Friday, June 17, 2011

MACAMANA NAK HADAPI STRESS PADA PASANGAN

Pernah tak tiba2 ja rasa stress pada pasangan?mesti pernahkan?sya ada tips untuk mengatasi situasi itu,jom tengok.


1-Luahkan masalah atau apa yang anda tak puaskan
jangan pendamkan apa yang tak puas hati dan apa masalah yang membuatkan anda tertekan agar pasangan tahu punca dan cara mengatasinya.


2-Jangan suka mengungkit
Apabila satu2  perkara telah berlaku dan berlalu,janganlah suka mengungkit perkara tersebut walau dari mana puncanya samaada dari pasangan atau diri sendiri.


3-Jangan selalu cari salah pasangan
Kadang2 mungkin pasangan terlepas pandang kesalahan kecil yang dilakukan,maafkan lah dan berilah dia peluang kerana setiap orang melakukan kesalahan.Cubalah buang yang keruh ambil yang jernih.


4-Bercutilah bersama-sama pasangan
Aktiviti ini sebaiknya di lakukan berdua kerana akan mengeratkan lagi hubungan antara pasangan sambil mengenang kembali saat2 manis tika bercinta.


5-Pelajarilah ilmu agama
Agar dapat menyelami betapa anda dan pasangan memang di takdirkan bersama dan telah tertulis anda untuknya.


6-Dengar muzik dan bacaan AlQuran
Tarik nafas dalam2 dan dengarlah muzik kegemaran anda,mungkin ada lagu2 yang mengingatkan kita zaman bercinta dengan pasangan dulu,

Ataupun anda boleh dengar bacaan ayat-ayat suci AlQuran supaya jiwa anda tenang dan damai.


semoga tips diatas boleh di kongsikan bersama-sama.

TIPS MUDAH TIDUR

Siapa kat sini yang susah nak tidur malam?meh sini sya nak kongsi tips agar mudah tidur,jom baca.

KEMASKAN TEMPAT TIDUR
kalau katil berselerak,akan membuat kan minda kita bertambah berserabut dan susah nak lelapkan mata,apa kata sebelum tidur kemaskan tempat tidur,agar hati tenang untuk tidur dengan lena.


MATIKAN ALAT KOMUNIKASI
Kadang-kadang alat elektronik seperti tv,komputer,ipad,handfon juga antara faktor kita tak boleh tidur dengan lena,alat-alat telekomunikasi yang bila di letakkan sebelah kita ketika tidur boleh mengganggu kita.Cuba matikan alat2 ini sejam sebelum kita tidur kerana cahaya aktif pada alat ini tubuh terjaga.


KEPALKAN JARI KAKI
Cuba kepalkan jari-jari kaki dan hitung sehingga bilangan ketujuh,dan ulanginya sehingga kita rasa selesa dan ingin tidur.


SUHU BILIK YANG SESUAI
Pastikan suhu bilik sesuai untuk kita tidur,suhu bersesuaian akan membuatkan kita lebih nyaman,rileks dan mudah tidur,kalau suhu terlalu panas dan terlalu sejuk akan membuatkan kita kerap terjaga.

Itu lah serba sedikit yang sya boleh kongsikan melalui pembacaan sya.Kepada sesiapa yang ada masalah tidur tu cubalah yer.

MENU SEMALAM

Selamat pagi jumaat semua,wah dah jumaat yer jap jer kan masa berlalu,harap kawan2 semua sihat hari ni,dah sarapan?.sebut pasal sarapan,sya sekarang menghadapi masalah tak da selera nak makan nasi,dah masuk 4 hari berpuasa,waktu berbuka cuma makan roti atau kuih2 jer.itupun sekadar seketul kuih atau 2 keping roti.Mungkin sebab minum banyak kot,yer la dahaga kan.semalam menu berbuka yang ini sahaja.


sup daging yang kosong tak tambah apa2 pun

roti putih mkan dengan sup,haha,cicah jer dengan sup sedap gak,tapi cuma bole habiskan 2 keping je,yang lain anak2 makan.


ayam goreng tepung ni pun hubby n anak2 jer mkan,sya memang tak da selera.




Alhamdulillah hari ni sya dapat berpuasa lagi,rasa best sangat.esok dengan lusa tak dapat  lah berpuasa sebab nak pergi kenduri.