Sunday, June 19, 2011

PERHATIAN UNTUK WANITA!!!!!

GEJALA GEJALA BARAH YANG PERLU DIBERI PERHATIAN.

TANDA-TANDA AMARAN.
Perubahan tertentu pada tubuh boleh menjadi tanda-tanda barah.Ia termasuklah
*Perubahan dalam usus dan pundi
*luka yang tidak sembuh
*Pendarahan atau cairan yang luar biasa
*Penebalan atau benjolan pada payudara atau bahagian lain tubuh
*Kesukaran untuk menghadam atau menelan
*Perubahan pada tahi lalat atau ketuat
*Batuk atau suara serak yang teruk


GEJALA YANG PERLU DI BERI PERHATIAN.

SAKIT PELVIK
-Dicirikan  melalui kesakitan atau tekanan di bawah pusat.Ia berterusan dan tidak terhad kepada sindrom prahaid,sakit pelvik di kaitkan dengan kanser endometrial,barah ovari,barah serviks,barah tiub follafio dan barah vagina.

PEMBENGKAKKAN DAN KEMBUNG ABDOMINAL.
-Ini adalah satu daripada gejala-gejala biasa barah ovari,ia juga merupakan gejala yang selalu tidak di hiraukan.Rasa kembung boleh menjadi teruk sehingga tidak boleh membutangkan seluar atau menukar ke saiz yang lebih besar.

SAKIT BAHAGIAN BAWAH BELAKANG BERTERUSAN.
-Berlaku pada bahagian bawah belakang,ada wanita menyatakan sakit rasa sakit ini seperti rasa hendak bersalin,sakit bawah belakang ini menunjukkan gejala-gejala barah ovari.

PENDARAHAN VAGINA YANG TIDAK NORMAL.
-Ini menunjukkan gejala-gejala mengalami barah ginekologi.Haid banyak dan pendarahan antara haid,dan pendarahan antara sebelum atau selepas melakukan hubungan seks merupakan pendarahan tidak normal.Ia berkait dengan gejala barah serviks, barah rahim dan barah ovari.

DEMAM  BERTERUSAN
-Demam yang tidak sembuh dan berlanjutan lebih dari 7 hari,Ia perlu di beri perhatian.Demam yang degil sembuh seringkali menunjukkan gejala barah.

RASA SAKIT PERUT DAN PERUBAHAN PADA USUS BERTERUSAN.
-Jika kita mengalami sembelit,darah dalam najis,angin dan najis cair atau perubahan dalam usus, segeralah berjumpa doktor.Perubahan ini merupakan gejala-gejala barah ginekologi dan barah kolon.


PENURUNAN BERAT BADAN YANG TIDAK DI RANCANG.
-Kehilangan sebanyak 10 paun atau lebih, tanpa perlu melakukan sebarng usaha mungkit mengejutkan,tetapi ia tidaklah normal.Perlu segera berjumpa doktor.

HOBI MY HUBBY

Semua orang mesti meminati sesuatu kan ,my hubby juga tak ketinggalan,hobi yang di apaling suka ialah memancing,bole dikatakan tiap tiap weekend masa di habiskan dengan aktiviti ni.kadang-kadang ada ikan kadang2 tak ada,hobi ni sekarang di kongsi bersama anak kedua sya,dua2 xcited kalau bab2 memancing ni.


ni anak ke 2 sya mohd haqim,dia ni memang minat sungguh dengan aktiviti memancing ni,tiap-tiap hari mesti bertanya pasal bab-bab mamancing ni.

ni ketiga-tiga individu yang yang minat sangat dengan aktiviti memancing ni.

antara ikan yang pernah hubby dapat

rod my hubby vs anak punya rod

antara peralatan memancing,yang ni kepunyaan anak sya mohd haqim