Thursday, April 12, 2012

KHASIAT LOBAK MERAH


Lobak  mempunyai nilai pemakanan dan perubatan yang sangat penting untuk kesihatan kita. Seperti semua orang tahu, lobak mengandungi beta kerotin (yang akan ditukar kepada vitamin A dalam badan kita) yang tinggi selain dari sebahagian besar serat dan karbohidrat terdapat juga sedikit protein, lemak, kalsium, zat besi, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B6, vitamin C, vitamin K, biotin, potassium dan thiamine.

Di antara khasiat kesihatan daripada lobak ialah :

1. Lobak sangat baik untuk sistem limfa dan perut kita.

2. Memperbaiki masalah seksual, rabun malam dan batuk yang berpanjangan (tidak mahu sembuh dalam jangka masa yang lama).

3. Menguatkan buah pinggang, mengeluarkan angin dan kesejukan berlebihan dari badan kita.

4. Lobak sangat terkenal dengan sifat anti-kanser. Kajian menunjukan orang yang kekurangan beta kerotin 2 kali ganda lebih mudah mendapat penyakit kanser (barah). Adalah baik untuk makan lobak setiap hari bagi mengelakkan kanser. Ini adalah kerana beta kerotin di dalam lobak mudah ditukar kepada vitamin A untuk kegunaan badan kita. Vitamin A juga penting untuk pertumbuhan sel yang sihat, sistem imunisasi (sistem petahanan/kekebalan badan dari penyakit) dan perlindungan terhadap kemerosotan (degenerasi) maskular.
Kajian juga mendapati karot yang mengandungi asid folik, kumpulan vitamin B, berkesan untuk melawan radikal bebas (bahan yang menyebabkan kanser) dalam badan kita. Lignin yang ditemui dalam karot juga membantu menguatkan sistem kekebalan tubuh kita untuk melawan sel-sel kanser.

5. Lobak juga mengandungi suksinat potash yang bersifat ubat anti-hipertensi juga dapat membantu mengurangkan tekanan darah. Oleh kerana itu, juga dianggap sebagai diet yang baik bagi pesakit tekanan darah tinggi. Lobak adalah bahan yang larut dalam lemak, zat-zatnya lebih senang diserap oleh badan dengan kehadiran minyak. Oleh itu, masukkan setitis minyak zaitun ke dalam segelas jus lobak untuk penyerapan nutrisi yang lebih berkesan oleh tubuh kita. Lakukan ini demi kesihatan.

Tuesday, April 10, 2012

PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ADA ANAK

1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.

2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!

3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!

4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.

5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..

6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat…;-)

7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.

8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.

9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!

10- Kita akan lebih menghargai diri kita.

11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.

12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.

13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.

14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.

15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.

16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!

17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!

18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.

19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.

20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!

Friday, April 6, 2012

10 TASIK BAWAH TANAH YANG MENAKJUBKAN

Biasanya kalau disebut tasik, ianya akan berada di kawasan lapang, tepi-tepi gunung, dan kawasan hutan di atas tanah. Tetapi sebenarnya, ada juga tasik-tasik yang letaknya di bawah tanah dan di dalam gua.

Berikut adalah gambar-gambar tasik bawah tanah yang tercantik di dunia. Jika anda ada senarai tasik bawah tanah yang lagi cantik, sila beritahu deh :)

1 - Tasik bawah tanah di Gua Mellisani
Mellisani Caves - [amazingdata.com]


Tasik bawah tanah di Mellisani Caves ini, berhampiran Kefalonia, ditemui apabila bumbung gua runtuh selepas gempa bumi pada tahun 1953.

2 - Tasik bawah tanah di Cheddar Gorge

Cheddar Gorge - [bestourism.com]


Jurang Cheddar @ Cheddar Gorge adalah jurang terbesar di Britain dan ditemui dalam Gua Cheddar, di mana rangka lengkap manusia yang tertua di UK ditemui pada tahun 1903. Mayat itu dianggarkan berusia 9,000 tahun.

3 - Tasik bawah tanah di Hamilton Pool

Hamilton Pool - [bestourism.com]

Kolam Hamilton @ Hamilton Pool di Austin, Texas, telah dicipta agak secara alamiah apabila kubah gua bawah tanah runtuh mendedahkan kolam yang menakjubkan ini.

4 - Tasik bawah tanah di Reed Flute Cave

Reed Flute Cave - [travelpod.com]

Gua Reed Flute @ Reed Flute Cave di Guilin, China ditemui semasa Dinasti Tang hampir 1,300 tahun lalu.

5 - Tasik bawah tanah di Luray Caverns, Virginia

Luray Caverns - [amazingdata.com]

Stalagtit menghiasi bumbung Luray Caverns, Virginia, bersama dengan air tasik yang sangat tenang memberikan satu refleksi yang sempurna.

6 - Tasik bawah tanah di Wookey Caves, England

Wookey Caves

Lagenda mengatakan bahawa orang-orang gua awal mendiami Gua Wookey @ Wookey Caves di Somerset, England.

7 - Tasik bawah tanah di Lechuguilla Cave

Lechuguilla Cave - [whatafinecave.com]


Gua Lechuguilla @ Lechuguilla Cave di Carlsbad Caverns National Park, New Mexico merupakan gua yang kelima terpanjang ditemui iaitu 120 batu panjang dan kedalaman 489 meter, menjadikannya paling dalam di benua Amerika Syarikat.

8 - Tasik bawah tanah di Macan Ché

Macan Che - [amazingdata.com]

Tasik bawah tanah Macan Che berhampiran Semenanjung Yucatán merupakan salah satu daripada banyak yang dianggap sebagai hadiah dari tuhan oleh kaum Maya, dan oleh itu ianya suci.

9 - Tasik bawah tanah di Mexico

Tasik bawah tanah Mexico - [wonderfulinfo.com]

Aliran batu kapur ke dalam tasik bawah tanah di Mexico ini menyerupai air terjun bertukar menjadi batu. Mungkin istilah Ratu Ais @ Ice Queen mengambil sempena gua khusus ini.

10 - Tasik bawah tanah di Banff, Kanada

Tasik bawah tanah di Banff - [amazingdata.com]

Ada air terjun kecil di tasik bawah tanah di Banff, Kanada ini.

Thursday, April 5, 2012

MENGAPA SAKIT BELAKANG DAN CARA MENGATASINYA


Secara perubatan, leher dan bahu terdiri daripada otot, tulang, saraf, arteri dan salur darah, begitu juga ligamen dan struktur sokongan lain. Banyak keadaan yang boleh menyebabkan sakit leher dan belakang khususnya kawasan sekitar bahu. Ada yang mengancam nyawa seperti serangan jantung dan trauma serta keadaan lain seperti bebanan. 

Perlu diketahui, antara tabiat buruk menyebabkan sakit belakang:
  1. Gemar membongkok ke depan dan beralih ke kiri dan kanan ketika mengangkat atau menarik sesuatu.
  2. Membongkok ke depan dan ke bawah ketika bekerja.
  3. Perjalanan yang jauh tanpa berhenti rehat.
  4. Berdiri terlalu lama.
  5. Membawa barang yang beratnya tidak seimbang.
  6. Duduk membongkok di kerusi.
  7. Membongkokkan badan ketika batuk atau bersin.
  8. Memakai kasut bertumit tinggi.
Tips elak sakit belakang
  1. Tidur di atas tilam spring; letakkan papan di atas dasar tilam.
  2. Elakkan diri daripada ketegangan yang boleh menyebabkan sakit belakang.
  3. Kekalkan kedudukan susuk badan (posture) yang baik ketika duduk dan berdiri.
  4. Apabila mengangkat barang, tegakkan belakang anda dan bengkokkan lutut saja.
  5. Pelajari senaman yang boleh membaiki pergerakan dan kedudukan susuk badan anda.
  6. Jika memandu, anda perlu berhenti dan berehat seketika atau keluar dari kereta setiap 90 minit.
  7. Bagi wanita, pakai kasut bertumit rendah.
  8. Luangkan sedikit masa untuk berehat dan elakkan daripada terlalu banyak membuat kerja yang membebankan untuk jangka waktu yang lama.
  9. Pegang objek yang berat rapat ke badan anda.
  10. Apabila duduk di kerusi, pilihlah tempat duduk yang dapat mengampu seluruh paha anda dan biarkan kaki anda lurus ke bawah dan memijak lantai atau bangku kecil dengan selesa. 

Wednesday, April 4, 2012

7 TANGGA PELIK

Jom kita lihat bagaimana rupa 9 tangga yang pelik di dunia:

1. Tangga Muzium Vatican , Itali



2. Tangga Spiral , Australia



3. Tangga di Queen's House, England



4. Tangga di Loretto Chapel, USA



5. Tangga Kedai Buku Lello, Portugal



6. Tangga Seramik San Francisco, USA



7. Tangga 'Umschreibung', Bangunan KPMG, Munich, Jerman


8. Tangga Longchamps Store, New York, USA



9. Tangga Jambatan Gantung, Traversinertobel, Switzerland 


Tuesday, April 3, 2012

EMPAT TABIAT YANG MEMBURUKKAN

Apa yang akan terjadi sekiranya anda hanya tidur kurang dari 5 jam sehari - Hormon stress akan meningkat sekiranya seseorang tidak mendapatkan tidur yang cukup. Selain daripada itu, ia juga akan mengganggu jadual pemakanan anda. Anda mungkin akan makan terlalu banyak atau terlalu sedikit. Hasil kajian juga mendapati bahawa tidur yang tidak cukup akan mengurangkan penghasilan antibodi untuk melawan kuman. Ini akan membuatkan anda mudah untuk menghidapi penyakit demam atau selesema. Seorang dewasa dinasihatkan untuk mendapatkan tidur antara 7-8 jam setiap malam. Tetapi awas, anda juga perlu mengelakkan terlebih tidur kerana ia turut memberi kesan tidak baik terhadap kesihatan anda.

Apa akan terjadi sekiranya anda tidak mengambil sarapan pagi - Apabila anda bangun daripada tidur, ia bermakna tubuh anda telah 12 jam tanpa makanan. Ia memerlukan pengisian semula untuk membekalkan tenaga. Sekiranya anda tidak mengambil sarapan, tekanan darah akan menjadi rendah, ia akan mengganggu organ daripada berfungsi pada tahap sebenar. Otak anda juga akan terganggu kerana tidak mendapat aliran darah yang mencukupi. Ia akan membuatkan pemikiran anda menjadi lembap. Hasil kajian juga mendapati bahawa daya ingatan seseorang yang mengambil sarapan adalah lebih tinggi berbanding orang yang tidak mengambilnya.

Apa akan terjadi sekiranya anda duduk terlalu lama - Apabila anda duduk terlalu lama, tubuh anda akan menukarkan lebihan gula dalam badan menjadi lemak. Ini akan membuatkan anda menjadi lebih gemuk. Selain daripada itu, ia juga akan mengakibatkan kerosakan pada saraf dan sel-sel darah dan secara tidak langsung akan meningkatkan risiko penyakit diabetis dan masalah buah pinggang.

Apa akan terjadi sekiranya anda dalam keadaan yang marah - Seorang yang pemarah biasanya akan menghidap penyakit darah tinggi pada usia yang muda. Selain itu, ia juga akan meningkatkan risiko anda menghadapi serangan jantung. Punca seseorang menjadi marah biasanya adalah disebabkan oleh tekanan perasaan. Jadi cuba elakkan anda berada didalam situasi yang tertekan. Marah adalah merupakan sifat semulajadi manusia tetapi anda perlu bijak untuk mengawalnya.

Monday, April 2, 2012

KHASIAT LABU

Terdapat pelbagai khasiat di dalam sebiji labu. Antaranya adalah beta karotena yang bertindak sebagai agen antioksidan yang dikatakan telah menunjukkan khasiatnya bagi memperbaiki fungsi imun dan mampu mengurangkan risiko penyakit seperti kanser dan penyakit jantung. Buah labu dikatakan mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang tinggi, termasuklah beta karotena, kalsium, fosforus, zat besi, magnesium, kalium, natrium, zink, selenium, niasin, folat, karbohidrat dan vitamin A, B1, C dan E. Dikatakan satu cawan labu mengandungi kira-kira 50 kalori dan 3 gram serat. Nutrisi yang terkandung menjadikan labu kuning berkhasiat meningkatkan lagi kekebalan tubuh. Kajian yang dilakukan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) menyatakan sumber serat atau fiber yang tinggi dalam labu turut berfungsi mengawal nafsu makan.

Beta karotena bertindak sebagai barisan pertahanan pertama di dalam badan bagi meneutralkan serangan radikal bebas terhadap sel dan sebagai antioksidan yang penting dalam memperlahankan proses penuaan serta memperbaiki sel-sel badan yang telah rosak secara perlahan-lahan. Selain kandungan beta karotena mampu berfungsi untuk mencegah serangan jantung, kandungan vitamin B1, C dan serat dalam labu pula berperanan sebagai pencegah penyakit jantung dan strok. Labu juga berupaya mengubati penyakit ringan seperti demam, migrain, cirit-birit, penyakit ginjal, gout serta membantu menyembuhkan radang.

Banyak kegunaan labu sama ada untuk tujuan makanan mahupun ubatan. Pokok labu itu sendiri juga banyak kegunaannya. Daun pokok labu dikatakan mampu berfungsi sebagai sayur dan bijinya bermanafaat untuk dijadikan kuaci. Air jus buah labu pula dikatakan berguna sebagai penawar racun binatang berbisa, sementara bijinya pula boleh dijadikan ubat membunuh cacing pita dalam perut.
Pokok labu hidup menjalar
Daun labu merah pula bagus direbus untuk dijadikan penawar cirit-birit atau demam. Boleh juga ditumbuk kasar untuk diletakkan pada otot yang sakit.

Orang India Amerika dikatakan telah menggunakan kulit labu kering untuk dijadikan tikar manakala biji labu dijadikan makanan dan ubat. Malah pada suatu ketika dikatakan bahawa dengan memakan labu, mampu membuang jeragat dan menyembuhkan gigitan ular.