Monday, December 12, 2011

MANJA

Sejak kelua dari hospital hari tu anak-anak sya yang ke tiga dan keempat sangat lah manja,terutama sekali anak yang ketiga,manja mengalahkan adik dia huhuhuh,penat melayan karenah budak ni.Nak tidur pun berbantalkan lengan ibu,nak makan pun nak ibu suapkan,nak mandipun harap kan ibu,padahal umu dah 5 tahun lebih dah.

kadang-kadang kesian tengok si adik yang terpinggir di tepi bila si abang manja,adik bawa jer diri.Si kecik pun sekarang macam dah fobia bilaorang lain buatkan susu dia,nak sya jer yang buat.Si abang yang no tiga tu jeles telampau la bila lebihkanadik.Kadang-kadang bila tegur sikit merajuk,macam gegirrl.Sampai si adik dah tak panggilnama  abang dia,abang Sofi,tapi di panggil abangnya abang Sofiah.Macam-macam kan.

ni la budak yang manja tu,asyik nak berkepit je

KHASIAT BAYAM


Terdapat dua jenis bayam iaitu bayam hijau dan bayam merah. Pembiakannya melalui biji benih dan tumbuhan ini tergolong dalam golongan herba semusim. Daun bayam ada yang berbentuk bujur dan ada yang berdaun bulat. Tergolong dalam keluarga Amaranthaceae, bayam kaya dengan sumber vitamin K, vitamin A, mangan, folat, magnesium, besi, vitamin C, vitamin B2, kalsium, kalium, dan vitamin B6. Bayam juga merupakan sumber baik untuk serat pemakanan, protein, fosforus, zink dan vitamin E. Selain itu, bayam juga merupakan sumber baik asid berlemak omega 3, niasin dan selenium.

Dalam bayam yang juga dikenali dengan nama Spinach, sekurang-kurangnya tterdapat 13 jenis sebatian flavonoid yang berfungsi sebagai antioksidan dan agen anti kanser. Malah disebabkan ini jugalah penyelidik telah mencipta ekstrak bayam yang dikhususkan bagi digunakan dalam kajian terkawal. Kajian ini mendapati bahawa ekstrak bayam ini mampu memperlahankan pemisahan sel dalam sel kanser perut, mengurangkan kanser kulit, dan mengurangkan insiden kanser payudara, ovari dan prostat.

Bayam juga dikatakan mengandungi sejumlah besar vitamin K yang amat penting dalam mengekalkan kesihatan tulang. Secawan bayam segar dikatakan mengandungi kira-kira 200 peratus nilai vitamin K. Selain vitamin K, kandungan khasiat pembina tulang yang lain seperti kalsium dan magnesium juga berkhasiat kepada mereka yang memakannya.

Bagi perlindungan kardiovaskular, bayam kaya dengan vitamin C dan A. Kedua-dua khasiat ini adalah antioksidan yang bertindak untuk mengurangkan jumlah radikal bebas dalam badan. Khasiat ini juga membantu menghentikan kolesterol daripada pengoksidaan sekali gus mencegah radikal bebas ini melekat dan terbentuk dalam sayuran darah. Folat dan magnesium dalam bayam adalah mineral yang bertindak merendahkan tekanan darah dan melindungi daripada penyakit jantung.

Memakan bayam juga dikatakan membantu melindungi otak daripada tekanan oksidatif dan boleh juga mengurangkan kesan kemerosotan fungsi otak berkait dengan peningkatan usia. Satu kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik barat mendapati dengan memakan tiga hidangan sayuran hijau setiap hari mampu memperlahankan kemerosotan mental yang disebabkan peningkatan usia.

Khasiat bayam juga dikatakan mampu menguatkan penglihatan dan mencegah daripada penyamata seperti katarak dan kemerosotan maka akibat peningkatan usia. Semuanya kera-a kehadiran lutein dan zeaxanthin dalam bayabertindak sebagai antioksidan melindungi mata daripada kesan kasar sinaran uH ungu yang membawa kepada masalah mata tersebut.

Bayam Penambah darah

Bayam yang telah dimasak juga dikatakamerupakan sumber zat besi, mineral yang amat penting bagi wanita yang kehilangan darah akibat hail kerana wanita berisiko untuk mengalami kekurangan zat besi dalam badan.

Dibandingkan dengan memakan daging merah yang juga kaya dengan zat besi, bayakurang kalori dan bebas lemak. Secawa bayam dikatakan menyediakan kira-kira 3E peratus nilai zat besi untuk sehari. Bayam dipercayai memberi khasiat kepada kanak-kanak, ibu yang menyusu dan pesakit yang mengidap demam panas, kurang darah mengalami pendarahan dan mereka yar menghadapi masalah ginjal.

Folat dalam bayam juga diperlukan bagi pembesaran fetus terutamanya untuk pembentukan sistem saraf yang lengkap Kecacatan seperti bibir sumbing atau spin bifida boleh terjadi disebabkan kekurangafolat.

Vitamin A yang ditawarkan oleh bayam amat baik untuk diambil oleh ibu mengandung kerana vitamin A ini amat diperlukan bagi pembentukan paru-paru fetus dan juga bagi ibu semasa menyusui bayi.