Monday, January 16, 2012

WAKTU YANG SESUAI MINUM AIR MASAK.

Dah jadi lumrah manusia, bila haus mesti air yang dicarinya. Tak kiralah air tu sejuk ke, suam ke, manis ke, semuanya boleh. Janji ianya bersih dan dapat membasahi tekak kita. Tapi, sebaik-baiknya biarlah air masak yang menjadi pilihan utama. Gelarannya pun banyak air masak, air jarang, air putih, air kosong eermm air mineral :)

Kenapa air masak???

Air masak ni akan memelihara kesihatan tubuh, melancarkan sistem metabolisme tubuh serta membantu mengurangkan berat badan kita. Sebabnya, bila air dalam badan kita mencukupi, ia sekaligus dapat membakar kalori dalam tubuh.memang nikmat tak terkata bila dapat air ketika ini. Begitu juga kalau tersedu mahupun tercekik, kan? Grrrr...

4 waktu terbaik untuk minum air masak selain ketika haus.

#1 Sebelum tidur

Minum segelas air masak sebelum tidur. Tujuannya bagi mengelakkan kita terkena serangan jantung dan juga strok. Di mana kedua-dua penyakit di atas merupakan punca kematian terbanyak yang dicatatkan di Malaysia.

#2 Bangun tidur
Minumlah 2 gelas air masak bagi mengaktifkan organ dalaman kita.

#3 Sebelum mandi
Ada baiknya minum segelas air masak waktu ni. Dapat melancarkan perjalanan darah serta mengurangkan tekanan darah kita.

#4 Sebelum makan
30 minit sebelum makan, eloklah minum dulu segelas air masak. Amalan sebegini didapati membantu sistem penghadaman. Di mana perut kita lebih bersedia untuk menerima makanan. Takdelah terkejut nanti.

ISNIN YANG MALAP

Banyak nak bercerita,tapi jari jemari dan jiwa raga terasa sangat malas nak menaip.tak tahula kenapa.puas di cuba-cuba tapi tetap malas ja.hati taktau ingatkan sapa,dan nak apa.jiwa kacau ni.

Mood semakin menjadi-jadi malasnya,pada kawan-kawan t sya jenguk rumah kawan-kawan yer.cari ketenangan dulu.kin letih sangat kot dalam 2-3 hari lepas.banyak kerja yang di buat.t sya buat entry apa yang sya buat yer.