Friday, September 23, 2011

MEREDAKAN PANAS BADAN

Sya nak kongsi petua dengan kawan-kawan semua,cara nak redakan panasbadan,terutama sekali pada kanak-kanak yang demam,selalunya kalau nak redakan panas badan ada yang gunakan asam jawa dan daun bunga raya,tapi kali ni nak redakan panas badan dengan daun belimbing buluh.

Mula-mula ambil daun belimbing buluh,ikut suka kuantiti lah nak banyak mana,leraikan dari rantingnyer,lagi banyak lagi bagus tau,kemudian masukkan ke dalam blander,dan masukkan air,blend daun tadi,tapi jangan sampai hancur.

Kemudian,tuangkan daun yang dah di blender tadi dalam baldi atau besen besar,mula-mula mandi dengan air biasa,kemudian baru mandi dengan air daun tadi,mandi dari kaki kemudian naik ke atas.

Daun belimbing buluh juga dapat merawat simptom cacing tau,caranya macam tadi,blenderkan,masukkan dalam besen,ketuk bawang putih 2 ulas dan campurkan dalam air daun tadi kemudian mandikan.insyaallah.

     
                      

TEMPAT KEGEMARAN ANAK-ANAK

Yang ni bukan tempat kegemaran yang outdoor yer,yang ni tempat kegemaran anak-anak sya sebelum,ke sekolah,dan selepas balik sekolah.

Ini lah tempat anak-anak sya habiskan masa lapang mereka,dengan satu pc,fan,wifi,,tapi wifi tu anak-anak tak usik pun,anak-anak bukan tahu pun keguanaannya untuk apa,ibunya la yang lebih-lebih,menulis blog.

Bilik ni sentiasa perlu di jaga rapi,maklum lah anak sya akan masukkan segala jenis makanan kat sini,dan apa lagi bersepah lah,yang boleh mengundang kehadiran semut-semut memeriahkan keadaan,so bilik ni memang dalam sehari dalam 4-5 kali sya akan sapu dan mop.


Itu untuk keselesaan anak-anak,dorang akan dok dalam ni main game,sampai dah tak larat nak main,adakalanya sampai tertidur di sini,sedia maklumkan,rumah sya teres setingkat yang mempunyai 3 bilik,so bilik yang kat dapur tu la di jadikan markas budak-budak tu untuk mainan game kat computer,kadang-kadang tempat ni la yang paling sya tension nak bersihkan,yer la pelbagai khazanah sisa makanan yang anak-anak tinggalkan.