Monday, June 20, 2011

BASIKAL MURAH UNTUK SI KECIK.

Baru-baru ni sya ada beli basikal untuk si kecik,tapi recycle punya,tok wan dia perbaiki.basikal tersebut di beli dari pusat kitar semula ja,di baiki oleh ayah sya dan rupanya dah jadi macam ni



ni la dia basikalnya,elok lagikan?tapi anak sya naik kat rumah uwan nyer je la.

paling penting bawak anak patung kesayangan dia tu dalam raga basikal dia.


tahu tak berapa harga basikal ni?cuma rm 16 sahaja,murah kan,kan.

KONGSI TIPS

Selamat pagi semua,selamat memulakan tugas kembali,hari ni sya nak berkongsi tips lagi ni,kali ni tips untuk ibu2 yang hamil nak menghadapi morning sickness,sian kan kat preggy mother ni nak menghadapi mabuk teruk,jom kita tengok apa yang boleh preggy mother amalkan untuk kurang kan mual2.


1-Makan sedikit-sedikit tapi kerap.Jadual mkan mesti teratur dan menepati waktu makan yang di tetapkan,misalnya makan lebih dari lima kali dalam sehari,sekurang-kurangnya perut tidak sempat kosong dan masuk angin langsung menyebabkan mual dan muntah.


2-makan sebaik bangun dari tidur,ini kerana,waktu tidur gula dalam darah akan turun,waktu malam letakkan makanan ringan seperti biskut kering di sebelah tempat tidur,sebaik bangun,makan beberapa keping biskut dan duduk di sudut katil selama 30 minit sebelum berdiri.


3-pilih makanan yang tinggi protien dan karbohidrat.

4-hindari makanan yang berlemak,berminyak,masam yang berlebihan.

5-banyak minum tetapi hindari minum banyak ketika sedang makan,ambil air sekurang-kurangnya 12 gelas sehari.

6-makan yogurt yang menpunyai vitamin b yang membantu mengurangkan rasa mual,buah pisang juga boleh di ambil bagi menggantikan yogurt.

7-hidu wangian lemon,bole juga masukkan potongan lemon dalam air minuman atau teh yang di minum.

8-elakkan pengambilan kopi,minuman bergas dan berkafien.

9-banyakkan mengambil udara segar dan bergerak.