Saturday, April 30, 2011

mutiara kata

kegembiraan ibarat semburan pewangi,apabila kita memakainya,semua akan dapat merasai keharumannya.oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu.

SELAMAT HARI LAHIR

Selamat hari lahir buat anak ibu,mohamad haqim,

-semoga dipanjangkan umur

-semoga menjadi insan yang berguna

-semoga dapat menjadi pemimpin yang beriman satu hari nanti

-semoga maju dalam pelajaran

-semoga cita2 mu akan tercapai

Ibu selalu mendoakan semoga dirimu sentiasa berbahagia hendaknya,ibu akan sentiasa mendoakan kesejahteraan mu anak ku,dunia dan akhirat.

Friday, April 29, 2011

BERHATI-HATI DI JALAN RAYA

jalan raya bukan tempat untuk berlumba ya,pembunuh yang paling berbahaya jalan raya la.banyak nyawa terkorban hanya dengan kecuaian orang lain,ada yang kehilangan,orang yang tersayang.

Saya pun pernah kehilangan anggota keluarga akibat kemalangan jalan raya mei tahun lalu,adik ipar saya telah terkorban di jalan raya gara2 kecuaian orang lain,baru berumur 27 tahun,tapi telah pergi buat selama-lamanya.

Saya tak dapat nak tunjukkan gambarnya tapi saya,ada pic kenderaan yang di naiki nya,yang remuk teruk dalam kemalangan terbabit



peristiwa ini membuatkan mak mertua saya trauma sampai sekarang,semoga rohnya dicucuri rahmat.ALFATIHAH...

petua dapur(atasi sinki tersumbat)

Cara nak atasi singki tersumbat adalah dengan,ambil segenggam garam kasar dan letakkan di lubang singki.Gunakanair sedang mendidih dan tuang dalam singki tersebut,insyaallah singki tak tersumbat.

selamat mencuba

banjir lagi

ni entri,masa ambik anak dari sekolah tadi,hujan dah berhenti,mendung je,tanda2nak ujan tu ada lagi,ni sempat la snap kawasan2 banjir





ha tu la dia kawasan2 nya,untuk pengetahuan korang,lokasi ni taman merak,simpang ampat seberang perai selatan

banjir

   Dah masuk hari jumaat hari ni,kepada yang bekerja tu,hari ni last la hari anda bekerja,esok cuti.Mesti banyak perancangan untuk menghabiskan hujung minggu bersama orang yang tersayang.Selamat berhujung minggu ye.Buat kaum lelaki jangan lupa solat jumaat hari ni,gandakan pahala anda pada penghulu segala hari ni.


   Masa entri ni di tulis,hujan lebat,kawasan perumahan saya banjir,tapi rumah saya blm lagi dinaiki air,masa antar anak pegi taski tadi sempat la snap bape keping gambar

\
hujan lebat,aik macamna bole terselit makeup brush ats dashboard lak,hehe

kawasan banjir,kat depan air lagi tinggi

meredah banjir dan hujan lebat


kepada yang memandu berhati-hati yer

Thursday, April 28, 2011

bila ank gila game

Ni pasal anak ke tiga la,hari2 balik dari sekolah nak main gme,baik dari hp atau ntebook,huhuhu,kadang2 nak ajak pegi ngaji pun susah jenuh nak pjuk.
Jiwa tau,dah la time tu nak kena antar kakak dia sekolah kafa lg,nak antar abang dia lagi,dia asyik dgn gme je,pening,pening.
Kadang2 tu sampai mood kita yang ceria pun jadi slow la,ye la mna nak buat itu ini,dia selamber jer main game,sebelum ke taski pun game jugak,
Ada sesapa tahu tak nak buat macamna nak menangani masalah anak yg terlampau ketagih dgn game ni?

isu bunuh diri

 Masa antar anak sekolah tadi,heboh lah satu sekolah pasal  yang budak darjah 4 nak bunuh diri,yang sya ceritakan kemarin tu,macam2 versi la dgr,benda kecik di tokok tambahkan.
 Paling tak sedap di dengar,ada yang mengatakan,mak dia tak pandai jaga anak,alahai,yang bercerita pun kaum2 ibu jugak,korang sendiri pun tahu macamna cabaran nak mendidik anak zaman sekarang sebab korang juga seorang ibu @mak kan.
 Jangan la pandai2 menunding jari pada orang lain,kerana kita juga ada anak2 yang perlu di beri perhatian,ingatlah 1 jari menunding pada orang lain,4jari akan menunding pada kita.
 Sepatutnya korang bagi la sokongan,pada ibu tersebut,bukan menyalahkan dia,manusia mana tak pernah buat salah.

Wednesday, April 27, 2011

budak2 zaman sekarang

entri ni tulis berdasarkan cerita dari anak sulung saya yang balik dari sekolah,bercerita dgn penuh semangatnya:

kakak:ibu,tadi kawan kakak lari dari sekolah tau.

sya:ye ke kenapa?

kakak:ala ibu,dia tak tahan kena ejek dgn budak darjah 6 kat sekolah.

sya:kenapa pulak orang ejek dia?

kakak:ye la ibu,sebab dia bercinta dengan budak darjah 6.

sya:hah!bercinta?

kakak:la betul ibu,dia bercinta,ibu tau dak.....

sya:apa dia?

kakak:dia pernah cba bunuh diri,nak terjun tingkap sekolah,nasib baik la ustazah datang sabarkan dia,

sya:hah!!biar betul kakak ni,

kakak:ye betul ibu.

tu dialog tadi antara sya dan anak,huh kecik2 lagi dah ada niat nak bunuh diri ape kes,pasal cinta terhalang je nak bunuh diri ,kenapa la cetek sangat pemikiran kau ha, kawan  yg di maksudkan anak sya baru darjah 4 tau,kecik lagi mana sya tak terkejut.

Nampaknya ibu bapa zaman sekarang kena lebih prihatin lagi la dgn anak2,tengok darjah 4 pun dah ada niat nak buat perbuatan bodoh tu,,takutnya yer zaman sekarang ni,nak didik anak kna psikologi yg kuat,tak bole buat mcm zaman mak2 kita dulu dah.

sepetang yang mendamaikan

Kemarin my hby cuti,pagi2 memang sibuk la coz urusan anak2 n urusan mahkamah,tapi sebelah petang nyaberpeluang juga la bawa anak2 bersiar2 pantai batu kawan,
ni masa kat atas sebelum sampai kat pantai tu ,cantik sgt view dia
jalan menuju ke pantai,kalau tak perasan org akan ingat kan kawasan ni macam kawasan kuari,tp sebenarnya cantik sangat

ni kawasan parking area yang indah

dah sampai area pantai ,cantik nya
ni picture budak2 yang xcited sgt jumpa pantai,sampai je terus nak mandi n memancing

yang nampak macam pulau di sebelah sana tu di panggil pulau aman,yang berbumbung tu tempat tunggu bot tambang untuk ke sana
satu snap untuk  anak sulung yang manje
tu dia kaum lelaki memula kan acara memancing
kusyuk dgn peralatan memancing sampai tak sedar gambar dia ambil haha
ni aktiviti si kakak dan si kecil

hero pun sibuk nak enterframe


waktu ni dia suruh kakak timbuskan dia,hahaha
jom tengok pemancing tegar  menunggu umpanya di makan ikan,sempat lg dia berpesan tau"ibu nanti abang dapat ikan  siakap ibu jangan lupa buat ikan 3 rasa"eleh macam la dia tu nak dapat ikan,sya iyakan je la.


sambil tunggu dorang memancing n ada yang main pasir dan mandi manda,jom layan view kat sini
ni salah satu view yang sya suka sangat

ni lagi satu tme air penuh
pulau kecil yang berdekatan dengan pantai
ni view dekat matahari terbenam cantik tak?cantik sangat kan,huhu rasa macam nak dok situ tunggu matahari terbenam sepenuhnya

Tuesday, April 26, 2011

nak masak apa tengahari nanti

Huhu buntu fikiran yer nak masak apa,anak2 pemilih sedikit dalam hal makanan,hmmmm fikir,fikir,fikir



ada ketam,tapi tak tahu nak masak apa,nak masak sambal anak2 x nak,hmm hasilnya ni la dia
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Ketam goreng tepung,pelik,pelik

titipan dari teman



Inilah  kirimin email dari teman2 saya ayu n norain,rasa terharu sangat coz kalian sudi mengigati diri ini,rndu korang

kawan-kawan

Di pagi2 yang shahdu ni,tiba2 teringat pulak pada sahabat2 lama zaman persekolahab dulu,Ya Allah rindunya pada dorang,Mereka lah sahabat suka ,duka ,ceria menangis,tawa,kat mana lah dorang sekarang yer.

Ada yang masih dalam cntact lg,ada yang habis jer sekolah langsung tak jumpa,dah nak dekat 13 tahuntak bersua,

Kepada teman2ku ku ayu(ada jumpa),norain(jarang jumpa),norisyah(selalu cntact phone je),siti hajar(selalu jmpa),siti rohani(jrg jumpa),zuraidah(tak pernah jumpa) dan rosmaria(selepas sekolah  tak pernah jumpa)

Rindu kat kalian semua,kalau terbaca tolonglah cntact.Rindu sangat2 tau.harap semuanya berada dalam keadaan sihat dan bahagia selalu

Monday, April 25, 2011

petua:cara mudah mengopek udang

JIka mahu memudahkan,kerja mengopek udang terutamanya dalam kuantiti yg banyak,perahkan  limau nipis dalam semangkuk air,kemudian masukkan udang dalam mangkuk tadi,biarkan selama 15 minit,kerja mengupas dan mengopek akan lebih mudah

selamat mencuba

kenapa orang sekarang tak friendly?

Pernah tak anda mengalami situasi begini,bila anda terserempak dgn sesorang anda senyum padanya,tapi dia buat dono sahaja.Ada masanya dia senyum pada kita,,kita pulak buat dono je pada dia,sebab dia pernah tak balas senyuman kita.Bukan kah nampak tak friendly kan?
Setengah orang anggap isu ni serius,sebenarnya  isu ni kecil sahaja,kita mungkin juga kena faham,mungkin dia tak balas senyuman,kerana mungkin dia tak nampak kita tersenyum padanya,atau munkin dia nak cepat dan sedar kita senyum padanya.
Janganlah perkara ini di jadikan,satu isu yang boleh merenggangkan perhubungan kita dengan dia,

Sunday, April 24, 2011

zoo taiping part 2



Tgk ada 3 ekor parrot yang cute2




ni gambar burung merak,cantikkan,tme ni si merak xnak kembang kan ekornya,dok tunggu juga la mana tahu dia kembangkan ekor,tapi xda rezeki nak tgk.



Ni burung unta yang garang,anak semua takut nak dekati sangkar burung unta ni,asyik nak sudu orang je.

see,berkabus jer dalam ni,dalam ni terletak specis cipanzi dgn monyet apa ntah,x sempat nak tgk nama,monyet n cipanzi ni dok dalam kaca tau.



ni buaya yang dok bersidai,bersantai


gambar buaya lagi

dan lagi,ni abang la nak sangat gambar gambar buaya banyak2,ntah apa yang dia sukasgt x tau la

Ini spesis kucing batu,sekali tengok macam harimau bintang kan.

setakat tu je lah lawatan sya dekat zoo taiping,macam lawatan sambil belajar lak kan,tapi memang best la bwak budak2 kat situ,macam2binatang dorang boleh kenal,

Saturday, April 23, 2011

zoo taiping part 1

Sapa yang tinggal area perak mesti selalu ke zoo taiping kan, sya pun bawa anak2 g zoo coz dorang sume xcited sgt nak pergi.jom lyan pic


Time ni baru sampai depan pintu masuk zoo,posing dlu,





Apa kes yer snap picture tme encik gajah tunjuk montot,haha lawak2.tp budak2 tu ttp gak nak amk gambar,tu yang snap juagak lah gambar encikgajak tunjuk montot.




Gambar mr n mrs swan sedang berdating di tepi kolam yang indah hahaha.



Yang ni si abang lah yang snap kan,dia mana bole tgk ikan jadi macam xcited sgtlah,terus di snapkan ikan tu.


harimau kumbang yang tengah berehat-rehat,



mr camel yang tgh merenung masa depan kot haha,



sambung lg.................