Monday, November 28, 2011

KHASIAT HALIA

Halia mengandungi banyak atsiri, damar, mineral sineol, fellandren, kamfer, borneol, zingiberin, zingiberol, gigerol (misalnya di bahagian bahagian merah), zingeron, lipidas, asam aminos, niacin, vitamin A, B1, C dan protein. Minyak halia berwarna kuning dan kental. Minyak ini kebanyakkannya mengandungi terpen, fellandren dan dextrokamfen.

Kandungan & Manfaat

Umbi Zingiber officinale mengandungi 6% bahan ubat-ubatan yang sering diguna sebagai rumusan ubatan di 23 buah negara. Sejak dahulu lagi , halia dipergunakan sebagai ubat atau bahan untuk memasak. Halia boleh merangsang kelenjar pencernaan, baik untuk membangkitkan nafsu makan dan pencernaan.

Halia berguna sebagai ubat gosok untuk badan dan sakit kepala. Halia segar yang ditumbuk halus boleh digunakan sebagai ubat luar. Rasa dan aromanya pedas dapat menghangatkan tubuh dan mengeluarkan peluh. Minyak atsirinya bermanfaat untuk menghilangkan rasa lenguh, anti inflamasi dan anti bakteria. Air perahan umbinya (akar tongkat) digunakan untuk penyakit katarak. Ia juga amat baik untuk mengubati luka luar dan dalam, merawat gatal-gatal(umbinya ditumbuk halus) dan juga dapat mengubati gigitan ular.

Kegunaan lain

Sakit kepala atau migrain, batuk, masuk angin, reumatik, lenguh pinggang, mengeluarkan angin dari perut, bengkak-benkak, mual dan mabuk dalam perjalanan, panau, digigit ular, ubat cacing gelang dan gatal akibat gigitan serangga.

Khasiat Halia

• Membantu untuk menghadamkan makanan.
• Melembutkan perut dengan kelembutan yang sederhana.
• Mengawal hati supaya tidak sejuk dan basah.
• Membantu untuk menguatkan tenaga jimak dan menambahkan air mani.
• Membuang angin yang terdapat dalam usus-usus kecil dan besar.
• Membuangkan kahak lendir yang melekat di bahagian halkum, jika halia itu dicampur dengan sedikit gula dan diminum dengan air panas.
• Menghilangkan bau busuk mulut.
• Menghilangkan kadar kesejukan yang terdapat pada makanan dan buahan atau sayuran bila sudah dimakan atau diminum.

PANDUAN DIDIK ANAK

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan
tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

Friday, November 25, 2011

KENAPA WANITA MENGALIRKAN AIR MATA

Itulah kenapa perasaan seorang wanita sangat peka. Allah menciptakannya dengan 9 perasaan dan 1 akal, maka mereka selalu mengutamakan perasaannya ketika ia hadapi sebuah permasalahan.

Tak hairanlah ketika perasaannya sedang sebak, air matanya pun mengalir. Bukan kerana dia lemah, tapi dengan air mata itulah ia meluahkan segala rasa yang ada didadanya beban ke
hidupannya dan permasalahan yang dihadapinya

Kenapa Allah menciptakan wanita begitu istimewa? Wanita diberikan sebuah bahu yang begitu kukuh menahan beban dunia dan isinya, dan dia jadikan bahu itu begitu nyaman dan menenangkan, ketika dia harus menopang kepala bayi yang sedang tertidur.

Allah menciptakan wanita dengan kekuatan untuk bertahan, ketika yang lain menyerah dan putus asa pada keadaan kerana mereka yakin akan sebuah harapan.

Diciptakannya mereka begitu sabar menghadapi cercaan dari bayi yang dilahirkannya dari rahim

Allah memberikan mereka kesabaran untuk selalu memberikan perhatian dan kasih sayang pada keluargannya walaupun dirinya letih, mereka tetap berjuang tanpa kenal lelah dan kadangkala menahan sakit namun mereka tidak pernah berkeluh kesah.

Cinta yang diberikan kepada putera puterinya tidak terbatas. Dia hanya tulus memberi dan tidak pernah mengharap kembali.. walau kadangkala dia disakiti dan dicaci maki namun setiap saat dan keadaannya dia begitu beerti tidak pernah sakit hati walau hatinya sering kali dilukai.

Wanita sebagai semangat dan kekuatan untuk membimbing suami ketika masa sulit yang dihadapinya bukankah wanita dicipta dari tulang rusuk lelaki. Bukankah tugas sebuah tulang rusuk adalah untuk melindungi jantung dan hati agar ia selalu selamat dan tak tercedera?

Satu kekhususan yang Allah berikan pada wanita, AIR MATA. kerana dengan air mata wanita boleh menumpahkan perasaannya bila mereka memerlukannya. Bukan sebuah kelemahan ketika wanita menangis tapi air mata itu adalah sebuah air mata kehidupan.

‘Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”. ((Al-Hadith)

Oleh kerana itulah wahai ikhwan jadikan jangan kau siakan wanita. Ingatlah kau juga dilahirkan dari rahim ibumu yang juga seorang wanita, jika kau melukai hati wanita itu sama halnya kau lukai hati ibumu.

Jadi, lelaki dan wanita ada kelebihan dan kekurangan.Itulah sebab kita di jadikan supaya dapat melengkapi antara satu sama lain. Segala amalan yg kita lakukan tetap akan di balas walau sebesar zarah
.

9 ORANG SITI YANG WAJIB DI CONTOHI

1) Siti Khadijah - Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah - Anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada su
aminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata saya takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti A'ishah - Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.

4) Siti Hajar - Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorang ibu mithali).

5) Siti Mariam - Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah - Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah - Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

Cool Siti Muti'ah - Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah - Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

* berdasarkan portal muslimah...9 Siti ini adalah petikan daripada kata-kata Ustazah Siti Norbahiah Mahmud dalam rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah kita tergolong antara Siti2 ini? Tepuk dada tanya iman. sama-sama kita tingkatkan ilmu kita untuk menjadi insan yang lebih baik di Bumi Allah ini, insyaAllah
.

Thursday, November 24, 2011

TEKNIK BERSIKAN ALATAN RUMAH

Kipas,pendingin udara dan perabot
-kebanyakkan pendingin udara mempunyai penyaring habuk,yang boleh di tanggalkan dan di bersihkan dengan menggunakan vacum
-perabot seperti sofa dan meja boleh di vacum dan di lap dengan kain lembab
-sarung kusyen baldu mudah memerangkap habuk,begitu juga langsir yang tebal,selalu bersihkan.


komputer, piano dan alat kawalan jauh
-peralatan ini sering di gynakan oleh kanak-kanak sekaligus menjadikan tempat membiaknya bakteria
-latih anak dengan tabiat tidak makan semasa menggunakan komputer dan sentiasa basuh tangan.

alat mainan
-alat mainan berbulu atau berkain mesti perlu di basuh selalu
-basuh cawan,mangkuk mainan dan blok plastik di dalam besen berisi air panas yang suam.

semoga dapat ilmu dari serba sedikit yang sya berikan.

TIPS PENGGUNAAN PETI SEJUK

1-Bagi memastikan peti sejuk berfungsi dengan baik,letakkan di tempat yang mempunyai peredaran udara yang baik dan jauh dari sumber haba dan matahari.

2-Pastikan julat suhu pada peti sejuk di bawah 4`c bagi ruangpendingin peti sejuk dan ~18`c hingga 0`c bagi ruang sejuk beku,suhu lebih tinggi akan merosakkan makanan,manakala suhu yang rendah akan menyebabkan makana tercemar.

3-Kapasiti dan keupayaan peti sejuk hendaklah cukup besar bagi memenuhi keperluan penyimpanan.

4-Penyimpanan makanan terlalu padat dalam peti sejuk akan menyebabkan udara sejuk tidak dapat beredar dengan baik.

5-Bersihkan peti sejuk setiap minggu

6-Jangan biarkan pintu peti sejuk tebuka terlalu lama.

               

Wednesday, November 23, 2011

Tuesday, November 22, 2011

PERSEKITARAN RUMAH MESTI DI AMBIL PERHATIAN

Mempunya anak yang semakin membesar dan semakin melasak amatlah memerlukan pemerhatian yang lebih dan teliti.Tambah-tambah lagi kalau anak-anak super aktif macam anak-anak sya.Pemantauan kena lebih.

sebab tu lah dalam rumah sya,sya tak letak sebarang perabot pun,kosong je rumah,bukan apa anak-anak sya ni bila tengok jer benda-benda macam tu mula la di panjatnya,kemudian lompat.Pernah anak yang kedua kena jahit kat kepala gara-gara jatuh dari sofa kat rumah mak sya.Oleh sebab tu sya serik nak letakkan sebarang perabot pun.Biar je kosong.

Benda-benda tajam seperti gunting,pisau,pengepit kuku pun sya letak kan di tempat yang mereka tak dapat lihat dan capai,ubat-ubat,sabun dan cecair pencuci pun kena letak tinggi.semuanya pandai selongkar.mesti ada yang tanya kan kalau semuanya  dah simpan macamna anak-anak boleh terminum cecair kimia tu,masa tu kat rumah MIL,dan sya pun mungkin terlepas pandang.

Sya sangat lah serik dengan peristia yang berlaku pada anak-anak tempoh hari,kalau balik rumah MIL macam fobia ja,bila anak-anak tak da depan mata.

TABAHNYA MEREKA

Masa anak sya dapatkan raatan kat hospital tempoh hari,macam-macam pengalaman dan pengajaran yang sya dapat.betapa tabahnya kaum-kaum ibu menjaga anak-anak mereka yang sakit,sanggup bersengkang mata demi zuriat mereka.masa kat wad hari tu 2 orang ibu  yang tabah ni sangat membuatkan sya kagum,tapi sayangnya sya tak dapat snapkan pic mereka.

ibu tabah yang pertama
seorang ibu yang menjaga anaknya yang oku dari umur 9 bulan lagi,sangat tabah ibu ni sebab hospital ni macam rumah kedua padanya,sebab anak okunya sering di serang demam dan sawan,juga ada masalah sakit jantung,dan paru-paru,namun ibu ni tak pernah mengeluh menjaga anaknya dari umur 9 bulan hingga sekarang anaknya berumur tujuh tahun.Masyaallah.BEtapa tebalnya kesabaran yang Allah beri pada ibu ini.Sepanjang sya 2 hari di hospital,berapa kali naknya tarik-tarik berbuih mulut-mulut,namun dia sabar ja.semakin di jaga permata hatinya dengan penuh teliti.

Ibu tabah yang kedua.
Ibu yang kedua ni pula ialah oku yang mana si ibu mempunyai masalah dengan kaki,babynya menghadapi masalah air bertakung dalam kepala,alaupun dalam keadaanya yang kurang upaya,dia masih semangat menguruskan bayinya yang kadang-kadang menangis jer akibat sakit,semua kerja di lakukannya sendiri dari menukar lampin,memandikan,semua dia buat sendiri,tanpa bantuan dari nurse pun.Tersentuh hati sya bila tengok betapa tabahnya dia.


DAri mereka la sya belajar lebih bersyukur dengan kesempurnaan yang Allah berikan pada sya.Semoga mereka ini lebih tabah mengharungi ujian yang Allah berikan.

Monday, November 21, 2011

ROMANTIK,SUNNAH RASULALLAH S.A.W

Sebut saja romantik, anak muda mula tertarik hati. Mungkin yang diketahui romantik sesama ‘couple’…No..No..No..ini romantik sesama pasangan suami isteri.. Apa lagi…Jom ramai-ramai kita pakat kahwin. Isy..Isy..best oo kahwin…kalau tak percaya..cubalah kahwin .

Rasulullah SAW adalah gedung segala sifat-sifat kesempurnaan yang sukar dicari tandingannya. Alla
h membimbing baginda dengan didikan-Nya yang terbaik. Sehingga Allah berfirman kepada baginda seraya memuji baginda di dalam surah al-Qalam ayat 4 bermaksud : “Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung”.

Sifat-sifat yang sempurna inlah yang membuat jiwa manusia merasa dekat dengan Rasulullah SAW. Membuatkan hati mereka mencintai baginda. Menmpatkan baginda sebagai tumpuan hati. Bahkan berapa ramai yang dahulunya bersikap keras dengan Nabi SAW berubah menjadi lembut dan akhirnya masuk Islam setelah terpanah kemuliaan akhlak dan budinya baginda Nabi SAW.

Kemuliaan ini bukan sekadar lakonan di hadapan manusia. Namun dibuktikan oleh insan pendamping baginda. Meneliti satu persatu perbuatan, pertuturan dan lenggok gayanya. Mereka ialah serikandi rumahtangga baginda Nabi SAW. Sehinggakan kemuliaan akhlak seorang suami bernama Muhammad bin Abdullah tidak dapat digambarkan oleh Aisyah RA, lalu menisbahkan akhlaknya dengan akhlak kitab suci al-Quran.

Walaupun Rasulullah seorang panglima perang, pemimpin tertinggi umat Islam, namun di sisinya terdapat nilai kasih sayang dan jalan kisah yang cukup romantis antara baginda dan isteri-isterinya. Namun berapa banyak sunnah ini dilupakan lalu suami masakini menggambarkan dirinya bagaikan pemegang kuasa keluarga yang perlu sentiasa kelihatan bengis dan penuh egois.

Siapalah kita berbanding Rasulullah SAW yang jauh kedudukannya lebih mulia dari segala manusia. Namun atas tawaduk dan romantisnya baginda membuatkan umat yang membaca kisah cinta baginda bersama isterinya seolah sedang menghayati novel cinta romantik.

Diberitakan bahawa Rasulullah pernah bermandi air cinta bersama isterinya. Dalam Sahih Bukhari diriwayatkan bahawa Aisyah berkata bahawa : “Aku sering mandi bersama Nabi Muhammad dari satu bekas air yang disebut al-faraq.” Perbuatan Nabi mandi bersama Aisyah tanpa sebarang tabir penghalang menunjukkan ianya satu sunnah. Terutamanya setelah melakukan hubungan intim sesama pasangan.

Romantik gaya Rasulullah SAW boleh diteladani. Walaupun hidup suami isteri masa kini sentiasa disibukkan dengan pekerjaan. Kita juga boleh mengambil sunnah-sunnah romantik Rasulullah SAW bermula dari sebelum keluar bekerja.

Sebagai contoh menghantar isteri ketika hendak keluar rumah seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW kepada isterinya Shafiyyah binti Huyay sehinggakan Nabi SAW berkata “Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu (menemani sampai ke pintu)”. Hadis Bukhari dan Muslim. Bahkan Nabi SAW turut membantu isterinya menaiki kenderaan. Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim menceritakan bahawa “Nabi Muhammad SAW duduk di sisi unta baginda. Kemudian baginda menekukkan lututnya. Lalu isteri baginda Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut Nabi Muhammad SAW hingga naik atas unta”. Bukankah ini sesuai dipraktikkan dengan membuka pintu kepada isteri seperti zaman memikat isteri dahulu. Ataupun sekali sekala membonceng isteri di belakang seperti dalam riwayat Bukhari yang menyatakan Anas bin Malik menceritakan bahawa ketika pulang dari perang Khaibar salah seorang isteri Rasulullah membonceng di belakangnya.

Apabila waktu cuti hujung minggu atau di malam hari, bawalah isteri bersiar-siar. Ini bukanlah sekadar tips dari seorang pakar motivasi. Namun ianya merupakan suatu sunnah romantis Nabi SAW bersama isterinya. Diberitakan dalam Sahih Bukhari dan Muslim bahawa “Rasulullah apabila datang waktu malam, baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya”. Malah apabila baginda ingin keluar baginda akan mengundi siapa yang akan menemaninya untuk keluar bersama. Malah Rasulullah juga membawa Aisyah untuk makan bersama di luar. Sehinggakan suatu ketika Nabi pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka sekiranya isterinya Aisyah RA tidak turut diundang bersama. (Hadis riwayat Muslim) Untuk menambahkan romantis terhadap isteri, disarankan suami menyuap sendiri makanan ke mulut isterinya. Sepertimana dalam sahih Bukhari dan Muslim sabda Nabi SAW : “Sesungguhnya apapun yang kamu nafkahkan, maka hal itu adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke mulut isterimu.” Walaupun hadis ini berkisar tentang pemberian nafkah, namun bukankah menjalin ikatan romantik antara suami isteri itu satu tuntutan.

Romantik sesama suami isteri ini semakin malu untuk diamalkan. Mungkin bagi yang sudah lama berkahwin akan bertambah rasa jelik bermadu kasih dengan isterinya. Namun jika diteliti, sebenarnya sikap romantis ini adalah datang dari Nabi SAW. Sayang apabila kita lebih malu mengamalkan sunnah romantis sesudah berkahwin sedangkan kita tanpa segan silu melakukannya sebelum ianya dihalalkan.

Sebenarnya, gambaran seorang suami yang garang dan bengis bukanlah suatu yang datangnya dari agama. Nabi SAW tidak mendidik para isteri untuk takut kepadanya. Namun didikan sebagai pemimpin rumahtangga yang hebat membuatkan rasa takut itu bertukar menjadi lebih menghormati. Nikmat suasana percintaan itu lebih dihargai apabila suami turut meluang masa bergurau senda dan bermesra seakan-akan baru sehari diijabkabulkan.

Belaian terhadap isteri dapat memupuk kasih antara sesama pasangan. Nabi SAW dalam satu riwayat Ahmad berkata bahawa “ Rasulullah tidaklah setiap hari melainkan baginda selalu mengunjungi isteri-isterinya seorang demi seorang. Rasulullah menghampiri dan membelai mereka secara bergantian”. Adakalanya romantisnya Nabi SAW sehinggakan beliau sengaja bermanja dengan menyandarkan kepalanya kepangkuan isterinya sepertimana yang dipertuturkan Aisyah RA dalam Sahih Bukhari bahawa “Nabi SAW membaca al-Quran (mengulang hafalan) dan kepalanya berada di pangkuanku sedangkan aku dalam keadaan haid”. Bahkan amalan ini berlarutan sehingga detik-detik akhir hayat Rasulullah SAW. Aisyah berkata “ Ketika maut menghampiri Rasulullah SAW, kepala baginda berada diatas pahaku.”Ada suatu hari ketika Aisyah sedang asyik menyaksikan kanak-kanak bermain bersama ibu mereka, datang baginda Nabi SAW mengangkat Aisyah. Lalu baginda mendukung Aisyah di belakang beliau. Aisyah menuturkan bahawa : “Baginda mendirikanku di belakang dan pipiku di atas pipi baginda. Ku letakkan bahuku di atas bahu Rasulullah SAW”. (Bukhari dan Muslim). Begitu juga isteri Nabi SAW sentiasa mendapat kucupan mesra daripada Nabi SAW ketika ingin pergi ke masjid.

Rasulullah bukan seorang yang kaku dan keras. Ia juga seorang manusia yang mempunyai emosi tersendiri. Pemergian baginda telah membuatkan kehangatan rasa rindu di kalangan isterinya. Dikala isteri kesunyian, hadirnya mengungkap keriangan. Sewaktu isteri dalam kedukaan, baginda bukanlah sekadar pemerhati. Namun baginda juga sebagai ubat kedukaan dan kesakitan. Diriwayatkan dari Aisyah bahawa : Nabi Muhammad SAW adalah orang yang penyayang lagi lembut. Baginda akan menjadi orang yang sangat lembut dan paling banyak menemani ketika isterinya sakit.” (Bukhari dan Muslim) Hadirnya Nabi SAW mengubat hati para isteri.

Baginda paling banyak bergurau senda bersama isterinya. Suatu hari datang Saodah (salah seorang isteri Nabi SAW) kerumah Aisyah. Lalu Nabi SAW duduk diantara Aisyah dan Saodah dan meletakkan kaki beliau diatas pangkuan mereka. Ketika Aisyah menjemput Saodah makan, ia menolaknya kerana tidak berselera. Lalu Aisyah berkata : “(Demi Allah), makanlah atau aku akan mengotori wajahmu”. Saodah menolak dengan berkata : Aku tidak akan memakannya”.Lalu Aisyah mengambil makanan dan disapukan ke wajah Saodah. Rasulullah SAW tertawa. Kemudian Rasulullah menyuruh Saodah membalas semula dengan mengotori wajah Aisyah. Setelah Saodah mengotori wajah Aisyah, Rasulullah terus tertawa. (an-Nasai’e, Ibn Abi Dunya) Kisah ini merupakan senda gurau Nabi SAW bersama isteri-isterinya. Pernah juga Rasulullah memujuk Aisyah untuk menghilangkan marahnya dengan sengaja memegang hidung Aisyah seperti dalam riwayat Ibnu Sunni.

Begitu romantisnya rumahtangga Rasulullah SAW. Mungkin inilah rahsia cinta sejati yang kekal ke akhir hayat Nabi SAW. Beramah mesra, bergurau senda, belaian dan sentuhan. Sehinggalah ayat-ayat cinta terukir dari bibir seorang Nabi dengan memanggil panggilan manja terhadap isterinya. Suara indah memanggil “Ya Humaira” kepada Aisyah yang bermaksud “Wahai si putih kemerah-merahan atau Mawar merah”. Membuatkan ikatan itu lebih intim. Adakalanya Nabi SAW memanggil Aisyah dengan singkatan manja “Ya Aisy” yang bermaksud kehidupan ketika mana beliau menyampaikan salam daripada Malaikat Jibril untuk Aisyah RA. Dengan membuang huruf terakhir itu menunjukkan besarnya rasa cinta, kemanjaan dan kesayangan yang ditonjolkan dari Nabi SAW.

Sesungguhnya bersikap romantis sesama isteri itu adalah sunnah Nabi SAW. Kita berharap dengan sunnah ini dapat memupuk ikatan yang lebih erat antara sesama pasangan. Bukanlah sunnah ini suatu yang perlu dimalukan untuk diamalkan. Kepada suami, ayuh mengikut petunjuk Nabi dalam berkasih sayang sesama isteri. Andai isteri berasa pelik dari mana datangnya sikap romantis seorang suami. Adakah suami baru sahaja selesai menamatkan buku novel cinta Romeo dan Juliet. Jawablah dengan manja. Romantis ini bukan dari novel biasa, namun romantis ini datangnya daripada hadis Nabi SAW.

TIPS ELAKKAN KEHILANGAN ZAT SAYUR

• Elakkan membasuh sayur atau memotong sayur sebelum anda benar-benar ingin memasaknya.
• Basuh sayur dengan cepat lebih baik daripada merendamnya.
• Gunakan pisau yang tajam ketika memotong sayur. Pemakaian pisau yang kurang tajam menyebabkan sayur lebam dan mengurangkan kandungan zat secara tidak langsung.
• Potong bahagian yang diperlukan dan mengandungi banyak zat sahaja. Misalnya ada sayur yang mempunyai zat paling banyak pada daunnya.
• Elakkan membuang kulit sayur seperti kentang sebelum direbus. Merebus kentang bersama kulitnya sekali dapat mengurangkan zat yang terkandung dalam sayur tersebut hilang. Walau bagaimanapun cara ini tidak sesuai untuk masakan yang hanya menggunakan kentang sebagai bahan tambahan.
• Masak cara stim lebih baik jika dibandingkan dengan merebus sayur. Cara stim dapat memastikan zat yang ada dalam sayuran tersebut tidak hilang dengan banyak. Jika sayur atau cara masakan anda hanya dengan langkah merebus, pastikan anda tidak merebus sayur itu hingga lembik.
• Elakkan memotong sayur kepada potongan kecil. Jika boleh, jangan potong sayur tersebut.

Saturday, November 19, 2011

SELAMAT MENJADI SUAMI ORANG

Hari ni sya sibuk sangat,adik akan bernikah hari ni,tak dapat nak upload gambar,tapi akan di upload jugak nanti,super buzy yang teramat,maklum la sebagai sorang kakak wajib ambil gahagian dalam segala hal.

Dah jadi suami orang pun, pesanan untuk my adik,kalau baca blog kakak ni,kakak awak nak pesan jaga isteri elok-elok,jadi suami yang bertanggungjawab.Rajin-rajin tolong isteri awak tu.Jangan dok abaikan dia.

Friday, November 18, 2011

NAK BERCUTI(BALIK KAMPUNG)

Entri pendek dan ringkas di petang hari,sya tengah berkemas nak balik kg,esok adik sya akan bernikah,banyak benda kat kampung yang tak beres lagi,maklum la anak pompuan yang paling besar hanya sya sorang,dulu ada arwah kakak bole juga kongsi-kongsi keja.

Tiba-tiba ja rasa sayu bila teringat kat arwah kakakyang tak dapat tengok satu-satunya adik lelaki bernikah,apakan daya tu ketentuan dari Allah,semoga rohnya di cucuri rahmat.ALFATIHAH

FREE DIAPERS

Ni bukan pampers percuma yer,ni pasal si kecik la,sya tengah latih dia supaya jangan pakai lampin pakai buang lagi ye la kan,dah masuk  dua tahun lebih,kena ajar pergi toilet sendiri la.

Dulu abang-abang dan kakaknya sangat lah senang menurut perintah bila tak pakai diapers,bila di pesan kalau nak buang air bagitau ibu atau terus ke bilik air,tapi sikecik ni berbeza dengan mereka,dah puas diajar namun tetep buang merata-rata.

Setengah jam sekali sya akan ajak dia ke bilik air,tapi tak di buangnya,bila kita sibuk dengan urusan rumahtangga,dibuangnya merata-rata,jenuh bersihkan,jika air kecil tak pe,kadang-kadang dengan najis sekali.huhuhuh.sebab tu kena pastikan seisi rumah bersih takut si kecik ni terskip kat mana-mana.bertambah lah lg kerja si ibunya.
budak yang tak berapa mahu dengar arahan

Thursday, November 17, 2011

AMBIL PENGAJARAN(KISAH NABI MUSA DAN PENZINA)


Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayung. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada dalam dukacita yang mencekam.

Kerudungnya menutup hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan keped
ihan yang telah meroyak hidupnya.


Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil memberi salam.

Maka terdengarlah ucapan dari dalam,
"Silakan masuk"

Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya
berderai tatkala ia berkata,
"Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya."

"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut.

"Saya takut mengatakannya."jawab wanita cantik..

"Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya... telah berzina".

Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak.

Perempuan itu meneruskan,
"Dari perzinaan itu saya pun... hamil. Setelah anak itu lahir,langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.

Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik,
"Perempuan bejad, pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"...teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa..

Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu.. Bahkan ia tak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.

Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,
"Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?"

Nabi Musa terperanjat.
"Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?"
Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril.
"Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?"

"! Ada!" jawab Jibril dengan tegas.

"Dosa apakah itu?" tanya Nabi Musa.

"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina".

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan
tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.

Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.


Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah.

PETUA RAWAT PANAU

CARA A)1. Pertama sekali anda perlukan sebiji bawang putih.
2. Kupas kulit bawang putih tu dan sentalkan pada tempat yang ada panau.
3. Lepas tu, biarkan jer macam tu selama 15 minit.
4. Kemudian, cucilah dengan air suam.
5. Amalkannya sehingga panau tu hilang.

CARA B)
1. Ambil sebatang kayu manis, gesekkan di bawah buntut lesung batu dengan sedikit air.
2. Sapukan ditempat yang bermasalah. Insyaallah panau dan sakit kulit berkenaan dapat dirawat.

CARA C)
1. Ambil 4 hingga 5 helai daun belimbing besi.
2. Tumbukkan kesemua daun tadi sampai lumat.
3. Semasa tengah menumbuk daun tersebut, masukkan sedikit asam jawa dan beras.
4. Kemudian, teruskan proses menumbuk kesemua bahan di atas hingga lumat.
5. Bila semua bahan dah lumat, sapukan saja ia pada kawasan tubuh anda yang mengalami panau, kesan demam campak ataupun kurap.
6. Jikalau anda sakit kepala, tampalkan saja bahan campuran tersebut pada bahagian dahi.

CARA D)
1. Gosokkan halia pada kulit yang berpanau.
2. Biarkan seketika, kemudian bilas dengan air biasa.
3. Amalkannya 3 kali sehari.

CARA E)
1. Ambil lengkuas sebesar ibu jari kaki, dibuang kulit arinya dan cuci bersih
2. Kemudian tumbuk sehingga hancur, lalu dibungkus dengan kain perca.
3. Diikat kemas dan gosokkan pada kulit yang berpanau.

Wednesday, November 16, 2011

Tuesday, November 15, 2011

KEBERSIHAN DAPUR

        
 
1. Kebersihan harus diberi perhatian kepada tempat penyediaan masakan dan paling penting, kepada tukang masak. Basuh tangan dengan air suam dan sabun selama 20 saat, sebelum menyediakan makanan dan selepas menyentuh daging mentah. Rambut dalam keadaan kemas, samada diikat atau ditutup. Pastikan sebarang luka di tangan tidak dibiar terbuka. Jika terdapat luka yang boleh berjangkit, jangan teruskan memasak.

2. Kawasan memasak mestilah bersih dan kemas. Basuh permukaan kawasan memasak dengan campuran 1 sudu besar peluntur klorin dan 1 liter air, atau menggunakan produk pencuci dapur. Ini adalah untuk mengelakkan bakteria.

3. Selain itu, tuala dapur dan span juga harus dipastikan bersih. Apabila basah, ia akan membiak bakteria. Basuh tuala dapur dan span setiap minggu dengan air panas.

4. Sementara itu, sekali-sekala sink harus dibersihkan dengan campuran 5ml peluntur dan 1liter air, atau produk pencuci dapur. Sisa makanan yang terperangkap di dalam saluran sink beserta keadaan yang lembab akan menggalakkan pertumbuhan bakteria.

5. Gunakan papan pemotong yang diperbuat dari kayu keras atau plastik, dan tidak mempunyai retak. Elakkan papan pemotong yang diperbuat dari bahan lembut. Basuh papan pemotong dengan air panas, sabun, dan berus skrub. Bersihkan lagi menggunakan campuran peluntur dan air tadi. Papan pemotong harus dibersihkan dengan rapi selepas digunakan untuk makanan mentah seperti makanan laut dan ayam, dan juga sebelum digunakan untuk makanan yang sedia untuk dimakan. Jika boleh, tetapkan satu papan pemotong untuk bahan mentah, dan satu lagi untuk makanan segera seperti roti dan buah-buahan.

6. Basuh permukaan tin makanan sebelum dibuka untuk mengelakkan kekotoran masuk ke dalam makanan. Bersihkan bilah pembuka tin selepas setiap penggunaan. Mesin pengisar harus dibuka dan dibersihkan sejurus selepas digunakan.

7. Jangan letakkan daging yang telah dimasak di atas pinggan yang belum dibasuh, atau bekas yang diletak daging mentah.

8. Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan sekata dengan air suam. Jangan gunakan sabun atau pencuci. Adalah lebih baik menggunakan skrub kecil untuk menanggalkan kotoran di permukaan

CERITA YANG TAK MASUK AKAL

Seorang ayah pergi merantau ke luar negara untuk mencari rezeki meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak. Dia seorang yang penyayang dan sangat dikasihi dan dihormati pula oleh ahli keluarganya.Setelah keadaannya di rantau orang agak stabil, dia menghantar surat pertama kepada keluarganya. Mereka sangat gembira menerima surat yang sungguh bermakna dari seorang ayah yang sangat dikasihi dan disayangi. Sampul surat itu ditenung berulang kali. Masing-masing memeluk dan mengucup surat tersebut bagai tidak mahu dilepaskan. Kemudian surat yang berharga itu disimpan di dalam pembalut sutera yang indah. Sekali sekala surat itu dikeluarkan dari pembalutnya untuk dibersihkan daripada debu dan habuk. Kemudian meletakkan kembali di dalam pembalutnya.

Kemudian tiba pula surat kedua, ketiga dan seterusnya. Semuanya disimpan dan dijaga rapi seperti surat pertama.

Beberapa tahun berlalu…

Tibalah masa untuk si ayah pulang menemui keluarga tercinta. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati tiada seorangpun yang tinggal kecuali anak bongsunya. Dengan cemas dia bertanya:

- Mana ibumu?

- Ibu ditimpa sakit yang amat teruk. Kami tidak ada wang untuk membiayai rawatannya sehingga akhirnya dia meninggal dunia.
- Kenapa begitu? Apakah kamu tidak membuka suratku yang pertama? Di dalamnya terkandung sejumlah wang yang banyak untuk perbelanjaan kamu?

- Tidak!

- Di mana pula abangmu?

- Dia telah terpengaruh dengan kawan-kawan sebaya yang jahat. Selepas kematian ibu, tidak ada siapa yang mampu menasihatinya. Sekarang dia sudah jadi sebahagian daripada mereka.

- (Ayah semakin hairan) Kenapa begitu? Aku telah tulis dengan panjang lebar menasihati kamu agar berhati-hati memilih kawan. Jangan berkawan dengan orang jahat kerana lama kelamaan kita juga akan jadi jahat! Aku juga meminta agar abangmu itu mengikut aku di rantau orang. Apakah kamu tidak membaca suratku?

- Tidak!

- لا حول ولا قوة إلا بالله

- Kakakmu di mana?

- Dia pernah tulis surat kepada ayah meminta nasihat tentang seorang pemuda yang melamarnya. Sekarang dia telah berkawin dengan pemuda itu. Tapi malangnya dia tidak bahagia. Hidupnya menderita didera sepanjang masa lahir dan batin.

- Bukankah aku telah jawab surat itu menasihatinya agar jangan terima lamaran pemuda itu? Aku telah ingatkan, jangan pillih pasangan berdasarkan harta dan kedudukan. Tapi pilihlah berdasarkan agama, akhlak dan keturunan! Kamu tidak baca semua surat-suratku?

- Tidak! Kami simpan surat-surat ayah di dalam pembalut sutera yang cantik, kami usap dan cium surat itu sebagai tanda sayang dan rindu kami kepada ayah! Tetapi kami tidak membacanya…

Tidak ada siapa yang percaya akan kebenaran cerita ini. Mungkin ada yang akan berkata ia tidak masuk akal sama sekali!

Namun sedarkah kita bahawa inilah kisah benar. Kisah yang tak masuk akal inilah yang berlaku dalam kehidupan umat Islam hari ini?

Kita menerima SURAT dari Yang Maha Mengetahui, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Memerhati lagi Maha Bijaksana. SURAT yang mengandungi panduan, ajaran serta petunjuk dalam segenap bidang kehidupan. Tetapi sejauh mana kita membaca, memahami dan mengikuti panduan yang diberi?

Maka jadilah apa yang terjadi! Umat Islam mati dibunuh saban hari, di sana sini. Jenayah meningkat, keruntuhan akhlak mencemaskan di semua peringkat, wanita-wanita didera dan diperkosa tanpa mengira tua atau muda, bayi-bayi yang tidak berdosa dibuang merata-rata, dan bermacam-macam kejahatan, maksiat dan kemungkaran yang menjijikkan.

Semuanya berpunca daripada tidak membaca dan mengambil pengajaran daripada SURAT yang dikirim oleh Pencipta Yang Maha Esa Yang Amat Sayang kepada makhluk-Nya!


"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
(1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran".
~Surah Al-'Asr.

Monday, November 14, 2011

KHASIAT TAUGEH

Menu tauge untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.

Lebih Subur

Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

Cegah Kanser

Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan punca kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.

Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine) iaitu sejenis asid amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan punca kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

Baik Untuk Wanita

Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang haid, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

Kurangkan Lemak

Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450%. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau 'lemak jahat' LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.

Lebih Muda

Tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

Buang Kotoran

Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser. Apabila kotoran segera meninggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang sel kanser.

KE PANTAI HUJUNG MINGGU

Hujung minggu  tak tahu nak kemana,so request la kat encik hubby nak  jalan-jalan,sekali dia bagi idea yang berkaitan dengan hobinya,memancing.Anak yang kedua tu tersangat lah happy sebab dapat pergi memancing,dekat pantai pulak tu.

Ada sorang kawan yang sekampung dengan hubby pun ke sana bersama anak isterinya sekali so dapat lah berkelah sambil-sambil realize tension.jom layan pic jer la.Oh ya lupa nak bagitau lokasi kami ialah Pantai Bersih,Bagan.orang penang mesti tau kan.

ni view dari tempat kami lepak.sya zoom kan sikit,dapat tengok view di seberang sana,bagunan komtar pun dapat tengok dengan jelas.

ni tak zooom

anak-anak apa lagi ini lah aktiviti mereka bermain air dan pasir pantai

tengok macam-macamgaya ada.happynya dorang time ni

ni aktiviti kaum bapa yer memancing.kagum tengok budak-budak dalam gambar ni memancing,budak-budak tu orang kampung tu jugak

main lari-lari

si kakak yang sempat lagi posing maut,heheh

my hubby tengah leka memancing n si kecik pun sibuk je

my sis n my daughter,tengok sebelah ada tulisan kat pasir lagi,katanya istimewa untuk ibu

ni wajah happy

ikan yang my hubby dapat,itu namanya ikan malung,kata orang buat laksa sedap.ntah la,sya tak makan

lagi seekor ikan yang dapat

bersantai setelah penat



ni la aktiviti hujung minggu kami sefamily,apapun biar lah anak-anak yang happy.

Sunday, November 13, 2011

ADAB-ADAB MELAWAT ORANG SAKIT

Dah la Perbuatan menziarahi orang sakit adalah perbuatan yang mulia dan digalakkan oleh agama.

Perbuatan ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim. Akan tetapi, dalam amalan menziarahi orang sakit ni, kita perlu mengambil kira juga sama ada perbuatan kita itu dianggap beradab atau pun tak beradab aka biadab.

Berikut disenaraikan apa yang beradab dan yang biadap:

CARA BERADAB
Jangan duduk menziarahinya terlalu lama kerana boleh menganggunya.
CARA BIADAB
Buat macam rumah sendiri dan bising mengalahkan pasar borong.

CARA BERADAB
Duduk di sisinya, pegang tangan dan sentuh dahinya serta tanya penyakitnya dan keadaannya.
CARA BIADAB
Duduk di sisi aweknya, pegang tangan dan tanya dia nak keluar dengan korang atau tidak.

CARA BERADAB
Doakan pesakit agar cepat sembuh seperti sediakala.
CARA BIADAB
Menyapanya dengan perkataan kurang sopan seperti "Hidup lagi engkau rupanya..."

CARA BERADAB
Berikan kata-kata nasihat dan menyarankannya agar bersabar menahan dugaan.
CARA BIADAB
Berikan kata-kata menyakiti hatinya di atas dosa yang dilakukannya sehingga mendapat sakit.

CARA BERADAB
Ceritakan tentang penyakit yang lebih teruk pernah dialami oleh orang lain supaya dapat bertenang.
CARA BIADAB
Ceritakan tentang orang-orang yang telah mati kerana menghidap penyakit tersebut.

CARA BERADAB
Bawakan makanan seperti buah-buahan kepada pesakit walaupun mereka tak dapat memakannya.
CARA BIADAB
tak bawa buah tangan, buah yang sedia ada pun habis dipulunnya.

Jadi bila nak pergi melawat orang sakit tu beringatlah ye. Kadang-kadang orang yang sakit itu mudah sakit hati dengan perbuatan kita walaupun perbuatan kita itu adalah tidak disengajakan.

CERITA SEDIH DARI FB

-Susu Terakhir buat si kecil-
Kisah yg amat menyayat hati dan pastinya akan menyentuh naluri keibuan kita…bacalah.
Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...

Friday, November 11, 2011

KORBAN

Baru dapat buat entry tentang korban,tahun ni mak mertua sya tumbangkan 2 ekor lembu untuk aidiladha.ramai sanak-saudara yang datang,namun sya tak rasa langsung kemeriahan raya korban tahun ni memandangkan berya di hospital saja.tapi sebelum tragedi aidiladha berlaku,sya ada juga snapkan beberapa keping gambar.
jom layan pic


gambar lembu yang nak di korbankan.yang lain2 takut nak ambik gambar lembu garang.

siap untuk di lapah


bekerja dengan bergotong royong

kerja melapah dah selesai mencincang dan memotong pulak untuk diagih-agihkan

menimbang daging

ni lembu yang kedua,tengah di potong untuk di agihkan

ni tak tahu apa hati lembu kot

daging yang siap untuk di agih-agihkan

NI JAWAPANNYA

Ramai yang tanya  sya racun apa yang anak-anak minum,ethelene glycol tu bukan racun sebenarnya tapi ia mengandungi toksid yang sangat tinggi,jika terminum dalam kuantiti yang banyak akan menyebabkan keracunan dalam darah,menjejaskan fungsi buah pinggang dan otak sama seperti terminum racun,tapi ethelene glycol tu termasuk dalam kategori alkohol.

Ethalene glycol di gunakan dalam kilang,yang anak-anak  terminum tu dah tercampur dengan minyak untuk kegunaan komponen barang kilang.menurut doktor yang merawat anak sya,jika terminum berlebihan atau lambat keluarkan cecair tu dari dalam badan,akan memberi kean pada jantung,darah,buah pinggang dan sistem saraf.baunya seperti bau minyak gris atau pun minyak diesel,bila dah bercampur dengan minyak komponen,warnanya menjadi seperti air teh.

Thursday, November 10, 2011

SYUKUR

Alhamdulillah anak-anak kembali aktif semula,si abang yang nombor tiga dah kembali ke sekolah dan si kecik pun dah ceria balik,syukur sangat-sangat.harap-harap entry yang sya buat sebelum ni tentang tragedi aidiladha di mana anak-anak terminum coolent mesin(ethelene glycol) dan di masukkan ke hospital menjadi pengajaran pada semua agar jangan letakkan cecair kimia merata-rata terutama yang ada anak-anak yang masih kecil.

Kanak-kanak memang tak pandai membezakan mana minuman dan mana racun.syukur alhamdulillah, hati sya berbunga kembali bila melihat mereka semakin aktif.kalau tak tak tahu la macamna nak gambarkan.

Wednesday, November 9, 2011

TRAGEDI AIDILADHA

Dah empat hari blog ni sunyi sepi dari sebarang entry bukannya apa,sya teramat la sibuk dan tersangat lah letih memandangkan anak yang ketiga dan si kecik baru je keluar hospital.

Sambutan aidiladha pun tak semeriah seperti selalu walau rumah mertua tumbangkan 4 ekor lembu,sya beraya di hospital jer.Aidiladha kali ni yang paling pahit sya rasakan.

Untuk pengetahuan semua anak-anak sya yang ketiga dan keempat terminum coolent mesin(ethylene glycol) kat rumah my mil.huhuhu.
Betapa macam gelap dunia sya rasa kan masa tu,semuanya secara tak sengaja.tak ada salah sapa-sapa pun dalam hal ni,tapi bila dah ramai-ramai masa korban hari tu,ada pulak yang keluarkan cecair tu yang warnanya serupa sangat macam air teh.

     

tak tahu nak gambarkan macamna lagi perasaan sya masa tu.ngeri bila fikirkan cecair kimia tu dah masuk kedalam perut anak,bila bawa  ke hospital,lagi la sayu tengok proses nak keluarkan balik cecair tu dari perut mereka,tiub di masukkan melalui hidung beserta ubat,bayangkan la time tu anak2 minta tolong pada  sya agar jangan  jolokkan tiub tu dalam hidung mereka terutamanya si kecikyang tak tahu apa2,badan tangan dan kaki di ikat gulung dalam selimut agar tak meronta- ronta.Ya Allah betapa sya tak dapat menahan air mata tengok keadaan mereka.

Selepas di masukkan tiub dalam hidung,si kecik mula muntah-muntah sampai lembik,namun si abang yang ketiga tak muntah,sebelah lagi tangan di dripkan  air.Time tu bila tengok anak-anak dah lembik sya memang dah tak tahu nak kata apa dah sambil pangku anak2 sambil nangis je.

Kes anak-anak di rujuk pada pusat racun negara,dan mereka nasihatkan doktor n nurse yang bertugas agar memantau perkembangan anak-anak selama 48jam,takut-takut ada efect kat darah,jantung otak dan buah pinggang.sambil tu ubat di masukkan melalui air yang di dripkan.Najis dan air kencing akan di timbang selalu,bagi memastikan tak da efect pada ginjal,setiap awal pagi dan malam darah akan di ambil untuk diperiksa agar cecair tu tak masuk dalam darah.huhuhuhu betapa sedihnya dengar anak-anak meraung tiap kali darah di ambil.

Namun Alhamdulillah,setelah tempoh 48jam pemantauan berakhir,mereka di benarkan keluar,gembira nya hati sya bila tengok dorang dah aktif kembali.kelmarin balik kerumah.lega rasa hati.Lepas ni kena bagi perhatian super lebih kat anak-anak yang aktif-aktif belaka ni.

walaupun sakit tapi muka dia tetap ceria,masa ni baru lepas buang tiub dari hidung,

baru lepas ambik darah

si kecik ni sentiasa merengek akibat takut sangat dengan jarum

sepanjang masa kat hospital tak berenggang dari sya,masa ni baru je lepas amk darah.


Ini la peristiwa yang paling pahit sya rasakan,bila tengok 2 orang anak terlantar kat hospital,andai kata kesakitan yang mereka alami tu boleh berpindah pada diri sya,sya sanggup.Nanti sya buat entry pasal korban pulak,pic ada dalam draf,tapi nak tulis dah tak larat dah,2 hari tak dapat tidur dengan sempurna.

Friday, November 4, 2011

AJAR ANAK MAKAN SAYUR

Tips Ajar Anak Makan Sayur dan Buah

Tips-tips berguna untuk kita kongsi agar anak-anak menjadi penggemar sayur dan buah.

1. Ibubapa sebagai contoh
Anak senang meniru apa yang ibubapa dia buat. Kalau ibubapa jenis yang suka makan sayur dan buah, maka anak dengan mudah akan menjadi penggemar sayur dan buah. Mana mungkin ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Jadi ubah diri anda dan pasangan sebelum memasang cita-cita untuk melihat anak menjadi penggemar sayur. Jadikan aktiviti menikmati sayur dan buah adalah aktiviti yang menyeronokkan.

2. Kreatifkan Hidangan
Kanak-kanak suka pada benda yang menarik. Jemukan bila makan resipi masakan yang sama setiap hari. Jadi, apa salahnya jika kita mengubah stail masakan dan hidangan sayur dan buah untuk hidangan sekeluarga.

3. Kongsi Ilmu Tentang Rahsia Warna Buah & Sayur Dengan Anak

a. Hijau
Mengandungi fitonutrien isotiosianat, lutein, zeantin, beta karotein dan Epigallocatechin gallate (EGCG).

Fungsinya: Untuk kesihatan sel, paru-paru, menyokong fungsi arteri atau salur darah dan hati; meningkatkan penyerapan kalsium

Sumber: Kubis daun, bayam, lada benggala hijau, selada air, salad, zukini (mentimun Jepun), brokoli, kubis Brussels, kacang panjang, kacang buncis, kacang hijau, bendi, kangkung, mentimun, teh hijau, epal hijau dan semua sayur lain yang berwarna hijau. EGCG juga boleh didapati dalam teh hijau, hitam dan oolong yang membantu mengawal paras kolesterol darah.

b. Merah

Mengandungi likopen dan asid elagik.

Fungsinya: Untuk menjaga kesihatan prostat dan asid deoksiribonukleik (DNA) di dalam sel.

Sumber: Epal merah, kranberi, tembikai, limau gedang merah jambu, jambu batu (merah), delima, lobak radish, rasberi, strawberi, ceri, tomato.

c. Kuning-jingga

Mengandungi alfa karotein, beta karotein, beta kriptozantin dan hesperidin

Fungsinya: Untuk kesihatan mata; fungsi imun atau daya ketahanan badan yang sihat; mengekalkan penghidratan, pertumbuhan dan perkembangan yang sihat

Sumber: Oren, labu, lobak merah, aprikot, keledek, limau, betik, jagung, nanas, lemon (limau kapas), buah markisa.

d. Putih

Mengandungi alisin, kueresetin, isoflavon, EGCG, isotiosianat dan antosianin

Fungsinya: Mengekalkan kesihatan tulang, memperbaiki peredaran darah dan menyokong fungsi salur darah, merangsang fungsi enzim

Sumber: Buah pir, kacang soya, bunga kubis, bawang putih, parsnip, lobak putih, kacang putih, cendawan, pisang, kentang,

e. Biru-ungu

Mengandungi kuersetin, resveratrol, asid elargik, antosianidin dan prosianidin.

Fungsi: Antosianidin dan resveratrol ialah kumpulan fitonutrien yang mempunyai ciri antioksidan yang kuat dan berperanan penting dalam melindungi tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas serta menyokong kesihatan jantung dan salur darah. Ada kajian menunjukkan antosianidin juga menyumbang kepada kesihatan DNA, kulit dan melancarkan pencernaan.

Sumber: Buah tin, anggur, beri biru, boysenberi, kubis merah (ungu), anggur hitam, terung, keledek ungu, kacang hitam, plum, bit.

4.Libatkan Mereka
Libatkan anak-anak ketika anda membeli sayur di pasar, kenalkan mereka dengan pelbagai jenis sayur dan buah. Jika anda tak kesah, biarkan mereka memilih sayur dan buah mana yang ingin dinikmati.

Anda juga boleh memperkenalkan jenis sayur dan buah dengan menggunakan flash card.

10 AMALAN YANG MENJEJASKAN OTAK

10 Amalan Yang Boleh Merosakkan Otak!

1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila
seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Thursday, November 3, 2011

AYAH.

APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..

Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..

RAHSIA MAKANAN ILMUAN ISLAM

Rahsia pemakanan ilmuwan Islam:

Madu – Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.

Kismis – Mengandungi zat besi
yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.

Susu segar – Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.

Telur – Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

Halia – Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.

Buah Delima – Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

Wednesday, November 2, 2011

KHASIAT GARAM

Banyak ayat-ayat Al-Quran menyebut bahawa semua kejadian di muka bumi ini adalah untuk munafaat atau kegunaan manusia sejagat.
Hadis Nabi Muhamad S.A.W menyebut GARAM adalah penghulu segala masakan/makan manusia. Makanan yang paling simple eg. Ubi rebus/jagung rebus akan dibubuh garam dan tidak benda-benda lain sehinggakan makanan/masakan yang mahal pun perlu dimasukkan garam untuk menambah rasa/selera.
Manusia dijadikan dari 4 unsur – Tanah , Air , Api dan Angin. Garam berasal dari unsur Tanah. Garam berasal dari laut dan dari bukit.
Banyak kegunaan garam;
  • pengawet ikan supaya tidak busuk.
  • menghilangkan tahi kerang dengan merendam kerang ke dalam air garam sebelum merebusnya/masak.
  • Kurangkan kemasinan ikan kering dengan merendamnya ke dalam air garam sebelum di masak.
  • Mengurangkan pahit buah peria dengan merendamkan ke dalam air garam.
Kegunaan garam dalam perubatan Islam.
Garam yang berlebihan di dalam badan kita adalah dari makanan yang berlebihan dan akan tersimpan di dalam badan. Maka terjadi lah darah tinggi. Kenapa boleh terjadi? Kerana nafsu makan, makan apa saja ikut nafsu.
Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam. Antaranya:
  1. Penyakit Gaut – timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut ( tepi pantai ) 1 – 2 jam kemudian mandi air laut.
  2. Kalau tinggal di bandar macam KL mana ada pantai kan. Jadi goreng 1 – 2 genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian bungkus dengan kain dan demah/tuam/tungku di bahagian yang benggkak atau sakit.
  3. Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh sendi, sakit kepala, senggugut. Jika sakit lelah demah/tuam tapak kaki.
  4. Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan
  5. Mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat eg bertani, bersukan dll – minum air suam dan sedikit garam.
  6. Mencuci perut : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi.
Rasulullah setiap kali menggembara akan memamah sedikit garam sebelum mengambil makanan atau minuman. Ini bertujuan untuk menstabilkan badan, meningkatkan ketahanan/imun badan kerana setiap bumi/ tempat mempunyai udara, megnatik dan hawa yang berlainan. Dalam kitab perubatan Islam ada menyebut ia dapat mengembalikan tenaga yang hilang semasa perjalanan. Cara Rasullullah ini telah menjadi amalan oleh pengembara/penuntut ilmu atau sesiapa sahaja yang bermusafir.
Selain dari itu garam juga digunakan sebagai pagar dari gangguan jin/makhluk halus.
  1. Anak yang selalu mengigau, ambil segenggam garam kasar diletakkan di dalam piring kemudian diletakkan di sebelah atas kepala anak tersebut semasa tidurnya. Insyaalah tidak mengigau lagi.
  2. Tabur garam di tempat tidur bagi mereka yang suka berkelah di hutan/pantai. Elakkan dari tidur di atas tanah/bumi, sebaiknya lapik dengan benda/kain tebal kerana udara yang keluar dari bumi akan masuk ke liang roma bersama-sama jin.