Monday, October 24, 2011

CARA MUDAH BUAT SENDIRI BAWANG GORENG

Dalam apa jua masakan,bawang amatlah diperlukan untuk menyedapkan masakan,bawang goreng sedap jika di tabur atas sup dan makanan sebagai hiasan dan penyedap,jom tengok cara nak buat bawang goreng sendiri,sangat sesuai jika kaan-kawan adakan majlis atau acara yang memerlukan bawang sebagai hiasan.

  Kupaskan bawang dan cuci bersih,hiriskan bawang tadi dengan saiz sederhana,jangan terlalu besar dan terlalu kecil.

   Masukkan tepung beras ke dalam bekas,tambahkan sedikit garam,campurkan air dan bancuh hingga sederhana pekat.

    Ambil bawang menggunakan penyepit,gaulkan dalam adunan tepung tadi,goreng dalam minyak yang panas di atas api yang sederhana.Goreng hingga bawang kelihatan kekuningan.


selamat mencuba ye kawan-kawan,selain sedap ia menjimatkan dan boleh dapat dalam kuantiti yang banyak.

                

6 comments:

Rai said...

mak saya lebih suka guna bawang kecik + bawang putih hiris halus2 lepas tu goreng garing.. bau sedappp..takde guna tepung..

WuMing said...

Taruh dalam sup daging panas-panas... sedaaaapppppp.....

MamaEma said...

kena campur dgn tepung beras erkh..baru tahu ni

Papa Mifz said...

biaso bawang goreng beli dh siap jer...hehe

abah khalisha said...

cm gitu rupanya caranya

fazilzura said...

wah baru tau cmner nak wat ...
tq ye