Monday, May 23, 2011

TRAGEDI BULAN MEI

Hari ni 23 hb mei genap la setahun pemergian adik ipar sya ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya,dalam sedar tak sedar dak setahun masa berlalu,tetapi bagi yang kehilangan insan yang tersayang akan merasa baru ja peristiwa itu berlaku,begitu juga kedua2 mertua sya,masih lagi bersedih  dengan kehilangan anak mereka.

19 hb mei juga genap lah 11 tahun pemergian kakak sya yang tersayang ke ramahtullah akibat penyakit santau.Bagi diri ini terasa macam baru semalam berguarau senda dan bertawa ria dengannya.Emak sya pun masih bersedih juga dengan kehilangan anak sulungnya.

Semoga kedua-duanya di tempatkan dikalangan orang2 yang beriman,ALFATIHAH......

PERIKSA

Esok anak sya sya yang sulung akan menduduki peperiksaan,di sekolah,huhuhu risau jugak ni,dah la budak ni banyak main je dari ulangkaji,berjaya kah dia mengekalkan kedudukannya dalam kelas huhu,anak yang nak ambik periksa,ibu pula yang risau ni.


Apapun ibu doakan kakak dapat menjawab soalan2 dengan mudah ya,ibu sentiasa doakan yang terbaik untuk kakak.

buatyang terbaik yer kakak

PERANAN IBU BAPA SEWAKTU ANAK PERGI DAN BALIK DARI SEKOLAH


  • Ibu bapa perlu memainkan peranan dengan melapangkan sedikit masa untuk meraikan pemergian dan kepulangan mereka dari sekolah. Perkara-perkara berikut mungkin boleh dijadikan amalan harian :
    • Mengejutkan mereka dari tidur dengan penuh kasih sayang
       
    • Menahan sabar terhadap sebarang kerenah mereka pada waktu pagi sebelum pergi ke sekolah.
       
    • Cuba untuk bersama-sama bersarapan pagi dengan mereka sambil menanyakan kemajuan persekolahan mereka.
       
    • Sama-sama bergerak ke muka pintu untuk melepaskan mereka pergi sambil bersalam-salaman dan berdakap-dakapan. Suasana berkasih sayang seperti ini amat penting terutama bagi mencairkan kerenah-kerenah negatif yang biasanya ditunjukkan pada waktu pagi. Kalau ada peluang cuba hantar sendiri anak-anak ke sekolah. Dalam perjalanan yang singkat itu banyak bentuk komunikasi yang dapat dilakukan. Banyak proses faham-memahami dapat diusahakan. Jadikan rutin seperti ini sesuatu yang menyeronokkan.
       
    • Raikan kepulangan mereka. Tanyakan apa yang berlaku sekolah. Sajikan makanan mereka. Kalau berkelapangan, hadirkan diri sebentar untuk sama-sama menjamah makanan dengan mereka.
       
  • Sering ingatkan mereka tanggung jawab menyembah Allah S.W.T sebelum mereka melakukan perkara-perkara lain

TAKZIAH

Selamat pagi semua,moga semua sihat dan baik2 ya,mendung jer pagi ni kat tempat sya,dah sarapan semua?

Jumaat lepas kita di kejutkan dengan kejadian tanah runtuh kat rumah anak2 yatim Hulu Langat selangor,16 meninggal dunia,menyayat hati betul la,mengalir air mata mengenangkan nasib mereka.

Jom kita ramai2 sedekah kan Alfatihah  buat mangsa2 yang meninggal,moga roh mereka di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman.Takziah untuk keluarga si mati.semoga anda semua tabah.

Untuk anda semua berhati-hati yer walau di mana you all berada.

keratan akhbar metro kemarin.