Tuesday, August 2, 2011

TIPS UNTUK SAHUR

Ada tak antara kawan-kaan yang susah nak bangun sahur?,bila dah bangun tak berselera pulak nak makan,jom kongsi tips dengan sya mana lah tahu dapat bantu.

-Sediakan makanan yang panas dan baru di masak,aroma dari makanan yang baru di masak mungkin boleh membuka selera.

-bancuhkan minuman kegemaran anda,agar anda lebih lagi berselera makan dan minum waktu sahur.

-Pelbagaikan makanan seperti buah-buahan,ikan,daging dan sayur,agar tidak jemu dengan satu hidangan sahaja,tapi sediakan hidangan dalam kuantiti yang berpatutan agar tidak membazir.

-Elakan makan makanan yang terlalu masin,seperti telur masin,ikan masin,boleh makan tapi kurangkan sedikit,makanan ini akan membuatkan kita cepat haus.

-Makan makanan yang mengandungi serat yang tinggi agar tak mudah lapar dan boleh memberikan kita tenaga.

-Jangan bersahur terlalu aal,pastikan tidur dahulu untuk pastikan kita bangun sahur dengan lebih bersemangat.

-Jangan makan bersulam dengan air,kerana ini akan menyebabkan kita cepat berasa kenyang,akhirnya kita akan menjamah makanan dengan sedikit.

kawan-kawan,harap tips di atas dapat membantu kita untuk bersahur yer.

MACAM-MACAM RAGAM BERPUASA

Dah masuk hari ke dua umat islam berpuasa kan,harap-harap semua dapat menjalankan ibadat puasa dengan sabar dan takwa.Ibu-ibu tentu sibuk la dengan urusan anak-anak dan rumahtangga.

Anak-anak sya ke dua dan yang ketiga,tahun ni baru belajar puasa,macam-macam karenah dorang yang si adik tu memang tak boleh tahan lapar langsung,umur dah 5 tahun,suruh puasa setengah hari pun tak dapat,kelmarin try jugak la bagi dia puasa,tapi pukul sembilan dia dah nangis lapar adoi,siap guling-guling lagi,nak tak nak terpaksa la bagi dia makan.
Niat di hati tu memang nak bagi dia belajar berpuasa,tapi apakan daya,tak tahan lapar rupanya budak ni.


Yang si abang tu,boleh bertahan sampai pukul 2 saja,lepas tu dah buka puasa,sebabnya nampak adik dia yang no 3 tadi minum milo,adoi tak tahan dugaan gak budak ni,tapi apa pun hari ni dia janji nak try puasa lagi,semoga dia dapat berpuasa penuh.

Bukan nak paksa budak berdua ni puasa,tapi nak ajar slow-slow agar dapat berpuasa.Anak lelaki memang tak sama dengan anak perempuan,si kakak start berpuasa penuh umur 5 tahun,tapi budak berdua ni kena la slow-slow