Tuesday, November 22, 2011

PERSEKITARAN RUMAH MESTI DI AMBIL PERHATIAN

Mempunya anak yang semakin membesar dan semakin melasak amatlah memerlukan pemerhatian yang lebih dan teliti.Tambah-tambah lagi kalau anak-anak super aktif macam anak-anak sya.Pemantauan kena lebih.

sebab tu lah dalam rumah sya,sya tak letak sebarang perabot pun,kosong je rumah,bukan apa anak-anak sya ni bila tengok jer benda-benda macam tu mula la di panjatnya,kemudian lompat.Pernah anak yang kedua kena jahit kat kepala gara-gara jatuh dari sofa kat rumah mak sya.Oleh sebab tu sya serik nak letakkan sebarang perabot pun.Biar je kosong.

Benda-benda tajam seperti gunting,pisau,pengepit kuku pun sya letak kan di tempat yang mereka tak dapat lihat dan capai,ubat-ubat,sabun dan cecair pencuci pun kena letak tinggi.semuanya pandai selongkar.mesti ada yang tanya kan kalau semuanya  dah simpan macamna anak-anak boleh terminum cecair kimia tu,masa tu kat rumah MIL,dan sya pun mungkin terlepas pandang.

Sya sangat lah serik dengan peristia yang berlaku pada anak-anak tempoh hari,kalau balik rumah MIL macam fobia ja,bila anak-anak tak da depan mata.

3 comments:

cheqna said...

anak2 kecik ni sifat ingin tahu mereka sangat tinggi
baik kita sebagai ibu bapa yang beringat sebelum terkena=)

Qaseh said...

setuju sgt...sy pun kat rumah xde perabot sgt...lagi pun umah apartment ni kecik je...

Ardini Humaira said...

teringat dulu2 adik dni slalu ambik gunting pastu gunting rambut. tu kira bahaya juga. kalo tertusuk ke apa eee seram.. kena simpan leklok barang bahaya gtu kan