Thursday, September 8, 2011

SETIAP YANG HIDUP PASTI AKAN KEMBALI KEPADA PENCIPTANYA.

Hari ni 10syawal,semasa hantar anak-anak ke taski sya di kejutkan dengan kematian suami seorang rakan sya kat sini,yang sya panggil kak farah,kak farah ni selalu berbual,bercerita dengan sya tiap kali kami berjumpa semasa menghantar anak mengaji Al-Quran kat kawasan perumahan kami.

Takziah pada keluarga kak farah,semoga kak farah tabah menghadapi dugaan ni.Kesiankan bila mengenangkan anak-anak kak farah yang terlalu rapat dengan arwah abah mereka,kak farah pulak tak kerja apa hanya surirumah sepenuh masa,sekarang kehilangan pulak tempat bergantung,hanya Allah yang tahu.

Bila mengenangkan nasib kak farah ni,sya jadi insaf sangat,sebab sya pun surirumah sepenuh masa juga,hanya berniaga kecil-kecilan,bila hilang tempat bergantung macam tu tentu kalut kan tambah lagi anak-anak masih bersekolah.Itu yang menjadikan sya insaf,sebagai surirumah 80% punca pendapatan dari suami,kalau suami tak ada tentulah susah.

So mulai sekarang kena lah pandai kawal perbelanjaan,untuk saving lagi lebih,memang tiap-tiap bulan ada saving,tapi sya berazam nak saving lagi lebih,kan malang tidak berbau,so sediakan payung sebelum hujan.kawan-kawan macamana,jom-jom kita pakat-pakat saving pendapatan kita,terutama sekali pada suri-surirumah tu,kawal perbelanjaan kita yer insyaallah,kita boleh buat,sebab jika terjadi sesuatu,contohnya seperti kak farah tadi.kita dah ada alternatif lain menyara keluarga sebelum kita dapat sumber pendapatan lain,tak la terkapai-kapai.

ALFATIHAH UNTUK SUAMI KAK FARAH

11 comments:

Dkna Abza said...

al fatihah

cheqna said...

al fatihah

NM02 said...

takziah pada kak farah

kalu ada rezeki lebih, baiklah menyimpan dari awal supaya kemudian hati tak la rasa nak tepuk dahi kat dinding kan

abah khalisha said...

Yang pergi tetap pergi, yang hidup kena terus kan hidup..kuat kan semangat..abah pun masa mula-mula kehilangan arwah ayah 3 tahun lepas mcm tak percaya je..
Wanita Mengandung Dilarang Melihat Gambar ini

abah khalisha said...

Yang pergi tetap pergi, yang hidup kena terus kan hidup..kuat kan semangat..abah pun masa mula-mula kehilangan arwah ayah 3 tahun lepas mcm tak percaya je..
Wanita Mengandung Dilarang Melihat Gambar ini

Anonymous said...

Takziah & al fatihah

Unknown said...

alfatihah..

bukan saja saving..kalau boleh biarlah ada passive income sama..kita tatau apa nak jadi masa depan..kan..

Myra Jay said...

Semoga roh arwah suami kak farah tenang bersemadi disana..

Betul tu kak, kita kena ada saving demi masa depan sebab kita xtau apa akan jadi nanti kan..

wahida said...

al fatihah..

betul tu, bukan surirumah je yg kena menabung, kami yg bekerja ni pun patut menabung...

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

al-fatihah utk arwah....

betoi ckp wahida tu....

eB said...

tq :)