Thursday, December 15, 2011

KENALI BUAH PLUM DAN KHASIATNYA

   Satu perkara unik mengenai buah plum adalah kepelbagaian jenisnya. Buah plum
boleh dikelaskan dalam enam kategori am iaitu Jepun, Amerika, Damson,
Ornamental, Liar dan Eropah. Terdapat pelbagai saiz, bentuk dan warna buah
plum.

Walaupun selalunya buah plum berbentuk bulat, tetapi buahnya juga boleh
berbentuk bujur atau berbentuk hati. Kulit buah plum pula boleh berwarna
merah, ungu, biru tua, merah, hijau kuning atau kuning jingga. Kesemua buah
plum boleh dikategorikan sebagai buah pepauh atau buah-buahan berisi lembut
dan berbiji keras.

Bebas garam dan kolesterol

Buah plum tinggi karbohidrat, rendah lemak dan rendah kalori. Plum juga
merupakan sumber terbaik vitamin A, kalsium, magnesium, besi, kalium dan
serat. Plum juga bebas sodium (garam) dan kolesterol.

Buah plum tinggi kandungan gula, namun bagitu, buahnya tidak mempunyai
kanji. Maka disebabkan itulah buahnya tidak akan menjadi manis selepas
dipetik, tetapi enzim pektin akan melarutkan sesetengah pektin sekaligus
menyebabkannya menjadi lembut. Tindakan ini boleh ditangguhkan jika buah
disejukkan. Pektin adalah sejenis gelatin yang terdapat pada buah-buahan.

Seperti semua buah, plum juga mengandungi sejumlah besar vitamin C. Buah
plum boleh dimakan secara segar, setelah dikeringkan, dijadikan jeruk,
dijadikan jem mahupun dijadikan jeli. Buah plum akan bertukar menjadi buah
prun setelah dikeringkan dengan cara meninggalkannya di atas pokok untuk
kering secara semulajadi atau dikeringkannya di dalam ketuhar dalam suhu
rendah.

FANATIK

cuba tengok pic ni,ni la peminat Najwa latif,tersangat la fanatik sehingga kan raket badminton di buat gitar,anak sya yang kecik ni boleh hafal lirik lagu cinta muka buku,walaupun nyanyi dengan pelat nya,siap bole beraksi dengan gitar.






kadang-kadang bila tengok kaletah dia nak tergelak pun ada,boleh buat lenggok-lenggok lagi.hmmm adik ni lawak la,sya tengah cari gitar mainan kecil untuk dia,tapi tak jumpa lagi,weekend nak ajak en hubby pegi beli untuk si kecik ni.Tak de la raket badminton abang di buat gitar.hehehe