Tuesday, October 25, 2011

5 MINUMAN PENAWAR

Inilah 5 Minuman Penawar Racun Dalam Tubuh

Mengamalkan memakan sayur segar dan jus buah adalah cara terbaik menjaga tubuh Anda. Selain itu,mengamalkan 5 minuman berikut ini juga bermanfaat membuang racun dalam tubuh.

1. AIR MASAK

Pakar kesihatan mengatakan, minum air masak secara teratur menyebabkan tubuh mampu membersihkan sistem pencernaan, serta menghilangkan racun dan sisa-sisa makanan yang terkumpul di usus. Ini membuat tubuh dan perut bersih dari penyakit.

2.AIR KELAPA SEGAR

minuman ini boleh mendetoksifikasi tubuh secara semulajadi. Selain membersihkan saluran pencernaan, minum air kelapa akan meningkatkan sistem pertahanan tubuh dan bermanfaat menjaga tubuh dengan terhidrasi dengan baik.

3. JUS LABU

Jus labu adalah ubat semulajadi yang sangat baik bagi mereka yang mengalami masalah pencernaan. "Ini kerana sifat nya. kordial dalam sebotol jus labu juga menyembuhkan masalah pencernaan,".

4. TEH HIJAU

Teh hijau adalah merupakan antioksia semulajadi yang mengandung polifenol, sehingga membantu glukosa dalam darah. "Polyphenol menglambat pergerakan glukosa ke dalam sel-sel lemak, dan mencegah mereka memasuki aliran darah,"

5. JUS OREN

sumber vitamin C, yang dikenali untuk meningkatkan kekebalan tubuh. Kaya flavonoid, antioksida, yang melindungi sistem pertahanan tubuh manusia dengan bertindak melawan kuman dan bakteria yang menyebabkan penyakit.

Sebagai tips, minuman detoksifikasi ini akan lebih baik jika diminum sebelum sarapan. Dengan cara seperti ini proses detoksifikasi akan berjalan dengan baik dan anda boleh merasakan manfaat kesihatannya.

5 comments:

eB ezrin said...

tq dear... insyallah, akan cuber amalkan :)

wahida said...

suka minum jus oren..tapi tak boleh minum byk sbb nanti semput...huhu..

hakak CNN said...

pernah dengar tak orang cakap kalau kiter ambik jamu tak elok minum air kelapa..sebab nanti diyer berlawan..org cakap la ntah betul ntah tidak..tapi saya suker air kelapa..

thanks for sharing..seronok masuk page neh,byk ilmu dapat..:)

aNaYaNa said...

yna sangat suka jus oren!:)

Papa Mifz said...

Air kosong mmg elok di minum byk,tp papa mifz minum x byk sgt la..huhu