Friday, December 30, 2011

MANFAAT SERAI

SERAI memang sejenis tumbuh-tumbuhan yang amat banyak khasiatnya. Selain untuk masakan, serai juga mempunyai khasiat perubatan.
Antara khasiatnya adalah seperti berikut:
• Merawat Sesak Nafas
1. 10 batang serai dicuci bersih, diketuk hancur dan direbus dengan dua gelas air yang telah dicampur sesudu besar gula merah.
2. Biarkan sehingga mendidih dan tinggal dalam anggaran satu gelas airnya. Sejukkan sebelum ditapis dan diminum.
3. Sebaiknya, lakukan ini tiga kali seminggu.

• Lawaskan kencing
1. Segenggam akar serai dan 10 helai daunnya dibersihkan dan kemudian direbus bersama empat gelas air.
2. Biarkan mendidih sehingga air didihan tinggal dalam anggaran dua gelas.
3. Setelah suam, air rebusan ini diminum dua kali sehari.

• Merendahkan Kolesterol
1. Tiga atau empat batang serai yang telah dibuang akar dan daunnya diracik-racik dan direbus.
2. Ambil segelas air rebusan itu dan minum perlahan-lahan dan sedikit demi sedikit dua kali sehari iaitu setiap pagi dan malam.
3. Dalam beberapa minggu sahaja, paras kolesterol dalam badan akan berkurangan, InsyaAllah.

3 comments:

Sue-Rya AQ said...

saya suka sgt ngan bau serai..nak2 klau dlm masakan..mmg meletup..klau x letak, rase x complete je..hehe

eB ezrin said...

eB suker serai wangi :)
Happy holidays!
Happy New Year!

Prettywrite said...

yna suka sangat hidu2 bau serai..hehe..mnusuk kalbu..