Tuesday, July 26, 2011

SERUNDING

Kawan-kawan suka makan serunding tak,tak kira la serunding ayam ke daging,ha meh sya nak bagi resepi cara nak bua serunding,tapi ni cara sya yer.sebelum tu jom tengok rupa serunding yang sya buat,ni serunding ayam.
[serunding+1.jpg]


resepinya
1kg ayam
1/2 biji kelapa-ambil santan
10 tangkai cili kering-di kisar
8 biji bawang merah-di kisar
5 ulas bawang putih-dikisar
2 inci halia-di kisar
5 batang serai-di kisar
1 helai daun kunyit
2 helai daun limau purut
garam dan gula secukup rasa
1 sudu ketumbar

cara buat
-rebus ayam,tos dan siatkan halus-halus
-air rebusan ayam boleh di gunakan untuk perah santan
dan ambil santan untuk 2 gelas besar.
-masukkan santan bersama bahan yang dikisar,daun kunyit,dan
daun limau purut ke dalam kuali
-masukkan daging ayam,garam gula scukupnya,kalau mahu boleh tambah perasa.
-tumbuk ketumbar yang telah di goreng tanpa minyak,masukkan dalam serunding.
-kacau serunding hingga betul-betul kering.


selamat mencuba


4 CARA RAPATKAN KEMBALI HUBUNGAN DENGAN AYAH

Tak kira la panggilan apa pun,ayah,abah,walid,daddy,bapa,apak,tapi insan yang sorang ni sememangnya amat bermakna dalam hidup kita selain ibu,masa kecil dia juga lah tempat kita bergantung harap selain dari ibu kita,ada anak yang terlebih manja dengan ayah berbanding ibu.

Namun bila kita sudah dewasa,dan telah berumahtangga,kita merasa segan dengan ayah,walaupun dalam jiwa kita sebenarnya masih lagi nak sanga bermanja dan bermesra dengan ayah sama seperti kita kecil dahulu.Mungkin 4 cara berikut dapat membanu merapatkan kembali hubungan denagn ayah tersayang.

1-BERBUAL
Mulakan berbual dengan topik-topik yang biasa dan santai,memuji dirinya,jangan lah segan meminta pendapatnya dan berbuallah bagaimana dia boleh mengatasi beberapa masalah dalam hidupnya.Ini akan membuatkan dia rasa di hargai anaknya,kerana sudi meminta pandangan dan menjadi rujukan kita.

2-KENANG KEMBALI KENANGAN LAMA BERSAMA
Mungkin anda mempunyai kenangan manis bersama-sama  ayah anda,yang bila diingat kembali akan membuatkan kita bertambah sayang pada ayah.Bila bercerita kenangan itu bersama-sama,secara tak langsung ayah anda akan merasa anda dekat dan sentiasa bersamanya dari kecik hingga sekarang.

3-MINTA PANDANGAN ORANG LAIN.
Minta pendapat dengan orang-orang yang terdeka yang sentiasa mendampingi ayah.Mungkin kita memang sibuk dan terlupa cara nak berbual dan nak dekat kan diri dengan ayah,jadi carilah pendamping ayah yangterdekat untuk memahami ayah,contohnya ibu.

4-JANGAN SISIHKANNYA.
Biarlah orang lain pandang buruk pada ayah kita,hanya kita sebagai anaknya sahaja yang mengetahui dia adalah ayah yang terbaik buat kita,masa lalunya mencari nafkah dan membesar kan kita dengan bersusah payah,ingatlah jasa-jasanya.yang tak ernilai hingga kita menjadi seperti sekarang.


Tiba-tiba jer teringat pada ayah sya yang sya panggil bapak,huhu,betapa besarnya pengorbanan dia terhadap kami sekeluarga.