Thursday, September 22, 2011

MACAM-MACAM RAGAM

Seawal pukul 5 pagi dah ke dapur untuk menyediakan sarapan dan bekalan untuk anak-anak.Hari ni sya masak mee goreng untuk sarapan dan bekalan anak-anak ke sekolah,tak nak masak nasi lagi memandangkan selalunya anak-anak bawak bekalan nasi ke sekolah setiap hari.

Sya tak nak anak-anak jemu,so hari ni sya masak la yang berlainan sikit,namun apakan daya seawal pukul 6,anak-anak dah bangun dan bila jer terlihat sya tengah menbungkus mee goreng untuk bekalan mereka,masing-masing tak mau bawak mee ke sekolah,masing-masing request nak nasi.

Terpaksa la sya bersilat di dapur dengan pantasnya untuk anak-anak,masak nasik dan buatkan masak kicap ayam untuk bekalan,tapi yang ke dua, nak masak kicap telur,manakala yang ketiga nak sambal ikan bilis,aduhh,kena turutkan juga,kalau tak tak nak ke sekolah.

.
mee goreng?xnak,itu lah jawapan kedua-dua anak lelaki sya


sehingga pukul 7 baru habis memasak,terus start motor hantar yang sulung ke sekolah,macam-macam karenah anak-anak  ni,boleh hilang sabar dibuatnya.1 anak 1 ragam,4 oarang nak 4 ragam,tension oo

13 comments:

ajumohit said...

Kak, tabik spring saya ngan Akak ni, smpt buat bekalan anak2 dgn menu berbeza, pastu anta diorg ke skola plak, saya berdoa mg dikuatkan spt akak

Adylia Qarissa said...

ragam mereka itu akan jadi kenangan akak satu hari nanti...
macam dkna lak, bangun pagi memasak untuk bawak bekal ke opis..balik kerja lak memasak untuk makan malam...waktu macam nie lah teringat kat mak satu ketika dulu...
pergi sekolah breakfast dah siap, balik sekolah makanan dah terhidang...

chichi said...

beruntung anak2 akak..kalau dulu tanak g sekolah kene libas ngan rotan..bekal pon mak bg roti planta ngan gula jer..

ummiarissa said...

wah!kira rajin lah ni...mujur anak saya tak cerewet mana,kalau diorang mintak macam-macam,saya pun bebel jugak..ye lah dah kita masak sarapan pagi cukup baik dah tu...itu saya lah...

WuMing said...

Nampak sedap jer Mee Goreng tuu..

Tu laa lain kali mesyuarat dulu.. Mereka pun ada hak juga...

Customer setia tuuu....

wahida said...

tah mcm mana lah ragam anak2 saya gi sekolah nnt...

MamaEma said...

wah, cayalah..

demi anak ibu sanggup buat apa saja

Ya ALya said...

itula pengorbanan seorang ibu kan.......

cheqna said...

kalau 10 orang anak??pengsan..hehehe
tapi tulah..ibu ni walau susah camana sekalipun pasti tetap memenuhi permintaan anak2 kan???

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

syabas inspekter sahab....

kalau kakD mau pengsan dah...

eB ezrin said...

sayangggggggggggggggggggggggg anak2 :)

aNaYaNa said...

ahah..hebbat lah k.sya..boleh ikut semua request kids..beruntungla anak2..kalo yna dulu nak request pun dah kecik kepala..he3..

Myra Jay said...

Macam2 ragam, tapi akak seorang ibu yg baik, sanggup masak semula demi anak2..

Tabik la ngan kak Sya :)