Thursday, April 12, 2012

KHASIAT LOBAK MERAH


Lobak  mempunyai nilai pemakanan dan perubatan yang sangat penting untuk kesihatan kita. Seperti semua orang tahu, lobak mengandungi beta kerotin (yang akan ditukar kepada vitamin A dalam badan kita) yang tinggi selain dari sebahagian besar serat dan karbohidrat terdapat juga sedikit protein, lemak, kalsium, zat besi, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B6, vitamin C, vitamin K, biotin, potassium dan thiamine.

Di antara khasiat kesihatan daripada lobak ialah :

1. Lobak sangat baik untuk sistem limfa dan perut kita.

2. Memperbaiki masalah seksual, rabun malam dan batuk yang berpanjangan (tidak mahu sembuh dalam jangka masa yang lama).

3. Menguatkan buah pinggang, mengeluarkan angin dan kesejukan berlebihan dari badan kita.

4. Lobak sangat terkenal dengan sifat anti-kanser. Kajian menunjukan orang yang kekurangan beta kerotin 2 kali ganda lebih mudah mendapat penyakit kanser (barah). Adalah baik untuk makan lobak setiap hari bagi mengelakkan kanser. Ini adalah kerana beta kerotin di dalam lobak mudah ditukar kepada vitamin A untuk kegunaan badan kita. Vitamin A juga penting untuk pertumbuhan sel yang sihat, sistem imunisasi (sistem petahanan/kekebalan badan dari penyakit) dan perlindungan terhadap kemerosotan (degenerasi) maskular.
Kajian juga mendapati karot yang mengandungi asid folik, kumpulan vitamin B, berkesan untuk melawan radikal bebas (bahan yang menyebabkan kanser) dalam badan kita. Lignin yang ditemui dalam karot juga membantu menguatkan sistem kekebalan tubuh kita untuk melawan sel-sel kanser.

5. Lobak juga mengandungi suksinat potash yang bersifat ubat anti-hipertensi juga dapat membantu mengurangkan tekanan darah. Oleh kerana itu, juga dianggap sebagai diet yang baik bagi pesakit tekanan darah tinggi. Lobak adalah bahan yang larut dalam lemak, zat-zatnya lebih senang diserap oleh badan dengan kehadiran minyak. Oleh itu, masukkan setitis minyak zaitun ke dalam segelas jus lobak untuk penyerapan nutrisi yang lebih berkesan oleh tubuh kita. Lakukan ini demi kesihatan.

Tuesday, April 10, 2012

PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ADA ANAK

1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.

2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!

3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!

4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.

5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..

6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat…;-)

7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.

8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.

9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!

10- Kita akan lebih menghargai diri kita.

11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.

12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.

13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.

14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.

15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.

16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!

17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!

18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.

19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.

20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!

Friday, April 6, 2012

10 TASIK BAWAH TANAH YANG MENAKJUBKAN

Biasanya kalau disebut tasik, ianya akan berada di kawasan lapang, tepi-tepi gunung, dan kawasan hutan di atas tanah. Tetapi sebenarnya, ada juga tasik-tasik yang letaknya di bawah tanah dan di dalam gua.

Berikut adalah gambar-gambar tasik bawah tanah yang tercantik di dunia. Jika anda ada senarai tasik bawah tanah yang lagi cantik, sila beritahu deh :)

1 - Tasik bawah tanah di Gua Mellisani
Mellisani Caves - [amazingdata.com]


Tasik bawah tanah di Mellisani Caves ini, berhampiran Kefalonia, ditemui apabila bumbung gua runtuh selepas gempa bumi pada tahun 1953.

2 - Tasik bawah tanah di Cheddar Gorge

Cheddar Gorge - [bestourism.com]


Jurang Cheddar @ Cheddar Gorge adalah jurang terbesar di Britain dan ditemui dalam Gua Cheddar, di mana rangka lengkap manusia yang tertua di UK ditemui pada tahun 1903. Mayat itu dianggarkan berusia 9,000 tahun.

3 - Tasik bawah tanah di Hamilton Pool

Hamilton Pool - [bestourism.com]

Kolam Hamilton @ Hamilton Pool di Austin, Texas, telah dicipta agak secara alamiah apabila kubah gua bawah tanah runtuh mendedahkan kolam yang menakjubkan ini.

4 - Tasik bawah tanah di Reed Flute Cave

Reed Flute Cave - [travelpod.com]

Gua Reed Flute @ Reed Flute Cave di Guilin, China ditemui semasa Dinasti Tang hampir 1,300 tahun lalu.

5 - Tasik bawah tanah di Luray Caverns, Virginia

Luray Caverns - [amazingdata.com]

Stalagtit menghiasi bumbung Luray Caverns, Virginia, bersama dengan air tasik yang sangat tenang memberikan satu refleksi yang sempurna.

6 - Tasik bawah tanah di Wookey Caves, England

Wookey Caves

Lagenda mengatakan bahawa orang-orang gua awal mendiami Gua Wookey @ Wookey Caves di Somerset, England.

7 - Tasik bawah tanah di Lechuguilla Cave

Lechuguilla Cave - [whatafinecave.com]


Gua Lechuguilla @ Lechuguilla Cave di Carlsbad Caverns National Park, New Mexico merupakan gua yang kelima terpanjang ditemui iaitu 120 batu panjang dan kedalaman 489 meter, menjadikannya paling dalam di benua Amerika Syarikat.

8 - Tasik bawah tanah di Macan Ché

Macan Che - [amazingdata.com]

Tasik bawah tanah Macan Che berhampiran Semenanjung Yucatán merupakan salah satu daripada banyak yang dianggap sebagai hadiah dari tuhan oleh kaum Maya, dan oleh itu ianya suci.

9 - Tasik bawah tanah di Mexico

Tasik bawah tanah Mexico - [wonderfulinfo.com]

Aliran batu kapur ke dalam tasik bawah tanah di Mexico ini menyerupai air terjun bertukar menjadi batu. Mungkin istilah Ratu Ais @ Ice Queen mengambil sempena gua khusus ini.

10 - Tasik bawah tanah di Banff, Kanada

Tasik bawah tanah di Banff - [amazingdata.com]

Ada air terjun kecil di tasik bawah tanah di Banff, Kanada ini.

Thursday, April 5, 2012

MENGAPA SAKIT BELAKANG DAN CARA MENGATASINYA


Secara perubatan, leher dan bahu terdiri daripada otot, tulang, saraf, arteri dan salur darah, begitu juga ligamen dan struktur sokongan lain. Banyak keadaan yang boleh menyebabkan sakit leher dan belakang khususnya kawasan sekitar bahu. Ada yang mengancam nyawa seperti serangan jantung dan trauma serta keadaan lain seperti bebanan. 

Perlu diketahui, antara tabiat buruk menyebabkan sakit belakang:
  1. Gemar membongkok ke depan dan beralih ke kiri dan kanan ketika mengangkat atau menarik sesuatu.
  2. Membongkok ke depan dan ke bawah ketika bekerja.
  3. Perjalanan yang jauh tanpa berhenti rehat.
  4. Berdiri terlalu lama.
  5. Membawa barang yang beratnya tidak seimbang.
  6. Duduk membongkok di kerusi.
  7. Membongkokkan badan ketika batuk atau bersin.
  8. Memakai kasut bertumit tinggi.
Tips elak sakit belakang
  1. Tidur di atas tilam spring; letakkan papan di atas dasar tilam.
  2. Elakkan diri daripada ketegangan yang boleh menyebabkan sakit belakang.
  3. Kekalkan kedudukan susuk badan (posture) yang baik ketika duduk dan berdiri.
  4. Apabila mengangkat barang, tegakkan belakang anda dan bengkokkan lutut saja.
  5. Pelajari senaman yang boleh membaiki pergerakan dan kedudukan susuk badan anda.
  6. Jika memandu, anda perlu berhenti dan berehat seketika atau keluar dari kereta setiap 90 minit.
  7. Bagi wanita, pakai kasut bertumit rendah.
  8. Luangkan sedikit masa untuk berehat dan elakkan daripada terlalu banyak membuat kerja yang membebankan untuk jangka waktu yang lama.
  9. Pegang objek yang berat rapat ke badan anda.
  10. Apabila duduk di kerusi, pilihlah tempat duduk yang dapat mengampu seluruh paha anda dan biarkan kaki anda lurus ke bawah dan memijak lantai atau bangku kecil dengan selesa. 

Wednesday, April 4, 2012

7 TANGGA PELIK

Jom kita lihat bagaimana rupa 9 tangga yang pelik di dunia:

1. Tangga Muzium Vatican , Itali



2. Tangga Spiral , Australia



3. Tangga di Queen's House, England



4. Tangga di Loretto Chapel, USA



5. Tangga Kedai Buku Lello, Portugal



6. Tangga Seramik San Francisco, USA



7. Tangga 'Umschreibung', Bangunan KPMG, Munich, Jerman


8. Tangga Longchamps Store, New York, USA



9. Tangga Jambatan Gantung, Traversinertobel, Switzerland 


Tuesday, April 3, 2012

EMPAT TABIAT YANG MEMBURUKKAN

Apa yang akan terjadi sekiranya anda hanya tidur kurang dari 5 jam sehari - Hormon stress akan meningkat sekiranya seseorang tidak mendapatkan tidur yang cukup. Selain daripada itu, ia juga akan mengganggu jadual pemakanan anda. Anda mungkin akan makan terlalu banyak atau terlalu sedikit. Hasil kajian juga mendapati bahawa tidur yang tidak cukup akan mengurangkan penghasilan antibodi untuk melawan kuman. Ini akan membuatkan anda mudah untuk menghidapi penyakit demam atau selesema. Seorang dewasa dinasihatkan untuk mendapatkan tidur antara 7-8 jam setiap malam. Tetapi awas, anda juga perlu mengelakkan terlebih tidur kerana ia turut memberi kesan tidak baik terhadap kesihatan anda.

Apa akan terjadi sekiranya anda tidak mengambil sarapan pagi - Apabila anda bangun daripada tidur, ia bermakna tubuh anda telah 12 jam tanpa makanan. Ia memerlukan pengisian semula untuk membekalkan tenaga. Sekiranya anda tidak mengambil sarapan, tekanan darah akan menjadi rendah, ia akan mengganggu organ daripada berfungsi pada tahap sebenar. Otak anda juga akan terganggu kerana tidak mendapat aliran darah yang mencukupi. Ia akan membuatkan pemikiran anda menjadi lembap. Hasil kajian juga mendapati bahawa daya ingatan seseorang yang mengambil sarapan adalah lebih tinggi berbanding orang yang tidak mengambilnya.

Apa akan terjadi sekiranya anda duduk terlalu lama - Apabila anda duduk terlalu lama, tubuh anda akan menukarkan lebihan gula dalam badan menjadi lemak. Ini akan membuatkan anda menjadi lebih gemuk. Selain daripada itu, ia juga akan mengakibatkan kerosakan pada saraf dan sel-sel darah dan secara tidak langsung akan meningkatkan risiko penyakit diabetis dan masalah buah pinggang.

Apa akan terjadi sekiranya anda dalam keadaan yang marah - Seorang yang pemarah biasanya akan menghidap penyakit darah tinggi pada usia yang muda. Selain itu, ia juga akan meningkatkan risiko anda menghadapi serangan jantung. Punca seseorang menjadi marah biasanya adalah disebabkan oleh tekanan perasaan. Jadi cuba elakkan anda berada didalam situasi yang tertekan. Marah adalah merupakan sifat semulajadi manusia tetapi anda perlu bijak untuk mengawalnya.

Monday, April 2, 2012

KHASIAT LABU

Terdapat pelbagai khasiat di dalam sebiji labu. Antaranya adalah beta karotena yang bertindak sebagai agen antioksidan yang dikatakan telah menunjukkan khasiatnya bagi memperbaiki fungsi imun dan mampu mengurangkan risiko penyakit seperti kanser dan penyakit jantung. Buah labu dikatakan mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang tinggi, termasuklah beta karotena, kalsium, fosforus, zat besi, magnesium, kalium, natrium, zink, selenium, niasin, folat, karbohidrat dan vitamin A, B1, C dan E. Dikatakan satu cawan labu mengandungi kira-kira 50 kalori dan 3 gram serat. Nutrisi yang terkandung menjadikan labu kuning berkhasiat meningkatkan lagi kekebalan tubuh. Kajian yang dilakukan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) menyatakan sumber serat atau fiber yang tinggi dalam labu turut berfungsi mengawal nafsu makan.

Beta karotena bertindak sebagai barisan pertahanan pertama di dalam badan bagi meneutralkan serangan radikal bebas terhadap sel dan sebagai antioksidan yang penting dalam memperlahankan proses penuaan serta memperbaiki sel-sel badan yang telah rosak secara perlahan-lahan. Selain kandungan beta karotena mampu berfungsi untuk mencegah serangan jantung, kandungan vitamin B1, C dan serat dalam labu pula berperanan sebagai pencegah penyakit jantung dan strok. Labu juga berupaya mengubati penyakit ringan seperti demam, migrain, cirit-birit, penyakit ginjal, gout serta membantu menyembuhkan radang.

Banyak kegunaan labu sama ada untuk tujuan makanan mahupun ubatan. Pokok labu itu sendiri juga banyak kegunaannya. Daun pokok labu dikatakan mampu berfungsi sebagai sayur dan bijinya bermanafaat untuk dijadikan kuaci. Air jus buah labu pula dikatakan berguna sebagai penawar racun binatang berbisa, sementara bijinya pula boleh dijadikan ubat membunuh cacing pita dalam perut.
Pokok labu hidup menjalar
Daun labu merah pula bagus direbus untuk dijadikan penawar cirit-birit atau demam. Boleh juga ditumbuk kasar untuk diletakkan pada otot yang sakit.

Orang India Amerika dikatakan telah menggunakan kulit labu kering untuk dijadikan tikar manakala biji labu dijadikan makanan dan ubat. Malah pada suatu ketika dikatakan bahawa dengan memakan labu, mampu membuang jeragat dan menyembuhkan gigitan ular.

Thursday, March 29, 2012

MACAMANA NAK BUAT?

Tiap-tiap pagi sya akan hadapi masalah ni,huhuhu di waktu persekolahan,anak sya yang ke dua tu susah sangat bangun nak kesolah,dia sekarang dah darjah satu dah,macam-macamalasan dia bagi sebab tak nak kesekolah,kadang-kadang naik pening dengan perangai dia.

Tiap hari ada saja alasannya tak nak ke sekolah,panat la,demam la,batuk la,macam-macam la.sampai sya terpaksa ke sekolah untuk bertanya cikgunya apa masalahnya kat sekolah,tapi cikgu kata ok jer,bila tanya kat dia,dia kata tak ada apa.tak tahu macamna nak buat lagi.

Macam-macam cara dah buat,tapi sama ja,tiap hari nak kena hadapi perangai tak nak ke sekolahnya tu,kawan-kawan ada tak cara or tips2 nak bagi anak-anak rajin ke sekolah,sya pun dah pening nak cari jalan penyelesaian nya.

ni la budak yang payah sangat nak ke solah,macam-macam alasan dia bagi.


Wednesday, March 28, 2012

Tuesday, March 27, 2012

KELEBIHAN TAAT SEORANG ISTERI PADA SUAMINYA

1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000
ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.


4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...

Monday, March 26, 2012

ALHAMDULILLAH TERCAPAI HAJAT

Alhamdulillah mak mertua sya n adik ipar sya dah selamat kembali ke tanah air selepas menunaikan umrah.semua nya selamat,tapi my mil demam n batuk teruk,suara tak keluar just bole cakap,pelahan tapi tak jelas,katanya cuaca kat sana berdebu,dia pulak kurang minum air.

Seronok bila dengar my mil bercerita pengalamannya kat sana,macam sya pun tak sabar nak kesana,yang penting hajatnya nak ke sana dah tercapai,mungkin akan sekali lagi ke sana pada musim haji nanti.

my.mil kata di sana segala urusannya di permudahkan ,sampaikan dia berdoa di hadapan kaabah untuk melihat sekali wajah arwah anaknya yang meninggal 2 tahun lepas dalam kemalangan,tercapai,dia sangat berpuas hati.

Malah katanya dia tak kan serik ke situ lagi walaupun pengalaman mengerja kan umrah ni dia terpaksa transit sampai lima buah negara,gara-gara tiket kapal terbang tak ada.

Bestkan bila dengar cerita pengalaman dorang kat sana,rasa macam sya nak  ke sana cepat-cepat,semoga murah la rezeki untuk kesana.

KELEBIHAN SEORANG ISTERI

1. Apabila suami pulang ke rumah dalan keadaan letih dan isteri melayan dengan baik,maka dia memperolehi pahala jihad.
2. Wanita yang menyebabakan suaminya keluar rumah ke jalan ALLAH SWT dan menjaga adab rumahtangga akan masuk syurga 500 tahun lbh dulu drp suaminya. Dia akan menjadi ketua 70,000bidadari
3. Wanita yg menjaga solatnya,puasa,dan taat kpd suami,Allah SWT izinkan dia memasuki syurga dr mana-mana pintu yg disukainya.

 4. kalau isteri melayan suami tanpa khianat,dia mendapat pahala 12 tahun solat.
5. Wanita yg mati didalam keredhaan suaminya akn masuk syurga.
 
6.Jika suami mengajar isterinya satu masaalah agama,akan dapat pahala 80 tahun beribadat.

7.Isteri yg memandang suami dgn penuh kasehsayang dan suami yg memandang isteri juga dgn kaseh sayang,maka ALLAH SWT memandang dgn penuh Rahmat.

 8. Jika suami mendatangi isterinya kemarahan,tetapi isterinya melayan dgn baik,maka mendapat separuh pahala jihad.
semoga kita menjadi seorang isteri yang solehah di mata suami

Thursday, March 22, 2012

PELIK SANGAT KE???

Baru-baru ni sya ada hantar kereta sya kat bengkel,ada sedikit kerosakan pada enjin.Nak harapkan hubby sibuk jer,so terbaksa gak la langkah kan kaki hantar ke bengkel sendiri.

Tiba ja kat benggkel dengan selamber dan confidentnya sya cakap la kat mekanik tu,"tolong repair kereta saya yer,waterpump dia bocor,lining brek pun dah nipis,autoil pun dah kurang".Yang si mekanik ni terlopong jer dengar sya cakap,dalam hati  sya tertanya-tanya "la aku salah cakap ke?''

Terus jer mulut ringan bertanya,"kenapa saya salah cakap ke?".Mekanik tu bagitau tak la,tp dia tak sangka pulak surirumah macam sya pun boleh tau part of the car.La ingat kan apa tadi,.suspen je,biasa la kan suri-suri zaman sekarang kan dah pandai.Tak la mengharap pada para hubby 100%.

Yang nak buat sya ni nak tergelaknya anak sya yang 6 tahun pn ada bersama masa tu,selamber je dia kata kat pak cik tu,"gulle jer la uncle,"terpinga-pinga mekanik tu,heheheeh sya dah gelak dah time ni.maksud gulle tu google la,heheeheh,bila bagitau kat mekanik tu cepat-cepat dia gelak.

KHASIAT TOMATO

Tomato atau nama saintifiknya Iycopersicon esculetum sememangnya digemari ramai. Sama ada diratah begitu sahaja atau digandingkan dalam pelbagai jenis masakan, tomato menjanjikan keenakan tersendiri. Hidangan Mediterranean dan Asia Barat menjadikan tomato sebagai bahan asas yang paling kerap digunakan.

Berasal dari keluarga Solanaceae, tomato kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan. Ia juga mengandungi fruktosa, glukosa, asid folik, potasium, kalsium dan mineral garam.

Malah kajian di Amerika Syarikat mendapati pigmen merah pada kulit tomato mengandungi lycopene yang dikatakan mampu mengurangkan risiko barah prostat di kalangan kaum lelaki. Lycopene menawarkan khasiat antioksida semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.

Khasiat tomato juga berkait rapat dengan kecantikan kulit. Sayuran ini dikatakan berkesan untuk mengecilkan liang roma, mengurangkan masalah jerawat dan merawat penyakit kulit. Elemen penyejuk juga mampu menyejukkan kulit yang kasar, astringen untuk menghapuskan minyak berlebihan, dan vitamin A dan C untuk mencerahkan kulit kusam dan mengembalikan keremajaan kulit.

Petua dan Cara-cara Penjagaan Kulit Menggunakan Tomato

1. Mengecilkan Liang Roma

Campurkan satu sudu jus tomato segar dengan 2 hingga 4 titik jus limau. Sapukan bahan tersebut menggunakan kapas pada kulit wajah dan urut perlahan-lahan. Biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air suam untuk mengecilkan lagi liang roma, selepas itu sapukan pelembap muka.

2. Merawat Jerawat

Hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat. Biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan. Buat setiap hari sehingga jerawat hilang.

3. Membersihkan Kulit Muka

Topeng muka menggunakan campuran tomato dan avokado amat sesuai untuk kulit kombinasi (berminyak, biasa dan kering) kerana ia menggabungkan astringen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta noda hitam pada kulit.

Topeng penyegar muka ini kaya dengan vitamin A, C dan E - kesemuanya penting untuk kulit yang sihat. Untuk membuat topeng muka ini, hancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk dan sapukan pada muka, bilas selepas 20 ke 30 minit.

Boleh juga sapukan campurkan jus tomato segar dengan jus timun pada kulit muka untuk mengawal minyak and jerawat.

4. Menyejukkan Kulit Yang Rosak

Kisar sebiji tomato dan campurkan dua sudu yogurt. Sapu bahan tersebut pada kulit muka dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam.

Gabungan tomato dan yogurt mampu menyejukkan kulit dan mengurangkan kesan kesakitan termasuk akibat selaran matahari dan kerengsaan kulit. Ini kerana yogurt merangsang protein pada kulit dan menjadikannya lembut manakala tomato menyejuk dan meneutralkan permukaan kulit.

Wednesday, March 21, 2012

RAHSIA AWET MUDA

Rahasia Awet Muda
1. Minumlah banyak air. Makan pagi seperti raja, makan siang seperti seorang pangeran & makan malam seperti seorang pengemis.
2. Hidup dengan 3E: Energi, Entusiasme dan Empati.
3. Luangkan waktu untuk berdoa setiap hari.
4. Bermainlah lebih banyak permainan(termasuk BBM).
5. Bacalah buku lebih dari yang Anda lakukan tahun lalu.
6. Duduklah dalam keheningan selama minimal 10 menit setiap hari.
7. Tidur minimal 7 jam sehari.
8. Jalan kaki minimal 10-30 menit setiap hari. dan tersenyumlah saat Anda berjalan.

Kepribadian
09. Lakukan sesuatu sesuai kemampuan, jangan berlebihan memaksakan diri.
10. Jangan terlalu serius.
11. Bermimpilah saat Anda terjaga.
12. Iri hati adalah buang waktu. Anda sudah memiliki semua yang Anda perlukan.
13. Lupakan masalah masa lalu. Jangan mengingatkan pasangan Anda dengan kesalahan masa lalunya. Itu hanya merosak kebahagiaan Anda saat ini.
14. Hidup ini terlalu singkat untuk membuang waktu membenci siapa pun.
15. Berdamailah dengan masa lalu Anda sehingga tidak merosak kehidupan Anda masa kini .
16. Tidak ada yang bertanggung jawab atas kebahagiaan Anda selain Anda sendiri.
17. Tersenyum dan tertawalah lebih banyak.
18. Anda tidak harus menang dalam setiap perselisihan faham, berkompromilah.

Masyarakat
19. Bertemulah lebih sering dengan keluarga Anda.
20. Setiap hari berbuat sesuatu yang baik untuk orang lain.
21. Maafkan semua orang lain untuk segalanya.
22. Luangkan waktu dengan orang di atas usia 70 tahun dan di bawah usia 6 tahun.
23. Cubalah untuk membuat minimal 3 orang tersenyum setiap hari.
24. Pikiran orang lain tentang Anda adalah bukan urusan Anda.

Kehidupan
25. Lakukan hal yang benar, sesuai nurani Anda dan TUHAN akan membereskan segalanya.
26. Baik atau buruk suatu situasi, itu akan berubah dengan sendirinya.
27. Saat bangun pagi, berterimakasihlah kepada Tuhan untuk segalanya.
28. Jangan peduli bagaimana perasaan Anda, bangun, berdandan dan bersiaplah untuk menyambut hari ini.

RABU TANPA KATA









menyejukkan mata,menenang kan minda


Tuesday, March 20, 2012

TIPS-TIPS UNTUK WANITA

Ramai dikalangan kita tidak dapat membahagikan masa didalam rumahtangga,mana nak memikirkan kerjaya,anak sekolah,dan menyusukan anak...hhmmmmmm....

Terdapat sedikit tips yg boleh dikongsikan disini adalah mengenai bagaimana mengatur masa dengan cemerlang bg mereka yang baru sahaja setahun jagung dialam rumah tangga....

1)Sentiasa ber
fikiran positive dalam apa jua masalah yg menimpa..
kerana bila anda byk memikirkan perkara negatif OTAK anda akan berkerja dgn lebih keras dan menyebabkan anda cepat letih...

2)Bijak membahagikan kerja dalam satu masa.Contoh...
Sambil anda menyapu lantai anda bolehlah membasuh baju..zaman skrg smua pakai mesin basuh,masukkan air dan pulas...tunggu...dll.

3)Bijak membahagikan masa.Contoh....
Dalam 1hari ada 24jam..Tidur 8jam,Kerjaya 9Jam....Ada 7jam lagi...Fikirkanlah ape nak buat...Bijaklah mengatur masa..jgn kita dikejar oleh masa,Kita yg spttnya mengejar masa kerana masa itu EMAS..

4)Kawal emosi Contoh...
Perkara remeh temeh tak perlu dipebesarkan..Spt Sisuami terlupa mematikan TV dan terus tidur...Tak payah la nk bising2 tutupkan je...ni tak,ada yg sanggup kejutkan suami semata-semata nk srh tutupkan TV...maka dari situ jadilah macam-macam,penghujungnya tak mendatangkan faedah...dan buang masa.

5)JANGAN TUNGGU HUJUNG MINGGU..Contoh....
Baju suami,anak,isteri semua dilonggokan satu tempat hujung minggu buat sekali,senang habis citer.....JANGAN AMALKAN CARA NI.....Kita kena bijak mengatur masa....sambil kita tgk TV mlm2 dkt rumah bleh la basuh baju..ni tak dah tahu berumahtangga sayangkan rancangan diTV lebih dari sygkan rumah kita...Igt RUMAHKU SYURGAKU...

6)Rehat secukupnya...contoh...
Beruntung bagi mereka yang menyusu kan bayi...inilah nikmat yang diberi oleh Allah s.w.t....semasa anda menyusukan bayi lah masa anda berehat sebenarnya, dimana pada masa itu OTAK didalam keadaan rehat..cuba menyusukan bayi dalam keadaan marah atau bengang mesti anda akan penat dan lesu..bayi anda akan menangis je...aarrgghhh tension masa ni...

7)Taat kepada Suami....
sentiasa lah membahgiakan suami anda supaya mendapatkan keredhaannya..
jangan lah memarahi suami anda,bermasam muka kerana ini mendatangkan kesan..seperti ada sebuah cerita sahabat sy sering memarahi suaminya,Dgn kuasa Allah s.w.t susu dibadan kering dan tidak keluar lagi,pada keesokkan harinya.
INGATLAH Selagi kita tidak mendapat kemaafan dan keredhaan dari suami,Seluruh malaikat memurkai si isteri itu....dari pagi sehinggalah si isteri memohon maaf..Subahannallah...

PUNCA KEKERINGAN BIBIR




Bagaimana keadaan bibir yang kering?
Ramai orang menghadapi masalah kekeringan pada bibir, malah mulut, bermula dari kekeringan biasa akhirnya masalah melarat menjadi luka dan kadang kalanya bernanah atau menjadi kuping (scaling).

Bibir yang kering lalu merekah dan menyebabkan luka mengganggu aktiviti seharian yang melibat bibir seperti senyuman, berciuman, makan malah ketika bercakap.

Perlu dibezakan antara bibir kering yang disebabkan oleh faktor non-infeksi dan faktor infeksi. Bezanya adalah kadar masa yang diambil untuk menjadikan bibir itu menjadi luka (atau bernanah).

Jika kekeringan bibir disebabkan oleh faktor non-infeksi (bukan jangkitan kuman), maka biasanya keadaan di mana bibirnya menjadi kering dan kemudiannya bertukar menjadi luka mengambil masa beberapa hari.

Namun jika ianya disebabkan infeksi, terutama virus herpes simplex, pesakit kadang kala tidak mengalami kekeringan bibir itu langsung. Apa yang disedari oleh pesakit adalah luka di bibir yang menyakitkan. Jangkitan herpes simplex ini juga menyebabkan luka selain di bahagian bibir, pada bahagian gusi dan juga kemaluan.

Sementara perleche adalah keadaan yang sering berlaku terutama pada warga tua dan pesakit diabetes mellitus, dimana ianya disebabkan oleh jangkitan kulat atau candida.

Selain merekah, bibir akan menyebabkan berkuping (scaling) di tepi bibir.

Biasanya ianya muncul di sudut mulut, lembap berwarna agak kemerahan dan ada lepuhan putih yang pecah di situ. Akhirnya menyebabkan rekahan yang menyebabkan luka yang menyakitkan.

Punca-punca kekeringan
Bibir akan menjadi kering apabila terdedah kepada suhu yang keterlaluan. Tidak kira sama ada ianya ianya suhu tinggi atau suhu yang terlalu rendah. Bibir boleh merekah dan menyebabkan ketidakselesaan. Bila keadaan ini berlaku, menggunakan pelembap bibir akan membantu mengurangkan kekeringan itu.

Kekurangan air (dehydration) yang sederhana juga akan menyebabkan bibir menjadi kering. Ramai yang menyangka dengan meminum air, seseorang itu boleh menyahidrasi. Namun berhati-hatilah dengan apa minuman yang kita minum. Meminum caffeine atau alcohol juga sebenarnya menyebabkan dehidrasi tanpa disedari.

Cara terbaik ialah dengan minum air secukupnya iaitu lapan gelas sehari. Namun kita harus minum air jika keadaan lebih panas, ata melakukan aktiviti di luar rumah atau badan seseorang dikirakan obese.

Orang obese memerlukan air melebihi orang yang tidak obese kerana permukaan kulitnya yang lebih besar, menyebabkan lebih banyak air tersejat melalui kulit.

Kekeringan dan rekahan bibir turut dialami oleh orang yang cuba membasahkan bibir mereka dengan air liur sendiri. Mereka menyangka dengan ’menjilat’ bibir sendiri dapat mengekalkan kelembapan bibir. Sebaliknya ianya menyebabkan bibir menjadi lebih lebih kering.

Masalah keradangan (irritation) juga menyebabkan kekeringan bibir berlaku. Selain dari air liur (saliva), lipstick dan makanan juga boleh menyebabkan perkara yang sama.

Tanpa disedari makan yang dimakan mengandungi bahan yang seseorang alergik terhadapnya, lalu bibirnya secara tiba-tiba menjadi bengkak, kadang kala kering akibat alahan terhadap bahan itu. Ini menjadi isu serius bagi penghidap penyakit eczema.

Kehidupan di bandar kadang kala memerlukan seseorang itu bekerja dengan waktu yang panjang. Secara tidak langsung menyebabkan bibir seseorang itu kering.

Ini kerana stress dan kepenatan bekerja menyebabkan daya tahan tubuh (immune system) menjadi rendah. Maka senanglah berlaku jangkitan kuman di sekitar mulut dan bibir.

Bagaimana mengurangkan risiko?
  seseorang yang bibirnya mudah kekeringan agar memastikan air yang diminumnya setiap hari mencukupi. Selain ianya mengurangkan kekeringan pada bibir, air juga membantu bahan toksik (urea) dalam badan dibuang melalui air kencing. Jadi jangan risaukan kekerapan membuang air kecil. Kerana ianyanya membantu pembuangan toksik dalam badan.

Memakan makanan yang sihat (healthy diet) juga membantu memulihkan keadaan ini.Pastikan makanan yang dimakan mengandungi banyak zat C, E dan B, serta elemen zinc, zat besi (iron) dan beta-carotene.

Rehat yang mencukupi dan senaman yang berterusan (regular exercise) akan menyebabkan tubuh mempunyai daya tahan yang kuat lalu menjauhkan serangan kuman.

Cuba elakkan memakan makanan yang mempunyai garam yang tinggi dan pedas. Bahan-bahan ini akan menyebabkan kulit bertambah kering.

Ada beberapa kajian menunjukkan ada sebahagian makanan menyebabkan phototoxicity, yang mana menyebabkan bibir akan menjadi terlalu sensitif kepada cahaya matahari. Apabila terdedah kepada cahaya matahari, ianya akan menyebabkan bibir menjadi mudah melepuh dan kering.

Buah-buahan jenis Citrus, beberapa jenis minyak masakan dan beberapa jenis ubatan kadang kala menyebabkan lepuhan (blister).
Begitu sesetengah ubat gigi yang mengandungi sodium lauryl sulfate, boleh menyebabkan kekeringan bibir.

Monday, March 19, 2012

KHASIAT DURIAN BELANDA

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?
Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

Hasil penyelidikan membuktikan pohon ajaib dan buahnya ini :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.
iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.
2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!
3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon ajaib ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

RAMAI yang tidak tahu batang, akar, biji dan buah durian belanda (annona muricata, keluarga annona) mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan perubatan tradisional dan moden.

Kajian Universiti Hawaii dan Universiti Purdue mendapati durian belanda yang buahnya berkulit lembut, durinya agak jarang yang tidak tajam, mampu merawat dan mengelakkan seseorang daripada mendapat kanser dan menyuburkan pasangan yang inginkan zuriat.

Penduduk di banjaran Andes, Peru, membuat serbuk teh daripada daunnya untuk mengubati sakit kerongkong.
Bijinya ditumbuk halus khusus untuk membunuh parasit di dalam tubuh manusia seperti cacing.

Sementara penduduk Amazon menggunakan bahagian akar, kulit dan daunnya,dipercayai boleh mengubati kencing manis.

Begitu juga, suku Orang Asli di Guyana membuat serbuk teh daripada daun dan kulit pokoknya untuk dijadikan tonik minuman bagi membantu mengatasi masalah jantung dan penyakit hati.
Mereka juga mendapatkan minyak daripada daunnya atau buahnya yang masih muda lalu dicampurkan dengan minyak zaitun untuk kegunaan luaran bagi mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh.

Di Jamaica, Haiti dan India Barat, buahnya dan air perahan durian belanda diminum sebagai ubat demam, membunuh cacing di perut kanan-kanak dan ubat cirit-birit.
Kulit pokok ini juga dipercayai sesuai untuk membantu mengubati penyakit jantung dan batuk di samping membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan anak. Kegunaan lain ialah sebagai ubat malaria dan ulser perut.

Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, wanita Suku Asli Guyanadigalakkan meminum jus atau memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu badan di samping mengelakkan masalah ketegan

5 PUNCA MATA CEPAT LETIH

 
Mungkin sebelum ini anda sendiri tidak sedar apakah punca-punca yang menyebabkan mata anda cepat berasa letih dan penat.

Antaranya ialah:-

1.Terlalu fokus

Apabila anda melakukan sesuatu terlalu fokus seperti membaca, memandu atau melihat paparan skrin komputer, otot mata anda sebenarnya akan bekerja lebih keras. Ini akan menyebabkan mata anda akan cepat berasa letih dan mengantuk. Rehatkan mata anda sebentar seperti melihat tumbuhan hijau sebelum kembali menyambung tugasan.

2.Masalah mata

Mata anda cepat berasa letih berkemungkinan juga disebabkan oleh mata anda sendiri yang mempunyai masalah. Mata yang mempunyai masalah kebiasaannya perlu bekerja lebih kuat daripada kebiasaan. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar.

3.Sistem pencahayaan yang tidak baik

Sistem pencahayaan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit akan menyebabkan otot 'sphincter' dan 'dilatory' untuk bekerja secara berlebihan. Ini akan menyebabkan mata anda akan berasa cepat letih.

4.Bekerja lebih masa

Ramai yang beranggapan bahawa cara terbaik untuk merehatkan mata adalah dengan menonton tv, membuka laman-laman sosial, melayari internet, bermain telefon bimbit atau sebagainya. Tetapi ia sebenarnya hanya akan menyebabkan mata anda untuk bekerja lebih masa.

5.Jarang berkelip

Tahukah anda bahawa seseorang yang kurang kadar kelipan matanya akan meyebabkan mata mereka kekeringan. Disebabkan faktor ini anda dinasihatkan untuk tidak terlalu fokus melakukan sesuatu tugasan secara berterusan. Rehatkan mata anda sebentar pada setiap jam ketika anda melakukan tugas.


Tuesday, March 13, 2012

CARA MENDAPAT KEBERKATAN RUMAHTANGGA


1. “Dari Saidatina Aisyah, Rasulullah s.a.w bersabda; sesungguhnya sebesar-besar keberkatan di dalam rumahtangga ialah yang sederhana perbelanjaannya (tujuan berumahtangga ialah untuk membina keluarga bahagia)”.

2. “Ibnu Abad meriwayatkan, Rasulullah s.a.w bersabda; sesungguhnya wanita yang terbaik ialah yang paling ringan maskahwinnya”.

3. Lakukan akad nikah di tempat yang mulia seperti di dalam masjid atau surau kerana di dalam masjid itu penuh dengan barakah, rahmat dan hidayah Allah (barakah, rahmat dan hidayah amatlah perlu di dalam kehidupan kita di dunia dan akhirat).

4. Lakukan akad nikah pada malam atau siang Jumaat kerana hari Jumaat termasuk di dalam empat hari yang dipilih oleh Allah dan hari Jumaat merupakan penghulu segala hari. Kerja-kerja kebajikan yang dilakukan pada malam atau siang Jumaat akan digandakan sehingga 70 kali ganda pahalanya.

5. Carilah saksi akad yang soleh dan bukan yang fasiq.

6. Suami isteri di dalam keadaan berwudhuk semasa akad nikah.

7. Khalifah Saidina Umar Ibnu Khattab r.a berkata; “Janganlah kamu meminta maskahwin terlampau tinggi bagi anak-anak perempuan kamu kerana Rasulullah s.a.w sendiri tidak pernah bernikah atau dinikahkan putrinya dengan maskahwin lebih daripada 4 dirham…”

8. Dua atau tiga hari sebelum akad nikah eloklah membaca ‘Istighfar’ 100 kali kerana barangsiapa membacanya sebanyak 100 kali akan mendapat tiga kebaikan;

i) dilepaskan dukacita
ii) ditunjukkan jalan keluar jika bermasalah
iii) mendapat rezeki yang tidak diduga

9. Buat sembahyang Sunat Taubat (mohon keampunan kepada Allah sebelum masuk ke alam rumahtangga). Cara-caranya ialah;

i) Lakukan selepas solat Maghrib atau Isya’ atau sebelum tidur
ii) Niatnya, (didalam hati – “sahaja aku sembahyang sunat taubat dua rekaat kerana Allah Taala”)
iii) Rakaat pertama; baca doa Iftitah, Al-Fatihah dan surah Al-kafirun
iv) Rakaat kedua; baca Al-fatihah dan surah Al-Ikhlas
v) Selepas memberi salam bacalah doa
vi) Berdoa

10. Kedua-dua pasangan kemudiannya hendaklah memohon ampun daripada ibu bapa serta memohon doa restu daripadanya.

11. Aktiviti pada hari sebelum majlis akad nikah (di rumah pengantin lelaki);

i) Solat Maghrib berjemaah, khatam Al-Quran, Tahlil dan doa selamat
ii) Solat Isya’ berjemaah
iii) Berselawat atas Nabi
iv) Tazkirah ringkas
v) Jamuan sekadarnya

12. Aktiviti pada hari sebelum majlis akad nikah (di rumah pengantin perempuan);

i) Solat Maghrib berjemaah diikuti bacaan Yaasin, Tahlil dan doa selamat
ii) Solat Isya’ berjemaah
iii) Selawat dan Marhaban
iv) Syarahan agama berkaitan rumahtangga

Pada keesokkan harinya diadakan majlis khatam Al-Quran.


LAKUKAN AKAD NIKAH DI DALAM MASJID DENGAN TUJUAN KITA MENGHAYATI PERKARA-PERKARA DI BAWAH INI

1. Asal usul berlaku nikah kahwin di antara Nabi Adam dengan Hawa di tempat yang penuh mulia, penuh nikmat, rahmat dan berkat (Syurga).

2. Apabila nikah kahwin itu perintah Allah, maka ianya adalah ibadah kepada Allah.

3. Supaya mendapat lebih keberkatan, rahmat dan hidayah yang sangat-sangat diperlukan di dalam kehidupan di dunia sebagaimana maksud ayat 96 surah Al-Imrah iaitu; “rumah ibadah yang mula-mula yang Allah perintah bina di muka bumi ini ialah Ka’bah yang penuh dengan barakah dan hidayah seluruh alam semesta”.

4. Mudah hendak melakukan ibadah yang bersangkut paut dengan majlis akad nikah.

PERCINTAAN SELEPAS KAHWIN ITULAH YANG PALING DIREDHAI ALLAH

Sekiranya percintaan sebelum perkahwinan terjadi, batas perhubungan hendaklah dijaga, antaranya:

1. Menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan.

2. Menjaga maruah dan harga diri masing-masing.

3. Mendapat restu dan kebenaran ibu bapa.

4. Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki diredai dan diberkati Allah.

5. Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman, dating, berpelukan dan bercanda adalah dilarang sebelum perkahwinan.

Monday, March 12, 2012

10 PERBUATAN SIA-SIA

Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:-
1. Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.
2. Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.

3. Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan shalat tahiyatul-masjid.

4. Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka.

5. Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan shalat Jumaat berjemaah.

6. Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.

7. Dua orang laki-laki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.

8. Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.

9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.

10. Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.

Saturday, March 10, 2012

9 TIPS TENTANG DISIPLIN ANAK-ANAK



1. Buat aturan yang jelas.
Misalnya dalam soal mendorong, memukul, berbagi, berbohong, serta hal-hal lain yang penting bagi Anda. Pastikan anak tahu mengenai aturan serta hukumannya jika melanggar.


 2. Bersikap tegas.
Anak Anda mengidamkan batasan. Tanpa batasan, dunianya akan menakutkan dan tak terkontrol.

 3. Cepat ambil tindakan.
Begitu anak melanggar aturan, segera beri hukuman. Jangan menunggu terlalu lama karena anak bisa lupa atas kesalahannya.

 4. Jangan memukul.
Banyak ahli tumbuh kembang anak setuju bahwa ini bukanlah cara yang baik dalam mendidik.

5. Setrap anak sebagai alternatif hukuman jika melanggar aturan. Sesuaikan lama waktu setrap dengan usia anak. Misalnya, lima menit untuk anak berusia lima tahun. Dan pastikan hukuman ini tidak menyenangkan agar dia mau belajar dari kesalahan.

 6. Puji anak jika berkelakuan baik.
Jangan berpikir disiplin adalah hal yang hanya dilakukan saat anak bertingkah. Pelukan atau pujian saat dia melakukan sesuatu yang benar adalah bentuk disiplin terbaik.

 7. Jangan menjerit.
Anda boleh memerintah, tapi memerintah sambil menjerit malah akan mengintimidasi anak. Hal ini juga jarang berhasil. Jika di lain waktu rasa kesal sudah di ubun-ubun, cobalah memejamkan mata, tarik napas panjang lalu berhitung sampai 10, 20, atau bahkan 100 jika memang Anda membutuhkannya.

 8. Disiplin pada anak.
Larang anak mengucapkan kata-kata kasar. Anak-anak tidak dilahirkan untuk saling benci. Tapi mereka akan belajar hal itu jika tidak dicegah sejak awal. Jangan pernah memberi toleransi sikap kasar. Bantu anak menemukan hal-hal positif dari orang lain dan ajarkan dia untuk fokus terhadap hal itu.

 9. Prioritaskan kejujuran.
Jika berharap anak untuk jujur, maka jangan pernah membohongi mereka.