Tuesday, December 27, 2011

LEBIH DARI ANAK

Tajuk ntah apa-apa,minggu-minggu akhir nak bukak sekolah ni sibuk sangat dengan beli buku,dengan bayar yuran taski lagi,anak sya yang sulung dah nak masuk darjah enam,yang no dua nak masuk darjah satu,dan yang ketiga macam tahun lepas sekolah taski.

Apa yang sya risaukan sekarang ni anak yang kedua tu la,dia kan nak masuk darjah satu,macamna la nak hadapi karenah dia nanti,selalunya masa taski hari tu dia bangun lewat untuk ke taski sebab taski masuk pukul 8.30.ni nak masuk darjah satu kena kejutkan awal,dia ni dah la susah nak bangun tidur,jenuh kejutkan.

Yang keduanya pula apa yang merisaukan,macamna dia nak berbelanja wang sekolahnya,dia tak biasa membeli,dia kenal duit tapi tak pernah membeli,risaunya bila fikir.sekarang pun dia dah mula tanya,macamna dia nak membeli nanti,memang la sya dah buat bekalan untuk dia,tapi mana la tahu dia teringin nak makan apa-apa ke kat kantin.

Lagi satu,sya nak hantar dia kafa,maknanya pagi dia sekolah pagi n petang dia kena ke kelas kafa,tapi dia macam taknak ja siap tanya lagi,kenapa bang mesti sekolah pagi petang.huhuhu jenuh nak menjawab

Anak yang nak masuk sekolah sya pula yang banyak fikir,macamna keadaan dia,boleh ka dia belajar,berdebar-debar la pulak rasa hati.
ni la budak yang banyak songeh nak masuk darjah satu

6 comments:

ieda said...

x per dikk dia akan belajar nanti ..
anak akak masa mula2 masuk sek akak memang x bekalkan wang saku .. biasanya mereka akan akak bekal kan makanan ..

cuma bagi mereka x lebih dari rm 1 utk beli jajan .. jajan punn akak tgk juga ;)

Rai said...

kami takde pengalaman lagi..tapi mesti kalut lebih daripada anak kan..hehehe..

Myra Jay said...

InsyaAllah mudah-mudahan dia akan biasa.
Kak Sya jgn risau sangat k:)

cheqna said...

kena ajar slow2 r kak..
insyaallah..budak2 ni cepat belajar =)

abah khalisha said...

anak masuk sekolah mmg banyak belanja kan..cmnerlah anak abah Nur Iman nanti ye..3 tahun lg ni..hehehe..

Prettywrite said...

ekeke..stress jer dia kena sekolah pagi petang..