Friday, December 9, 2011

ISTIMEWANYA CIPTAAN ALLAH

Setiap benda yang Allah ciptakan ada manfaat dan khasiatnya pada kita.Betapa dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambanya.Mari perhatikan beberapa tumbuhan yang terdiri dari buah-buahan dan sayuran yang Allah rezekikan pada kita agar kita tahu dan kenal bahawa tumbuhan itu amat bermanfaat pada tubuh kita.

LOBAK MERAH
Cuba hiriskan lobak merah secara membulat.Perhatikan rupanya.Hirisan lobak merah tadi seperti mata manusia.Ada anak mata,iris dan lingkaran sinar sama strukturnya seperti mata manusia,ertinya,lobak merah sangat bagus untuk kesihatan mata,ini di buktikan oleh kajian sains iaitu lobak merah sangat membantu pengaliran darah ke mata sekaligus memperbaiki fungsi mata.

WALNUT
Kacang ini kelihatan seperti otak kecil,terbahagi kepada hemisfera kiri dan kanan,serebrum atas dan serebrum bawah,sama seperti otak manusia.Hari ini telah terbukti bahawa kacang walnut membantu lebih tiga dozen pemancar neuron untuk fungsi otak.

TOMATO
Cuba kita belah tomato secara bulat melintang,kita akan dapati tomato terbahagi kepada empat ruang,tomato juga berwarna merah.penyelidik sains mendapati tomato seiras dengan jantung dan darah(jantung manusia ada empat ruang,darah pula berwarna merah).Jesteru tomato amat baik untuk kesihatan jantung dan darah.

ANGGUR
Anggur tergantung pada pokoknya dalam gugusan yang kelihatan seakan jantung,setiap biji anggur pula kelihatan seperti sel darah.Penyelidikan hari ini mendapati,anggur memberi manfaat pada jantung dan merupakan makanan yang amat baik untuk darah.

TERUNG,AVOKADO DAN PIR
Buah-buahan ini kelihatan sama dengan organ peranakan kaum hawa,justeru itu buah-buahan ini disasarkan pada kaum wanita untuk fungsi rahim dan serviks,Penelidikan kini menunjukkan bahawa wanita yang memakan sebiji avakado seminggu dapat menyeimbangkan hormon,menyingkirkan berat badan semasa mengandung dan menghalang kanser serviks.Avokado mengambil masa sembilan bulan untuk tumbuh,berbunga dan berbuah ranum menyamai tempoh kehamilan wanita.ia sangat baik untuk kesihatan wanita.

Subhanallah betapa Allah amat menyayangi hamba-hambanya,setiap yang di ciptakan mempunyai keistimewaan yang dapat di manfaatkan oleh manusia.Marilah kita sama-sama bersyukur dengan setiap kejadian darinya.
                       

4 comments:

abah khalisha said...

Indahnya ciptaan-Nya..tapi kalau seri tunjuk gambar lg menarik..

Thanks Yuyu Zulaikha Sebab Sudi Makan Bersama

Myra Jay said...

Subhanallah..

Baru perasan, TQ kak utk info nie :)

Irfa said...

subhanaAllah.
tak perasan pun selama ni.bila fikir bali saya diam sekejap.
tq fr sharing

eB ezrin said...

tq yer. sharing is caring :)