Thursday, January 19, 2012

6 CARA KAWAL ANAK AGRESIF

1-SENTIASA PANTAU ANAK
si kecil yang agresif tak betah duduk diam pantang lepa sikit macam-macam nak di buatnya,so sentiasa la memantau setiap pergerakkanya takut-takut kalau dia melakukan perkara yang merbahaya.

2-JAUHKAN PERALATAN YANG MERBAHAYA
dalam keadaan yang agresif,lebih-lebih lagi ketika bergaduh,dia mungkin boleh mencapai apa saja yang ada berhamiran dengan nya.antaranya seperti pisau dan gunting,walaupun dia melakukan tanpa sedarrisiko menyebabkan kemalangan dan kecederaan tinggi.jadi pastikan tidak meletakkan sebarang peralatan tajam yang membahayakan di merata tempat

3-ALIHKAN PERHATIAN
selaku  ibu bapa yang dah masak dengan tabiat anak-anak ,tentu tidak sukar mengesan perubahan yang berlaku pada diri anak,apabila ia menunjukkan tanda-tanda agresif.segeralah alihkan perhatiannya kepada sesuatu yang mengembalikan sikap tenangnya,contoh seperti mengajaknya bemain dan menonton tv rancangan kegemarannya.

4-KENAL PASTI PENYEBAB
walaupun melabel si kecik sebagai kanak-kanak agresif,tapi harus ingat pasti ada penyebabnya dia bersikap sedemikian.Lazimnya dia menjadi agresif apabila ada sesuatu yang mendorongnya untuk berbuat demikian,bila kenalpasti puncanya cuba jauhkan anak daripada punca tersebut.

5-ASINGKAN ANAK BERGADUH
kadang kala perlakuan naak agresif boleh mencetuskan pergaduhan samaada dengan rakan dan adik beradiknya.apabila ini berlaku segera asingkan mereka,agar sebarang kemungkinan kecederaan berlaku.si kecil yang agresif gemar bertindak mengikut emosi tanpa menghiraukan natijahnya.

6-MARAH DALAM DIAM
ibu bapa boleh mempamerkan rasa marah dalam diam,ini kerana anak yang agresif bila kita marah berdepan,seperti mencurahkan air dia daun keladi.so bila kita berdiam diri,baru lah dia tahu yang kita marah padanya.