Wednesday, December 7, 2011

SEPULUH KUPANG,HEHEHEH LAWAK LA

Ni cerita anak sya yang no dua ,heheeheh,semalam sya cuba la kenalkan nilai  duit syiling padanya,maklumla dia dah nak masuk darjah satu buka sekolah ni,sya takut dia tak kenal duit,kalu duit kertas tu dia kenal nilainya,tapi duit syiling ni kurang la sikit.

Semalam saja ja sya nak tengok,setakat mana dia kenal nilai syiling.mula sya tanya pasal duit lima puluh sen ,okey je dia jawab lima kupang(dalam bahasa orang utara),bila tunjuk duit dua puluh sen pun ok lagi dia jawab,dua kupang,tapi bila sya tunjuk duit sepuluh sen,dia jawab sepuluh kupang,mana sya tak tergelak,adeh la,ada juga sepuluh kupang kan.satu rumah dok gelak kat dia.

                    

10 comments:

Outbound Malang said...

berkunjung sob..salam blogger
salam kenal dan sukses selalu ..:)

Irfa said...

alamak..tahun depan hero darjah 1.lupa la nak check dia tahu tak nilai duit ni..balik nanti nak tanya.

sekupang dua kupang.kalau kelantan lagi best..samah duo amah 3 amah.dapat kat suami saya 'yang ni 4 amah'mana ada..amah tu smpai 3 je la kata saya kat dia

fazrulnoor said...

mungkin mmg dia nampak 10kupang

Myra Jay said...

Heheee :)

Memang kuat loghat utaqha nieh :)

emarieys said...

baca komen kat atas pun nak gelak gak

cheqna said...

satu kupang kan???

Prettywrite said...

mesti dah tak guna duit 10sen tu yang tembak jer 10 kupang tu..hehe..


Salam k.sya..ni yna..blog baru ni..hehe..igt lg tak?

eB said...

lamer x dgr kupang2 nih. nostalgia :)

Unknown said...

kalau 30 ada jadi tiga puluh kupang.hehehe..tkpe..learned!

Unknown said...

comei gila..cuba tanya dia tau tak tu panggilnya duit..ke dia panggil pitih...hahaha..