman.
• Membantu mencairkan dan mempercepatkan proses pembuangan bahan karsinogen dan bahan toksin yang terkandung dalam makanan, bagi melindungi sistem penghadaman yang lemah dan mencegah kanser kolon.
• Membantu seseorang individitu melancarkan sistem pembuangan air besar agar menjadi lebih teratur, khususnya bagi individu yang menderita Irritable Bowel Syndrome (IBS).
• Menjaga berat badan kepada normal kerana sumber serat ini juga boleh membuatkan perut anda menjadi penuh.


Terdapat dua jenis serat yang perlu anda ketahui ialah:-
1. Serat Larut.
Apabila kamu dapat merasakan seperti dibahagian perutmu terasa penuh. Ia sebenarnya berpunca daripada sejenis serat yang dipanggil serat larut. Di samping itu ia juga dapat membantu sistem tubuh anda untuk mengawal kadar gula dalam darah bagi yang penghidap penyakit diabetes dan jadar kolestro yang tinggi.
Antara sumber serat larut yang boleh kita dapati seperti kacang buncis, epal, buah pir, barli, oat dan buah prun.

2. Serat Tak Larut
Ia sangat bermanfaat sekali untuk mencegah diri dari disembelit dan sukar untuk membuang air besar. Perlu diingatkan sekiranya anda mengambil makanan yang berserat seperti ini, maka anda haruslah mengambil kuantiti minuman yang banyak dalam sehari supaya sistem pencernaan akan lancar.
Antara sumber serat tidak larut seperti contoh kulit buah, gandum dan sebagainya.
Lihat seterusnya..
                    

MAJLIS PERKAHWINAN ADIK

Ni masa majlis perkahwinan adik sya sebelah perempuan dan sebelah sya lelaki,tapi picture majlis sebelah lelaki tak banyak sebab tak da sapa pun nak snap kan picture,almaklum la tuan rumah sibuk.
baru tiba ke rumah pengantin perempuan

tunggu bergambar,di tengah panas


gambar kurang memuaskan,ambik pakai handphone je

apsal la dia ni bergambar suka pejam mata,nak kata mengantuk tak jugak

majlis kenduri.makan-makan

pengantin bersama mak sya

bersama adik dan anak sya

majlis merhaban kat umah mak sya

sibuk menyediakan hidangan untuk tetamu kat rumah mak sya

masa ni tak ramai tetamu yang hadir lagi

sambil berjalan pun dia pejam mata,adeh la.


Alhamdulillah semuanya dah selesai,majlis semua ok dan semuanya puas hati.picture banyak yang kurang memuaskan,masa majlis kat umah sya dapat snap beberapa keping gambar jer,sya bizi.huhuhu