Tuesday, November 22, 2011

TABAHNYA MEREKA

Masa anak sya dapatkan raatan kat hospital tempoh hari,macam-macam pengalaman dan pengajaran yang sya dapat.betapa tabahnya kaum-kaum ibu menjaga anak-anak mereka yang sakit,sanggup bersengkang mata demi zuriat mereka.masa kat wad hari tu 2 orang ibu  yang tabah ni sangat membuatkan sya kagum,tapi sayangnya sya tak dapat snapkan pic mereka.

ibu tabah yang pertama
seorang ibu yang menjaga anaknya yang oku dari umur 9 bulan lagi,sangat tabah ibu ni sebab hospital ni macam rumah kedua padanya,sebab anak okunya sering di serang demam dan sawan,juga ada masalah sakit jantung,dan paru-paru,namun ibu ni tak pernah mengeluh menjaga anaknya dari umur 9 bulan hingga sekarang anaknya berumur tujuh tahun.Masyaallah.BEtapa tebalnya kesabaran yang Allah beri pada ibu ini.Sepanjang sya 2 hari di hospital,berapa kali naknya tarik-tarik berbuih mulut-mulut,namun dia sabar ja.semakin di jaga permata hatinya dengan penuh teliti.

Ibu tabah yang kedua.
Ibu yang kedua ni pula ialah oku yang mana si ibu mempunyai masalah dengan kaki,babynya menghadapi masalah air bertakung dalam kepala,alaupun dalam keadaanya yang kurang upaya,dia masih semangat menguruskan bayinya yang kadang-kadang menangis jer akibat sakit,semua kerja di lakukannya sendiri dari menukar lampin,memandikan,semua dia buat sendiri,tanpa bantuan dari nurse pun.Tersentuh hati sya bila tengok betapa tabahnya dia.


DAri mereka la sya belajar lebih bersyukur dengan kesempurnaan yang Allah berikan pada sya.Semoga mereka ini lebih tabah mengharungi ujian yang Allah berikan.

8 comments:

ajumohit said...

insaf baca cerita ni, saya ni baru diuji anak2 demam skit pon kekadang tertekan, allahuhakbar, semoga mereka tabah mengharungi cabaran ini

NM02 said...

ujian dan dugaan kita semua berbeza. kesabaran dan kekuatan itulah kunci utk kita lebih tabah menghadapi apa yg Allah turunkan

Ardini Humaira said...

semoga kita semua juga mampu tabah menghadapi setiap dugaan daripada Allah, amin.. :')

abah khalisha said...

Ibu yang cukup tabah

cheqna said...

sebab tu cheqna selalu fikir kalau cheqna dilanda musibah yang teruk..ada lagi yang lebih teruk musibahnya dari cheqna
secara tak langsung tak akan mematahkan semangat cheqna untuk hadapi apa jua yang Allah bagi pad cheqna

chichi said...

betul tu..pengorbanan ibu paling besar dalam dunia..

wahida said...

dulu masa saya jaga anak kat wad pun ada ibu setabah dorang ni jugak...

anak dia menghidap penyakit air bertakung kat kepala gak...tapi ibu dia tak de masalah la...
tapi dia dgn gigih dan semangat jaga anak dia...

mmg buat kita insaf kan...

eB ezrin said...

betol sbb tuh eB selalu ingatkan diri ni. kiter lebih baik dari mereka.