Thursday, August 4, 2011

KURMA


Kawan-kawan suka makan kurma tak?bulan puasa macam sekarang banyak kan di jual di pasaran,tak kira la yang basah atau yang kering,sya suka sangat kurma ni tak kira la bulan puasa atau bulan tak puasa,sentiasa ada dalam simpanan,makan sampai tak boleh berhenti tau,kadang-kadang sekotak sekejap ja habis.

Jom kita tengok khasiat buah kurma ni.semuanya dari karbohidrat.


                                    
Khasiat buah kurma
1.Makan kurma secara teratur dapat mengurangkan penyakit jantung dan kanser.

2.Buah kurma kaya serat yang mencegah penyerapan  lemak dan kolestrol dalam usus. Kandungan serat kurma juga membantu melindungi selaput lendir usus dengan  menyahkan bahan kimia yang menyebabkan kanser usus besar.

3.Sebagai makanan laksatif (laxative food), kurma bermanfaat melancarkan buang air besar.

4.Kurma mengandung antioksidan yang dikenal sebagai tanin. Tanin diketahui bersifat anti-inflamasi dan anti-hemoragik.

5.Kurma adalah sumber vitamin A, yang dikenal memiliki sifat antioksidan dan sangat penting untuk mata. Vitamin A juga diperlukan kulit agar sihat. vitamin A  diketahui membantu melindungi dari kanser paru-paru dan rongga mulut.

6.Kurma merupakan sumber zat besi yang sangat baik. Besi adalah komponen dari hemoglobin di dalam sel darah merah yang menentukan daya ketahanan oksigen  dalam darah.
7.Kalium dalam kurma adalah penting dari sel dan cairan tubuh yang membantu  denyutan jantung dan tekanan darah, sehingga memberikan perlindungan terhadap penyakit jantung dan strok.

8.Kalsium merupakan mineral penting dalam pembentukan tulang dan gigi, dan diperlukan oleh badan untuk gerakan otot, penggumpalan darah dan  saraf.

9.Kurma kaya akan vitamin K dan vitamin B-kompleks, iaitu  piridoksin (vitamin B-6), niacin, asam pantotenat dan riboflavin. Vitamin ini membantu tubuh dalam metabolisme karbohidrat, protein dan lemak. Vitamin K sangat penting dalam pembekuan darah  dan metabolisme tulang.

wah begitu banyak nyer khasiat kurma ni yer.

SABARKAN HATIKU

Wo wo, pagi-pagi dah marah ni apa kes ,sabar sya bulan puasa ni,jangan marah-marah nanti kurang pahala puasa,huhu.

Macamana tak marah huhu,pagi-pagi dah kena benda yang kita tak suka,alkisah nya macam ni la,pagi-pagi dalam pukul 7 tadi,sya get ready nak hantar si kakak ke sekolah,macam biasa la,bukak jer gate,alamak naik darah wei,tut_tut anjing depan pagar mana tak marah,sya comform la anjing sebelah rumah,kat lorong rumah sya mana ada yang bela anjing,aunty india sebelah rumah jer ada,huhu,nak marah sapa ni?.

Bukan sekali dua benda ni berlaku tapi dalam sminggu tu dekat 4 kali dah,dah bagitau kat aunty tu,tapi dia tetap wat tak tau n pagi-pagi dalam pukul 6 dah lepaskan anjing dia tu,jangan lah jadikan rumah sya tempat nak membuang pulak,sambil membebel,sambil jiruskan dgn paip getah apa yang anjing tu buang.tension,tension.

Perkara kedua yang membuatkan sya panas hati lagi pagi ni pulak,masa nak hantar anak2 ke taski pulak,pasal pemandu-pemandu yang tak berhemah ni,main pecut sesedap rasa jer,kan kawasan taman perumahan bertimbang rasa la sikit,sya slowkan kereta budak melintas depan pemandu belakang hon kan kuat-kuat suruh cepat walawei,tak nampak ka budak sekolah yang nak cepat sangt ni nak p mana?

Lepas dah hantar anak-anak taski time nak balik rumah,ada lagi pemandu yang tak faham bahasa erk,aduh parking kereta tengah jaln,macamna nak lalu wei,sya ni susah sikit nak gunakan hon,bukannya dia tak nampak kereta kita saje ja,siap ble sembang lagi,aduh,kena hon kan jugak la,at least driver tu bole kata kat sya "sabar la sikit",aduh,sya yang kena,huhu.

Dugaan di bulan puasa ni,kana la bersabar.