Thursday, July 21, 2011

TIPS JIMAT BELI BARANG DAPUR.

Hari demi hari segala perbelanjaan semakin meningkat minyak,keperluan harian belanja sekolah makanan,semuanya menuntut kos yang tinggi.jom berkongsi dengan sya tip jimat beli barang dapur,mana lah tahu kalau-kalau ada yang boleh kita manfaatkan di sebalik tip-tips ni.

1-Sebelum berbelanja,senaraikan barang keperluan dan pilih mana barang yang benar benar di perlukan dan yang mana tidak di perlukan.

2-Buat analisis di antara setiap jenama barang dengan jenama yang lain,perhatikan isi kandungan dan pilih jenama yang menguntungkan dari segi kuantiti dan kualiti.

3-Buat perbandingan setiap barangan yang sama tapi berlainan jenama dan cara pembungkusan,buat perbandingan harga barangan.

4-Jika boleh, beli sesuatu barangan terus dari pembekal,contohnya jika sekitar kawasan kediaman ada orang bertanam sayur,beli terus dari dia,agar dapat berjimat dari terus ke pasar,dan anda pun akan mendapat sayur yang fresh.

5-Jka kita sudah biasa membeli atau melanggan barang-barang dari sesebuah kedai,jangan segan-segan minta diskaun daripada kedai tersebut,memandangkan kita adalah pelanggan tetap kedai tersebut.

6-Beli barang dapur yang di pakai setiap hari dan yang tahan lama dalam kuantiti yang banyak contohnya  jika kita memasak setiap hari,beli bawang,sayur,minyak masak.cili kering dalam kuantiti yang banyak,barangan ini di pakai setiap hari dan cepat habis bila beli dalam kuantiti yang banyak tak payah la kita berterusan berulang kekedai yang akan membuang masa dan petrol.

7-Jika di halaman rumah ada sedikit kawasan lapang,bercucuk tanam la dengan apa-apa tanaman,seperti sayuran atau buah-buahan yang memberi manfaat kepada kita.

8-Ambil kesempatan membeli belah ketika jualan murah,pilih barang yang betul-betul murah dan berkualiti.

WAJAH TEGANG DAN HALUS

dah lama  tak letak petua dalam blog ni yer,hari ni sya nk kongsi petua untuk menghaluskan kulit wajah.

Memula ambil putih telur,kemudian buah tomato yang di hiris halus,gaul sehingga sebati,kalau nak, tomato tu boleh di lenyek-lenyekkan,gaul bersama putih telur tadi.

Tampalkan pada muka seperti memakai masker,juga boleh di gunakan sebagai lulur badan yer.Amalkan 3 kali seminggu.
        

SUKA SANGAT

Sya sekarang ni di lamun cinta,oppss bukan dengan manusia ok tapi dengan yang ni.

Ha ni la dia gardenia butterscoth,hmmm sedap sangat sekarang sarapan mesti wajib cari yang ni,makan macam tu saja atau dengan jem pun sedap,bila stok habis jer mesti beli,susah sikit nak dapat kat kedai runcit,kat supermarket jer banyak.

ha ni la rupa nya luar plastik,huhu tgk pic jer pun macam nak terkam makan jer,rasa dan teksturnya mengancam.Terus rasa macam nak p cari sekarang gak