Tuesday, September 13, 2011

TERSENTUH HATI

Raya ke 10 hari tu sya berkesempatan la menziarah sanak-saudara yang tak sempat ziarah sebelum ni,dan sekaligus menunaikan tanggungjawab sya memberi bantuan pada golongan yang memerlukan.

Dan sya berkesempatan pergi seorang insan yang istimewa ni,dulu dia pernah mengajar anak-anak kampung mengaji Alquran dan suaranya sangatlah merdu,sekarang ni dia dah tak sekuat dan segagah sebelum ni.dia dah tak ingat sesiapa dah,memang sedih dan sayu jer hati bila melihat keadaan dirinya.

Kini dia tinggal berdua sahaja bersama isterinya,anak-anak langsung tak pedulikan dia,memang sedih.
cer tengok,insan ini la yang dulunya mengajar anak-anak kampung ngaji,mengajar ilmu agama.sekarang ni dah tak kuat lagi dan dah tak ingat sesiapa.sya panggil dia tok wa.

ini lah keadaan kediaman mereka yang tinggal berdua sahaja,sangat sedih hingga menimbulkan keinsafan dalam diri sya,semoga dua insan ini tabah mengharungi hidup,tanpa di kelilingi anak-anak


betapa sya insaf melihat keadaan mereka dan berjanji sebagai seorang anak,sya tak akan buat begitu pada kedua ibu bapa dan mertua sya,sangat-sangat sedih,huhu membiarkan ibu bapa dalam keadaan sedemikian.

TAHNIAH DAN TAKZIAH

Pagi-pagi tadi dalam pukul 2.30 pagi sya di kejutkan dengan kematian tok saudara hubby yang kami panggil tok ngah,meninggal kerana sakit tua,tok ngah sudah berumur 103 tahun,mengidap penyakit asma,Alfatihah untuk arwah tok ngah.

Dan 2 minggu yang lepas sepupu hubby, dah selamat melahirkan anak yang keempatnya,baby di lahirkan melalui pembedahan akibat si ibu mengalami darah tinggi.apapun si ibu dan baby selamat.jom tengok gambar orang baru,kalau dari gambar nampak macam besar je baby ni,sya baru berkesempatan tengok baby baru ni memandangkan terlampau busy,tak sempat tengok.
alolo cute la,mata terbuka luas jer

comel kan,kan,kan

mesti tengok pada mama dia tu.


tahniah pada abang li dan kak yang sekeluarga dapat baby girl, dah cukup dua pasangla kan,dua lelaki dan dua perempuan.