Tuesday, May 31, 2011

PUDING ROTI

Tengok roti kat dapur banyak lagi,terfikir nak buat puding roti,tapi buat dalam versi sendiri la,untuk anak2.banyak bahan yang tak cukup tapi main belasah jer akhirnya jadi lah macam ni.

bila dah siap di potong

sosnya cuma susu pekat hahaha

AKSI SI KECIK LAGI

Jom tengok aksi si kecik lagi,kali ni,aksi si kecik yang comot dengan koko,

lawa dak,budak yang di makeup oleh koko

ni lagi satu


lawa kan

salah sorang budak yang celik IT

Aik apasal tutp hidung,musyuk eh?
aksi budak tomey yang nakal

ni mesti ada dengan kitty dia,wajib bawak selain mckey mouse




dan yg ni satu lagi,bear yg di sayangi la merangkap tempat lap muka dia,kalau tak da tak tido.


kaletah budak ni kadang2 mencuit hati,macam2 ragam

Monday, May 30, 2011

NAK EYESHADOW TAHAN LAMA

Tips ni sya dapat masa attend kursus make up avon aritu,kalau nak eyeshadow kita tahan lama,sebelum pakai eyesadow,sapukan sedikit lip balm pada kelopak mata,kemudian baru pakai eyeshadow,eyeshadow akan kekal lama dan nampak cantik.

ROTI PIZA CUBAAN PERTAMA

Kemarin ada terbaca kat blog cutemum resepi mini piza yang simple,sya pun try la buat untuk anak2 sya,simple je.tak letak bahan yang banyak pun.Alhamdulillah anak2 suka dgn menu ni.


Tq cutemum sebab sudi  berkongsi resepi dalam blog beliau,dapat lah sya mencuba.hasilnya:

                                       *
                                       *
                                       *
                                       *
                                       *
                                       *
                                       *
                                       *
                                       *
                                       *
ni la hasilnya
                               

Sunday, May 29, 2011

PEMBERSIH MUKA SEMULAJADI

Kalau kita rajin,kita bole buat pembersih muka sendiri,bahan2 yang di gunakan pun semulajadi dan selamat je.jom kita try buat cleanser sendiri.

Bahan-bahan
1/4 timun-cicang jangan kupas
1/8 kentang-cincang jangan kupas
1 sudu teh soda
1 biji telur
1/4 cawan yogurt asli

kalau yang mempunyai kulit berminyak juga bole buat pembersih muka macam di atas,tapi tambahkan beberapa perkara berikut

-gunakan yogurt tanpa lemak
-tambahkan 2 sudu teh jus limau
-tambahkan soda menjadi 2 sudu makan
-gunakan putih telur sahaja

cara membuat
kisar timun dan kentang,kemudian tambahkan bahan-bahan lain.
lembabkan wajah dngan air suam,lalusapukan campuran tersebut dalam gerakan melingkar pada wajah.
Bilas dgn air suam diikuti dengan air sejuk.
    
   
 

SEJUK PERUT IBU


Cuba tengok aksi si kecik dia atas sejuk je hati tengok aksi dia,dia tengah berlatih sembahyang,masa ni sya tak sempat nak simpan sejadah tu,tengah2 dok lipat telekung,tertengok la si kecik dok sembahyang,terus ambik hp cepat2 snap gambar.Alhamdulillah semoga siti khadijah menjadi anak yang solehah.

Saturday, May 28, 2011

APABILA ANAK SAUDARA SAMA UMUR DENGAN EMAK SAUDARA

Ha apa punya tajuk ni,ni tentang adik dan anak sya la,dorang ni sama umo,so bila dah berjumpa dah tak macam mak sedara dan anak sedara dah,dah jadi macam kawan2 dah.

Kadang2 bila keluar sekali ada orang kata macam kembar,cuba tengok aksi dorang berdua ni.

ha si kakak yang poyo dgn mak usu dia

cuba tengok macam kembar tak

berposing bagai

tengok telatah kakak

ni adik sya yang bongsu nurul syafiqah,suka bergaya dia ni.tua enam bulan je dari si kakak tu

SARAPAN PAGI NI

 

      


Selamat pagi semua,ini lah sarapan sya pagi ni,rti dan peanut butter ja,roti tu anak sya panggil roti khemah sebab bentuk tiga  segi,macam-macam la dorang ni,peahut butter tu salah satu kegemaran kami sekeluarga.sedap.Korang sarapan apa arini?



Friday, May 27, 2011

NAK BALIK CUTI

BERMULA PETANG NI SYA  NAK BALIK KAMPUNG , MENGHABISKAN  CUTI SEKOLAH KAT KAMPUNG,KAT KAMPUNG XDA TENET NI,N SYA TAK GUNA BRDBAND,SO TAK DAPAT LA NAK UPDATE N BW KAT BLOG KAWAN2 SUME PE PUN  SYA DAH BUAT ENTRI AUTOPUBLISH KAT BLOG SYA,HARAP KAWAN2 SUME SUDI TINGGALKAN KOMEN YER,BALIK DARI CUTI NANTI SYA AKAN TERJAH BLOG KAWAN2 TAU,



Selamat bercuti semua.

HILANGKAN BEKAS JERAWAT

Ambl beberapa helai daun sirih muda,kemudian tumbuk hingga hancur,sapukan keseluruh wajah dan biarkan hingga kering.Setelah itu bilas dengan air bersih.Lakukan 3 kali seminggu

Selamat mencuba

                             
                                     gambar dari google

PEEL SI KECIK

Macam-macam perangai si kecik ni,hari ni usia dia dah genap 2 tahun,lagi banyak la kaletah2 dia yang mencuit hati.Kadang2 bole tergelak sorang2 tengok gelagat dia.

                        
                                  
 
ni masa si kecik berusia 1 tahun,

rambut pun masih pendek lagi

pakai kopiah abang,beraksi macam ustaz

ibunya bersama si kecik yangdah pandai tak duduk diam

sikecik berbaju kurung time hari raya

Sedar tak sedar dia dah berumur 2 tahun dah,dah pandai bercakap,bermain,berlari,sama macam abang2 dan kakak nya.

Thursday, May 26, 2011

TIP AMBIL HATI ORANG TUA

Di antara tip untuk mengambil hati orang tua ialah:

*Tonjolkan kelebihan
meskipun tidak di senangi oleh mereka,namun jangan menyimpan dendam dan benci pada mereka.Terus bersabar dan berusaha memenangi hati mereka.

*Sentiasa sopan dan hormat
Hormati orang tua dan bersikap sopan dengan mereka walau dalam apa jua keadaan.Ringan mulut bertanya khabar,menyapa dan bersalaman setiap kali bertemu dengan mereka.


*Berikan hadiah
Tiap kali berkunjung ke rumah mertua jangan lah lupa bawa buah tangan atau hadiah walau pun kecil dan murah kerana mereka akan merasa kita menghargai mereka

Mertua juga ibarat ibu dan bapa sendiri,jangan lah se
sekali menguris hati mereka.

SUASANA KAMPUNG

Tiap2 minggu sya akan balik 2 kampung tau,tapi kampung sendiri la lagi best,suasana tenang je.jom layan gambar kampung sya,pastu jangan lupa bagi komen tau suasana dia.

si kecik dan mak saudaranya sedang beriadah


rumah mak saudara yang baru buat

anak sya kakak dan adiknya menunggang basikal

view depan halaman rumah mak sya

view kat luar jalan

sawah depan umah


 Ha macamna cantik tak view kat kampung sya,jauh dari jalan besar  tau,kiranya nak nampak kenderaan lalu susah la sikit.Tapi best la sebab tenang ja dok kat sini.


SELAMAT MEMULAKAN HARI YANG CERIA

wah sedar tak sedar harini dah masuk hari khamis la,pantas sungguh masa berlalu yer.dah pun 26hb hari ni.kawan2 semua dah makan,makan apa pagi ni,jangan lupa ambil sarapan yer.

Semoga kawan2 semua happy2 selalu

Wednesday, May 25, 2011

KUDAPAN PETANG HARI

Petang-petang ni anak-anak sya mesti nak makan sesuatu ni,hmm nak masak apa yer,fikir,fikir,fikir,yang ni je la untuk kudapan dorang petang ni,dorang suka sangat la ni.

ni la dia keropok ikan untuk dorang,sekejap jer abis dorang makan

KENAPA SUSAH TERIMA TEGURAN

Entry tak di tujukan kepada sesiapa pun.Setiap pagi sya akan mendengar radio sinar fm.Ada satu colum yang sya minat yang mana Dr Fadhilah Kamsah memberi motivasinya,luahan hati suami yang tak terucap.


Dr ada mengatakan suami kadang2 tak sedar kelemahan diri mereka jadi isteri perlu menegur,ok lah kan kalau suami yang senang menerima teguran,tapi macamna kalau suami yang tak dapat terima teguran dari isteri,mesti melenting balik pada isteri.susahkan macam tu,suami selalu mengatakan isteri tak kebal dalam urusan rumah tangga,ada saja yang tak kena.

Yang ni sya ada baca dalam magazine minguan wanita dari seorang perunding undang2 kekeluargaan,katanya

"kalau isteri tak kebal mental fizikal siapa yang redha bangun tengah malam dalam keadaan mengantuk menyusui anak,kemudian menghantar anak ke sekolah sedangkan suami asyik lagi tidur,memasak,membasuh pakaian mengatur rumah walaupun tak sihat,

menahan sabar dengan karenah anak2 dan menjaga mereka sepanjang masa.Pekerjaan apakah di dunia ini yang paling tidak berbaloi jika di gaji termahal sekalipun,kalau hati terus menerus di susahkan oleh pekerjaan itu.Masa dan ruang tetap berada dalam kongkongan dan tidak ada cuti seharipun untuk karier sepanjang hayat ini.

Inilah kerja sebagai surirumah sepenuh masa yang sering di remehkan para suami.mungkin kerana isteri2 ini tidak bergaji.

Wah hebatnya penangan surirumah ni juga ye,so kepada para suami,hargailah isteri anda yang bergelar surirumah walaupun mungkin dia tak dapat menolong anda menjana pendapatan,namun dia menolong anda menyambung dan menjaga keturunan anda,menyelesakan kehidupan anda agar teratur dan terurus.

PENGEMAR DONAT

Ni la dia budak penggemar donat yang tegar,tengok la dua-dua tangan ada donat,kedekut kemain,bila mintak ckit,selalunya ayat dia tak ayah,tak ayah,memang kedekut tau.

Tuesday, May 24, 2011

BUAT LULUR SENDIRI

Jom try buat lulur sendiri,lulur ni sangat sesuai untuk atasi kulit kering dan kusam,jom try

*Ambil segenggam beras pulut dan 3 sudu minyak bayi,tumbuk kedua2 bahan bahan ini sehingga beras pulut jadi halus dan lulur pada kulit badan.


kulit akan jadi lembab,halus dan berseri.

URUSAN DI PENANG

Tak tahu nak bagi tajuk pe,bole la dari  tak da tajuk,jumaat lepas sya ke sebelah pulau sebab ada urusan di Amanah Raya.kebetulan mertua ajak ikut jambatan Pulau Pinang,selalu pergi Amanah Raya ikut feri senang,tapi memandangkan hari tu hari jumaat bapa mertua ajak pergi ikut jambatan cepat balik katanya.kali pertama pergi ikut jambatan ni takut jugak,sesat,nama jer orang Pulau Pinang tapi kalau area pulau sesat gak haha.

ni view dari tingkap kereta yang di snap oleh anak sya yang no 3

masa ni banyak gak kereta nak gerak p pulau

cuaca cantik je masa ni

my father n mother in law sedang  berurusan dengan staff amanah raya,tme ni staff tu g fotostat dokumen



bersih dan cantik jer ofice ni,selesa je



anak sya yang ke tiga mohd sofi punya la suka naik benda ni,cuma dia ja yang nak ikut masa g pulau tu yang lain nak tok dgn tok dorang(mak sya)

lepas urusan dah settle,singgah jap kat masjid negeri coz mertua nak jumpa nak dia yang belajar kat KITAB,nama penuh kolej tu tak tau la,lupa dekat ja dgn masjid negeri tu

selamat pagi

U all sume dah sarapan?harap semuanya sihat2 hari ni yer,semoga urusan u all arini berjalan lancar.have a nice day

Monday, May 23, 2011

TRAGEDI BULAN MEI

Hari ni 23 hb mei genap la setahun pemergian adik ipar sya ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya,dalam sedar tak sedar dak setahun masa berlalu,tetapi bagi yang kehilangan insan yang tersayang akan merasa baru ja peristiwa itu berlaku,begitu juga kedua2 mertua sya,masih lagi bersedih  dengan kehilangan anak mereka.

19 hb mei juga genap lah 11 tahun pemergian kakak sya yang tersayang ke ramahtullah akibat penyakit santau.Bagi diri ini terasa macam baru semalam berguarau senda dan bertawa ria dengannya.Emak sya pun masih bersedih juga dengan kehilangan anak sulungnya.

Semoga kedua-duanya di tempatkan dikalangan orang2 yang beriman,ALFATIHAH......

PERIKSA

Esok anak sya sya yang sulung akan menduduki peperiksaan,di sekolah,huhuhu risau jugak ni,dah la budak ni banyak main je dari ulangkaji,berjaya kah dia mengekalkan kedudukannya dalam kelas huhu,anak yang nak ambik periksa,ibu pula yang risau ni.


Apapun ibu doakan kakak dapat menjawab soalan2 dengan mudah ya,ibu sentiasa doakan yang terbaik untuk kakak.

buatyang terbaik yer kakak

PERANAN IBU BAPA SEWAKTU ANAK PERGI DAN BALIK DARI SEKOLAH


  • Ibu bapa perlu memainkan peranan dengan melapangkan sedikit masa untuk meraikan pemergian dan kepulangan mereka dari sekolah. Perkara-perkara berikut mungkin boleh dijadikan amalan harian :
    • Mengejutkan mereka dari tidur dengan penuh kasih sayang
       
    • Menahan sabar terhadap sebarang kerenah mereka pada waktu pagi sebelum pergi ke sekolah.
       
    • Cuba untuk bersama-sama bersarapan pagi dengan mereka sambil menanyakan kemajuan persekolahan mereka.
       
    • Sama-sama bergerak ke muka pintu untuk melepaskan mereka pergi sambil bersalam-salaman dan berdakap-dakapan. Suasana berkasih sayang seperti ini amat penting terutama bagi mencairkan kerenah-kerenah negatif yang biasanya ditunjukkan pada waktu pagi. Kalau ada peluang cuba hantar sendiri anak-anak ke sekolah. Dalam perjalanan yang singkat itu banyak bentuk komunikasi yang dapat dilakukan. Banyak proses faham-memahami dapat diusahakan. Jadikan rutin seperti ini sesuatu yang menyeronokkan.
       
    • Raikan kepulangan mereka. Tanyakan apa yang berlaku sekolah. Sajikan makanan mereka. Kalau berkelapangan, hadirkan diri sebentar untuk sama-sama menjamah makanan dengan mereka.
       
  • Sering ingatkan mereka tanggung jawab menyembah Allah S.W.T sebelum mereka melakukan perkara-perkara lain

TAKZIAH

Selamat pagi semua,moga semua sihat dan baik2 ya,mendung jer pagi ni kat tempat sya,dah sarapan semua?

Jumaat lepas kita di kejutkan dengan kejadian tanah runtuh kat rumah anak2 yatim Hulu Langat selangor,16 meninggal dunia,menyayat hati betul la,mengalir air mata mengenangkan nasib mereka.

Jom kita ramai2 sedekah kan Alfatihah  buat mangsa2 yang meninggal,moga roh mereka di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman.Takziah untuk keluarga si mati.semoga anda semua tabah.

Untuk anda semua berhati-hati yer walau di mana you all berada.

keratan akhbar metro kemarin.